Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Showing posts with label Aku Yang Tension. Show all posts
Showing posts with label Aku Yang Tension. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Mangkuk Ayun?

Area Maybank Alamesra sentiasa packed. Sentiasa banyak kereta. Nak parking pun susah. Bila parking susah, masing-masing ikut kepala sendiri. Parking sesuka hati dan menyusahkan orang lain. Otak letak kat kaki. 

Aku berada di belakang sebuah teksi. Menunggu parking kosong. Kot-kot ada kereta yang keluar. Setelah menunggu beberapa minit, ada sebuah parking mengundur keluar dari parking. Well I guess, teksi di depan ni akan masuk. Belum rezeki aku lagi nampaknya.

Setelah kereta tersebut keluar, teksi itu terus ke depan. And.......

T____________________T

Hoihhhh.. Kalau kau, kau angin tak? Dah macam apa aku menyumpah seranah. Siapa ajar parking macam tu? Selesai pemandu teksi tu 'parking' macam tu, dia matikan enjin dan masuk ke bank. Waddahell lah kan. Kalau kau tak nak masuk parking tu, bagi aku masuk. Hoihhh.. Panas betul dibuatnya.

Well, ni bukan sekali aku jumpa aksi macam ni. Dah banyak kali. Even though kawasan lengang, parking banyak kosong, masih ramai yang suka buat aksi parking macam ni. Memang mangkuk ayun. Hanya di KK ye....

Thursday, October 4, 2012

Hanya di KK

Apa yang hanya di KK? Ni haaa...



Daebak tak? Menyumpah-nyumpah aku kalau jumpa dengan pemandu macam ni. Suka-suka hati menyelit dari belah kiri kat traffic light. Dah tu, kalau lama sikit ramai yang mengekor berbaris kat belakang dia. Wah wah wah.. Jalan ni bapak korang yang punya kan?

Disebabkan sikap pemandu macam ni lah KK ni selalu jem. Bukan jem hapa, jem bodoh disebabkan pemandu bodoh. Stress....

Thursday, March 1, 2012

It's March Already

It's March already. I achieved some things. The things are menghabiskan duit pergi jalan-jalan. :P

It's March already. Aktiviti meroyanku mula kembali. Got lots of outstation thingy and some out-of-work-area-thingy-you-know-what-i-mean is happening this month. Stay tune for the updates!

It's March already. Someone's sometwo's somethree's birthday is around the corner. Aigoo yah.. Aku belanja makan je lah. Boleh?

It's March already. I haven't been home for 2 months now. Missing Cik Ina's cooking badly. When can I come home? Wuwuwuwuw..

It's March already. Well, I'm planning something at the moment. What? Kahwin? Nahhhh.. Wait and see. ^___^

It's March already. After that it's April. My NZ trip. The status is still unknown. ㅠ___ㅠ

It's March already. MOVE YOUR ASS AND START YOUR PHD PROPOSAL~!! *dun want! dun want!*


Terus stress bila disuruh buat PhD.....

Thursday, October 27, 2011

Bodoh Piang..

Sekadar menepek apa yang dibebelkan kat Facebook.. Ya. Saya emo....

BODOH... TIKET BOLA RM50, WISMA FAM KENA LEMPAR CAT MERAH.. MEMANG BANGSA ORANG TAK SEKOLAH.. PERANGAI MACAM !%$#!&!*@.. ORANG KALAU JENIS TAK RETI BERSYUKUR MACAM TU LAH.. RM50 IS NOTHING KALAU KAU MINAT.. KALAU TAK MAMPU, TAK PAYAH PERGI.. DUDUK JE KAT RUMAH.. KALAU KAU MEMANG BETUL2 MINAT BOLA KAU DAH TAU JADUAL PERLAWANAN BOLA KAU TU SEPANJANG SEASON.. KAU BOLEH START SAVING DARI AWAL.. SO BILA DAH SAMPAI TARIKH GAME KAU TAKKAN ADA MASALAH KEWANGAN.. KALAU KAU TAK PANDAI NAK BAJET, KAU PEGI BELAJAR DENGAN BUDAK2 YANG MINAT KPOP.. BUDAK2 NI PANDAI NAK SAVING SEGALA.. SANGGUP IKAT PERUT.. SANGGUP PUASA UNTUK MENABUNG.. TIKET MAHAL PUN REDHA.. SEBAB MINAT.. TAK MACAM KAU.. SIKIT2 NAK MINTAK SUBSIDI.. LEPAS TU BILA PEMAIN MAIN TAK ELOK KAU MAKI HAMUN MACAM HAPA.. KAU ADA APPRECIATE PEMAIN? CUBA KALAU ARSENAL DATANG LIVERPOOL DATANG, TIKET RATUS2 SANGGUP PULAK KAU BELI.. APA HINA SANGAT KE BOLASEPAK MALAYSIA NI SAMPAI TIKET RM50 PUN NAK BERKIRA?? AKU BUKAN PEMINAT BOLA, TAPI AKU SEDIH TENGOK ORANG MALAYSIA YANG PERANGAI TAK SEMENGGAH MACAM NI.. LEPAS TU NAK TERKINJA-KINJA KAT STADIUM CARI PASAL BILA TIKET HABIS.. WHAT THE HELL.. GET A LIFE!!!

Puas hati aku~!!

Friday, March 4, 2011

Buang Karan di Ranau

Kenapa buang karan? Let me tell you..

Aku, Diana dan K Asnie ke Ranau terlibat dengan satu roadshow di Ranau. Pergi buat promosi lah ni kiranya. Nak tarik pelajar sekolah untuk join UMS. The program starts at 9am on 2nd March 2011. Tapi kami ni excited terlebih kekdahnya. Dah berkampung kat sana sehari sebelum lagi. Dengan tak ada briefing nak buat apa. Memang sempoi habis-habisan ni. Aku bajet, kami semua duduk di meja dan student-student ni datang tanya tentang program apa yang ditawarkan di UMS. Begitulah adanya yang aku dok bayangkan.

Kami sampai di tempat yang dimaksudkan ngam-ngam ho sebelum jam 9 pagi. Dewan lengang. Pelajar-pelajar sekolah ni dok berkeliaran kat luar dewan. Ada seorang dua cikgu kelihatan. Kami masuk ke dalam dewan. Where the hell are they?? they tu urusetia lah. Seorang pun tak nampak batang hidung. Bila call, jawapannya.. "Kami breakfast lagi ni". Oh my goodness. Dah pukul 9 lebih ni. Kata pukul 9 mula. Aku mula tak sedap hati. Then this one cikgu datang menghampiri. Bertanya bila nak mula. Sebab surat yang diterima mengatakan program bermula jam 8 pagi. HOKKK?? Aku, K Asnie and Diana terpinga-pinga. Cikgu tu dah berubah muka. "KAMU PUN TIDAK TAU??" tanyanya dengan muka ala-ala tak puas hati. Serius. Aku rasa mau cabut saja dari situ. Muka dah tebal sangat-sangat. Malu tak terkata.

Then mereka yang dimaksudkan tengah breakfast tadi datang melenggang kangkung ke dewan. Sabor je lah aku. Tersengih-sengih lagi. Dah la lambat!! Tak malu agaknya. Then terus mula. Kami ni terpacak kat satu sudut. Nak tercabut jantung aku bila ucapan pengacara majlis berbunyi "kita akan mendengar taklimat dari wakil-wakil yang ada di sini.." Kuuuusssss semangat! Taklimat apa ni weh? Mula la aku rasa nak lesing siapa-siapa yang ada kat depan ni. K Asnie buat skrip on the spot. Belasah je. Manalah tau nak jadi macam ni. No briefing whatsoever remember??

Lagi aku rasa nak lesing orang, bila pelajar-pelajar ni disuruh untuk berjumpa dengan kami face to face untuk maklumat lanjut. La hai.. Sadis betul lah. Kalau ye pun, sediakanlah kerusi ke, meja ke untuk kami discuss-discuss. Hishhh.. Tak pikir ke apa diorang ni. Bukan tu je, aku rasa nak lesing lagi bila dapat tau pelajar yang ada majoriti pelajar tingkatan 5. Yelllooooo mister. Ini tingkatan 5 lambat lagi la nak masuk U. Pelajar tingkatan 6 pulak ciput je. Tak ramai. DAN. Yang buat aku bertambah-tambah nak lesing orang tahap maksima rasa ni bila dapat tau pelajar tingkatan 6 yang datang tu rata-rata aliran sastera...

Baik tak payah datang macam ni kan? Buang karan betul...

Thursday, October 29, 2009

To Be Sengal Or Not To Be?

Kesian blog aku ni. Dah lama aku tak merepek kan? Banyak benda yang aku nampak, dengar dan buat hari-hari tapi due to time constraints (malas sebenarnya.. hehehe.. ) aku biarkan saja.

Hari ni, aku jadi rimau jadian lagi. Tapi aku rasa tahap kebengisan rimau tu belum maksima lagi. Masih ala-ala kucing miang meluahkan komen dan rasa tak puas hati. Hahahaha.. Ada saja salah student yang aku nak cari. Macam lah aku perfect masa zaman muda-muda dulu. Dulu aku bongok juga. Malas pun ada. Lepas kena basuh baru paham. Sama lah juga dengan budak-budak ni. Bila dah kena gertak baru lah terhegeh-hegeh nak faham.

Tinggal esok je aku nak tunjuk skill kucing aku ni. Minggu depan dah start final exam. Boleh lah aku relaks-relaks update blog kan? Bengong. Research malas nak buat. Main je kerjanya. Bila lah aku nak hilang semua sengal-sengal ni. Tapi kalau hilang sengal, aku bukan Cik Sengal lagi lah namanya. Boleh ke aku hidup dengan kenyataan tu? Muahahahaa...

Monday, July 20, 2009

Kenapa Kau?

Enr ini diujukan khas unuk lapop aku ang ersaang..

oh, lapop..
kenapalah kau bua aku macam ni..
kenapalah iba-iba kau bua pasal..
kenapalah iba-iba huruf ak boleh nak diaip..
kenapalah iba-iba huruf jugak ak boleh nak diaip..
bukan seaka huruf-huruf u je..
funcion ab pun ak jalan..
apa lagi capslock..
shif ang sebelah kiri ni pun jam..
curl bracke boh kiri dan kanan pun malu-malu nak keluar..
backspace lagi..
huhuhuhu..
pena laa aku nak menaip macam ni...
nak aip nama aku sendiri pun susah..
norhaai.. apa ada buni nama orang?
kalau nak aip nama samaran inggal huruf a je..
dah huruf-huruf lain mengada ak mau keluar..
seiap kali nak pakai huruf-huruf u erpaksa aku kopi pes dari mana-mana..
naik pengkor dah jari-jemari aku..
adakah kau mina digani?
kau jangan jeles pulak kalau aku beli lapop ang lain..
akde dah aku nak geng dengan kau lagi..
jadi, sebelum aku bua kepuusan drasik..
baik kau sembuhkan diri kau...
e lapop e....




*sila baca dengan menambahkan huruf T dan Y ditempat yang sesuai.. hahahahaaaa...

Wednesday, April 22, 2009

Siapa Sial?

I noticed an extra wording on my poster this morning..



Hurmm, kepada si penulis, aku ada berapa soalan lah nak tanya:-
  1. Dulu kau tak pergi sekolah ek? Mak bapak kau tak ajar ek? Tak baik menconteng di tempat awam. Lagi-lagi pada harta orang lain. Ko tak belajar ek? SPM kau tak pass ekk? Kesian kau kan? Tapi aku rasa benda-benda ni tak payah di ajar. Sendiri mau tau lah.
  2. Ke kau terasa sebab kau memang spesis tak mandi? Dah kena batang hidung, kau naik angin lepas tu kau lepaskan geram kat poster aku tu? Kalau kau terasa, apa kata kau balik rumah dan mandi. Apa susah? Ke kau ada keturunan kambing gitu? Mencicit lari kalau kena air? Or ada preskripsi doktor kata kau tak boleh kena air? Boleh mati kalau kena air?
  3. Apa kau suka kalau orang lain buat dajal kat harta kau? Mungkin kau kata aku melebih, pasal poster pun nak bising, tapi tu hak aku. Nak juga kau conteng kat situ. Whiteboard aku tu ada marker. Kenapa kau tak conteng kat situ? Satu whiteboard tu kalau kau nak conteng pun tak apa.
  4. Apa yang sial? Poster tu yang sial? Atau orang yang menampal poster tu sial? Ya, penampal poster ni terasa macam sial sebab masih ada makhluk-makhluk yang tak mandi, suka-suka hati masuk. Ya, penampal poster ni terasa macam sial sebab terpaksa menghidu bau-bauan yang menyakitkan hidung dan kepala sampai boleh migrain. Dan YA! Penampal poster ni terasa macam sial sebab sudah diberitahu, tapi makhluk-makhluk itu masih tak faham jugak! So?
Hei! Ini tempat belajar. Bagus sangat ke kalau kau tulis perkataan macam tu kat tempat awam, tempat orang lalu lalang? Pandai ye kau? Anak siapa lah kau ni. Lah, pandai ke kau? Bukan kau tak pergi sekolah dulu? Bla blaaaa blaaablabalabalaaaaaaaa...
Sorrylah hari ni aku agak angin sikit. Bila nampak poster kesayangan aku diconteng, semakin bertambah angin aku ni. Aku tak kisah kalau kau datang jumpa aku kata "Eh sial lah poster kau ni!". Yang kau pergi conteng tu buat apa? Kau pikir lah sendiri. Jangan sampai satu tahap aku sumpah hidup kau sial, sudah.

Wednesday, January 21, 2009

Mata Yang Tajam

Mata aku tak tajam. Kalau tak pakai cermin mata memang tak boleh fokus.

Alkisahnya, tahun 2009 aku memakaikan kanta lekap ke mataku ini. Mula-mula aku pakai ok je. Tapi suatu hari, aku rasa amat tak selesa. Mataku sebelah kiri ni mulai merah. Aku tak tahan. Jadi ku keluarkanlah kanta itu. Kubelek-belek. Ha nkau. Rupanya koyak dah kanta tu. Waiyohh.. Mata aku ni tajam juga rupanya.



Kesudahannya aku driving balik ke rumah tanpa mataku sebelah kiri. Ini sebabnya aku begitu sengal tidak membawa cermin mataku. Apa boleh buat. Main agak-agak je lah jalan tu. Nasib baik sampai dengan selamat.

Hari ni aku pakai cermin mata kembali. Senang cerita. Bila aku rasa banyak masa terluang je, baru aku pakai lense tu. Bila pikir-pikir macam buang karan + duit pun ada jugak. Huhuhu..

Thursday, November 20, 2008

Di Kala Bosan Mengadap Kerja



Tag dari k awa. Nasib baik masih awal pagi. Tudung masih cun, mekap masih ada. Hehe.. Tapi, tengah takde mood lah pulak. Muka pun tengah sembab. Tunjuk versi magibon je la.

The PURE Picture ~
The rules:

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.

2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.

3) Post that picture with NO editing.

4) Post these instruction with your picture.

5) Tag 10 people to do this
Siapa2lah yang nak buat.. Rasanya, semua orang yang aku kenal dah kena tag dah..



-----------------------------------------------------
Cerita-cerita lain:-

1) The security door is not fixed yet. Dah tak larat dah nak menyumpah-nyumpah. Redha je lah. Excercise pagi-pagi. Ok jugak la kan.

2) The poster didn't help at all! Masih juga yang terjah masuk dengan tak mandinya.

DAMN! YOU WANT ME TO DIE IN HERE?

Orang mati sebab eksiden, sebab sakit, sebab kena bunuh, sebab dah tua. Tapi ni, aku boleh mati sebab bau busuk orang tak mandi. Gila..

Tuesday, November 11, 2008

Komen Pun Kena Spam?

Diambil dari blog friendster aku yang dah lama terbiar..



Agreed with author tengkorak dia!

Thursday, October 16, 2008

ARGGHHH!!

Minggu ni aku sewel.
Tiap-tiap hari balik lambat.
Kalau belum pukul 7 jangan harap nak balik rumah.

Besok tarikh akhir hantar FYP report.
Anak-anak buah aku baru minggu ni tunjuk muka.
Kerja aku asyik betulkan DFD dengan ERD mereka-mereka ni je.
Bila disuruh buat, banyak pulak komen dan demandnye.
Tak pasal-pasal karang aku failkan aje.

Aku nak makan tak sempat. Sebab tu aku puasa.
Hari ni pun aku puasa. Aku nak balik buka puasa. Tapi budak-budak ni tak paham bahasa.
Lepas sorang, sorang datang. Berlonggok ramai-ramai depan bilik.
Aku pun sambung bertenggek kat opis ni tak reti nak balik-balik.
Hari ni sempat berbuka biskut raya dengan air jarang je.
Sedihnya rasa.

Malam ni nak amik Dr Hanan ngan wife dia kat airport.
Bawak pegi makan lagi.
Besok nak bawak wife Dr Hanan pergi pasar filipin lagi.
Dengan budak-budak FYP nak merasuk aku lagi.
Dengan ada kelasnya pukul 2 petang lagi.
Hari Sabtu pun ada kelas lagi.
Pagi sampai petang lagi.

Minggu depan nak cover gila-gila semua kelas lagi.
Lepas tu FYP presentation lagi.
Lepas tu jaga final exam lagi.
Lepas tu nak kena pergi kursus lagi.
Kena terlibat dengan meeting lagi.
ISO lah, akademik lah, management lah, program lah, plums lah.
Pastu nak marking exam lagi.
Bukan setakat exam, assignment, quiz, mid term pun belum marking lagi.
Selagi tak habis semester ni aku memang tak boleh duduk diam.
Tapi bila habis buat semua ni, sedar-sedar dah start semester baru.
Nak tak nak, bermulalah semula kisah sewel ku..

HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!

Sunday, July 22, 2007

Things to Sacrifice..

Wah penatnye seminggu ni. Aku datang keje setiap hari. Termasuk sabtu n ahad. Rajinnya aku. Hahaha.. Bukannya datang suka2 tapi datang atas kesedaran sivik yang ada dalam diri aku ni. Minggu ni dah start klass part time. Yang sememangnya dibuat time weekend jek. Kelas aku pon tak terkecuali. Hari ahad lagik. Jam 12 sampai 3 petang. Huhu.. Tak dapek nak tengok melodi. Hehehe.. So hari sabtu aku memerapkan diri dalam opis aku. Mana la tau kan ada masalah regarding part time classes ni bleh la aku come to the rescue. Dan memang ada pon. Kelam kabut gwe. Jadual tak sepadan. Adeh.. Sakit gak nak menyettlekan benda alah ni. Tapi ok gak akhirnya.

Hari ahad plak pepagi buta aku dah sampai opis. Sedih betul kena sacrifice masa tido ni. Aku ni kalau weekend jangan cakap la. Musti nak bangun lambat. Tapi dah tak bley dah. Sabau je la kan. My class went smooth at first. Tapi bila tengah2 tu dah macam stock market plak. Banyak betul soklan student2 ni tanya. Terkebil2 gak aku dengar soklan2 bombastic diorang. Karang aku kelentong payah plak. Diorang ni bukan calang2 orang. Mostly bekerja dalam bidang IT ni. Mati la aku kalau aku temberang. Tapi tak dinafikan. Ada gak part yang aku sesuka je rekacipta semata2 nak memuaskan hati diorang. Hahaha.. Teruknya aku!! First class arini aku tak buat lama. Dalam sejam stengah jek. Tu pon rasa nak pengsan. Kalau 3 jam rasanya bertubi2 aku kena tembak ngan soklan2 yang merapu. Err.. Takut plak rasanya nak buat kelas minggu depan. Huhu....

Thursday, February 1, 2007

A Red Day

first day of february and i'm late for work... argghh.. merah lagi punch card aku.. memang cun ngan kaler baju kurung aku arini.. aku konpius camne laa bleh jem.. padahal from my house to work only 7km.. and took at most 10 minutes to arrive.. tapi...... hari ni ada rasa taik kucen sket.. baru jalan 3km dah jem berjela.. kalau lumba ngan semut pun semut sampai dulu.. orang dari arah bertentangan kata ada accident.. ye ke?? last time it was a road block.. time2 orang sibuk nak pegi keje laa polis merajinkan diri buat road block.. menyusahkan betul.. sebenarnye kan.. sistem jalanraya kat KK ni tak bape bagus laa.. kat area membangun u only get 2 lane road je per way.. tu kalau u bertuah.. at some place plak ada 1 lane je.. isk.. isk.. tak munasabah betul.. n kereta kat KK semakin hari semakin banyak.. come on lahh.. calling for big people to settle this.. tak larat wooo.....