Thursday, December 4, 2008

Cerita Menonton The Coffin

I know cerita The Coffin ni dah basi. Tapi nak cerita juga. Ramai yang tau aku pantang tengok cerita-cerita seram. Tapi aku nak juga tengok cerita ni. Untung-untung ada yang kena peluk nanti. Hehe.. Aku macam biasalah, aktiviti tengok wayang ni biasa dibuat dengan K Rafidah n her hubby. Kacau daun je aku ni kan? Hehe..
Masuk je panggung, mata aku terus terdirect ke arah satu kapel ni. Mak oi.. Punya seronok diorang comolot. Main-main lidah lagi. Astaghfirullahalazim.. Buta mataku ini. Wahaha.. Budak-budak lagi ni. Isk, tak nampak pula muka diorang. Dah melekat macam tu. Kalau lah tu student aku, dah lama kena pelangkung kepala.
Ngam-ngam sebelum movie start, aku terima call. Lah. Mak rupanya. Aku pun layan je lah. Bising betul mulut dia bila tau aku buang masa tengok wayang. Then she said something. Aku ni yang pekak badak time tu terus kata "Apa pulak tengok wayang dengan tuan rumah?" K Rafidah n her hubby yang tengah minum tiba-tiba tersedak. Mengekek-ngekek gelak. Mak pun terus sound baik punya. "Oi! Aku kata kau pergi dengan kawan rumah kau ke? Telingaaaa..!!". Hahahaha.. Kawan rumah rupanya. Patutlah aku rasa pelik semacam. Takkan la pergi tengok wayang dengan Bryan. Miahahaha.. Alaa mak. Orang sekarang guna term 'housemate' lah! Hehe..
Ok, throughout the movie, kami 5 orang je yang tengok. Tak ada penonton lain pun. Errmm, tapi kan, entah-entah kami bertiga je kot yang tengok. Kapel kat belakang tu entah-entah tengah seronok buat wayang sendiri. Hehe.. So, panggung wayang ni Ahmad Albab yang punya!! Hahaha.. Dah jadi macam rumah sendiri dah nak tertonggeng, baring-baring. Tak kisah pun.
Bagi aku, the story is not that scary lah. Tapi ada jugak part-part yang aku jerit tak hengat. Aku tak berkesempatan nak peluk K Rafidah coz her hubby peluk dia dulu. Hahaha.. Most of the time kami ketawa bagai nak rak. Bukannya apa, quite funny jugaklah bila dilihat aksi2 yang kami buat. Duduk melorot sampai nak terjatuh dari kerusi, then tukar aksi lain pulak, kaki diangkat setinggi-tingginya landing di kerusi depan, aku of course lah dok berselubung dengan pashmina Badsha ku. Dah macam pocong dah. Memang tak senonoh.
Karen Mok, macam biasalah, aku salute lakonannya. One of my favourite Hong Kong actress. Ananda Everingham? Well, he's cute. Hehe.. Macam pernah ku lihat dia sebelum ni. Setelah di google baru lah ku tahu dia adalah mamat hensem dalam The Leap Years, drama Singapore yang pernah aku layan sekali sekala ketika aku di JB dulu. The movie? Hurmm.. Not bad lah. Cuma kadang-kadang tu macam slow sikit. Aksi seram pun kurang. Kejap-kejap aku lost, tapi manage to get back masuk balik menghayati cerita tu. Hehe..
Next time boleh la kot layan cerita seram lagi. :p

0 comments :