Semalam, tension pasal pintu canggih tak habis lagi, aku dilanda pulak morning sickness yang maha dahsyat. Don't get me wrong. Rasa loya nak muntah terbit akibat terbau budak yang tak mandi pagi yang tiba-tiba datang melepak di bilik aku. Siot betul! Budak-budak ni memang tak makan saman. Ye lah. Diorang makan nasi. Mana nak paham. Aku dah pesan banyak kali. Even dalam kelas pun aku dah berbuih ingatkan, TOLONG MANDI SEBELUM DATANG JUMPA SAYA! Boleh pulak diorang buat dekkkkkkkk je. Siap ketawa lagi. Apa aku ni buat lawak? I'm damn serious man!
Sebelum ni aku tahan je. Tapi semalam memang tak dapat tertahan-tahan lagi. Dek kerana bau yang tak senonoh tu, tiba-tiba aku diserang sakit kepala yang teramat sangat sampaikan aku tak dapat nak berfikir. Memang kronik! Sebelum aku pengsan, aku suruh budak tu balik dulu. Teringin aku sound dia "kenapa kau tak mandi setaaaaannn?" Apakan daya, tu pun aku tak larat. Budak tu keluar, baunya ditinggalkan kat belakang. Melekat dalam bilik sampai sesak nafas aku. Terpaksa aku bukak tingkap dan pintu bagi udara masuk.
Itu baru sorang. Kalu beramai-ramai datang? Harusnya aku terus pengsan kat situ.. Oleh sebab itu, aku nekad. Aku harus buat sesuatu. Setelah berhempas pulas cari idea, ini yang aku dapat..
jeng.. jeng.. jeng..
:
:
:
:
kasi close up sikit!
Err.. Gambo ni aku rembat kat internet. Aku cuma tambah sign pangkah tu and wording kat bawah. Harap Maklum..
Ni kalau tak paham-paham jugak, terpaksa la aku sound direct depan-depan. GET OOOUUUUUTTTT YOU BLOODY FOOOOOL!! Hehehh.. Melampau tak?
P/S : Aku dah kata dah.. Pintu canggih tu belum dibetulkan lagi pagi ni. Pfrttthhh..
4 comments :
HAHHAHAHHHAHAH...lawak la yatt...
budak2 yatt ni org ape?..tak mandi..
adui..sakit perut gelak pagi2 ni..
sori yatt, akak paham tensen yatt tapi akak nak gelak jugak pada situasi ni...
hahahha
k yantie,
kita pon dah melekek-lekek time tampal poster ni depan pintu.. tak sanggup dah laa.. bau diorang tu semacam.. boleh membunuh! haha.. budak-budak cina ni.. datang pun serabai je.. muka baru bangun tido..
wahaha lawak tgk signboard tu.
hehehe
ini mcm dah kes melampau ni, bau busuk lebih dari bas sardin mysore. hihihi
Woahh.. Bagaimanakah gerangannya bau busuk bas sardin itu ye? O_o Nasib baik tak pernah teringin pun nak naik. Hehe..
Post a Comment