Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Tuesday, December 30, 2008

The Spirit



Mati-mati aku ingatkan cerita hantu. Rupanya adaptasi dari komik. Lain kali do your homework, Yatt. Rajin-rajinkan diri tu kaji dulu apa-apa cerita sebelum pergi tengok kat wayang tu. Sudahnya sepanjang cerita aku gelak. Gelak menonton kebodohan cerita ni dan juga gelak mengenangkan kebodohan aku menonton wayang yang bodoh ni. Walaupun bodoh aku enjoy jugak lah. Dah lama tak gelak gila-gila macam ni.

Monday, December 29, 2008

Rock On Bebeh!

22/5/2008
Cerita Infosys Hari ke-6
50 Days to go..

Only today kami dapat Intern ID as well as PC yang diamanahkan. Apa malangnya nasibku duduk di barisan paling belakang sekali. Mataku dah la potek! Rabun tahap gaban. Apa lah yang boleh aku nampak jauh dari belakang ni. Berkerut-kerutlah muka aku nanti mencari titik fokus yang sesuai untuk mataku ini bila melihat slides dalam kelas.

Tempat duduk ni sebenarnya disusun mengikut nama. Tapi nama aku bukannya bermula dengan huruf U, V, W, X, Y, Z. Why?? Owhh.. Faculty members duduk senyap-senyap kat belakang ye. Hokkayy.. Fahamlah aku. Budak-budak duduk depan. Yang dah tua duduk belakang termasuklaa aku yang masih ribena ni. Hehehe.. Well, I get to know my neighbours. Neighbours yang sama dekat hostel. Yang ladies lah. Yang guys, adalah dalam 5 orang. So, dua baris belakang ni dihuni oleh academicians yang sengal macam aku jugak. I like!!

Awal-awal rasa macam tak best duduk belakang ni. Muka instructor pun aku nampak blurry. Tapi bila difikir-fikir, bagus jugak. I can seeeeeeeeee many things. Email cintan yang dikarang oleh mereka-mereka di depan ini misalnya.... Kekeke.. AMPUN!!

Sunday, December 28, 2008

Jalan-Jalan Buang Karan

Makcik dah duduk KK ni 3 tahun dah. Tapi baru hari ni makcik berkesempatan pergi Tamu Gaya Street. Hahaha.. Tak senonoh sungguh makcik. Bukannya tak teringin nak pergi. Makcik fedap bab-bab cari parking ni. Area sana ya ampun! Susah betul nak cari parking. Kalau boleh, naik bas lagi senang. Tapi makcik tak berapa suka naik bas kat sini. Makcik takut!

Sebenarnya makcik nak cari buku Computer Ethics by Deborah Johnson tu. Eh, bukan cari kat Tamu Gaya Street ye. Kat Zenithway yang dekat tamu tu. Hehehe.. Buku makcik yang dulu entah mana makcik letak. Gone with the wind terus. Makcik ni nak laa prepare untuk mengajar semester depan ni. Susah juga kalau buku tu tak ada. Semua nota dan references makcik ambil dari situ. Konon-konon nak revise balik lah ni. Tak kan nak pakai nota yang dah outdated. So berpusing makcik cari kat Popular, Eaton, Times. Tak ada. Kachiwa makcik. Nampak gaya, kena cari kat Zenithway lah ni. Malas betul makcik! Tau-tau je lah. Bab parking kat sana memang teruk!


Tengah makcik tension mencari parking, makcik tergelak tengok signbod ni..

Tapi makcik gagahkan diri juga. Sampai sakit-sakit lutut makcik tekan break. Banyak betul kereta. Jem pulak tu. Last-last dapat jugak parking slot. Kat depan abx express tu. Hahaha.. Jauh gila! Kerana Deborah Johnson, makcik sanggup! Berjalan kaki lah makcik ke Zenithway. Tapi sebelum tu makcik singgah la jugak Tamu Gaya Street tu. Cuci-cuci mata.


Dah macam kebun Gaya Street tu..


Typical gerai.. Souvenirs and souvenirs..


Tabby cat for RM1500. I wonder who brings RM1.5K to Tamu? Hurmm...


Makcik tak tau apa ni. Tungtung? It is creepy and slimy and sedang berusaha keras untuk keluar dari tong tu...

Makcik kachiwa lagi. Kat Zenithway pun tak ada. Huhuhu.. Nampaknya makcik terpaksa lah menunjukkan skill mengarang makcik yang terer tu. Sedap lah makcik menggoreng nanti. Frust betul lah. Baru je makcik nak melangkah keluar Zenithway, makcik bertembung dengan Nicholas. Nicholas pun bising-bising kata dia datang banyak kali ke ofis makcik, tapi makcik tak ada. Oooppsss! Makcik ponteng kerja ke time tu? Hahaha.. Rupanya Nicholas nak bagi makcik buku. Suka betul makcik. Walaupun buku si Deborah tu makcik tak dapat, makcik dapat 3 buku Data Structures Using JAVA. Yey! Siap lah kamu semua, wahai student-student ku. Semester depan ni kita berdatastruct guna JAVA pulak! Kehkehkehkeh..

Saturday, December 27, 2008

Goodbye My Friend..

Listen little child, there will come a day
When you will be able, able to say
Never mind the pain, or the aggravation
You know there's a better way, for you and me to be

Look for a rainbow in every storm
Fly like an angel, heaven sent to me

Goodbye my friend
(I know you're gone, you said you're gone, but I can still feel you here)
It's not the end
(gotta keep it strong before the pain turns into fear)

So glad we made it, time will never change it - no no no

No no no no

Just a little girl, big imagination
Never letting no-one take it away
Went into the world, what a revelation
She found there's a better way for you and me to be

Look for a rainbow in every storm
Find out for certain, love's gonna be there for you
You'll always be someone's baby

Goodbye my friend
(I know you're gone, you said you're gone, but I can still feel you here)
It's not the end
(gotta keep it strong before the pain turns into fear)

So glad we made it, time will never change it
No no no no
You know it's time to say goodbye
No no no no

(bridge)

The times when we would play about
The way we used to scream and shout
We never dreamt you'd go your own sweet way

Look for a rainbow in every storm
Find out for certain love's gonna be there for you
You'll always be someone's baby

Goodbye my friend

(I know your gone, you said you're gone, but I can still feel you here)
It's not the end

(you gotta keep it strong before the pain turns into fear)

So glad we made it time will never never change it



K Rafidah,
My dearest kakak, my best friend, my secret keeper, my geng menyengal, my shoulder to cry on, and etc etc.. Thank you for all the memories. I'll cherished every moment spent 3 years with you. All the best in everything that you do. Ingat-ingat lah kat adik hang yang sengal nih..



OMG, I'm tearing already...

Sunday, December 21, 2008

I am Dreamy and Distracted..

I went here --> What's Your Name's Hidden Meaning?
I entered my full name.

And the results..

You Are Dreamy and Distracted

You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.
You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.
You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.

You are well rounded, with a complete perspective on life.
You are solid and dependable. You are loyal, and people can count on you.
At times, you can be a bit too serious. You tend to put too much pressure on yourself.

You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.
You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.
You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.

You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.
Success comes rather easily for you... especially in business and academia.
Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.

You are usually the best at everything ... you strive for perfection.
You are confident, authoritative, and aggressive.
You have the classic "Type A" personality.

You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in.
You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising.
You may miss out by not settling down, but you're too busy having fun to care.

You are a seeker. You often find yourself restless - and you have a lot of questions about life.
You tend to travel often, to fairly random locations. You're most comfortable when you're far away from home.
You are quite passionate and easily tempted. Your impulses sometimes get you into trouble.

You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.
You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.
You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.


Hurmmm.. Don't know lah!

Saturday, December 20, 2008

Don't Judge The Book By It's Cover!

Lapar.. Singgah McD. Bought this..



Nampak sedap kan? Tapi bila dibuka kotaknya, I got this..



HAMPEH!!

Friday, December 19, 2008

Gaji 2009

Untuk kegunaan bersama. Yang kerja gomen lah ye. Yang tak kerja gomen tu boleh la juga ambil tahu bila kawan-kawan, saudara mara korang terima gaji. Boleh POWW gitu!! Hehehe..



Source: S.K KAMPUNG MUHIBBAH

Wednesday, December 17, 2008

Malaysian Philharmonic Youth Orchestra

Last Monday we went to see this!



Yep! I'm a big fan of orchestra. Mendengar je, aku boleh jatuh chenta. Dengan arrangments yang merdu, all the combination of strings, dengan horn, trompet, tuba semua. Fuh! Memang lazat sehingga menjilat jari.

Bila agaknya ye aku minat dengan orkestra ni? Tak ingat bila, tapi aku pasti sejak aku sekolah rendah lagi. Believe it or not, I've always wanted to performed in one. Ye lah, gelak. Gelak lah. Orang macam aku nak performed in an orchestra? Susah nak percaya kan? Whatever lah. Cita-cita yang tak kesampaian. Simpan dulu. Tapi, kalau diikutkan minat aku semakin menggila selepas menonton Jdorama Nodame Cantabile. Hehehe.. Yes, that sengal Jdorama. Asyik terbayang-bayang diorang performed in the S-Oke. Tak lupa jugak the crazy maestro who loves to go to gokon. Hehehe.. Best gila!


The tickets..

Five tickets? Yeah. Kami pergi berlima. Me, along with 4 other umats from Labuan. It was not planned actually. Aku sebenarnya scheduled to go to Kuching for my Infosys's roommie's wedding. Si Cmoi tu lah. Tapi last minute changed of plans. Aku tiba-tiba diasak dengan kerja. Terpaksalah aku cancel. Angin jugak, sebab tiket flight dah beli kan. Tapi oklah, dapat juga aku tengok orkestra ni. Ada juga hikmah disebalik semua ni.


Kevin Field - the conductor..

Konduktor orkestra malam tu adalah Kevin Field. Kevin ni dah banyak buat performances dengan orkestra-orkestra lain such as Royal Liverpool Philharmonic, West Australian Symphony, Concert Orchestra of Ireland, dan banyak lagi lah. He was totally excellent that night. Walaupun tak sehensem Chiaki Senpai (hehheheehe), aku terpegun tengok dia beraksi di depan orkestra. Sampai terhenjut-henjut, macam nak terjatuh dari pentas dia menghayati conducting tu. Marvellous!!


The Orchestra - Marvellous job that night!

The orchestra? Kalau dah namanya youth, of course lah, budak-budak muda yang main. Agaknya yang paling tua pun dalam umur 17 tahun. Very committed. Tak tau lah sejak umur berapa mereka join orkestra ni, tapi the performances were incredible. Totally pro! Lunak je telinga aku mendengarnya. Memang terbuai-buai lah!

2 jam persembahan terasa macam sekejap je. Lagu-lagu apa yang diorang main ye? Kalau aku sebut pun mungkin tak ramai yang tau sebab semuanya classical kan. Hehehe.. First performance is Hector Berlioz - Overture: Roman Carnival (Op.9). Yang ni sekejap je. around 8 minutes. The 2nd performance Antonin Dvorak's Cello Concerto in B Minor (Op.104). Yang ni best. Sebab ada solo cello performance from Tan Poh Joo. Aku tak kenal dia ni siapa tapi aku difahamkan dia ni memang glamour dalam international classical music scene. Cara dia gesek cello tu memang best. The last performance - Tchaikovsky Symphony No.2 in C minor (Op.17) - "Little Russian". Seronok betul. Sebelum betul-betul habis, mereka performed lagu Jambatan Tamparuli. Banyak versi pulak tu. Sekejap rancak, sekejap mendayu-mendayu. Perghhh..

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati. Kami semua berpuas hati. They really have worked really-really hard to impress us with the performances. Memang deserved long applause and standing ovations. Next time kalau ada lagi persembahan macam ni, aku tak akan segan silu untuk datang lagi.

Saturday, December 13, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah..

Hari ini, 15 tahun yang dulu aku selamat kembali ke tanah air for good! Yeah man, for good! Tak terfikir, tak terlintas di fikiran aku akan balik ke Malaysia. Betapa aku berharap aku dapat tinggal di Sheffield forever and ever. Apa abah bagi? Setakat berangan boleh lah.

13 Disember. Tarikh keramat ni. Noktah kepada tiga tahun aku menetap di luar negara. Aku suka tinggal di sana. Aku suka berkawan dengan anak mat saleh, anak pakistan, anak bangla (they're referred as Bengoli back there hokkayyy..), anak negro dan juga anak-anak melayu di sana. Kenapa aku mesti balik? Bencinya. Belum puas lagi aku dok berhoo haa sana sini. Tak sempat lagi nak buat jahat bersama-sama anak mat saleh. Kekeke.. Patutlah kena balik Malaysia. Takut aku hanyut dan sesat dengan lebih jauh. Hahaha..

3 tahun tinggal di negara orang memang seronok. Macam-macam yang aku experienced. Dari kali pertama menyesuaikan diri - yeah we came in winter which is sejuk nak mampus! I still can remember kami menumpang di rumah Pakcik Ghani (lecturer USM) sementara dapat rumah. I was wearing like 2 lapis t-shirt, 2 lapis seluar, stokin pun, then pakai sweater lagi, pakai coat lagi. Seriously, macam eskimo. Very retarded lah! Then, anak Pakcik Ghani which was like umur 4 - 5 tahun time tu, cuma pakai singlet and seluar pendek berlari-lari dalam rumah. Duh! Mulut aku tak berhenti ternganga. Tahannya budak kecik tu. Dah biasa agaknye. Elehhhh.. Aku lama-lama pun terer jugak. By the end of the third year, aku main snow pakai seluar pendek je. Hahaha.. Tu memang sewel lah. Mat saleh pun tak buat macam tu. Kiranya untuk provekan yang aku berjaya mengatasi kesejukan tu lah kan. Hehehe..

School? Far more better than Malaysia. Wakaka.. Aku memang prefer sekolah di sana dari di Malaysia ni. Cikgu cikgi nya memang baik tahap apa pun aku tak tau. Satu kelas paling ramai pun 25 students. Memang dijaga betul. The same teacher teaches you English, Maths, Geography, History and so on. My first teacher was Mrs Linley. Baiknya, tak tau aku nak describe macam mana. Very loving and caring. The thing is, bila kita buat bagus dalam kelas, they will praise you gila-gila punya. They really appreciated apa yang kita buat. Bila kita buat lukisan cantik-cantik, dia akan puji habis-habis. Tak macam kat Malaysia ni. Baru buat lukisan cantik sikit, cikgu dah tanya "ni awak buat ke, mak awak buat?". Terus sakit mental dengan kerenah cikgu-cikgu Malaysia ni. I'm not saying cikgu Malaysia tak bagus, cuma lainlah dengan cikgu-cikgu kat UK sana. Kat Malaysia ni, relationship antara student dan cikgu setakat student and cikgu. Kalau kat sana dah macam mak dengan anak. They really care for us. Rindunya aku zaman sekolah di sana. Pergi school trip, ada swimming lesson tiap-tiap minggu, theatre performances. Waktu break, kami di ajar main snooker, main baseball, cricket, fuhh, memang best lah!


With Mrs Linley. Dia ajar kami 3 beradik. A very nice lady. Apa la cerita dia sekarang ye?

Aku berkesempatan masuk sekolah menengah selama 3 bulan. Jauh juga dari rumah. Naik bas almost stengah jam. Betapa pandainya aku berdikari pada usia 12 tahun, naik bas pergi sekolah. Time tu tak terfikir apa pun. Belasah je. During that 3 months, I made new friends. And interestingly, aku jumpa mereka-mereka ni baru-baru ni dalam Facebook. Terharunya aku mat-mat dan minah-minah saleh ni masih ingat kat aku. Huhuhu.. Nak nangis rasa! Yep. Not forgetting, aku sempat belajar French language. Fuhh, berbelit-belit lidah aku. Air liur pon boleh tersembur keluar. Bonjour! Je m'appelle Yatt. J'ai vingt-sept ans. Je t'aime! Hihihi.. Balik Malaysia, tak dapat nak praktis dengan siapa-siapa terus hilang keterer'an aku tu. Sayang betul. Thinking of taking french class lah. Tapi entah bila ya..


Handsworth Grange School..


One of my best friends at Handsworth Grange, Claire Hudson (right). Just found her in Facebook. Yey!

Raya? Hahaha.. Tiga tahun beraya di sana. Seronok! Tapi rugilah juga sebab tak dapat duit raya kan. Gila kau. Rate mahal. Boleh jadi kaya kalau kami dapat duit raya ni. Hehe.. Tipa-tiap tahun kami akan buat gathering through the SMSA (Sheffield Malaysian Student Association). Berkumpul dekat student union sana, makan-makan, buat performances. Memang best. Time ni lah aku boleh jumpa semua umat Malaysia yang ada kat Sheffield ni. Cuci-cuci mata tengok abang-abang yang hensem tu. Hahaha..

Selain aktiviti raya, kami terlibat dengan aktiviti 'picking'. Segala jenis buah kami sebat. Typical orang melayu, duduk berpiknik perabis buah-buahan kat ladang orang putih tu. Dah kenyang, baru petik sebakul dua untuk dibawak balik. Tuan ladang tu mesti pelik. Punyalah lama dok berkampung dalam ladang tu, cuma sebakul je yang dibawak balik? Hahaha..

Car boot sale tak boleh dilupa. Mak memang hantu car boot. Hehe.. Macam-macam yang mak suka beli kat sana. Abah pun naik pening. Kalau abah tak nak pergi, mak sanggup naik bas sendiri pergi town sana. Kalau abah rajin, sampai jauh-jauh kami cari car boot. Sampai Huddersfield, Rotterham, sampai Leeds pun pernah! Hahaha.. Memang gila car boot lah. Mak pengumpul Queen Anne yang setia, aku pengumpul buku cerita, adik-adik aku yang jantan pengumpul robot-robot transformers tu. Sampai berebut-rebut dengan Malaysian yang lain. Dahsyat! Benda tu kan mahal kan. Banyak betul yang dibuat koleksi. Sampai kat Malaysia, sepupu sepapat ku buat main dan terus hilang entah ke mana. Ada jumpa kepala je. Ada jumpa kaki je. Ganas betul.. Orang penat-penat buat koleksi, jahanam jadinya.


Hari-hari terakhir kami di Sheffield..

Isk, kalau diikutkan sampai tahun depan pun tak habis kalau cerita pasal ni. Bila la agaknya aku boleh ke sana lagi. Mengimbas kenangan-kenangan lalu gitu. Duduk kat Staniforth Road, shopping kat Morrisons, pergi cuci mata kat Meadowhall. Rindu betul. Sekarang ni aku berharap dapat sambung PhD kat sana. Boleh tak agaknya ya?

Thursday, December 11, 2008

Aidiladha 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha!
Tak terlambat lagi kan? Ehehehhh..

Alkisahnya, tahun ini aku tak balik beraya. Rasa sayu je. Sedih betul beraya di perantauan. Jauh dari keluarga. Rindu kat mak, kat abah, kat Ika Kembong, kat semua keluarga besar Saleh Jonoh. Huwaaa..

Hak elah, sengal lah kau, Yatt! Macam lah kau balik beraya sebelum-sebelum ni. Dah tiga tahun kau beraya korban kat sini. Mengong ke hapa nak sentimentel macam ni? Buang karan je. Tihihihihi..

Jadinya, betul lah tu. Sejak aku menetap di KK ni, baru sekali je aku berkesempatan balik ke JB untuk aidiladha. Tahun lepas lah tu. Itu pun sebab nak pergi berjoli ke SUMUT with my beloved geng backpackers (kihkihkih..). Kalau tak, rasanya tak balik juga aku ke JB.

So, this year aku beraidiladha di Labuan. Yeah. Of all places! I told my brother, kau rayalah sorang-sorang di KK ni, wa nak pi Labuan. And he said, "Labuan? Why Labuan?" Seriously, the intonation tu menggelikan telinga aku. Macam tak percaya aku nak ke sana. Hei, see the leg lah. Kalau aku dah decide nak pergi, aku pergi jak. Jangan ditanya-tanya lagi.

Saturday morning, I hopped onto the Labuan Express Ferry. Last time punya cerita aku dah rasa serik dah nak naik feri lagi. Tapi got no choice bah. (Hey, got lah! Flight ada, bas ke Menumbok ada, naik speed boat or ferry besor lepas tu. Kalau tak, nak berenang pun boleh!). Tapi aku naik juga feri tu. The most convenient transportation I must say. Belasah je lah. This time, I made myself berabis for the first class ticket. Bukannya beza banyak sangat pun. Setakat 4 hengget pun nak berkira! Hehehe.. Mereka-mereka kata, duduk di first class tak berapa mabuk. Mereka katalah. Aku pun ikut aja. Hopefully, everything's ok..

Perjalanan 3 jam ke Labuan aku rasa macam sekejap aja. Sebabnya, aku bantai tidur sepanjang perjalanan. To prevent the sea sickness lah ni! Memang mujarab. Aku tak terasa mabuk pun! Hahaha..

Yup, once arrived, my two beloved friends, Abe Zul n K Leen came to pick me up. Hahaha.. Sengal pankreas aku nak ber abang kakak ni! Sepatutnya macam tu lah. Dah nyata aku ni lagi muda daripada mereka. Aku perlu panggil mereka dengan rasa hormat. Tapi.... Iskk, sungguh tak sesuai lah!

For the next 4 days, I'll be staying with them. Banyak aktiviti yang nak dibuat ni. Antaranya masak-masak sempena raya. Well, take note lah ya, yang masak tu bukan aku ya! Aku bab-bab merewang pandai lah. Kalau disuruh masak, boleh terbakar dapur tu. Huhu! Macam mana nak kawen ni? Kena ambik bibik lah macam ni kan? Haha..

Selain aktiviti masak, kami ada aktiviti melantak. Hari pertama ja dah pergi melantak ketam. Fuhhh.. Nikmat donia! Sedap bangat! Ni bukan melantak lagi dah. Ini namanya menketedarah! Seorang sekilo gitu. Boleh? Dahsyat betul. Sekilo buat masak buttermilk, sekilo buat masak lemak cili padi (which is not pedas at all! Sigh..) dan sekilo lagi buat masak sweet and sour. Kenduri ketam malam tu. Ketamnya besar-besar malam tu. Memang puas hati. SAYA MESTI PILIH! Kekeke..

The next day, which is Sunday, we went shopping. Beli barang-barang buat masak. Berpusing cari daging lembu tapi ilekk. Kobau banyak lah. Ada lagendanya kenapa lembu tak ada kat Labuan ni. Dikatakan ada kena mengena dengan satu sumpahan dulu-dulu.. Kihkihkih.. Tipu ja tu. Hahaha.. Ya. Tipah dah kena tipu dengan pakcik Zul yang sengal tu. Berabis Tipah kena gelak sebab percaya bulat-bulat. Chett!

Raya tak dikatakan raya lah kalau tak ada kuih raya. Dengan semangatnya kami menguli tepung buat biskut suji. Ok la kan. Asal ada. Then baru lah bertungkus lumus merewang. Potong segala jenis bawang. Hmm.. Sekali tengok macam nak buat masak untuk 100 orang je. Hihihi..


Biskut suji hasil gentelan bersama.. Yang tembam-tembam tu hasil kerja aku lah. haha..

Petang-petang, lepak kat pantai. Ombak tengah kuat. Melambung-lambung aku dibuatnya. Seronok betul. Dah macam-macam aksi, aku tunggang terbalik kat sana. Dan, dah bergelen-gelen juga air laut ku telan. Tapi still maintain ayu. Ramai yang bertenggek kat situ. Kenalah jaga saham kan? :p


Labuan @ Sunset..

Dah malam baru kami start masak. Aku? Tukang kacau je. Tak reti weh! Bukan tak reti, reti sebenarnya. Cuma tak dipraktikkan. Kalau tiap-tiap hari aku masak, mesti terer dah. Aku ni nak masak malas. Tak ada orang nak makan, tu yang malas tu. Kalau ada yang sanggup perabiskan semua masakan aku, dengan rela hati tanpa dipaksa-paksa aku akan masak tiap-tiap hari. Kalau setakat aku sorang je, baik aku tapau kat Ziemal jak. Tak pun Jati Tomyam. Huhhh.. Tiba-tiba aku teringat Chung! Nak makan Yati.. Apa Chung? You nak makan I? Haiyaaa.. Yati Tomyam lah.. Adeh! Chung, Chung..

We had some guests for raya. Eh, salah lah. Zul had some guests datang rumah for raya. Hisyy, berangan pulak aku jadi tuan rumah ye. I get to know some of the lecturers over here in Labuan. Boleh kembangkan networking macam ni. Mengeratkan silaturahim. Tak gitu? Kak Rahida came too. So is Pei Yee. Macam reunion pulak jadinya. Makan-makan, borak-borak. Sengal-sengal. Lepas tu? Turuuuuu... Hihihi..


UMSKAL yang sunyi sepi..

Sekejap ja dah hari Selasa. Time to go back home. Awwwwhhh.. Go back home maknanya go back to kerja lah! Bosannya.. Kan best kalau dapat lepak lama-lama. Tiba-tiba je aku terbayang-bayang, kalau lah aku jadi cikgu mesti seronok. Dapat cuti panjang-panjang. Heaven! Eh.. Nope. Salah tu! Kalau lah aku berhenti kerja, and jadi suri rumah yang berjaya, alangkah bestnya. Huhuhu..

Arrived in KK around 4pm. Bercadang nak balik rumah terus. But my brother lah. Suruh aku tunggu kat jeti tu tengok orang main futsal. Karang dia abis kerja dia datang amik. Oklaa bos. Jimat duit aku nak naik teksi.


At Jesselton Point. Waiting and waiting. Bila laa mamat ni nak abis kerja. Huhu..

Selamat sudah perayaan Aidiladha ku untuk tahun 2008 ni. Tahun depan kita beraya di mana pulak ya?

Thursday, December 4, 2008

Cerita Menonton The Coffin

I know cerita The Coffin ni dah basi. Tapi nak cerita juga. Ramai yang tau aku pantang tengok cerita-cerita seram. Tapi aku nak juga tengok cerita ni. Untung-untung ada yang kena peluk nanti. Hehe.. Aku macam biasalah, aktiviti tengok wayang ni biasa dibuat dengan K Rafidah n her hubby. Kacau daun je aku ni kan? Hehe..
Masuk je panggung, mata aku terus terdirect ke arah satu kapel ni. Mak oi.. Punya seronok diorang comolot. Main-main lidah lagi. Astaghfirullahalazim.. Buta mataku ini. Wahaha.. Budak-budak lagi ni. Isk, tak nampak pula muka diorang. Dah melekat macam tu. Kalau lah tu student aku, dah lama kena pelangkung kepala.
Ngam-ngam sebelum movie start, aku terima call. Lah. Mak rupanya. Aku pun layan je lah. Bising betul mulut dia bila tau aku buang masa tengok wayang. Then she said something. Aku ni yang pekak badak time tu terus kata "Apa pulak tengok wayang dengan tuan rumah?" K Rafidah n her hubby yang tengah minum tiba-tiba tersedak. Mengekek-ngekek gelak. Mak pun terus sound baik punya. "Oi! Aku kata kau pergi dengan kawan rumah kau ke? Telingaaaa..!!". Hahahaha.. Kawan rumah rupanya. Patutlah aku rasa pelik semacam. Takkan la pergi tengok wayang dengan Bryan. Miahahaha.. Alaa mak. Orang sekarang guna term 'housemate' lah! Hehe..
Ok, throughout the movie, kami 5 orang je yang tengok. Tak ada penonton lain pun. Errmm, tapi kan, entah-entah kami bertiga je kot yang tengok. Kapel kat belakang tu entah-entah tengah seronok buat wayang sendiri. Hehe.. So, panggung wayang ni Ahmad Albab yang punya!! Hahaha.. Dah jadi macam rumah sendiri dah nak tertonggeng, baring-baring. Tak kisah pun.
Bagi aku, the story is not that scary lah. Tapi ada jugak part-part yang aku jerit tak hengat. Aku tak berkesempatan nak peluk K Rafidah coz her hubby peluk dia dulu. Hahaha.. Most of the time kami ketawa bagai nak rak. Bukannya apa, quite funny jugaklah bila dilihat aksi2 yang kami buat. Duduk melorot sampai nak terjatuh dari kerusi, then tukar aksi lain pulak, kaki diangkat setinggi-tingginya landing di kerusi depan, aku of course lah dok berselubung dengan pashmina Badsha ku. Dah macam pocong dah. Memang tak senonoh.
Karen Mok, macam biasalah, aku salute lakonannya. One of my favourite Hong Kong actress. Ananda Everingham? Well, he's cute. Hehe.. Macam pernah ku lihat dia sebelum ni. Setelah di google baru lah ku tahu dia adalah mamat hensem dalam The Leap Years, drama Singapore yang pernah aku layan sekali sekala ketika aku di JB dulu. The movie? Hurmm.. Not bad lah. Cuma kadang-kadang tu macam slow sikit. Aksi seram pun kurang. Kejap-kejap aku lost, tapi manage to get back masuk balik menghayati cerita tu. Hehe..
Next time boleh la kot layan cerita seram lagi. :p

Wednesday, December 3, 2008

Melalut Di Pagi Rabu

Benci betul bila kena makan ubat. Ya. Buat kesekian kalinya, aku menghambakan diri pada ubat-ubatan lagi. Demam + Flu + Batuk datang menggila. Malam-malam aku tanpa segan silu berlawan menggonggong dengan anjing di jalanan. Sepertinya aku yang menang, sebab tak lama kemudian, anjing tu pandai menyenyapkan diri. Aku yang maintain berbunyi sampai ke pagi. Tak boleh tidur!

Banyak benda yang berlaku dua tiga hari ni. First and foremost, kisah aku yang sudah tiga tahun tunggang terbalik tertonggeng bekerja di UMS ni. Sekejap je kan? Teringat lagi masa aku melapor diri. Ketika itu aku masih lagi kanak-kanak ribena. (Sekarang pun masih.. :p). Dari poyo tak tau apa-apa, aku dah developed jadi someone yang berguna jugalah. It feels good.

Oh ya. Sharir, my brother is now working in KK with Suruhanjaya Tenaga. Lapor diri 1 Disember. Samalah dengan aku. Next time boleh celebrate sama-sama. Mak kat JB rasa tak sedap hati. Mana taknya. 2/5 anak-anaknya berkampung di KK. Mak, apa kata mak pindah juga ke KK ni? Lagi best! Muncung mak sedepa bila aku utarakan benda ni. Si Ika kembong pula terkinja-kinja suka. Hak elaaahh.. Siapa nak bawak kau?

Mak selalu tanya bila aku nak balik semenanjung for good. Entah lah mak. Aku dah suka tinggal di KK ni. Malas nak relocate lagi. Tapi kan mak, our Datuk Md Noh Dalimin dah jadi VC UTHM. Hurmmm.. Nanti lah ye aku ngorat-ngorat dia minta kerja kat sana. Mak mesti suka kan? Dah kira dekat la tu BP dengan JB. Nak ulang-alik dari rumah pun takde masalah. Tapi.. Nak pindah ke? Takutnya aku. Macam mana lah environment kat sana ye. Sama ke tak ye dengan kat sini?

Iskk, Yatt. Remember Who Moved My Cheese? Dowhh!

Ok geng, baru melantak ubat. Sekarang lalok ya amat. Nak titon kejap lah. Nanti kita sambung cerita lagi. Chioww..

Tuesday, December 2, 2008

Makan Lagi!

Eating out sempena our 3rd Anniversary @ Tam Nak Thai, Api-Api Center, KK. Nice place, nice atmosphere. Dengan lagu siam yang syahdu syahdan berkumandang. Memang boleh buat aku tidur terus. Makanan pun sedap-sedap. Alah, aku semua makanan pun sedap. Dasar tong sampah!


Udang masak apa ye? Sedaaaapp..


Ayam masak err.. The menu is written in Siam OK!


Tomyam Seafood. Mintak pedas-pedas tapi tak pedas langsung. Memang ikut selera Sabahan yang tak makan pedas..


Ikan Kerapu ala Thai


Sayur pakis masak belacan. Rasa macam lori garam terbalik. But quite nice..

It's a recommended place to hang out!

Monday, December 1, 2008

Happy 3rd Anniversary!

Oh my, hari ni genap 3 tahun aku kerja kat sini. Sekejap je rasa. Aku pun baru dapat surat pengesahan jawatan. Pheww.. At last! Lama betul masa aku ambil untuk disahkan dalam jawatan. Haha..

To Zul, K Leen, K Rahida, Asmawan, K Joki, Kamarul, K Aizan, ermm.. Siapa lagi ye? Dan yang lain-lain lah yang sama-sama lapor diri kat UMS dulu,

HAPPY 3rd ANNIVERSARY!
Together we Excel.

Apa perancangan aku seterusnya ye? Dulu dah vow mati-matian nak duduk sini 3 tahun je. Sekarang? Hurmm...

Sunday, November 30, 2008

I'm Baaackk!!

Sampai juga aku di KK akhirnya. Suka betul aku. Tak pernah-pernah rasa macam ni. Kalau tidak, maunya muncung aku ni panjang sedepa bila pikir nak balik KK. Entah kenapa kali ni seronok betul. Hahaha.. Ada benda yang menarik rupanya kat KK ni. Miahahaha..
Anyways, the Satyam Faculty Development Program was excellent. Mata aku dibuka seluas-luasnya tentang keperluan industri. Geng, kita kena tukar silibus lah! Banyak benda kena switch around. Bala kata jangan ajar programming first semester. The students will cry. Dia kata ajar SE dulu, then Database, then baru lah programming. Baru betul caranya. So, programming language in the 2nd year? Hmm... Mau ke pengurusan kita tukar ye?
Well, sepanjang kursus ni aku diperkenalkan dengan beberapa buku yang aku pernah kata aku takkan baca satu masa dulu. Buku Motivasi! Sikit-sikit, Who Moved My Cheese? Then ada The World Is Flat. Lagi ada apa entah. Nampak gaya lepas ni aku kurang lah kot baca novel-novel Alaf 21. Hehe..
Duduk di KL 5 hari aku terasa rimas. Asal balik training je hujan. Lebat pulak tu. 3 hari aku basah lenjun kena hujan. Sakit kepala jangan cakaplah. Nak jalan-jalan? Huh. Forget it. Baik aku tidur je kat hotel. Memang tak ke mana-mana lah aku ni.
Dalam serabut-serabut tu, I managed to meet Zaza. Lepak sama-sama, borak-borak. Malamnya aku tidur kat rumah dia. Syok jugak lah. My other plans with Yusz, Payart and Erma totally ruined disebabkan hujan dan masa yang singkat. Next time lah geng! Time kerja macam ni tak ada feel nak meroyan.
The program ended on Friday. Lambat pulak tu. Ada closing ceremony and hi-tea. Ceremony je habis 5.30. Aku tak sempat nak tunggu makan. Terus pecut balik hotel, ambik barang yang banyak gila + berat tu, naik monorail pi kl central, check in and naik ERL pi KLIA. Pheww.. Penat beb! Rasa nak patah pinggang aku pikul beg sebeban macam tu. Huhu..

Arrived safely in KK early saturday morning. Zul and K Leen datang menjemput aku kat airport. Yes, it's good to be back again. Yey! Kekeke..


*will upload some photos later.. (^__^)V

Wednesday, November 26, 2008

We're The Satyamese

Yeah. Satyamese. Macam kucing siam bunyinya kan? Tapi tak apa lah. Janji, working again with the Indians. Warghagahwghgaa.. Boleh muntah hijau macam ni.

Anyways, we're stuck here for 5 days di APIIT, Techno Park. Aku stay di Vistana. So everyday aku jadi orang KL naik turun LRT pegi ke tempat kerja. Agak serabut la kepala otak aku ni. Tak biasa tengok kesesakan KL dengan orang ramainya. Tiba-tiba je aku rindu KK. Miahaha..

Sebenarnya aku attend Faculty Development Program. Ramai lecturer dari various IPTs kat Malaysia ni. Banyak betul familiar faces kat sini. Ada dua orang bekas lecturer aku kat sini and 2 former Infoscions yang 'tamak', si Aizat and Hema. Yey!

Setakat tiga hari kat sini, aku rasa program ni sangat-sangat la menarik. Ia lebih kepada bagaimana kita sebagai pendidik nak serapkan keperluan industri ke dalam silibus. Memang mencabar minda mental dan fizikal. Sakit kepala pun ada juga.

Ada 2 orang main trainers. Seorang diimport khas dari Hyderabad, Mr Daleep George dan seorang lagi dari Chennai, Mr Bala. Mr Bala dah 9 tahun kat Malaysia ni. Memang boleh la cakap melayu. Cara penyampaian memang best. Bukan setakat slide presentation, ada games, interactive sessions, dan banyak lagi. Nampaknya aku kena buat macam ni dalam kelas, baru students tak boring.

The training went very well, cuma most of the time tu, the trainers were interrupted by this one lecturer yang tahu segala-galanya. Quite annoying jugak lah. Kita nak dengar apa trainer tu cakap. Bukannya explanation dia yang berjela-jela yang dia rasa dia je betul. At one time, Mr Bala sampai cakap "I'm really pissed off right now", bila orang lain yang tanya soalan, the 'tahu segala-galanya person' tu menyampuk dan terus menjawab bagi pihaknya. Geram betul aku tengok!

Another 2 days to go. Then aku akan balik ke KK. Seriously, aku rindukan KK....

Friday, November 21, 2008

A Brand New Day

Yep, I'm 27 today. Thank God, Alhamdulillah, I'm still here alive and kickin'. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan aku, complete dengan 3D - dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipertemukan jodoh. Ngehngeh..

It's been a blast. Semalam, di hari terakhirku sebagai 26-er, aku mengalami hari yang menyakitkan. Diri terasa diperbodohkan. Apa aku ni bola? Suka-suka ditendang ke sana sini? Tapi bila difikirkan, itulah kehidupan. Terutamanya bagi warga *** seperti aku ni. No matter what, you've got to face it. Deal with it and move on.

Hari ini aku mulakan hidup dengan semangat baru. It's a new day. Start with a smile and a happy heart. Lucky I have all my friends around to support me. Thank you guys. I really, really do appreciate it.



Thank you K Rafidah, Pn CT, Nurul, K Sal, Chung, Dr Rayner, K Wan, Zyka, Neni, Murni, Abg Latif, K Dewi, K Yati, Carol, K Jane and Dr Farrah for celebrating with me today. And not forgetting, K Leen & Zul for celebrating with me 2 days in advance. Thank you once again!




**Update

Baru dapat gambar ni dari Zyka. Bertuah sungguh mereka-mereka ini (my housemates) mengejutkan aku di kala aku tengah biol dengan marking exam papers! Anyways, terima kasih banyak-banyak! Love you guys!



*maafkanlah bilik aku yang tak terbela sejak minggu exam bermula.. huhu..

Thursday, November 20, 2008

Di Kala Bosan Mengadap Kerja



Tag dari k awa. Nasib baik masih awal pagi. Tudung masih cun, mekap masih ada. Hehe.. Tapi, tengah takde mood lah pulak. Muka pun tengah sembab. Tunjuk versi magibon je la.

The PURE Picture ~
The rules:

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.

2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.

3) Post that picture with NO editing.

4) Post these instruction with your picture.

5) Tag 10 people to do this
Siapa2lah yang nak buat.. Rasanya, semua orang yang aku kenal dah kena tag dah..



-----------------------------------------------------
Cerita-cerita lain:-

1) The security door is not fixed yet. Dah tak larat dah nak menyumpah-nyumpah. Redha je lah. Excercise pagi-pagi. Ok jugak la kan.

2) The poster didn't help at all! Masih juga yang terjah masuk dengan tak mandinya.

DAMN! YOU WANT ME TO DIE IN HERE?

Orang mati sebab eksiden, sebab sakit, sebab kena bunuh, sebab dah tua. Tapi ni, aku boleh mati sebab bau busuk orang tak mandi. Gila..

Wednesday, November 19, 2008

Menternak Lemak

Ok.
Nothing to do over the weekend.
We went for 'melantak' at Hyatt Regency, KK.
Fuhh.. Sangat-sangatlah mencabar.
Kekeke..


Fish Fingers, Onion Quiche, Roasted Potatoes, Chicken + Rosemary Sauce, Vegetable Pasta dan sejemput Tartar Sauce..


Roasted Lamb with BBQ Sauce

Satay Ayam & Daging with Nasi Impit, Timun and Kuah Kacang..


Pizza. Hawaiian kot?


Sushi. Yeah!


Egg Udon + Fish Tempura..

Japanese makan: "lembut, melts in your mouth, tepung nya sedap, crunchy, makan terasa seperti di awang-awangan.."
Malay makan (aku): "eh, tawarrr lah.."


Err.. mostly CHEESEEEEEEEEE.. Gemuk la aku!


Caramel Pudding


ABC


DIY Ice Cream

Banyak lagi yang terhidang macam Nasi Putih dengan lauk-lauk kampung, Pasembor, Murtabak, all kinds of soups, salad lagi, adik beradik pisang goreng, and macam-macam lagi lah. Tapi perut kami kecik je, cannot tampung so many things. Huhu..


Yeah right.. Baru je makan sedap for two days kat Le Meridien. Like this ahh, got to fast for two months lohh. Aiyahh..

Tuesday, November 18, 2008

Cerita Petang Selasa

Dah pukul berapa la ni. Dari tadi buat skema jawapan tak siap-siap lagi. Bilalah agaknya aku boleh start marking semua exam paper yang bertimbun tu. Padan muka aku! Dulu masa buat soalan tak reti nak sediakan jawapannya sekali. Sekarang baru nak terhegeh-hegeh. Besok ada lagi satu exam. Yang tu pun tak ada skema jawapan lagi. Masak la aku macam ni!



ARGHHHHH!!!!

Friday, November 14, 2008

Sabah ICT Month 2008

We attended The Broadband Opportunities Talk Series for 2 days in Le Meridien, KK. Malas nak cerita panjang. Let the pictures do the talking..


The Officiater:-


YB Datuk Dr Yee Moh Chai


The Goodies:-

Paper Bag from Celcom. I thought we're gonna get free broadband.. :(


The Speakers:-

Mr Bruno Vun from Unit Kemajuan IT Sabah on "Social Projects for the People".


Mr Sahrimin Mohd Iman from TM Bhd Sabah on "TM Leverage on Broadband".


Mr Mohd Faizal Ariffin from RedTone Telecommunications Sdn Bhd on "WiMax: The Next Possibilities".


Mr Vernon Fernandez from MDeC on "Bringing Malaysian Content to the Global Treshold"


Mr Roslan Mohamad from MCMC on "Networked Content Development Grant".


Mr Khairul Anuar from TIME on entah ye.. aku tak ingat..


Pn Eneng Faridah Iskandar from MCMC on "Freedom of Speech vs. the Law".


ASP Hazizi A. Samad from Bukit Aman on "Cyber Crime in Malaysia".

Garang betul pak polisi ni. Gaya bagi presentation macam nak interrogate orang je. Huhuhu..
Oh, lagi dua orang speaker aku lupa snap gambar. Duh!


The 'Mengantuk Preventer':-




The Presentation Slides:-

MCMC kaw-kaw habiskan stok ink untuk tahun ni.


The Hearty Lunch.. Yum Yum!!
Disclaimer: All of the below belongs to our "ahli menketedarah".. BUKAN aku sorang. Hehe..





Decorate-It-Yourself Ice-Cream. Slurpp!








The Magibon Wannabe..

Dalam toilet pun jadi. Tihihihihiii...


The quiz session..

I got this for answering something on Ku-Band VSAT.


A Mengkuang Pencil Case with TM printed on it..

Got some notepads for answering "Bilakah TV3 dilancarkan?". Lupa ambik gambar..

And a crypto challenge..



Yes. Me again. I won this!


Banyak betul aku sapu...

Overall, banyak knowledge aku dapat. Dapat banyak info on crimes and laws yang aku boleh apply untuk case study in subjek Etika & Undang-Undang ICT next sem. Dan paling penting, makan free yang sedap-sedap! Hehe..