Wednesday, December 17, 2008

Malaysian Philharmonic Youth Orchestra

Last Monday we went to see this!



Yep! I'm a big fan of orchestra. Mendengar je, aku boleh jatuh chenta. Dengan arrangments yang merdu, all the combination of strings, dengan horn, trompet, tuba semua. Fuh! Memang lazat sehingga menjilat jari.

Bila agaknya ye aku minat dengan orkestra ni? Tak ingat bila, tapi aku pasti sejak aku sekolah rendah lagi. Believe it or not, I've always wanted to performed in one. Ye lah, gelak. Gelak lah. Orang macam aku nak performed in an orchestra? Susah nak percaya kan? Whatever lah. Cita-cita yang tak kesampaian. Simpan dulu. Tapi, kalau diikutkan minat aku semakin menggila selepas menonton Jdorama Nodame Cantabile. Hehehe.. Yes, that sengal Jdorama. Asyik terbayang-bayang diorang performed in the S-Oke. Tak lupa jugak the crazy maestro who loves to go to gokon. Hehehe.. Best gila!


The tickets..

Five tickets? Yeah. Kami pergi berlima. Me, along with 4 other umats from Labuan. It was not planned actually. Aku sebenarnya scheduled to go to Kuching for my Infosys's roommie's wedding. Si Cmoi tu lah. Tapi last minute changed of plans. Aku tiba-tiba diasak dengan kerja. Terpaksalah aku cancel. Angin jugak, sebab tiket flight dah beli kan. Tapi oklah, dapat juga aku tengok orkestra ni. Ada juga hikmah disebalik semua ni.


Kevin Field - the conductor..

Konduktor orkestra malam tu adalah Kevin Field. Kevin ni dah banyak buat performances dengan orkestra-orkestra lain such as Royal Liverpool Philharmonic, West Australian Symphony, Concert Orchestra of Ireland, dan banyak lagi lah. He was totally excellent that night. Walaupun tak sehensem Chiaki Senpai (hehheheehe), aku terpegun tengok dia beraksi di depan orkestra. Sampai terhenjut-henjut, macam nak terjatuh dari pentas dia menghayati conducting tu. Marvellous!!


The Orchestra - Marvellous job that night!

The orchestra? Kalau dah namanya youth, of course lah, budak-budak muda yang main. Agaknya yang paling tua pun dalam umur 17 tahun. Very committed. Tak tau lah sejak umur berapa mereka join orkestra ni, tapi the performances were incredible. Totally pro! Lunak je telinga aku mendengarnya. Memang terbuai-buai lah!

2 jam persembahan terasa macam sekejap je. Lagu-lagu apa yang diorang main ye? Kalau aku sebut pun mungkin tak ramai yang tau sebab semuanya classical kan. Hehehe.. First performance is Hector Berlioz - Overture: Roman Carnival (Op.9). Yang ni sekejap je. around 8 minutes. The 2nd performance Antonin Dvorak's Cello Concerto in B Minor (Op.104). Yang ni best. Sebab ada solo cello performance from Tan Poh Joo. Aku tak kenal dia ni siapa tapi aku difahamkan dia ni memang glamour dalam international classical music scene. Cara dia gesek cello tu memang best. The last performance - Tchaikovsky Symphony No.2 in C minor (Op.17) - "Little Russian". Seronok betul. Sebelum betul-betul habis, mereka performed lagu Jambatan Tamparuli. Banyak versi pulak tu. Sekejap rancak, sekejap mendayu-mendayu. Perghhh..

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati. Kami semua berpuas hati. They really have worked really-really hard to impress us with the performances. Memang deserved long applause and standing ovations. Next time kalau ada lagi persembahan macam ni, aku tak akan segan silu untuk datang lagi.

0 comments :