Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Monday, December 26, 2011

FAME ~ The Musical

23rd November 2011

Semalam dah tengok The Three Musketeers, hari ni pergi tengok FAME pulak. Weeehuuu~!! Siapa sangka, kami dapat tengok tayangan perdana FAME ni. Yes. The first show ever~!! And the first musical ever by my fav SuJu member, Lee Hyukjae~!! Excited much!!

I met up with the girls at Woori Finance Art Hall (WFAH). Tempat berlangsungnya musical FAME ni. Gigih jalan sorang-sorang ke sini. Tak susah mana pun. Turun kat station Olympic Park. Kekekek.. Olympic Park lagi. Station paling ngeri kat Seoul. Terkenang-kenang, terbayang-bayang scene homeless kat depan mata. Kekekeke.. Well, if you guys can remember, aku ada pernah cerita pasal Woori Finance Art Hall ni dalam edisi Winter Sonata dulu. Yeps. Pernah datang sini dulu untuk mengskodeng konsert KRY. 

Woori Finance Art Hall.. FAME~!!

Saturday, December 24, 2011

The Three Musketeers ~ The Musical

22nd November 2011

It's the day~! We went to see The Three Musketeers Musical. Gigih kan? Hehehhee.. Oklah. Cerita sikit pasal musical ni. Tak dinafikan lah, aku dan geng pergi tengok musical ni disebabkan si budak kecik Kyuhyun tu. Dah alang-alang memang ada kat Korea ni, ada masa terluang, apa salahnya pergi menjengah. Tak paham pun buat-buat paham je lah. Sebelum datang tengok, study dulu apa-apa yang patut tentang musketeers ni. Jadinya, boleh lah tangkap serba sedikit apa yang nak dimusicalkan tu. Tiket musical dah beli siap-siap kat Malaysia hari tu through Interpark. Senang je nak membelinya sebab website dalam English. Bayar pakai credit card, bawak printout receipt, datang ke kaunter on the performance day and redeem your ticket. Dah ada tiket boleh lah masuk ke dalam musical hall.

Performance musical ni berlangsung kat Seongnam Arts Center (SAC). Lokasinya adalah di luar Seoul. Agak jauh jugak lah. Lebih kurang satu jam setengah perjalanan menaiki subway train. Nak kena tukar-tukar station lagi. Bila dah sampai subway station yang berkenaan, kena menapak lagi dalam 15 minit untuk ke SAC. Bertabah je lah kan nak ke sana. Demi Kyu katanya. Hahaha..

Sepanjang-panjang jalan ada bunting Three Musketeers ni. Bertambah excited lah aku jadinya kan. Jalan pun dah tak betul. Laju je. Nak cepat sampai ke SAC. Sejuk kekdahnye.


Three Musketeers bunting..

Thursday, December 22, 2011

Summer Scent di Bumi Korea ~ Day 6: Itaewon, Seoul Central Mosque, 63 Building, Hangang Park & KBS Building

Wednesday, 6th July 2011

Hari ni kami memulakan perjalanan kami ke Itaewon. Of course lah, hari tu dah pergi. Ni pergi lagi bawak Cik Dila. At the same time, kita tengok ada beza ke tak Itaewon di musim panas dengan Itaewon di musim sejuk. Hahahaha.. Poyo.

Itaewon station..

Itaewon ni tempat paling international lah katanya kat Seoul. Banyak restoran asing, nak tengok orang asing, makhluk asing pun banyak kat sini. Nak pergi Itaewon ni senang je. Turun kat Itaewon Station. Memang terus keluar kat tengah-tengah Itaewon lah. Itaewon Station ni letaknya kat subway line no 6 yang berwarna ala-ala warna oren-coklat tu. Dah alang-alang pergi Itaewon ni, kami singgah jugak ke Masjid Seoul.

Monday, December 19, 2011

Malaysian Infosys Alumni Network Session 2011

Saturday, 17th December 2011

Gigih tak gigih. Selepas habis benchmarking visit, aku tak terus balik ke KK. Kisahnya, aku ada gathering Alumni Infosys keesokan harinya kat Shah Alam. Pergi balik hari. Penat kau~!!

Gathering start pukul 2 petang di Intekma Resort and Convention Centre, Shah Alam. Aku dan Aida bergilir-gilir bawak kereta sampai ke sana. Sebelum sampai ke Shah Alam, aku dropkan Aida di MidValley. Kalau tak, boleh sangap dia nak tunggu aku kat Shah Alam nun. Masih ada masa. Jadinya, aku jalan-jalan lah sekejap kat MidValley tu.

Then, berpandukan GPS aku bergerak ke Shah Alam. Bongoknya aku tak pandai pakai GPS. Dia bawak aku balik ke MidValley. Hahahhaa.. Bangang betul. Last-last aku cari signboard ke Federal Highway je. Lagi senang~!! Terus aku pecut ke Shah Alam.

Dah sampai Shah Alam, satu hal pulak. GPS bawak aku ke Shah Alam Convention Centre. Dey~!! Aku nak pergi Intekma lah. Yang kau bawak aku pergi ke SACC apasal? Terus SETERESSS aku dalam kereta tu. Aku bukannya tak biasa jalan-jalan kat Shah Alam ni. Selalu jugak turun. Tapi selalunya bukan aku yang drive. Jadi bila tak drive tu, memang buta jalan lah jadinya. Dah tu ikut instinct je lah menonong jalan. Jumpa jugak akhirnya. Setelah aku mendapat parking yang ya ampun susahnya nak dapat, jam telah menunjukkan pukul 3 petang. Wakakakaka.. VVVVVVIP gila aku ni~!!

So, ada speeches bla bla bla from Prof K, people from MDeC and representative from Infosys. Terkedu aku bila dengar job market sekarang kekurangan tenaga pakar dalam bidang ICT. Siapa kata graduan ICT tak boleh cari makan? Boleh. Kerja kosong berlambak. Yang menjadi masalah utama, korang graduan ICT ni ada ke tidak skills yang diperlukan untuk mengisi jawatan tu? Masak. Maunye masing-masing menuding jari balik ke universiti masing-masing. Kami tak belajar pun benda tu. Kami tak tau pun benda ni. Arghhh.. SETERESSSS.. 

Statistic on Supply-Demand Gap..

Well, I see some familiar faces!! Muka-muka Mysore. Hahahaha.. Best, best. Lepas ni boleh borak-borak. Then it's time for perasmian. Canggih kau. Hayun je remote. Macam main Wii. Hehehe..

Rasmi lah sudah Malaysian Infosys Alumni..

Then it's time to melantak~!! Ada nasi goreng, ada spaghetti bolognese, ada meatballs, ada ayam goreng, ada tart, ada buah-buahan, ada macam-macam lah~!! Makanan tak berapa berat sangat sebab baru lepas makan tengahari kan. Aku yang tak makan tengahari pun kekenyangan makan makanan-makanan ni.

Sambil makan, sambil ada cabutan bertuah. Hadiah kemain. Selain daripada hamper, ada grand prize tau. Ada Samsung Galaxy (galaxy spesis apa aku tak sure), ada BlackBerry, dan yang paling best, iPAD~!! Siapalah yang bertuah tu ye. Hehehehehehehhee.. Aku lah antaranya yang bertuah. Hahahahahahhaa... Kau bertuah dapat hamper ke nyah?? AHAHAAHHAHAHAHAHA~!!

Speech by our Tok Penghulu..

Jajan~!! Our Mysore batch!! Batch paling hyper seantero batch. Ngaaaaa...

Well, sempat jugak aku mingled around with the 2nd batch. Dah lama tak jumpa kan. It's been 3 years since our crazy Mysore days. Ahahaha.. Kalau diingat balik jenayah-jenayah yang kami lakukan kat sana. Wakakaka.. Boleh bengong dibuatnya. Cerita pasal Mysore, banyak entry Mysore masih terperuk dalam draft. Dah 3 tahun dah. Mampu ke nak sambung balik?

So, we had fun. But I got to make a move. Nak kena berkejar pulak balik ke JB. Flight balik ke KK besok paginya pukul 9.30 pagi. Flight pagi kan. Kalau flight malam, boleh overnite kat KL ni. Siang-siang baru balik. Selepas say bye-bye, aku singgah balik MidValley ambik si minah seorang tu. Nasib baik dia ada kawan melepak. Tak lah boring. Not long after that kami pun choww balik~!!

Hurmmm.. Hadiah cabutan bertuah? Hamper apa kelas noks~!! Inilah hadiah cabutan bertuah aku. Hehehehe..

BB Curve..


Aku godek-godek, aku telek-telek, sampai naik seteressss aku dibuatnya. Nak switch off pun tak pandai. Sudahnya, ia menjadi milik Aida. Mesti ramai yang menyumpah-nyumpah aku kan. Hahahahahahahhahahahahahhaaaa.. 

Wednesday, December 14, 2011

Banafee Village, Johor Bahru

Staying at Hotel Selesa, aku berpeluang untuk menjengah ke Banafee Village. Tempat melantak lah youuu.. Locationnya, satu jalan yang sama dengan Hotel Selesa iaitu Jalan Abdullah Tahir. Kalau jalan kaki ada kot dalam 8-10 minit. Aku pecut naik kereta je. Hehehe..

Dengar nama restoran ni macam familiar je kan? Yes. It belongs to the Banafe's family. Pelakon Betty Banafe tu. Bisnes keluarga dia kalau tak silap. Rajin jugak lah Betty datang ke restoran ni once in a while.

Kebetulan hari aku datang, hujan. Jadinya duduk kat belah dalam restoran sajalah. The interior is quite nice. Sebelum ni aku dah pernah pergi. Tapi sekali je lah. Itu pun entah tahun bila. Hahaha.. Kali ni aku datang lagi. Bawak Kim On untuk mencuba makanan-makanan Johor. Poyo je. Specialty Banafee Village ni sebenarnya Arab Cuisine. Tapi ada jugak lah local dishes. Pilih je apa nak makan.

Tempat menggodak air..

Tuesday, December 13, 2011

Hotel Selesa Johor Bahru

Aku berkampung 5 hari kat sini sepanjang Benchmarking Visit tu. Hotel ni letaknya kat Jalan Abdullah Tahir, off Jalan Tebrau. 5 minutes drive from bandar JB. About 10 minutes drive from Johor CQI. Senang je nak cari. Memang tepi jalan besar. The room is quite comfy. Boleh lah. Selesa sama dengan nama hotelnya. Nak sumbat ramai-ramai dalam satu bilik pun boleh.

Bila cerita pasal hotel,  salah satu benda yang penting ialah tempat parking kereta. Ada lah a few parking lots kat tepi hotel. Tapi tak boleh nak menampung kesemua guests. So, guests boleh park kat Metro Parking yang ada di sebelah hotel ni. We can get rebate for this parking. Boleh lah kan..

From the door..

Opposite side..

The bed..

Jamban..

Swimming Pool pun ada..

Lights of JB..

The price is quite reasonable jugaklah. Tak ingat aku berapa harganya satu malam. Tapi kalau Gov Rate tak sampai RM150 rasanya. Rasanya lah. UMS yang bayar. Aku duduk je. Hehehehe..

Although there are some benda-benda remeh yang bikin aku panas, overall the hotel is OK. Boleh jadi tempat membongkangkan diri kalau datang ke JB ni. ^__^

Monday, December 12, 2011

Johor Premium Outlet

Semua orang bercerita tentang JPO. Especially geng-geng yang ada kat Johor ni. Masa mula-mula dengar tu, aku tertanya-tanya jugak menatang apakah JPO tu. Sengal sungguh kan? Punyalah tak terfikir yang JPO tu Johor Premium Outlet. Lorr.. Dah bukak dah ke? Lambat lah aku ni.

Aku ni kan pengunjung setia Senai Airport. Asal nak ke sana je mesti lalu tapak JPO ni. Dari awal jugak lah aku tengok dari hutan, kena tolak, ada pembangunan, alih-alih dicacaknya signboard besar-besar Johor Premium Outlet. Kelessss ko. One of a kind in South East Asia. Sebelum ni, kalau nak pergi Premium Outlet yang terdekat sila lah ke Korea ataupun Jepun.

Apa yang ada kat JPO ni? Orang kata port jual barang branded at discounted price. Alah. Kalau diskaun pun mesti masih ribu raban kan harganya? Orang macam aku yang tak reti barang-barang branded ni, setakat boleh cuci mata je lah kan? Kalau aku gilakan barang branded, mesti aku tak dapat nak meroyan jalan-jalan sana sini kan?

Alkisahnya. Dah alang-alang aku kat JB ni, haruslah menyinggah ye. Kita tengok apa yang ada. Kalau nak datang kena datang awal pagi. Time baru bukak. Masa ni, tak berapa ramai orang. Kalau datang petang, haruslah kena beratur untuk masuk ke dalam kedai. Untuk masuk je tau~! Nak lagi best, datang masa hari bekerja. Gigihkan lah diri ambik cuti kalau nak cuci mata kat sini ye. 


From the highway..

Perjalanan dari rumah aku kat Skudai ni ke JPO, mengambil masa 20 minit. Tak jauh mana. Lalu highway PLUS, and then exit ke Senai Airport / Tuas. Baru pukul 10 pagi. Tapi mak datuk, kereta dah banyak. Cuba teka kereta dari mana? Ye.. Lebih separuh kereta yang ada kat parking tu datang dari seberang tambak. Sakan mereka datang awal. Diorang kalau nak shopping pun best kan. Berapa lah sangat duit diorang nak compare dengan duit Malaysia ni.

Hurmm.. Tak tau nak cerita apa. Aku tepek gambar saja lah ye..


Pintu masuk..

Car Park.. 

Vincci.. 

Padini 







There's this one makcik who picked up Coach bag macam pilih bawang kat pasar malam. Lepas satu, satu dia ambik. Huhuhhuhu.. Banyak duit beliau. Husband kat sebelah pandang saja..



Agak-agak duit dah habis, Maybank ada. Kalau tak nak gores dan hutang lah kan?



Aku belek-belek scarf Burberry. Nipis je bendanya. Tapi harganya ya ampun. Boleh beli 2 keping tiket Air Asia pergi balik KL-Incheon~!












Ada banyak lagi kedai yang belum bukak. There's BONIA, Tommy Hilfiger and few others. Nanti kalau dah penuh ni, semakin ramai orang lah jawabnya.

Dah.. Aku tak shopping apa pun. Belek-belek je. Aku lebih tertarik dengan design bangunan dan susun atur kedai je. Hahahahaha.. So? To all brand lovers, jangan lupa singgah sini ye~!! Kita kasi sesak ini JPO~!!

Saturday, December 10, 2011

Eclipse

Hi peeps~! I'm in JB. Yeehaa~!! Yes. The benchmarking visit thingy. Balik kampung dulu lah kan sebelum pergi jalan-jalan.

Siapa dapat tengok gerhana bulan tadi? Yeshh.. Dari rumah aku ni. langit sangat clear. Boleh nampak. Tapi aku kan sengal. Terlambat. Aku tak aware pun ada gerhana bulan ni. Bila sebok backlog twitter baru perasan. Berdesup aku berlari keluar.

Eclipse..

Subhanallah.. Boleh lah kan? Walaupun lambat, dapat jugak aku tengok fenomena ni. Next time kena alert. Setakat snap sekeping ni je. Tak teringat pun nak ambik video. Huhuhu..

Bila ye the next eclipse? Boleh lah aku stand by.

Friday, December 9, 2011

Super Show 4 Seoul ~ TERBAEKK~!!

WARNING: A LOT OF FANGIRLING AND SPAZZING IN THIS ENTRY. READ AT YOUR OWN RISK.

Tarikh kejadian: 19-20 November 2011
Tempat kejadian: Olympic Park, Seoul
Masa kejadian: Errrrrrr.... Bacalah sendiri. Hehehe..

What can I say? Seriously sangat best lah SS4 ni. Macam orang gila jugak lah meroyan tengok. Banyak benda yang aku tak expect berlaku. Ternganga lah, terkedu lah. terover gelak lah. Macam-macam perasaan ada.

Mukadimahnya, cerita dimulakan dengan kisah kami berperang dengan G-Market hari tu. Semangat gila kan nak pergi jugak Seoul. Bila dah tau pasal tarikh SS4, kami punyalah poyo booking flight terus. Aku tak tau nak cakap macam mana tapi AA telah mendengar suara hati kami. Terharu dan gembira sangat bla tiba-tiba ada promotion ticket murah ke Seoul. Hah. Apa lagi. Selamatlah aku merembatnya.

Ye boss.. Kami pergi both days. Mereng tak mereng. Hahahaha.. Hari pertama dan hari kedua lebih kurang je performance diorang. Beza pun sikit-sikit je. Hari pertama nampak carca merba sikit. Hari kedua lagi proper. Teratur sikit. Mana-mana fancam yang aku jumpa kat youtube aku letak jugak kat sini. Credit to the uploader. ^__^ Tapi kalau ada lari dari kisah sebenar tu mintak ampon banyak-banyak lah ye. Almaklumlah, masa mengarang ni dah ala-ala lupa ingatan. Clip tu pulak digodek setelah siap semua repekan ni. Tak kuasa aku nak verify satu-satu. Huhuhuhu..

Wednesday, December 7, 2011

Kerja OR Jalan-Jalan?

We had a meeting yesterday morning. Minggu depan kami akan mengadakan lawatan benchmarking ke beberapa buah universiti. Ke mana makcik? Ke UTM dan UTHM di Johor dan NUS serta NTU di Singapura. Yahuuuuuuuuuuuuu~!!! Suka ye makcik. Mestilah. Sebab makcik dapat pergi jalan-jalan. Hahahaha..

Lagi makcik suka, makcik boleh balik kampung. Muahahaha.. Bukan main makcik ni ye. Mesti lah kan. Sambil menyelam, kita tonggak air banyak-banyak. Bagi kembung terus. Kami akan ke sana 12-16 Disember. Seminggu tuang kerja. Seminggu jugak tuang kelas. Bila inform student, dengan senang hati mereka bersorak gembira. Makcik pun tumpang bersorak jugak lah. Hahaha.. Sewel.

Kebanyakan ahli rombongan visit ni tak pernah pergi Johor dan Singapura. Sedih betul aku dengar. Tu lah. Terperap je kat sini. Macam mana nak berkembang. Lepas tu nak komen macam-macam. Hahahaha.. Teremo pulak aku ni. Bila dapat tau aku ni orang JB, mula lah aku ni nak dijadikan tourist guide. Hahahah.. Lawak-lawak. Siap suruh aku bawak makan kat tempat-tempat yang best. Tempat makan yang best? Yang aku tau tempat makan yang best kat rumah aku ler. Mak aku masak. Hahaha.. Bila balik kampung tak adanya kau nak makan luar. Mestilah kau nak makan masakan mak kau. Betul tak? So bab-bab makan best kat JB tu sorry lah. Memang aku tak tau.

Singapore pulak? Mentang-mentang aku ni kerjanya keluar masuk Singapore kan? Adoilaaa.. Sabar je lah aku. Aku rasa kalau aku tak tau jalan-jalan kat Johor dengan Singapore tu, takdenya diorang nak bawak aku kan? Hahahhaa.. Semangat weh itinerary mereka ni. Nak pergi Esplanade, USS segala. USS tu kalau tak satu hari jangan harap lah nak pergi.

Apa pun, back to the main issue. Sebenarnya memang bagus buat benchmarking ni. Boleh kita tengok kelebihan dan kekurangan yang ada pada kita berbanding universiti-universiti lain. Ye lah kan. Tempat kami ni staff terhad. Program tak banyak. Fasiliti pun masih kekurangan. Hasil benchmarking nanti boleh lah dijadikan panduan untuk mengupgrade tempat kami ni kan?

Next benchmarking visit selepas ni adalah ke universiti-universiti di Hong Kong. WOOWWWW~!! Aku diajak sekali ke? Hurmm.. Aku tak pernah pergi Hong Kong. Mesti kena tinggal kan aku ni? Hahahaha.. Tapi kalau diajak syok jugak weh. Makan angin lagi. Hehehehe..

Benchmarking Visit to JB and Singapore 12-16 December. Tiket flight ahli rombongan 12-16 December. Tiket aku? 10-18 December. Muahahahahaha..

Tuesday, December 6, 2011

New Sonsaengnim

Dah sebulan aku tak pergi Hangul class. Mesti kena sound dengan Jeonghui-nim ni. Adoilah. Karang dia tanya mana aku menghilang, tak kan aku nak cakap aku pergi balik kampung dia. Hahahaha.. Semalam aku gagahkan diri jugak untuk pergi. Ehh.. Jeonghui-nim tak adalah. Dia balik kampung. Fuhhh.. Nasib baik tak bertembung kat mana-mana. Hahahah.. Tapi, siapa ni? Cikgu baru kah?

Yep. Cikgu ganti. Muda lagi. Anak siapa ni? Anak Sera-nim ke? Entah ye? Tiba-tiba dia tegur aku. What is your name? Wahh.. Bagus. Dia pandai cakap English. Hahahaha.. Kalau dengan Jeonghui-nim memang tak dapat punya lah. Dia cakap bla bla bla bla. Dalam hati aku, wow. Her English is good. Korean kah dia ni? Her name is Grace. She's definitely a Korean. Itu je yang aku tau.

She's funny. And STRICT. Lagi aku ternganga bila dia start cakap Melayu and Cina bila kami tak paham. DAEBAK~!! Hahaha.. Hari pertama dia mengajar dah suruh kami buat karangan. Gasak lah kau Yatt. Dah lama kau tak menulis. Macam mana nak buat karangan? Apa lagi. Bukak google translate curi-curi. Hahahhaa.. Bengong. Nasib baik tak kena marah. Bukan saja kena buat karangan. Ada homework lagi. Ngaaaaaaa... Nangis lah aku. Mana sempat nak study ni. Huhuhuhu..

Our new textbook..

Next class, kami akan guna buku baru. Nae~!! Semoga aku semakin terer membaca, menulis dan mengadakan perbualan. AJA~!!

Nak balik tu, kami korek latar belakang Grace. She'd just graduated from Ewha University. Woww.. So? Apa dia buat kat Malaysia ni? Kenapa dia ada kat sini? Katanya, her family is here. Dah bertahun-tahun duduk sini. Laaaaa.. Gitu rupanya. No wonder she can speak Malay and Chinese. Dia dah grad tak tau nak buat apa. So balik KK lah.

Macam balik kampung gitu ekk. Aku yang Malaysia totok ni berangan nak buat Seoul tu kampung aku. Pigiraaahhh~!!!!

Monday, December 5, 2011

Goodbye EunTeuk DJ..

Selepas 5 tahun 3 bulan, akhirnya EunTeuk DJ meninggalkan Super Junior Kiss the Radio (SUKIRA). Sedih weh~!! Walaupun aku baru berjinak-jinak dengan SUKIRA tahun lepas, aku rasa sedih. Belum lagi orang yang memang layan sejak awal. Mesti meraung-raung kan.

Hadiah??

Diorang berdua ni kalau dah duduk dalam konti, dapat pegang mic, memang tak boleh duduk diam. Paling seronok segmen karaoke sesuka hati diorang. Korek lah kat youtube tu. Memang banyak aksi-aksi terencat mereka ni. DJ radio negara korang ada buat macam ni? Kalau ada pun mesti korang kutuk kan? Hahahhahaa..

The Final Broadcast

cr: uploader

The reason of leaving? Katanya schedule masing-masing sangat pack. Eunhyuk dengan schedule musical FAME dia lagi. Boleh dikatakan tiap-tiap malam ada musical activity. Macam mana nak handle radio kan? Abang Long Teuk pulak sibuk dengan aktiviti MC dia. Strong Heart lah, Star King lah. Dengan WGM lagi. Banyak aktiviti. Lagi pula dia tengah menunggu masa untuk masuk army je. Waaaaaaaa~!!!

After the broadcast.. ㅠ_____ㅠ

Dear EunTeuk DJ.You will be dearly missed. Aku akan rindu korang~!! Especially the blonde boy. Dah tak dapat dah nak tengok korang tiap-tiap kali ada BORA. Nasib baik jugak lah, aku berkesempatan tengok diorang handle radio. Yep. Aku sempat terjah SUKIRA back in July. Dapat tengok live depan mata. Tak rasa ralat sangat lah kalau nak compare dengan geng-geng meroyan aku yang pergi Seoul tak kena timing.

Budak blonde yang masih tak boleh terima kenyataan..

Apa pun, without EunTeuk DJ, Super Junior Kiss the Radio will always be Super Junior Kiss the Radio. Tempat mereka akan diambil alih oleh member Super Junior yang lain, Ryeowook and Sungmin. Gasak lah. Lepas ni SUKIRA will be filled with aksi kecomelan yang terlampau. Hehehe..

Comel kan kami??

EunTeuk DJ~!! Hope you can come back to SUKIRA some day~!!

Sunday, December 4, 2011

Ada Apa Dengan ALICAFE

Pagi tadi aku bergrocery shopping. Buat stok sebulan kat rumah ni. Macam biasalah. Selalunya aku menabung kat Giant 1Borneo. Suka betul aku pergi situ. Boleh cuci mata. Boleh pergi Daiso. Boleh menebeng kat depan Money Changer some more. Opppsss~!! Nak ke mana lagi lah CikSengal ni kan? Hahahahhaa..

By the way, sedang aku tengah khusyuk mencari barang, aku terdengar suara-suara dalam bahasa yang agak familiar. Agak kecoh jugak lah. Aku pun pergi ke arah suara-suara itu. Ok. Seorang Korean ahjusshi, seorang ahjumma ~ isteri ahjusshi tu kot along with a friend dekat isle instant drinks. Chot chet chot chet chot chet.. Apa lah yang dikecohkannya tu. Rupa-rupanya dia tengah suruh pekerja yang ada kat situ turunkan beberapa kotak Alicafe yang berada kat shelf paling atas tu. Kotak-kotak tu dimasukkan ke dalam troli. Wow.. Terbuntang mata aku. Banyaknya pakcik? Buat stok ke? Borong nak bawak balik Korea sana? Bagi souvenir kat saudara mara? Hahahaha.. Tengah sakan aku menonton scene tu, tiba-tiba ahjumma tu terus terpandang aku. Di kala mata kami bertentangan, dia terus tergelak. Aku pun ikut gelak sekali. Hahahaha.. Macam tau-tau je apa yang aku fikirkan ye ahjumma?

Alicafe...

Hurmm.. Sedap ke Alicafe ni? Sampai berbondong-bondong pakcik Korea tu beli? Sekali rasa pasti nak lagi? Entah ye. Kena buat kajian ni.

Jadi aku berjalan-jalan lagi. Entah agaknya hari ni Hari Bertemu Orang Korea kot. Aku terserempak dengan beberapa Korean lagi. This time 3 Korean ladies. Kecoh-kecoh nak beli jajan. Secara tak sengaja aku terpandang ke arah bakul grocery mereka. Guess what I saw? Yepss.. Beberapa bungkus Alicafe~!! Yowwwzaaaa!! What happened? What happened weh? Kenapa semua orang kemaruk Alicafe? Tengah aku dok fikir macam mana connection tercetus antara Korean and Alicafe, aku dikejutkan dengan laungan seorang perempuan. Oh. Kawan kepada these ladies rupanya. Serius aku terus tergelak kat situ bila the chingu datang ke arah kawan-kawannya dengan memeluk 2 paket Alicafe 3-in-1. Wakakakakakaka.. Dah macam orang sewel aku nak cover-cover gelak kat Giant tu. Tolak troli sambil tersengih-sengih macam kerang bacen. Adoilaaa..

So, dengan perasaan curiousnya, balik rumah aku terus google pasal Alicafe..


Bukak-bukak main page je dah nampak bendera Korea terselit kat situ. Oh.. Dah sampai Korea rupanya Alicafe ni. No wonderlah. Si Queen pun bagitau yang dia pernah nampak Alicafe ni ada dijual kat Shinsegae. Dah glamer rupanya Alicafe ni di kalangan orang Korea. Bila godek-godek corporate profile, baru ku tahu company ni based kat JB. Kampung makcik~! Hahahaha.. Sumpah aku tak pernah tau sebelum ni. Sebab aku tak pernah nak ambik tau. Bila insiden kat Giant ni terjadi baru aku terhegeh-hegeh nak godek. Hahahaha..

Belek bahagian spokesperson pulak. Ada Farah, Rosyam Nor, Dafi and Raymond Lam. Cepat-cepat aku bukak site Korean punya.....

Spokeperson COMING SOON~!!

Wohhh~!! Siapalah bakal jadi spokesperson untuk Alicafe Korea? Super Junior? Wakakakaka.. Mau berkotak-kotak aku beli buat stok macam ahjusshi tadi. Hahahahahahah..

Dah nak habis merepek ni, aku still tak tau kenapa Korean borong Alicafe ni banyak-banyak. Maybe kat Korea sana harganya mahal? Borong banyak-banyak kat sini lagi murah? Orang tengok mesti pelik kan. Alah.. Sama je dengan orang kita yang memborong face product kat sana berbondong-bondong banyaknya. Opppsss~!!! Hahahaha.. Orang-orang sana pun mesti rasa pelik tengok kita.

Nantilah. Kalau aku ada rezeki terserempak dengan Korean yang memborong Alicafe ni aku nak tanyalah. Wae manhi manhi saji? Wakakakaka.. FAIL~!!

Monday, November 28, 2011

Summer Scent di Bumi Korea ~ Day 5: Gwanghwamun Square, Namdaemun Market, Seoul Tower, Myeongdong & Seoul City Night Tour

Tuesday, 5th July 2011

Hari kelima. Lebih kurang pukul 8 pagi dah kami keluar berjalan-jalan di sekitar Gwanghwamun Square. Nak ke Gwanghwamun ni senang je. Kalau dari Sunshine, jalan kaki pun boleh. Tapi kami malas. Naik train dan turun di Gwanghwamun Station. Keluar je exit mana-mana. Memang akan jumpa dengan Gwanghwamun Square ni.

Dah sampai kat Gwanghwamun Square ni, aku ambil gambar apa-apa yang patut. Last time datang, tak sempat nak explore sangat. Kali ni, kita all out posing. Hahahaha..

Jalan-jalan sekitar Gwanghwamun..