So much of the technology. Orang nak canggih, kita nak canggih jugak. Orang dah maju, kita nak maju jugak. Orang dah pakai security, kita nak pakai security jugak. Orang dah pakai what-so-ever biometric identification, kita nak pakai jugak. Tapi tu orang. Kita ni belum layak lagi. Tapi kita nak buat jugak. Apa jadi? Setakat hangit-hangit taik ayam je. Penghabisannya, all of the technologies tu menyusahkan orang. Aku lah antara orang yang disusahkan tu.
Pagi-pagi ni aku dah angin. Sebabnya, aku tak dapat masuk main office through the "so much of the security biometric identification door". Kenapa? Bukannya sebab ibu jari aku ni terpele'ot, terluka, sampai tak boleh identify diri aku. Bukannya sebab teknologi biometrik itu sendiri yang korup dan 'kopab'. Tapi disebabkan pintu tu sendiri dikunci dari dalam. Walawei!! Canggihnyaaa! Tak cukup dengan teknologi yang ada, dikuncinya pintu tu lagi? Memang betul2 secured ni. Tapi come on la. It's almost 8 man! Buka-buka la pintu tu. Yang dikunci lagi kenapa? Bukannya first time jadi macam ni. Dah banyak kali. Benda alah ni pun aku dah raise dalam mesyuarat pengurusan. Dah ada teknologi canggih kan, kenapa mo dikunci lagi? Jawapan yang aku dapat dari the so-called person in charge, "selalunya malam-malam sini takde elektrik. Itu sebab kami kunci". Waiyoh. SELALU MEHH?? Tak ada generator ke kat sini? Tak ada backup kuasa ke kat sini? Kalau dah macam tu kenapa kita nak buat lagi biometric ni? Buang duit je! Pfrtthhh.. Orang tu pun cakap lagi, "We will make sure that the door is opened as earliest possible.." KOROKMU! Apa jadi pagi ni? Apa jadi dengan hari-hari sebelum ni? Pfrttthhh...
Pagi-pagi before start kerja, aku go through the main office untuk punching kedatangan. Dahsyat kan? Masih guna punch card lagi kita ni. Kilang-kilang pun dah pakai barcode reader. Kata kita paling canggih? Pfrttthhh... So, nak mempunch card je aku kena go through 2 biometric doors. Tu dia. Siapa kata tak canggih? Mesin punch card tu sebenarnya kat luar main office, but at the other side. Boleh je pergi ke sana tanpa masuk mana-mana pintu yang canggih. Tapi jauh sikit lah. Kena turun tangga, pusing, naik tangga lagi. Penat betul. Paling senang through these doors lah. Satu level dengan my room and sangat dekat. Tapi hari ni, dan hari-hari sebelumnya, aku kena berjalan jauh disebabkan pintu-pintu yang terlampau canggih ni.
Well the thing is, bila identiti kita diverified oleh benda alah identificator tu, dia akan unlock the door, and create satu bunyi yang membingitkan. Tadi bunyi dah. Memang bingit. But the door won't open. Aku dah agak dah. Mesti berkunci. Then aku buat identification lagi sekali, and lagi sekali keluar lah the annoying sound tu. Banyak kali aku buat. Saja buat isyarat supaya orang dalam office tu dengar and open the damn door for me. Tapi sorang pun takde respons. Dah immune agaknya tiap-tiap hari dengar bunyi tu. Apa lagi. Aku pun buat tindakan extreme dari setakat ketuk-ketuk manja sehinggalah aku banged the door. Sampai sakit-sakit tanganku ini. But still, no respons. Hapa pekak ke korang? Huh! Siap nanti!
Nak tak nak, aku terpaksa patah balik, turun tangga, pusing, naik tangga. Fuh.. Satu kerja. Angin ni, angin.. So aku pun punch the card and again buat lagi sekali biometric identification kat tepi punch card tu. Wahaha.. So funny lah. Dah la kena punch. Kena biometrik lagi. This time for attendance. Melampau sangat. Oh, aku lupa. Kita kan canggih! We have the latest technology in the campus! Lepas ni kita pasang yang pengecaman ikut mata pulak ye. Nak canggih sangat! Pasal punch card ni pun satu. Ahh.. Tak mahu lah aku cerita di sini. Karang panjang pulak jadinya entri ni.
Aku pun masuk ke main office dengan hati yang marah. "Bang! Kenapa tak dibukak pintu sana tu?". The abang replied tanpa tengok muka aku, "Eh, tak bukak lagi ke?" Huh, bikin panas jak. Kalau bukak, takdenya aku suruh bukak. Tak dengar ke aku membingitkan bunyi tadi tu? Tak dengar ke aku menghentam pintu tadi tu? Hampeh betul. Then dia cakap, "oh pintu tu tak boleh bukak. Dah jammed..". Aku dari marah, terus nak tergelak. Jammed? Bengong betul. Ini lah jadinya. Dah nak canggih sangat. Sampai jammed pintu tu. Dah tak boleh bukak langsung. Kita tengoklah. Aku rasa hari ni pun belum tentu settle diorang fix pintu tu. Kita ni kan canggih!
Apa yang best sangat teknologi yang canggih-canggih ni yang sampai satu tahap tu menyusahkan orang? Nak ikut peredaran masa di mana kita perlu canggih? Or setakat nak mengglamerkan diri? Kita ni la paling canggih kat sini? Kita ni lah paling best? Kita ni wajar dicontohi orang lain? Supaya kita dapat pujian dari ikan-ikan jaws kat atas? Gitu? Chit poodaahh.. Canggih, tapi bangunan tak function dengan betul. Dah la design merepek. Iskk.. Kisah bangunan satu hal lagi. Lain kali lah aku cerita. Kalau dah bengang, semua sekali aku ungkit..
10 comments :
waah panjang jugak bebelan ko yatt, pagi2 ni..hehehe.. sabar yer dek..memang pintu tu saja nak buat dajal kat ko.. hehehe..
rasanya, dah ramai yg terkena termasuklah akak..
waah panjang jugak bebelan ko yatt, pagi2 ni..hehehe.. sabar yer dek..memang pintu tu saja nak buat dajal kat ko.. hehehe..
rasanya, dah ramai yg terkena termasuklah akak..
hehe.. dah lama pendam.. hari ni meletup terus..
yatt, nak no phone uncle john tak? hehe. boleh diskaun punye hehe.
cik kak, ok la tu kena punch card and biometric..tempat lama aku @ lubang taik lagi keji...dh kena pki punch card, pastu bio pastu kena sign buku kedatangan!!!! lagi gile..!!!!
k awa,
promote nampak? hehe.. uncle john buat projek apa pulak kali ni?
arab,
tu lagi dahsyat.. banyak bebenor nak verify kita datang keje ke tak.. kalau ada iris identification skali memang tabik spring laa..
kat tempat aku kerja based on trust. no punch card. tapi ada pagar berpalang kat main gate. setiap kali nak masuk kampus, kena punch guna kad kerja. sudahnye kad kerja hanya display dalam kereta je...
yati,
ok la jugak tu.. memang sepatutnya macam tu la kan.. aahhh.. kalau cerita pasal punch card ni sampai tahun depan pun tak habis.. ikutkan je laa..
geramnya saya baca! Saya tak pernah berfikir yang extra security tu untuk security tapi demi 'kebaikan' orang tertentu. Hopefully, tak ada 'extra security' atau 'demi kebaikian semua' akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Post a Comment