Sunday, April 13, 2014

TransJava Yuk! ~ Day 6: Candi Borobudur, Candi Prambanan, Mount Merapi, Muzium Sonobudoyo Jogjakarta

Wednesday, 1st May 2013

Lip lap lip lap anak mami sekejap je dah hari ke-enam. Ada tiga hari lagi sebelum pengembaraan kami ni berakhir di Jakarta. Ni baru sampai Jogjakarta. Jauhnya lagi! 

Seperti hari-hari sebelumnya, kami ni baru hari ni nak jalan, baru lah terhegeh-hegeh plan nak berjalan ke mana. Dah agak lewat jugak lah, bila kami membuat keputusan untuk ke Borobudur, Prambanan dan Merapi. Tinggi tu cita-cita! Bajet macam dekat je semua tempat-tempat tu, tapi realitinya, perghh.. Silap perancangan sungguh. Walaupun salah bajet, kami berjaya jugak lah pergi ke semua tempat tu. Kelam kabut jugak lah jadinya. Lain kali keluar pagi-pagi buta ye. Ni dah pukul 9 matahari dah tegak baru nak keluar.

Destinasi pertama kami ialah ke Candi Borobudur. Dari Jogja ni takde lah jauh mana, dalam 45km gitu. Dari segi kilometer memang lah tak jauh. Dari segi timing nak sampai sana lebih kurang sejam lebih jugak lah. Kami menggunakan khidmat supir pakcik teksi malam tadi yang bawa kami dari Jalan Malioboro ke Alun-Alun Kidul. Murah kok bayaran yang dikenakan. Bila dah ditong-tong bahagi dengan tiga orang tinggal berapa je nak keluarkan duit.

Our supir~!!

Supir kami ni senyap jugak lah tak banyak cakap. Mungkin dia kurang paham kot apa yang kami borakkan. Bila ditanya, ala-ala lambat pulak nak merespons. Kita ni jenis cakap kemain laju. Susah kot dia nak paham. Tapi kalau diorang cakap laju-laju, aku paham lah pulak. Cissss.. Almaklumlah gila tengok sinetron zaman muda-muda dulu khenn..

Kesahnya kami sampai di Candi Borobudur lebih kurang pukul 10.15 pagi. Matahari memang dah meninggi. Kawasan candi ni tak berapa banyak nau pokok. Confirm sangat lah bakal berubah warna kulit kami ni. Berbelang-belang lah muka aku jawabnya nanti. Baru turun teksi dah kena serbu dengan makcik-makcik jual topi dan payung. Gilak! Ni belum sampai depan gate lagi ni. Kalau dah sampai sana entah macam mana lah kan. Aku pun dipaksa lah jugak beli topi. Takpelah, disebabkan panas nau, aku beli lah jugak. RM12 je setelah diconvert. Boleh lah. Huhu..

Dah dapat topi, kami pun ke kaunter tiket. Sebelum kami jalan ke sana, pakcik supir pesan jangan cakap kita ni dari Malaysia. Bagitau je kita ni orang local untuk dapat tiket harga local. Amboih. Jauh sangat ke beza harga tiket ni sampai nak kena menyamar bagai. Dah lah dressing kami ni nampak nau orang Malaysianya. Dengan aku tudung lilit-lilit bagai. Camno nak kata aku ni orang local. Tak logik aihh. Pakcik tu kata tak payah cakap banyak-banyak, nanti boleh detect slang. Haha.. Lawak lah pakcik ni. Kami pun terus berpakat.

Setelah bermesyuarat tingkap, plan strategi bagai, kami pun menghantar K Ayu untuk pergi membeli tiket di kaunter pengunjung local. Antara kami bertiga, K Ayu dapat A+ dalam bahasa Jawa. Hehe.. Aku dan K Awa dok perhatikan je dari jauh. Entah berjaya entah tak. Tangan dah sejuk-sejuk dah menantikan apa keputusan yang kami dapat hasil lakonan K Ayu tu. Then tak lama tu, K Ayu pun kembali dengan tiket di tangan sambil tersengih. Kami berdua pun ikut sengih lah jugak. Dah tu gelak tak hengat donia. Hahahahahhaa..

               Aku     :   Aihhh.. Camne boleh kelentong?
               K Ayu :   Akak cakap akak dari Surabaya.. Slang Jawa kena pekat ehhhh..
               Aku     :   Abih tak kantoi?
               K Ayu :   Akak tak cakap banyak, tunjuk 3 jari je..

PUAHAHAHAHAHHAAH~!! Daebak sungguh. Berkat keturunan Jawa dan lakonan yang bagus. Lepas jugak kami beli tiket! Harga seorang cuma IDR30,000 sahaja. Boleh lah, tak sampai sepuluh ringgit gitu. Hati dah berbunga-bunga dah ni. Dah berjaya menyamar jadi orang local. Hehe.. Now, kita masuk!

Berjalan lah kami ke tempat pemeriksaan tiket. Belum apa-apa kami dah ditahan. OH MY. Aku dah cuak! Kakak tu tanya kami dari mana. K Ayu dengan confidentnya sebut "Surabaya" dengan penuh nahu bahasa Jawa. Hehe.. Serius kelakar time ni tapi tak boleh nak gelak sebab takut kantoi. Kakak tiket tu buat muka pelik. "MINTAK KETEPE!", katanya. Hoilaaahhh............................... 

Kami terus kecut perut. What, why? KETEPE? Mati lah.. Mati lah.. Camne nak jawab ni. Ketepe tu IC ye tuan-tuan dan puan-puan yang tak tau tu. Cuak tu cuak jugak, tapi masih jugak teruskan lakonan. "Apa?" Tanya kami. Poyo sungguh. "Ketepe, ketepe". Kata kakak tu lagi. Habislahhh.. "Kami tak ada ketepe." Aku pun tak perasan siapa yang jawab tu. Kakak tu pun cakap kalau takde ketepe dia nak pasport. Kahkahkah.. Mamang lah kantoi kalau macam tu kan. Kami pun masih blur konon tak paham. Tapi kakak tu dah jeling semacam. Nak tak nak aku pun menyampuk.. "KETEPE TERTINGGAL DALAM TEKSI, JOM AMBIK.." Terus aku tarik tangan kakak-kakak berdua tu. Hahahahhahaa.. Sebenarnya aku nak melarikan diri dari situ je, tapi tak tau nak lari macam mana. Hahaha.. Gila kelakar. Dah gerak jauh tu, sakan kami gelak sampai nak putus urat perut. Pakcik teksi tu pun nampak kami, dia pun tanya kenapa. Apa lagi, kami cakaplah trick tak menjadi. Kantoi kat situ jugak! Haha.. Pakcik pun ikut gelak. Ada makcik yang meniaga kat situ pun ikut gelak jugak. Sadis sungguh! 

Pakcik supir pun volunteer lah untuk belikan tiket bukan local untuk kami. Kami kirim duit je. Tak mampu dah nak berdepan dengan orang jual tiket tu. Dah tu memasang strategi pulak macam mana nak masuk nanti. Kang jumpa lagi akak check tiket tadi tu, macam mana nak tutup muka. Hahahahaha! Malu sezaman lah kalau macam tu. Tak datang lagi dah Borobudur ni. 

Nasib baik ko, entrance untuk pengunjung bukan local, masuk ikut jalan lain. SELAMAT~!! Lega sangat-sangat. Kalau tak, aku takmo masuk dah. Malu. Hehe.. Harga bukan local berapa tau? IDR190,000. Gila jauh beza!! Tskkk..

Tiket mahal..

Tiket harga mahal-mahal macam ni, diharap dapat dibuat modal untuk jaga kawasan Borobudur ni supaya aman dan nyaman untuk dilawati. Cihh.. Kisahnya, harga tiket mahal ni jugak, kami dapat minum kopi atau teh yang disediakan, dan boleh rembat seberapa banyak air mineral yang kau nak. Dah bayar mahal, ambik je lah kan. Dah tu, boleh masuk ke tempat-tempat lain dalam kawasan Borobudur ni dengan percuma. Kalau dah macam tu harus lah kita ronda kesemuanya!

Nak masuk ke kawasan Borobudur ni, kena pakai sarung. Aku pun tak tau kenapa nak kena pakai sarung ni. Tak sempat nak tanya pakcik jaga sarung tu. Sebab tempat ni tempat ibadat? Kena sopan-sopan? Aku pakai dah cukup sopan dah ni. Tak ada seksi-seksi. Ku godek-godek di internet, belum jumpa lagi reasons kenapa perlu pakai sarung. Tapi ada yang cakap untuk promosi batik Indonesia. Ye lah kot kan. Dah tu lain-lain kooo sarungnya. Pattern sarung tu tak sama untuk pengunjung local dan pengunjung alien. 

Benefit pengunjung bukan local...

Dah minum sampai kembong, dah pergi toilet bagai, kami pun bergerak lah menuju ke candi. Ini dia. Masa yang ditunggu-tunggu gitu kan. Seingat aku, sejak zaman sekolah dulu lagi aku dah teringin nak ke Borobudur ni. Ada belajar dalam subjek Sejarah untuk SPM kan. Tengok gambar, belajar sikit-sikit, terasa tempat ni macam magical dan mystical gitu. Tak pernah terfikir pun nak sampai sini. Tapi now, tak mustahil dah kan. Terima kasih Air Asia. Hahaha..

I'm coming~!!

So, Candi Borobudur ni dated back to 9th century. Dah lebih seribu tahun dah candi ni wujud. Merupakan sebuah kuil Buddha yang dibangunkan pada zaman pemerintahan Saleindra. You know Saleindra? Sila bukak balik buku sejarah. Kalau tak silap aku, kerajaan Saleindra ni lebih kurang sezaman dengan kerajaan Srivijaya, cuma kerajaan Saleindra tu pendek je zamannya. Katanya jugak, Borobudur ni merupakan Buddhist Structure yang terbesar di dunia dan tersenarai dalam senarai UNESCO World Heritage Site gitu. Wow. Bertambah lah tempat-tempat world heritage site yang aku dah pergi. Best, best..

Walaupun dibina pada kurun ke-9, Borobudur ni telah dibiarkan dan ditinggalkan gitu sejak kurun ke-14. Tak ada siapa yang tau kenapa ia dibiarkan. Ada pendapat mengatakan kemungkinan besar kisah ia dibiarkan tu ada kaitan dengan kedatangan agama Islam ke Pulau Jawa. Tapi tak dapat dipastikan. Almost 500 years kot kena abandon. Itu pun bila Pakcik Raffles and geng jumpa balik Borobudur ni in 18th century. Dah takde rupa candi dah masa tu sebab dah tenggelam dengan pokok-pokok hutan. Kemain aku bercerita ya. Rajin nau godek internet sana-sini. Hehe..

Kalau kita tengok structure Borobudur ni, dari jauh nampak dah sangat majestic gitu. Bila dah sampai dekat, omak aihh tingginya tempat ni. Tangga dia pulak macam curam je. Jangan tergolek ke bawah sudey. Dengan orang ramainya, dengan panas teriknya, maunya sekejap je aku naik ke atas pusing-pusing dah tu cepat-cepat turun. 

Ngeeeeeeee...
Let's go up~!!

Kesahnya lah kan. Kupikirkan Borobudur ni merupakan sebuah bangunan. Yang ada ruang-ruang di dalamnya. Kita boleh masuk dan tengok. Rupanya tak. Laaaa.. Tipah kena tipu lah ni ye? Tipah tak habis study sebenarnya. Apa yang kita boleh tengok kat sini ialah struktur luaran je. Takde struktur dalaman ye. Pelik jugak ya. Struktur sebesar-besar tidak, cuma yang luar je digunakan. So apa yang ada kat tengah-tengahnya? The core of the temple? Just soil? Batu bata? Kena study lagi ni.

Ada beberapa level kat candi ni. Kalau nak betul-betul menghayati tempat ni, kita naik satu level, pusing keliling then baru naik the next level. Setiap level, lain fungsinya, dan lain jenis binaannya. Banyaknya level nak kena naik sebelum sampai ke atas. Level bawah-bawah, dindingnya agak tinggi. Makanya, banyak ukiran ada kat situ. Ada jalan cerita ni. Tapi aku tak tau cerita tentang apa. Ku ngendeng-ngendeng jugak lah dengan tour guide yang ada kat situ. Ikut celah-celah group yang ada, dengan harapan boleh dengar penerangan tentang ukiran kat dinding ni. Sekali dia speaking German lah. Haha..

Levels of Candi Borobudur..
Penuh dengan ukiran yang aku tak tau jalan ceritanya..
Apakah ini..
Dilarang menconteng..

Dari atas nampak cantik lah jugak kawasan Borobudur ni. Menghijau je taman-tamannya. Boleh lah dok layan blues tengok pemandangan yang ada. Malangnya tak adadul pokok kayueyyy panas turikuk!! Baru berapa minit, kulit dah terasa pijar. Bahangnya jangan cakap ler. Terus rimas rasa. 

So, kat atas ni, penuh dengan stupa. Stupa ni biasanya digunakan untuk menyimpan Buddhist Relics. Stupa yang ada kat Borobudur ni, dalamnya ada patung Buddha. Kesemua stupa ni tertutup lah gitu kecuali satu. Sebab ada satu je stupa yang terbuka makanya ramai lah dok menebeng ambik gambar kat sini. Ramai security guard pulak tu. Memang strict sungguh. Siapa yang buat aksi tak senonoh kat sini memang lah kena bebel. Jangan ngengada panjat dan selfie dengan patung Buddha tu ye.

Kawasan sekitar Borobudur..
Stupa yang ada..
Satu-satunya stupa yang dibuka..
Merapi Eruption in 2010..

Lebih kurang 45 minit jugak lah kami berlegar-legar di kawasan candi ni. Oleh kerana dah semakin ramai orang, matahari semakin mencanak naik, kami pun mengundur diri dan pergi jalan-jalan di tempat lain pula. Jalan punya jalan jumpa lah dengan GUSBI. Galeri Unik katanya gitu. Ada bayaran dikenakan kalau nak masuk ke dalam ni. Takde lah mahal mana pun setakat IDR10,000 je. Tapi disebabkan kita ni pemegang integrated ticket yang mahal tu kan, so dapat priority potong line dan masuk dulu. Kalau orang local baru kena IDR40,000 all in. Chihhh..

GUSBI..

Macam-macam benda on display kat sini. Yang pelik, yang jelik, yang lawak, yang sedih. Macam-macam ada! So kita tengok je lah! Aku pun tepek sekadar yang rajin ditepek lah. Malas nak tepek banyak-banyak. :P

Loro Blonyo.. The inseparable couple. Boleh google..
Hehehe sapo ni?
Tak hagak-hagakkk..
WOW~!!!

Selain benda on display ada lah jugak tayangan video on Borobudur. Boleh lah lepak-lepak duduk kejap tengok dokumentari yang ada. Sekejap je pun tayangannya. So, next? Kami berjalanlah menuju ke pintu keluar untuk ke destinasi seterusnya. Tapi sebelum tu kami singgah dulu Muzium Samudraraksa.

Muzium Samudraraksa ni dah namanya ada bunyi-bunyi samudera harus lah berkaitan dengan maritim. Apa yang diceritakan dalam muzium ni adalah lebih kepada aktiviti perdagangan yang berlaku di Lautan Hindi sezaman dengan pembinaan candi Borobudur ni. Kat dalam ni jugak ada beberapa pameran dan penerangan tentang kapal Borobudur. Not only that. Ada juga replika kapal Borobudur yang besor kat dalam ni. Tak surelah pulak aku mengikut saiz asal atau pun tak.

Pintu masuk..
Penerangan kapal Borobudur..
Laluan perdagangan..
Replika kapal, tapi tak boleh naik!!

Dah settle jalan-jalan dalam muzium ni kami pun melangkah keluar. On the way tu nampak lah pulak Muzium Borobudur. La hai. Tersangkit-sangkut lah perjalanan keluar kami. Mari lah kita masuk tengok apa yang ada kat dalam ni.

Muzium Borobudur ni, nama lainnya ialah Muzium Karmawibhangga. Kalau tengok kat dalam wikipedia, Karmawibhangga ni something like penggambaran kehidupan manusia dari kelahiran sehinggalah kepada kematian yang tidak pernah berakhir untuk menuju ke arah kesempurnaan. Apa yang ada dalam muzium ni kebanyakannya ialah reliefs yang ada pada dinding candi Borobudur tadi tu. Diceritakan di sini apa maksud setiap relief tu. Sedikit sebanyak, dapat lah paham apa yang ada terukir kat dinding candi tadi.

Selain tu, ada juga dipamerkan batu-batuan yang digunakan untuk membina candi Borobudur. Ada banyak kat luar muzium bersepah-sepah. Sekali pandang macam kuburan pulak. Seram je. Selain daripada batu-batuan, ditunjukkan juga sistem menyusun batu-batu ni. Kagum tengok.

Macam kuburan..
Susahnya nak susun!!

Lain-lain pameran, more to the architecture and structure of Borobudur. Penerangan tentang penjagaan, dokumentasi dan sejarah tentang proses restoration yang dilakukan, terutamanya pada penghujung tahun 1970-an dulu. Banyak benda lah boleh kita belajar kat sini! Dah tu, kat bahagian luar muzium lagi ada satu structure ala-ala astaka gitu. Kat situ ada diletakkan set persembahan gamelan. Mungkin digunakan kot untuk majlis-majlis yang ada kat sekitar Borobudur ni.

Macam best je, macam syiok je kalau ada persembahan..

Akhirnya! Habis jugak jalan-jalan dalam kompleks Borobudur ni. Ingatkan bila dah keluar tu boleh keluar terus, rupanya jalan keluar ni di divert kan ke deretan kedai-kedai. Suruh kita beli barang letteww.. Tak kuasa mak. Sambil jalan sambil jeling dari ekor mata je barang-barang yang ada. Masa dah suntuk sangat dah. Nak kena rushing untuk ke tempat yang seterusnya. 

Kedai-kedai souvenir..
Gerai makan pun ada..

Keluar-keluar je pakcik teksi dah kepanasan menunggu. Lama sungguh kami ni sampai dekat 3 jam kat dalam. Pertama kali datang kan, dan mungkin takkan datang sini lagi dah. Harus lah pulun berjalan sampai habis. Ok, marilah kita ke destinasi yang seterusnya iaitu Candi Prambanan. Meriah dengan candi hidup aku hari ni.

Siapa ye? President Indonesia dulu-dulu?
Dah balik baru snap..


Dari Borobudur nak ke Prambanan mengambil masa lebih satu jam jugak. Mana taknya. It's the other side of Jogjakarta district. Jogja tu berada di tengah-tengah antara Borobudur dan Prambanan. Tapi takde lah tengah sangat. Cumanya kalau nak ke Prambanan dari Jogja cuma dalam setengah jam je perjalanan.

Candi Borobudur tadi merupakan kuil Buddha, Candi Prambanan pula merupakan kuil Hindu. Something to learn jugak lah kan. Marilah kita sama-sama tengok apa bezanya struktur ancient kuil Buddha dan kuil Hindu ni.

Dah sampai kat Prambanan ni kami dok terskodeng-skodeng kat kaunter. Kot-kot lah kan ada harga lain-lain untuk pengunjung tempatan dan antarabangsa. Bila dah check takde, baru lah lega. Kalau tak mau kami berlakon lagi. Harga tiket masuk ke Prambanan cuma IDR25,000. Tiket dia kemain cantik ko. Smartcard gitu. Tapi kena pulangkan balik ler. Kalau tak, memang sakan ler aku jadikan souvenir. 

Tiket masuk Prambanan..

So, candi Prambanan ni dibina sezaman dengan candi Borobudur oleh kerajaan Mataram. Kerajaan Mataram ni boleh dikatakan kerajaan Hindu jugak lah sebab ramai penganut Hindu. Kesahnya, Kerajaan Mataram ni tak berapa nak geng sangat dengan Kerajaan Saleindra. Bila Saleindra bina Borobudur, Mataram pun tak nak kalah. Makanya, Prambanan ni dibina. Merupakan kuil Hindu terbesar di Indonesia dan juga termasuk dalam senarai UNESCO World Heritage Site. Tambah lagi, tambah lagi. Hehe..

Nama lain bagi candi Prambanan ni ialah Candi Loro Jonggrang. Loro Jonggrang ni merupakan seorang puteri raja. Bapak dia ialah Raja Boko. Ada cerita dongeng pasal Loro Jonggrang ni sampai disumpah menjadi batu oleh bakal suami dia. Dah jadi batu tu tak tau lah kahwin ke tidak. Nama pun legend. Sila lah google untuk tau dengan lebih lanjut. Hehe.. Kompleks Candi Prambanan ni sangat lah besar. Bukannya setakat candi yang utama ni je. Ada jugak candi-candi yang lain. Dah tu ada jugak muzium. Kami ni mengejar masa, so kami pergi Candi Loro je lah.


Kawasan sekitar Candi Prambanan..

Candi Loro Jonggrang @ Candi Prambanan..

Sepertimana Candi Borobudur, Candi Prambanan ni jugak mengalami nasib ditinggalkan dan dibiarkan. Sama jugak, candi ni dijumpai pada kurun ke-18 oleh Pakcik Raffles dan kawan-kawan. Gigih betul pakcik ni pi gali candi. Banyak pulak tu dia jumpa. Dah tu jadi world heritage site pulak tu. Ada sebanyak 240 candi kat sini. Takdelah aku kira satu-satu. Godek kat internet je. Hehe.. Dan yang paling prominent atau pun yang paling kita boleh nampak sebesar-besarnya ada 6. Struktur yang paling besar adalah candi dedicated to Shiva.


Lupa dah aku yang ni dedicate to which Hindu God..


Candi-candi yang ada di Prambanan ni, dinding-dindingnya ada ukiran relief jugak. Yang aku tau kebanyakan kuil Hindu ada lakaran cerita Ramayana. Tak tau lah pulak aku kat sini. Sama kot. Dan mungkin jugak ada kisah-kisah epik yang lain. 

Prambanan reliefs..

Sekejap je kami kat kawasan Prambanan ni. Sekadar posing-posing ambik gambar je. Kalau ikut kan hati memang nak berjalan lagi sekitar kawasan ni. Dah tu terasa gedik lah pulak nak pergi tengok tempat Ratu Boko. Tapi, kami dah mula rasa penat dah. Takut tak sempat pulak nak ke Merapi. So, mari lah kita bergerak.

Dari kejauhan..

Kalau ada banyak masa kat sini, boleh lah pergi tengok Prambanan Ramayana Ballet performance. Ada open air theater kat sini. Tapi bukan setiap hari lah performance ni. Nak kena check jadual dulu kat sini --> Ramayana Ballet at Prambanan.

Ok. Dah settle kami terus ke Gunung Merapi. Dah hampir pukul 4 petang dah. Entah sempat entah tak untuk kami sampai sana sebelum matahari tenggelam. On the way tu kami singgah solat sekejap kat Masjid Universitas Islam Indonesia.


Masjid..
Perkarangan Masjid..
Dalam Masjid..

Dari Prambanan, kami mengambil masa satu jam jugak untuk sampai ke perkampungan yang ada di kaki Gunung Merapi. Pakcik supir ni asyik cakap dekat, dekat tapi hakikatnya jauh banget. Definisi dekat dia tak sama dengan kami. Gigihnya kami nak datang sini? Nak tengok je macam mana kawasan Gunung Merapi ni. Nak-nak glamer kan selapas meletus pada tahun 2010 dulu. Nak-nak bila dengar ada macam-macam kisah mistik kat sini. Excited gitteww..

Kawasan kaki Guning Merapi..

Nak masuk ke kawasan ni, kena bayar IDR3,000 per head. Tak sampai seringgit pun. Bila kena bayar macam ni, haruslah macam-macam benda yang kami boleh experience dan buat kat sini kan. Kami sampai pun dah pukul 5.30 petang dah. Sekejap lagi dah maghrib. Dah maghrib, haruslah gelap gulita kan. Dah sampai kat destinasi, kawasan yang menanti kami agak lengang. Aktiviti wisata dah pun berakhir. Ramai pakcik-pakcik duduk lepak-lepak borak-borak di atas motor masing-masing. Tour guide mungkin pakcik-pakcik ni. 

Tiket masuk..

Ku kirakan perkampungan ni terdiri daripada penduduk Islam lah sebab ada satu surau besar kat sini. Nampak baru. Mungkin baru dibina. Ada deretan kedai-kedai dan booth untuk aktiviti pelancongan. Ada juga signboard untuk ke tempat-tempat menarik kat kawasan ni. Ohh, banyak rupanya yang boleh dibuat. Tapi dah nak maghrib ni, aktiviti apa je lah yang boleh kami buat?

Surau..
Pakcik Tour guide..
Singboard ke tempat-tempat menarik..

Tengah kami terkebil-kebil dok pikir nak buat apa, ada satu teksi sampai. Dah tu ada satu couple ni keluar. Pelancong dari Jepun gitu. Yang perempuannya, kus semangat pakai high-heels tak ingat. Orang-orang belah sana memang suka nau jalan-jalan pakai high-heels. Kalau aku, mau terplecok ler jawabnya. Pakai kasut rata pun boleh sakit kaki, lagi nak pakai high-heels. Pelancong Jepun tu tak tunggu lama, terus berjalan menuju ke pintu masuk Wisata Kinahrejo, tempat pelancongan kat kaki Gunung Merapi ni lah.

Steady je...

Kami pun poyo lah kan. Nampak orang Jepun ni selamba kodok je jalan kaki, kami pun ikut jalan kaki dari belakang. Nak menuju ke mana pun aku tak tau. Hehe.. Kemain laju diorang jalan. Tak padan pakai high-heels eonni tomey tu. Tapi baru jalan sikit dah penat. Mana taknya, naik bukit kan. Couple Jepun tu terus hilang dari pandangan mata. Dah lah kabus-kabus macam ni. Misteri Nusantara sungguh. 

Dah tak larat jalan tu, kami nampak ada sorang budak perempuan ni bawak motor. Senyum je lalu tepi kitorang. K Awa apa lagi, tahan budak tu dan mintak tumpang sampai atas. Nanti bagi upah. Hehe.. Budak tu selamba je terus bagi motor tu kat K Awa. Aikk.. Haha.. Dah tu dia panggil kawan dia. Kawan dia datang dengan satu motor lagi. So, aku naik berdua dengan K Awa, dan K Ayu naik dengan kawan budak tadi tu. Bereh! Naik motor je sampai atas! Senyum je bila kami pintas couple Jepun tu. Hehe..

Pintu masuk..

Dah sampai atas tu, aku dan K Awa terpinga-pinga. Dah gelap macam ni nak tengok apa? Dengan kabusnya yang agak tebal, dah tu kiri kanan semak-samun je. Mungkin kalau tak ada kabus, boleh nampak puncak Gunung Merapi kot. Ni dah macam ni habuk pun tarak! Kat atas ni ada lah jugak information board on Mount Merapi Eruption 2010. Diceritakan secara ringkas tentang kejadian letusan gunung berapi tu. Tak lama tu ada seorang pakcik datang menghampiri dengan membonceng motor. Pakcik tu tanya dari mana etc. etc. etc. Aku ni seram jugak nak melayan takut dia dok bercerita, kang mintak bayaran kang. Dah pernah kena kan, so kena lah berhati-hati. 

Kisah Letusan..

Rupanya pakcik tu just ajak borak-borak je dan beritau serba sikit pasal eruption ni. Punya lah panjang lebar dia bercerita. Memang menarik. Tapi dah gelap macam ni aku jadik seremm. Hehe.. Dia kata, dah malam macam ni, tak boleh nampak apa dah kat sini. Dah tu dia ajak kami ke Rumah Mbah Maridjan pulak. Who? Nugu? Mbah mana pulak ni? Eii bunyi pun macam seram. Tapi wait. Cop cop! Tadi ada nampak nama Mbah Maridjan ni kat information board. Kalau ikut pemahaman, mbah ni dah meninggal dunia akibat letusan tu. So, kenapa nak pergi rumah dia? Dia hidup lagi kah? O_O

Terus meremang tengkuk aku. Then ada beberapa motor datang menghampiri kami. Kawan-kawan kepada budak perempuan tadi. Kenapa ni ramai datang sini ni? Hoihhh seram mak. Budak-budak tu pun ajak pergi rumah mbah tu. Pakcik tu kata pergilah. Dah tu cakap, Mbah Maridjan tu penjaga kunci Gunung Merapi ni. WHAAATTT?? Pemegang kunci? Gunung Merapi ada kunci? Ehh?? What? Haaa? Tapi lepas tu aku pun "oooooooooooooooo". Kisah mistik ni. Jom pergi skodeng!

Kami pun turun ke bawah balik dan melencong ke arah rumah mbah ni. Pelancong Jepun tadi tu aku tak nampak dah. Oihhh?? Ke manakah mereka menghilang? Patah balik kot. Hehehe.. Dah sampai kat rumah mbah tu, terus ternganga mulut aku. "Rumah Mbah Maridjan" ni bukannya rumah pun. Tapak rumah sebenarnya. Itu je lah yang tinggal kesan daripada letusan Gunung Merapi tu. Habis semua struktur ranap. Kat satu sudut lagi ada sebuah van yang hangus terbakar. Van mbah ni ke? 

"Rumah Mbah Maridjan"

Kisahnya lah kan, baru ku tau. Gunung Merapi ni ada penjaganya. Pemegang kunci tu lah penjaganya. Dan Mbah Maridjan ni lah pemegang kuncinya. Mbah Maridjan meninggal dunia dalam keadaan sujud kat dalam rumahnya sebab tak nak pergi dari situ masa letusan berlaku walaupun dah dipujuk berkali-kali. Orang-orang yang memujuk pun turut meninggal kat situ jugak sebab tak sempat nak lari. Semuanya meninggal sebab terkena gas dan abu panas dari letusan tu. 

Masa dah bermula letusan-letusan kecil, ramai dah kena evacuate. Tapi masa proses evacuation tu, cuma ada satu van je yang digunakan. So berulang alik lah van ni naik atas dan turun ke bawah bawak penduduk kampung. Van yang digunakan ni lah yang rentung kat sebelah rumah mbah ni. Seram jugak aku tengok keadaan van tu. Kena gas panas pun rentung semacam. Ada banyak kisah Mbah Maridjan ni kat internet. Godek je lah. Klip video jasad mbah ni dikeluarkan dari kawasan rumah dia pun ada jugak. Eii.. Sereemmmm..

Kronologi..

Boleh tahan lama jugak lah kami kat sini sebab gigih mendengar budak-budak motor ni bercerita. Bagus jugak dapat information free. Berdekatan rumah mbah ni ada masjid. Banyak-banyak bangunan, masjid tu je yang terselamat. Aku nampak lah jugak masjidnya tu, tapi nampak gaya macam dah tak digunakan lagi. Kawasan rumah mbah ni pun macam tak nampak rumah-rumah lain. Gelap gelita je takde lampu langsung! Mungkin semuanya dah ranap, dan belum dibangunkan balik kot.

Tapi sayang, dah gelap macam ni tak boleh nak tengok betul-betul kawasan sekitar. Aku dah mula rasa seram sejuk. Ada orang mati kot kat sini. Dah tu time-time maghrib. Mana tak meremang bulu roma. Seakan-akan ada orang lain kat kawasan tu. Hiyarrrghhhhh~!! Cepat-cepat aku ajak diorang semua balik turun ke bawah. Budak-budak tu gelakkan je. Haha.. 

Tapak rumah..

Dah sampai bawah, dah bayar sewa motor kami singgah solat dulu kat surau. Dah tu terus mintak pakcik teksi tu bawak kami balik ke Jogja. It's a nice experience jugak lah datang ke tempat Mbah Maridjan ni. Belajar pasal benda-benda mistik gitu kan. Tapi aku ni macam entah lah kan. Penjaga kunci, nak kena buat korban, pujuk gunung supaya jangan meletus, macam tak tercapai dek akal ku gitu. 

Kami sampai di Jogjakarta lebih kurang pukul 7.30 malam. Malam masih muda gitu, makanya kami membuat keputusan untuk pergi tengok pertunjukan wayang kulit kat Museum Sonobudoyo. Pak supir pun drop kan kami kat muzium tu. Satu hari pusing-pusing naik teksi tu berapa tau upahnya? IDR350,000 je. Sobs.. Sangat berbaloi-baloi gitu. Dah bayar tu terus lah kami chow chin chow~!!

Pertunjukan wayang kulit bermula pada pukul 8 malam. So masih ada masa lagi. Perut tengah lapar so kami pergi makan mi ayam. Ada beberapa gerai makan di sekitar muzium ni. Nak makan kat gerai-gerai tepi jalan ni macam was was je kan tak tau halal ke tak. So kita pilih kedai yang ada orang pakai tudung tengah duduk makan. Nak dijadikan lagi best, kami nampak awek-awek pakai jubah, pakai tudung labuh kat situ. Apa lagi! Hehe.. 

Mie Ayam..

Satu hari tak makan, memang berselera sungguh lah. Dah kenyang tu baru lah masuk balik ke dalam muzium. Beli tiket wayang kulit yang berharga IDR20,000 dan tunggu lah di situ dengan macho sehingga pertunjukan dimulakan. Kebanyakan yang datang nak tengok pertunjukan ni orang kokesen gitu. Semuanya tak sabar nak tengok. Tapi bila dah start.............................

Tiket masuk..

Ya ampun! Bahasa Jawa Halus ke apa ni? Tak paham langsung! Apa benda entah yang diceritakan dalam pertunjukan ni aku sendiri pun tak tau. Aku hanya mampu untuk mendengar persembahan gamelan, cak lempong dan alat muzik yang lain yang mengiringi wayang kulit tu je. Lain-lain memang aku tak ambik port. Orang yang terer bahasa Jawa kat sebelah ni pun angkat tangan surrender. Lagi lah mat-mat dan minah-minah saleh ni. Duduk terkebil-kebil tengok puppet bergerak. Masing-masing tak tau nak bagi respons apa. Hahaha.. 

Tak paham~!!
Pakcik ni syok sendiri main takde orang dah yang tengok... T____T
Team wayang kulit..

Sedikit demi sedikit mereka-mereka kokesen ni meninggalkan tempat ni. Sebab tak paham pun ye, dah tu lamanya tak habis-habis, dan mata pun dah kuyu sebab background music teramat lah mendayu-dayu. Kami pun macam tu jugak. Memang tak tunggu sampai habis. Tapi dekat satu jam jugak lah duduk menebeng kat situ. Kesian kat team wayang kulit ni sebab ramai penonton dah balik.

Balik lah kami ke hostel. Jalan kaki hokeh! Lebih kurang 20 minit jugak lah kami berjalan dari Muzium Sonobudoyo ni ke EDU Hostel. Exercise sambil menikmati angin malam. Sampai hostel terus melepek kepenatan. It has been a long day today. Dan perjalanan untuk hari esok lagi panjang gamaknya. Till the next entry, adios!!

9 comments :

:: Cik Viva :: said...

gambo monalisa versi cowok ke tu?? heheh

CikSengal said...

Cik Viva,
Yep.. Rasanya cowok tu somebody.. Ahli politik mungkin..

Bibie Karim said...

Memang sakan ko guna khidmat superwalkertapaki in a day kan.

CikSengal said...

Bibie Karim,
hapa tu?

BIBIE KARIM said...

Hihi khidmat tapak kaki sendiri. Banyak ko berjalan kaki.

CikSengal said...

Bibie Karim,
Owhh.. Hehe.. Selagi boleh jalan kaki, memang jalan kaki je..

mrs.smile said...

testing testing..ok sudah boleh tinggal komen di sini :)

CikSengal said...

mrs.smile,
yay~!! ^__^

Jati Wijaya said...

Assalamualaikum wr wb.

Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

Kami bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa, Bandung dan lain-lain.
Ada juga sewa kereta (avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50) seats dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)

Day 1
Kami jemput Tuan/ Puan/ Abang/ Akak di airport. Selepas itu kita nak pergi ke local resto untuk makan tegah hari. Lalu menuju ke hotel guna check in. Selepas istirahat sekejap di hotel kita menuju Kasongan iaitu tempat kerajinan gerabah yang ada di Bantul, selepas itu menuju Pantai Parangtritis, disini kita bole naik delman (kereta kuda dengan dua roda), atau naik ATV atau bole duduk2 sahaja di pinggir pantai. Selepas dari pantai Parangtritis kita menuju Manding, iaitu pusat kerajinan kulit semacam dompet, kasut, jaket dan lain sebagainya. Selepas shopping di manding kita menuju local resto untuk makan malam, lalu menuju hotel untuk istirahat perseiapan tour esok hari.

Day 2
Pagi hari sekitar pukul 07.00 kita menuju Borobudur Temple iaitu candi Budha yang dulu pernah menjadi satu dari keajaiban dunia, selepas itu kita menuju gunung merapi menikmati sisa erupsi merapi guna jeep adventure. Selepas itu kita makan tengah hari lalu melanjutkan menuju masjid tertua di Jogja yang masih meninggalkan bangunan Hindu kerana pada masa itu merupakan peralihan dari kebudayaan Hindu ke Islam. Selepas dari masjid Kotagede kita menuju ke pusat kerajinan Silver dan chocolate di Kotagede, lalu menuju local resto untuk makan malam. Kembali ke hotel untuk istirahat.

Day 3
Menuju Kraton, iaitu bangunan peninggalan dari Raja Hamengkubuwono dan juga sebagai salah satu icon Jogja. Lalu menuju tamansari watercastle, tempat pemandian gundik raja, bilaman sempat bole tengok masjid bawah tanah. Selepas dari Tamansari Watercastle kita nak menuju local resto guna makan tengah hari. Setelah itu kita menuju Goa pindul iaitu menyusuri sungai bawah goa menggunakan ban. Selepas itu kita menuju indrayanti / drini / baron beach (optional), lalu menuju bukit bintang untuk menikmati keindahan kota Jogja dari atas. Kembali menuju hotel.
Day 4
Drop airport

Harga bermula dari: RM 482

All package types include:
• Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
• Hotels 3 nights *2/*3/*4 (optional)
• Driver
• Driver Meals
• Parking fees
• Tour guide (by request)
• Entrance ticket’s stated in itinerary
• Dinner and lunch based itinerary
• Documentation (by request)

Exclude:
• Airport taxes
• Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
• Additional menu for dinner / lunch (if included)
• Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season

Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010, atau
whatsapp +628985101301 (FREE).
Email: ganeshabantul@yahoo.com
FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)
Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

Wassalamualaikum Wr Wb