Monday, December 16, 2013

TransJava Yuk! ~ Day 3: Pasar Minggu Malang, Ladang Epal Batu & Coban Rondo

Sunday, 28th April 2013

Dah hari ketiga kat Pulau Jawa ni. Dari Surabaya kami ke Bromo, dari Bromo kami ke Malang pulak. Hari ni aktiviti kami ialah merewang-rewang kat Malang ni. Kalau tengok plan nya macam lah banyak benda yang nak dibuat. Hehehe..

Hari dimulakan dengan sarapan pagi di Grand Palem Hotel ni. Terbaik sangat sebab sarapan dihantar ke bilik some more. Tapi aku takde lah makan dalam bilik. Angkut sarapan dan duduk menebeng kat tembok luar bilik. Sambil makan sambil menghirup udara pagi gitu. Double kenyang kekdahnye kot. Haha.. 

Sarapan mbak!!


Our room..

Kisahnya lah kan. Aku tertanya-tanya lah kenapa lah nama hotel ni palem kan. Macam palam pencucuh je bunyinya. Kepelikan melanda. Dah tu, tengah makan-makan sempat lah mata ni melilau dok intai-intai kawasan sekeliling. Nampak lah pulak tulisan besor Grand Palem ni, kat tepi dia ada pokok palma gitu. Chaitt.. Palem tu palma rupanya ye? Hahaha.. Kiranya Grand Palm lah ni. Adeii.. Senget.

Grand Palem..

Dah lepas makan, kami pun siapkan packing dan bergerak lah ke destinasi yang pertama untuk hari ni. Kebetulan hari ahad, hari minggu, ada pasar. Makanya kami ke pasar. K Awa kata kalau nak belajar tentang orang local, kita pergi pasar. So kita pergi pasar lah ni. Hehe..

Ye yo oo je si Nasyid ni bawak kami pusing-pusing. Entah belah mana entah pasarnya. Nak cari pasar orang, jumpa pasar burung. Sudah.. Tak pasal-pasal kang jumpa Abdul Wahab lah pulak. Terpaksa lah tanya masyarakat setempat kat celah mana pasarnya. Dimaafkan lah jugak. Nasyid ni bukannya orang sini pun nak tau semua lokasi. Kami ni pandai mengarah je. :P

Nak cari burung yang pakai tarbus..

After 10 minutes, jumpa lah pasar tu. Mak oii sesak sangat! Jalan sesak, orang pun sesak ramainya. Nak tak nak, terpaksa lah parking jauh-jauh dan menapak lah dengan gagah beraninya. Nasyid dok dendiam dalam van tak ke mana. So kami-kami je lah mak temah sekalian meronggeng rokiah kat pasar ni. 

Dah namanya pasar kan, so pasar lah. Sama je dengan pasar kat Malaysia. Macam tamu Jalan Gaya lah pulak aku tengok. Macam-macam ada dijual kat sini. Yang paling banyak sekali ialah orang jual MAKANAN! Hulalalala.. Sangat seronok lah jawabnya. Harus lah kita menyopping makanan ye. Bersama-samalah kita menuju berat badan yang gemilang dan terbilang. 

Tepek gambar je lah ye. Nak tunjuk betapa meriahnya tempat ni. Nak komen dan cerita banyak-banyak malas lah pulak aku ni. :P

Pasar..

Ronggeng yuk!!

Niat enson mata kaji semar ngiseng!!

Dah macam kat Jepun!

Kuih tradisional..

Cilok?

Goyang ahh asikk goyang..

Es jeruk?

Lauk pauk nyam nyam..

Eeepp!! Baulu ikan Korea!!

Buku..

Jagung rebushhh..

Alaa tomei..

Mengskodeng alas meja..

Boleh tahan lama jugak lah kami kat sini. Sikit-sikit berhenti, beli makanan dan ngap. Padahal kat hotel tadi dah kaw-kaw punya sarapan. Besar sungguh tembolok kami ni. Huhuhu.. Kawan-kawan yang lain ada lah jugak beli souvenir untuk dibawak balik. Aku? Macam lah tak tau kan aku ni kedekut. Makanya aku tak beli apa-apa. Keke..

Dah semput berjalan, sampai lah kami kat van. Amboi-amboi, kemain sedap lagi si Nasyid ni terbongkang tidur. Alamatnye memang jadi bahan lah. Makanya, gambarnya di ambil senyap-senyap. Kalau dia banyak bunyi nanti, kita sms je gambar dia tidur ke Pak Wawan. Nyiahahahahhahahah!! Memang sedap nak pedajalkan orang kan. Kelakar pulak jadinya bila sikit-sikit "Jangan kak.. Jangan..". Hehehehe.. 

Oraito! Next destination ialah bertemu dengan kawan K Awa. Kisahnya, nak jumpa kat pasar tadi. Tapi mbak ni suruh datang ke rumah dia lah pulak. Nak cari rumah dia ya ampun punya lah susah. Tak ada proper taman perumahan. Nama jalan pun tak ada. Signboard arah tuju pun kurang. Memang dah angin kuskus jugak lah dibuatnya. Nasib baiklah Waze boleh detect. Selamat jugak lah sampai ke rumahnya selepas around 2 jam sesat. Gilos!

Aku lupa dah nama mbak tu. Kami bersidai kat rumah dia sekejap je sebab kejarkan masa. Dia plan nak bawak kami pergi makan. Tapi tak dapek lah. Dah lambat dah ni. sekadar minum-minum je. Tak lama mana pun. Setengah jam pun tak sampai rasanya. Serba salah pulak mbak tu tak dapat layan kami betul-betul. Lain kali je lah mbak. Ada alasan kami datang lagi gitu. 

Dah tu kami terus ke agenda seterusnya iaitu pergi petik epal! Weeehuuuuu.. Dah lama tak buat kerja-kerja memetik ni. Dulu-dulu pernah lah jadi buruh kasar petik epal zaman kanak-kanak dulu. Hahaha.. Dah lama sangat dah tu. More than 20 years dah. Yikes!

Ke mana sajalah kita ni pergi..

Perjalanan ke ladang epal ni syok aku rasa. Kawasan ni berbukit bukau lah kekdahnye. Naik bukit turun bukit. Macam-macam pesen rumah ada kat kiri kanan jalan. Suasana macam damai je. Kat satu simpang, Nasyid berhentikan van. Ada seorang pakcik bersama anaknya keluar dari rumah. Pakcik tu pun sengih je, start motor dan lagak gayanya macam "yes minah-minah semua come follow me" gitu. Follow naik van lah. Aku bajet pakcik ni tuan ladang epal tu. 

Dalam 15 minit jugak lah kot kami mengekor pakcik tu dari belakang. Dah semakin menjauh dari kawasan rumah orang. Kiri kanan dah nampak pokok epal. Banyaknye! Dah mula rasa seronot aku ni. Boleh lah makan sampai pengsan. 

Sebelum memulakan aktiviti memetik dan me-ngap, pakcik epal bagi sedikit briefing lah gitu. Lupa dah aku apa nama pakcik ni. Pakcik ni kata kat ladang dia ni ada 4 jenis epal. Tapi yang tengah berbuah ada 3 jenis je. Bab jenis epal ni aku ingat. Manalagi, Anna dan Wanglin. Yay!! Boleh lah kita tengok spesis-spesis epal ni dan check yang mana satu yang paling sedap. 

Pakcik epal bagi briefing..

Dah habis briefing, kami pun meluru lah ke port yang dirasakan menarik. Petik dari pokok, ngap. Petik dari pokok lagi dan ngap lagi. Sampai sebu perut aku. Bukan epal je ada kat sini. Jambu batu pun ada. Rasa dia hulalalala.. Sedap lah! 

Err lupa spesis apa.. Manalagi kot?

Jambu..

weohhfqiwhroiqrpqhfhafa.. nyamnyam..

Yang merah-merah ni Anna!

Terung pun ada..

Manalagi?

Anna..

Anna jugak?

The verdict? Aku paling suka Manalagi. Rasa dia macam buah pear, buah lai gitu. Sedap. Spesis Anna aku rasa macam kureng sikit sebab dia masam-masam. Wanglin aku lupa dah. Hahaha.. So, untuk tidak menghampakan pakcik epal tu, aku beli sekilo Manalagi dan sekilo jambu batu. Hehehe.. Dua kilo je lah. Tak mampu kot nak beli berkilo-kilo. Susah nak pikul nanti. Perjalanan aku masih jauh dan ada 5 hari lagi aku kat bumi Pulau Jawa ni.

Punyelah banyak epal..

Takde lah lama mana kami kat ladang ni sebab kepanasan matahari terik sangat tengahari buta macam ni. Kerjanya dok menyorok bawah pokok je. Nak jalan pun malas. Bila dah rasa puas dah, kami pun bergerak lah pergi.

From time to time aku tak lupa nak menghapdet keberadaan aku kat orang tua aku. Kenalah bagitau kan ke mana anak mereka ni pergi merewang. Nak-nak diorang dah pernah jalan-jalan ke Malang ni satu ketika dulu. Dan pernah pergi petik epal macam aku buat ni. Katanya tak pergi tempat Azahari kena serang ke. Oihh? Lupa dah aku. Kat Batu ni rupanya. Aku bertanyakan lah Nasyid kalau dekat boleh lah singgah. Tapi malangnya menentang arus perjalanan. Agak jauh sikit dari tempat kami. Takde rezeki lah nampaknya. 

Cerita pasal Azahari ni, teringat aku masa interview join UMS dulu. Soalan yang ditanya "Student UTM pandai buat bom ke?" Nak tercekik aku bila dengar soalan ni dari interviewer ni. Dia bagi soalan kaw-kaw, aku pun jawab lah dengan jawapan kaw-kaw. Terus diam. Hahahaha.. 

Lalu masjid..

Eh kenduri kahwin?

Oklah. Our final destination in Malang ialah Coban Rondo! Nama kemain macam nama pekan koboi. Dalam kepala dah set nak jumpa koboi tapi sebenarnya air terjun je. Hehehe.. Dari ladang epal ada lah lebih kurang sejam jugak perjalanan nak sampai ke Coban Rondo ni. Lumayan jugak lah jauhnye. 

Coban not cobaan..

Moh masuk..

Kisahnya, Coban Rondo ni kalau ditranslate bulat-bulat ke bahasa yang mudah difahami ialah Air Terjun Janda. Ekekke.. Yolah, Coban tu air terjun dan Rondo tu janda dalam bahasa Jawa. Makanya kalau nak susun bahasa tu boleh lah dikatakan yang air terjun ni ada kena mengena dengan seorang janda ni. Janda siapa? Mari kita cari tau.

Korang baca sendiri lah..

Ramai betul orang kat sini. Mungkin sebab hari minggu kan ramai yang beriadah. Bukan setakat orang je. Musuh ketat aku pun banyak kat sini. Nyet lah! Phobia betul aku dengan monyet-monyet ni. Asal dia datang dekat je bawak kaum kerabat aku lari. Lagi yang datang mengendeng bawak anak pastu buat muka kesian. Tak yah lah ko nak guna anak ko mintak simpati. Huhh..

Gimme food!!

Ada surau..

Suasana agak tenang jugak lah kat sini. Diiringi dengan band cabuk yang bertenggek kat tepi laluan ke air terjun ni. Kemain mereka. Sedap pulak tu nyanyi. Huhuhu..

Dari jauh dah nampak air terjunnya. Tak payah nak menyusahkan diri nyeberang sungai bagai macam kat Madakaripura semalam. Quite a nice view lah. Tapi disebabkan ramai sangat orang dan sesak, aku jadi macam malas nau nak pergi dekat-dekat. Nak ngambik gambo pun kena tunggu turn sebab kawasan sekitar takde lah besar mana. Bila dah dapat pelang tu hambik kau 360 darjah bergambo. 

The fall..

Dah puas posing, kami balik lah semula ke van. Bila lalu depan band cabuk tu mula lah menggedik. K Rin siap request lagu Ariel Peter Pan lagi. Hahaha.. Kemain tersengih-sengih abang band ni. Gigih nau lah mereka memenuhi request. Seronot sungguh K Rin dibuatnya. Mereka pun seronot jugak lah kot sebab dapat banyak habuan. Hehehe..

Tengah nyanyi lagu Ariel..

Dah habis dengar lagu kami terus balik ke van. Tapi sebelum bergerak pergi sempat lah jugak tengok-tengok kedai yang ada kat kawasan Coban Rondo ni. Manalah tau kan ada yang boleh dibeli untuk di bawak balik. Aku beli kerepek buah. Entah apa lah rasanya. Nak kena goreng dulu baru boleh rasa. Not to forget makan jagung bakar! Nyam nyam sedap tapi tak boleh lawan jagung bakar kat Panajakan hari tu. Terbayang-bayang kepedasannya.

Epal ada..

Wah macam menarik!!

Beli kerepek..

Lazat!!

Okies! Tamat lah sesi jalan-jalan kat Malang ni. Kami terus shoot balik ke Surabaya. Perjalanan dari Coban Rondo ke Surabaya mengambil masa lebih kurag 2 jam jugak lah. On the way singgah masjid untuk solat. Lepas tu sambung semula perjalanan. Dan sepanjang jalan aku bantai tidur. Malas ler nak ngambik tau keadaan sekeliling. Lagi pulak hari dah semakin gelap. Tidur pun sedap.

Masjid..

Sedar-sedar, van berhenti kat tepi jalan kat satu kawasan ni. Ramainya orang. Kenapa kita berhenti? Mamai lah pulak aku masa ni. Nak pergi makan rupanya. Ye lah. Perut aku pun dah berkre'ok-kre'ok macam apa dah. Restoran Padin. 24 jam gitu. Macam restoran mamak je. Apa yang menariknya tempat makan ni, lauk-pauknya semua terhidang kat kaunter. Kebanyakannya bergoreng. Belasah je lah. Makan dengan sambal penyet mesti kaw-kaw sedapnya.

Padin..

Take your pick..

Memang menyelerakan lah. Tak pandang kiri kanan makan. Semuanya licin! Perut pun senang hati. Mata pun kembali kuyu. Mengantuk macam apa dah.

Licin!!

Dah settle makan, kami terus ke hostel. Kami akan bermalam di Sparkling Backpacker. Tengah dalam perjalanan tu, kat traffic light tiba-tiba K Rin menjerit dan melepekkan muka dan tangannya kat cermin tingkap van. Kejadah ahkak ni? Rupanya dia nampak bilboard Ariel tengah promo simcard ke hapa. Ya ampun. Aku ingatkan apa lah. Tapi yang kelakar macam hapa rasa nak putus urat kentut aku bila ada abang motor yang berada kat sebelah van kami ni terkejut beruk bila nampak K Rin tiba-tiba melepek macam tu. Hahahaha.. Serius, muka abang tu priceless habis. Rugi aku tak ambik gambar. Hahaha..

Sparkling Backpackers. Entah berapa rupiah entah satu malam. Dah termasuk dalam pakej. Murah lah kot. Aku sebilik dengan Razat. Kepala aku sungguh dah weng. Lepas mandi, solat aku terus tidur. Geng-geng yang lain sempat lagi keluar meronggeng tengok Surabaya di waktu malam. Aku tak mampu dah lah. Baik aku tidur.

Our room..

Tengok TV..

Jamban..

Dah habis dah hari ketiga! Besok nak jalan jauh. Besok jugak kami akan berpisah menjadi dua group. Aku, K Awa dan K Ayu akan teruskan perjalanan ke Solo manakala yang lain-lain akan balik ke Malaysia. 

Till the next entry!

0 comments :