Wednesday, December 3, 2008

Melalut Di Pagi Rabu

Benci betul bila kena makan ubat. Ya. Buat kesekian kalinya, aku menghambakan diri pada ubat-ubatan lagi. Demam + Flu + Batuk datang menggila. Malam-malam aku tanpa segan silu berlawan menggonggong dengan anjing di jalanan. Sepertinya aku yang menang, sebab tak lama kemudian, anjing tu pandai menyenyapkan diri. Aku yang maintain berbunyi sampai ke pagi. Tak boleh tidur!

Banyak benda yang berlaku dua tiga hari ni. First and foremost, kisah aku yang sudah tiga tahun tunggang terbalik tertonggeng bekerja di UMS ni. Sekejap je kan? Teringat lagi masa aku melapor diri. Ketika itu aku masih lagi kanak-kanak ribena. (Sekarang pun masih.. :p). Dari poyo tak tau apa-apa, aku dah developed jadi someone yang berguna jugalah. It feels good.

Oh ya. Sharir, my brother is now working in KK with Suruhanjaya Tenaga. Lapor diri 1 Disember. Samalah dengan aku. Next time boleh celebrate sama-sama. Mak kat JB rasa tak sedap hati. Mana taknya. 2/5 anak-anaknya berkampung di KK. Mak, apa kata mak pindah juga ke KK ni? Lagi best! Muncung mak sedepa bila aku utarakan benda ni. Si Ika kembong pula terkinja-kinja suka. Hak elaaahh.. Siapa nak bawak kau?

Mak selalu tanya bila aku nak balik semenanjung for good. Entah lah mak. Aku dah suka tinggal di KK ni. Malas nak relocate lagi. Tapi kan mak, our Datuk Md Noh Dalimin dah jadi VC UTHM. Hurmmm.. Nanti lah ye aku ngorat-ngorat dia minta kerja kat sana. Mak mesti suka kan? Dah kira dekat la tu BP dengan JB. Nak ulang-alik dari rumah pun takde masalah. Tapi.. Nak pindah ke? Takutnya aku. Macam mana lah environment kat sana ye. Sama ke tak ye dengan kat sini?

Iskk, Yatt. Remember Who Moved My Cheese? Dowhh!

Ok geng, baru melantak ubat. Sekarang lalok ya amat. Nak titon kejap lah. Nanti kita sambung cerita lagi. Chioww..

2 comments :

sitinurulhawa said...

dilemma betul ya yatt.. mmg ramai org memula pegi sana tu menyampah dan penyumpah, tapi dah kat sana jatuh cinta plak.. lagi satu kita ni memang berat nak keluar dari zon selesa

dulu masa akak kerja kat Permas, pernah kompeni buat training, diaorg ada gak buat session "Who moved my cheese" tu. Tujuannya supaya staf2 menjadi lebih kreatif dan berani keluar dari kebiasaan dan keselesaan. Tapi hasilnya, ramai yg betul2 woke-up dan blah dari situ hahaha

CikSengal said...

Hahaha.. Terus blah ye. Berkesan sungguh cheese tu ye. Betul lah. Sekarang ni memang kat dalam comfort zone. Berat betul nak tukar angin..