Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Tuesday, December 28, 2010

Cuci Mata in Singapore

Tak boleh duduk diam aku ni! Baru je balik dari Arab Saudi, aku dah merewang ke Singapore. Jalan-jalan bah. Cuci mata tengok sales kat sana. Bukannya beli apa pun.

Sejak dah pandai keluar masuk Singapore ni, tak payah nak tunggu-tunggu, nak plan segala bila nak pergi lagi. Bila K Awa kata jom pergi Singapore, aku jom aje. Macam biasalah. Naik bas. Semuanya nice and smooth until sampai kat immigration Singapore. Ya ampun!! Dekat 2 jam beratur! I think they should do something lah. Barisan punyalah panjang. Kadar pergerakan memang macam siput.

Tak pergi mana-mana pun. Ronda-ronda Orchard Road je. Cuci mata, belek buku. Nak shopping tak mampu. Huhuhu..


Hurmmm.. Lupa dah kat mana ni..

Pemandu pelancong..

Lunch..

UNIK LOOORRR..

Kuih yang once broken considered sold..

Pukul 6 lebih kami mula menyeberang tambak. Gitu gini dekat pukul 8 jugak baru masuk Johor. Macam tadi jugak. Barisan panjang + tunggu lama kat Immigration. Huhuhuhu!!

Next activity in Singapore? Wait and see...

Tuesday, December 7, 2010

Ahlan Wasahlan!!

Ya Habibie!! Ya Maulana!! Mere Abeoji!! Ana datang! Ana datang!! Ana mau cari unta!! Kekekekeke.. Buruk betul perangai anak Wak Daut ni. Baru ada semangat 1 Donia kan? Nilah jadinya bila kepala tak center, demam belum kebah, alih-alih nak kena jalan jauh. Jeng jeng jeng.. Ke mana ente pigi daaa??

Kisahnya, hari ni aku bertolak ke Arab Saudi. Wow!! Jalan lagi ke CikSengal ni? Ye lah. Jalan lah tu. Tapi ni bukan backpacking ye. Mau kena culik dengan Pak Arab nanti. Hehehe.. Aku memenuhi jemputan Wak Daut sebenarnya. Orang tua itu beria sungguh mahu dua orang anak dara suntinya ini datang melawatnya di sana. Aku suka aja. Nak-nak kalau tiket fully sponsor, tak reti lah aku nak tolak. Hehe..

Sebelum pergi, aku ditugaskan untuk shopping ikan bilis lah, udang kering lah, ikan masin lah, serai lah, daun limau lah, cili padi lah, kicap lah, dan macam-macam lagi lah. Barang-barang basic yang susah nak cari or dengan erti kata lain MAHAL GILA TERGOLEK DOG kat bumi Arab sana. Itu no hal. Sonang je mokcik nak cari kat Taman U. Janji jangan lah sampai berat nak memikulnya. JB-KL naik MAS je. 20kg je boleh lepas. Barang-barang sendiri satu hal. Barang-barang orang lain kirim lagi? Huh.. Kalau iman aku tak kuat, aku dah tinggal dah barang mereka. Memesan tak hengat langsung. Dia ingat aku datang pakai kapal kargo agaknya..

Well, aku pergi dengan mak nenek ~ Aida. So berdua lah terkontang-kanting packing segala. Dah settlekan packing kena settlekan lain-lain pulak. Hantar kereta balik kampung, tinggalkan si gebu dengan sepupu dan macam-macam lagi lah. Almost 3 weeks rumah ni akan ditinggalkan kosong. Kenalah buat apa-apa yang patut.

Dari JB ke KL naik MAS. Dari KL ke Jeddah, naik Saudi Air. Hah ni, kalau naik Saudi Air kau nak bawak sampai 40kg pun tak apa. Flight dari JB jam 8 pagi. Dari KL ke Jeddah pulak jam 3 petang. Melangutlah aku dan mak nenek dok tercongok kat KLIA nun. Nasib baik lah Sharir dan Din Gemok datang meneman. Si Sharir nak balik KK hari tu jugak. Sempat lah bereunion balik kami adik beradik. Setelah bereunion hari Ahad sebelumnya kat Shah Alam. Hahaha..

Masa yang dinantikan pun tiba. Setelah mendapat petua dan nasihat dari Din Gemokk (well, Din Gemokk pernah bertapa kat sana selama 6 bulan buat latihan industri) aku dan aida pun bertolak ke balai berlepas. Tak lama tu, kami boarding masuk flight. The flight was, WOW!! Besar you! Terjakun lah sekejap. Selalu naik Airbus je kan. Ni naik 747. Kan lain. Hehehe.. Well, ramai Arab yang naik flight ni dari Malaysians. Berbondong-bondong beg diorang bawak. Puaslah tu menyopping kat KL. Overall was good and nice till I saw this one stewardess ni lah. I tell you haa, she's so rude. Being sarcastic some more. Mo jugak sia tempeleng mukak dia biar seeenget. One passanger minta tolong dia letakkan beg kat overhead compartment tu. She just watched! Tak tolong langsung! Then the passanger managed to put her bag lah kat atas tu. Boleh pulak si minah gedikz ni cakap dengan muka kereknya "AS IF YOUR BAG WAS HEAVY!!" Oh my goodness! Learn some manners woman!!

After all settled down, kami pun berlepas. Aku duduk kat tengah-tengah between Aida and this one Arab lady. Arab Lady ni dah tua dah. Aku agak je based on tangan dia. Jari-jemari dia, perghhh.. Merah menyala punya kuitik. Dahsyat. Tapi muka berpurdah. Macam manalah tu ye. Nak berborak dengan aku. Tapi bantai cakap dia lah. Aku mana paham. Aku cakap sorry sorry je lah. Nak mengelak dari kena tadah telinga tak paham apa, aku pun tengok tv. Hehehe..


House with Arabic Subs. Nasib baik tak dubbing cakap arab terus.

Aida kat sebelah dah syok berbual dengan jiran sebelah dia. Indian lady. Malaysia mari lah. This lady and beberapa orang lagi baru nak mula kerja at one of the hospital in Jeddah. Wow. Sanggup mereka datang kerja jauh-jauh macam ni. All ladies pulak tu. Tapi memandangkan gaji yang memang handsome jugak jumlahnya, siapa yang nak lepaskan peluang. Kalau aku, aku pun nak.

Before we know it, it's makan time! Aku dengan tak ada selera due to demam makan lah jugak. Tak berapa best sangat. Tapi telan je lah. Dah lapar kan.


The seats were not that comfortable. Seluruh badan aku sakit-sakit. Macam-macam fesyen dah aku duduk. Orang tak pernah naik flight sampai 8 jam. Macam ni lah jadinya. Tak cukup dengan tu, mulalah sakit perut lah. Nak muntah lah. Berapa kali jugak lah aku keluar masuk toilet. And the ngongok stewardess tadi tu pandang slack yang amat bila aku masuk toilet. Pakkal je aku tak ada tenaga. Kalau tak, aku lesing dah pompuan tu. Adoyaii.. Memang cobaan betul naik flight ke Arab Saudi ni. What's worst, budak memekak melalak-lalak. Rasa macam nak tercabut kepala aku mendengarnya. Maknya boleh relaks je anak dia nangis sampai tak keluar suara. Macam tak tau nak buat apa gitu. Anak dia lapar ke. Anak dia dah penuh isi pampers ke. Buat dekkkk je. Tak paham betul aku.

Setelah berhempas pulas, akhirnya, sampai juga aku ke Tanah Arab. Kami tiba di Jeddah International Airport. Belum apa-apa lagi dah ada cobaan lain. Kami and the nurse gang tu dibuat macam orang bodoh. Di suruh isi borang ketibaan. Tapi borang tu pun tak ada. Go to that desk katanya. Dah pergi, tak ada pun. Then guard ni suruh pergi tempat ni. Bila pergi, orang kat situ, suruh pergi sana pulak. Dah pergi sana, patah balik ke situ pulak. Dah pergi situ, disuruh balik semula ke guard yang awal tadi. NO FORM!! Kata salah seorang nurse tu. Then, to my rasa nak sepuk ke nak apa ye? Tak boleh nak describe. Guard yang suruh kami ke sana ke sini tu, masuk office dia and keluarkan borang tu. Huh.. Memang angin kuskus tujuh petala langit aku kat situ. Kalau iman tak kuat memang aku dah make a scene kat situ. Tapi takutlah pulak kena tangkap dengan pak-pak arab ni. Hehehe..

Then we parted ways with the nurses tadi tu. Aku dan Aida pergi ambil luggage. Wak Daut dah pesan, jangan sampai Bangla-Bangla yang ada kat situ tolong angkat kan beg. Diorang tu laju je. Maunya kena pow baekk punya. So kami ala-ala menyorok lah kat tempat lain. Nasib kami baik sebab malam tu semua bangla-bangla ni ala-ala tak ada mood nak kerja. Semua dok melepak kat satu sudut. Selamat! Tak payah aku nak berperang beg dengan mereka.

Dalam setengah jam kemudian Wak Daut pun datang bersama-sama sidekicknya Wak Ali. Hehehe.. Gigih mereka datang menjemput kami. Harus lah kena jemput. Mana boleh dibiar anak dara dua orang ni terkontang kanting kan? Hehe.. Off we go! Naik kereta baru Wak Daut. Ngehngeh.. Terrer dah Wak Daut bawak kereta left-hand-drive ni.

Perjalanan kami mengambil masa 1 jam setengah. Wak Daut dan kaum kerabat UTM yang lain semuanya berkampung di pekan Rabigh. Pekan kecik je. Kalau Jeddah tu lain lah cerita, besar. Jauh juga. Tak boleh imagine aku besarnya macam mana. Nanti dah sampai baru tau. On the way, kami singgah menapau...

Emmy's Drive-thru..


My first treat in Arab Saudi. Wak Ali belanja. Hehehe.. Bagus lah Wak Ali ni. Tak kedekut. Dia memang suka makan. So, aku pun dapat makan free lah. Hehehe.. Lepas makan diam-diam kat belakang aku terus terlentok. Sedar-sedar dah sampai rumah. Wakakaka.. Punyalah bagus tidur sedap-sedap kat belakang. Yolah. Waktu Malaysia pukul 1 pagi. Siapa yang tak ngantuk.

Sampai jugak aku ke rumah Wak Daut. A 4 storey apartment ni. Satu floor ada 4 unit rumah. Rumah Wak Daut on the ground floor. Jiran kami siapa? Of course lah, Wak Ali kat sebelah kiri and Dr Ab kat sebelah depan. Meriah.. Meriah.. Hehehe.. Cik Ina dah tunggu dengan tersenyum lebar. Si kembong lagi lah. Buat dekk main tenet. Whoahhh.. Dengan ini, bermula lah kisah pertapaan aku di bumi Arab untuk 3 minggu yang mendatang..


Till the next entry..

Monday, December 6, 2010

JB --> Shah Alam --> JB

Chaos! Itu kot yang boleh aku gambarkan? Hehehe.. Aku ler yang chaos habis. F1 Driving dari JB ke Shah Alam then balik semula ke JB. Lepas tu lepak. Sakit-sakit badan. Besoknya demam. Hahaha..

Aku pergi sini..



Untuk apa? Untuk konvo salah seorang anak Wak Daut ni lah. Telah diberi pesanan bahawasanya, anak-anak Wak Daut yang berada di Malaysia dikehendaki berhimpun di sini pada 5 Disember 2010. Hahaha.. Bersungguh Wak Daut. Siap sponsor tiket flight dari KK.



Yep. Si gendut itu sudah konvo. Sudah pun bekerja. Juga di Shah Alam. Berterabur lah anak-anak Wak Daut serata Malaysia. Jauh-jauh jugak ye. Alahh.. Wak Daut pun sama jugak. Lagi jauh some more. Hehehe..

Saturday, December 4, 2010

Reunion Kecik

Dugeun.. Dugeun..

Hahaha.. Berdebar-debar aku siot. Gara-gara nak jumpa my best friend di kala zaman SAMURA dulu setelah almost 8 tahun tak berjumpa. Apa reaksi dia ye? Apa reaksi aku? Hahaha.. Poyo banget.

Seperti yang dijanjikan aku berjumpa dia di Tebrau City. Serious. Happy gila aku. Makcik ni yang aku dah lama tak jumpa ada kat depan mata. Bawak anak lagi. Aku bawak anak kunci je. Hehehe..

Borak-borak tak hengat. Gelak-gelak mau runtuh itu Kenny Rogers. Mengimbau kembali zaman-zaman sekolah dulu yang bongek-bongek.



Nad, I had fun. Thanks sanggup turun JB. Nanti aku buat lawatan balas ye..

Tuesday, November 30, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 6 (Final Day): Kuta Beach, Discovery Shopping Mall

Thursday, 2nd July 2009

Pagi-pagi lagi dah keluar main air laut. Kalau diikutkan hati nak aje aku terjun masuk. Tapi tak ada lah pulak tempat nak tukar baju kat situ. Alamatnya, main kat gigi air je lah. Lepas main kami breakfast kat McD. McD lagi. Maunya balik Malaysia nanti tak boleh tengok McD dah. Hahaha..

Jalan-jalan cari jantan.. Hahaha..

Dah rasa kenyang, kami pergi pamper kan diri. Buat manicure, pedicure and mandi lulur. Huwahuwahuwa.. Sangatlah seronok. Tengah badan lenguh-lenguh ni sedap betul kena urut. Buat kat kedai-kedai tepi jalan je. Mana mampu nak masuk spa grand-grand. Kira murah jugaklah nak buat semua sekali tak sampai RM50 aku rasa. It's almost 12noon when we finished. Balik hotel mandi-mandi and check out.

Monday, November 22, 2010

The Final Year

21st November. It's now official. The final year of the 20s.
I will go into a new decade next year.
Yahooooooooooo!! Tepuk tangan. Sendiri Baksu!! :p


Motip gembira? Hehehe..

Thursday, November 18, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 5: Muzium Bali, Pasar Kumbasari & Kuta Beach

Wednesday, 1st July 2009

It's Day 5. Kami check out awal pagi, tinggalkan beg dekat kaunter and off pergi Denpasar town. Sebelum tu macam biasalah. Posing-posing dulu..


Queen Hotel, Denpasar..


Our room.. Breakfast teh o panas satu termos kat luar.. hehehe..

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha 2010

Tahun ni aku ber Aidiladha di KK saja. Nothing special. Masak-masak dan makan-makan nasi impit, sambal goreng, ayam masak merah dan sayur lodeh. Share-share bawak ke rumah Ustaz and ke rumah pakcik. Time-time macam ni mulalah aku teringatkan masakan Cik Ina. Hurmmm, masak apa lah ye Cik Ina di bumi arab sana? Rendang unta kot. Tak pun lauk kambing mambing. Fuh! Marvellous! I LOOIIKEEE!! Bertambah gout lah Wak Daut nanti. Hehehe..

Apa pun, Salam Aidiladha kepada semua pembaca, penyinggah dan pengskodeng blog akuyangsengal. Semoga aidiladha ini diberkati Allah S.W.T hendaknya. AMIN. ^^

Tuesday, November 16, 2010

He's Back!!

Our Sam (songsaengnim) is back!! Dua minggu dia balik kampung. Rindu aku nak dengar cerita "kitchen" dia. Hehehe..

To my surprise, ada lagi kisah kitchen. Hahaha.. Biasalah, he was supposed to say chicken. Tapi kitchen juga yang keluar. Perkataan ayam atau chicken atau Sam punya "kitchen" dalam bahasa Korea ialah "닭", pronounced "dark" atau "dalk". Bunyinya boleh lah nak dekat sama dengan English's "duck". So, Sam kata, there tend to be some confusion lah antara ayam dengan itik ni. Orang Korea dok sebut-sebut dark, dark. Tapi foreigners seems to understand that the supposed to be chicken is duck. Daripada gigih nak makan ayam terus mati selera bila dengar itik. Kekdahnya macam tu kot. Hehehe.. So belajar lah ye. Itik dalam bahasa korea ialah "오리", pronounced "ori". Macam ori original tu. Hehehe..

Then, cerita Sam lagi, orang Korea sangat sukakan anjing. Kitchen kureng sikit. Kitchen lagi Sam ni. Hahaha.. Nak sebut kucing tu. Tak semena-mena sebut kitchen jugak. Hahaha.. Sam, Sam.. Kalau jumpa anjing mesti "aigooo.. comelnyeeee!!" Something like that lah. Ni bagi spesis-spesis poodle lah ni. Bulldog apa comel? Hehe.. Memang tersangatlah suka anjing orang-orang Korea ni. Kalau jumpa kucing? Huh!! Mau lari kalau jumpa. Hahaha.. Kucing garang katanya. Tak berapa comel. Tapi Heenim lain pulak spesisnya ekk? Kekeke..


aku ni tak comel ke??

Sam kata, lain pulak kisahnya dengan kat Malaysia. Kata Sam, orang Malaysia lagi suka kucing berbanding anjing. Kucing comel, anjing garang. Hehehe.. Anjing kat Malaysia, kalau jumpa orang Korea dengan orang Malaysia, dia akan pilih orang Korea. Datang lenggang lenggok mencomelkan diri mong mong mong depan orang Korea, sebab dia tau orang Malaysia tak suka dia. Kalau kucing, tak mau punya pergi ke orang Korea. Mesti datang gesel-gesel ke orang Malaysia sebab dia tau orang Korea tak suka dia. Hahaha.. Macam-macam Sam ni. Boleh buat kajian ni.

Next week entah belajar apa pulak. Aku rasa mesti ada cerita kitchen lagi tu. Hehehe..

Saturday, November 13, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 4: Nusa Dua, Uluwatu Kecak Dance & Jimbaran

Tuesday, 30th June 2009

It's morning!! Kami berposing one last round keliling lodge, ambik gambar sini sana. Puas betul dapat datang sini dan dapat naik puncak Gunung Batur. Lain kali kalau datang lagi, belum tentu lagi aku nak naik sampai atas. Pikir sejuta kali dulu!


Bentuk Gunung Batur..

Then Kintamani kami tinggalkan. Selamat tinggal Gunung Batur, Gunung Abang, Danau Batur. Entah bila aku nak datang lagi. Siang-siang macam ni baru lah aku nampak laluan kenderaan masuk ke Kintamani ni. Memang jalan kampung. Kiri kanan semak saja. Macam isolated jauh lah Kintamani ni. Bila dah jumpa jalan besar kami stop sekejap. Posing bergambar lagi. Hehehe..

Sunday, November 7, 2010

Enchek Biskut is GONE..

Sedih. No more Enchek Biskut by my side. Tergamak manusia itu merampas Enchek Biskut dari hidup aku. Sampainya hati dia. Now I have to depend on Mr S. Yep. Mr S yang tak habis-habis nazak dari hari tu. Masih panjang lagi umur dia rupanya.

Mr S, sebelum aku mendapat pengganti, janganlah kau pergi meninggalkan aku...

Thursday, November 4, 2010

Singapore 2 Days 1 Night ~ KPOP Night Concert 2010

Saturday, 23rd October 2010

Ye. Meroyan lagi aku ni. I don't go to Singapore for nothing. Hahaha.. This time, it's KPOP Night Concert 2010!! Aku dah sewel. Aku dah SEWEL! Yeaaahhhh!! :p

Aku sampai Singapore dari KK lebih kurang pukul 12.40. Hari Sabtu ni jugak. RM75 one way flying on Jetstar. Gila kentang murah! Lebih-lebih lagi bila dibeli empat lima hari sebelum terbang. So, met up with K Bel, Seben and her friend Ana "Chan"sung kat airport. We still have lebih kurang 4 hours to kill, so kami merewang-rewang lah di kawasan sekitar. Makan-makan kat Restoran Wonder Girls. Kekeke.. Pukul 4.30 baru bergerak ke Singapore Expo Hall.

The gate opens at 6pm. Jadinya, kami melepak-lepak sajalah kat situ. Singapore Expo Hall ni tersangat-sangat lah besar. Kebetulan, ada banyak expo sedang berlangsung. Orang pun tersangatlah ramai. Belum apa-apa lagi aku dah pening kepala, tapi layankan aje. Banyak lagi masa terluang, so aku pun mengskodeng fans yang dah setia mengqueuekan diri dalam barisan sejak pukul 7 pagi tadi. Gila betul. Paling ketara, paling ramai are Sones. Fans Soshi lah ni. Serious fanboys. Damn Shocking Pink! Dengan lightstick ala-ala pedang Obi Wan Kenobi tu. Besar betul. Buat ketuk kepala orang sedap jugak tu. Kekeke..



Kami mula masuk ke dalam expo hall dalam pukul 7 lebih. Queue tersangat-sangatlah panjang. Entah siapa lah yang manage line ni. 4 CATS going through the same door. Hazabbb.. Mula-mula security memang beria-ia check thorough semua beg yang di bawa masuk. Dah last-last sampai turn kami, security just selak-selak aje. Segala jenis DSLR, camcorder, tok nenek segala lepas di bawa masuk dalam! Padahal, no camcorder, DSLR allowed. Bengang je orang-orang yang dah masuk awal-awal.

Bila masuk ke dalam seriously I AM SO FRUSTRATED. CAT 1 and 2 rata on the same ground level. Memang dah ada dalam pengetahuan aku CAT 1 and 2 ni rata. Tapi tak sangka laa pulak layoutnya sampai macam ni skali. Aku ngan Seben yang duduk di CAT 3 ni pun kira so-so oklah. Tinggi sikit. Sikit je ekk. Still terhalang juga dengan kepala orang-orang di depan kami ni. Kesian juga pada orang-orang di CAT2. Tak boleh nak nampak sangat. Dah laa stage rendah. Extended stage pun nan hado. Skrin putih kat dinding pun sangat-sangat cenonet. Hohhh.. Geram pulak aku jadinya. Sabor je lah dulu..

Sementara menunggu konsert dimulakan, organizer buat video show. Ada preview and promo filem Into The Fire. Ada promo Visit Korea. Promo online drama ~ HARU with Super Junior's "Angel" background song. Meriah jugaklah. Sekali sekala SONES dok menjerit-jerit fanchant mereka sambil menghayun lightstick. Berpinar-pinar mata aku menengok lightstick berwarna pink sokmo.

The show started at 8pm. Hall dah gelap tapi masih ada lagi orang yang baru masuk mencari tempat duduk. Bad queue management. Lemau aku jadinye bila orang lalu lalang di depan aku. Yang jalan laju takpe. Yang terhegeh-hegeh, tergedik-gedik. Adoyaiii.. Sabor je lah aku. After a few minutes, berlangsunglah opening speech dari Duta Korea dan Menteri Luar Singapore. Boleh tahan comel jugak ahjusshi Korea ni. Hehehe.. Then, the MCs came out. Ada 3 MCs. Dua diangkut khas dari Korea, dan satu lagi local mari. The Korea MC guy ni boleh tahan ganteng. Yang perempuan ni tak berapa lawa tapi tinggi. Yang made in Singapore tu aku tak pandang pun. Kekeke..

*Edit: The MCs are from Arirang. Adrian and Yemi. MC rancangan Showbiz Extra. Tu pun sebab aku tengok rancangan showbiz ni hari-hari kat Arirang TV sepanjang aku duduk kat Arab Saudi baru-baru ni...

First artist to come out is FT Island!! YEY!! Serentak dengan kemunculan mereka di stage, everyone in CAT2 depan kami ni mula berdiri atas kerusi. ARGHHH!! Bunguk!! Budus!! Dan entah apa-apa lagi lah yang keluar dari mulut aku. MEMANG MARAH! Tak nampak apa! Dah laa stage bongok rendah. Tak nampak artis. Skrin yang cenonet tu pun aku tak nampak sebab dah kena cover dengan kepala manusia-manusia sengal ni dan lightstick gabak diorang tu. Serius nak aje aku ambik lightstick tu ketuk kepala sekor-sekor. And the sound system.. FRUST!!! Suara Hongki tenggelam timbul. Harap muzik je kuat. Memang buruk. Seriously kachiwa..


mangkuk2 ayun yang tak reti bahasa...

Cik Seben kita memang dah angin sokmo. "SIT DOWN YOU MORONNN!!!" Hahaha.. Aku kalau ikutkan nak juga ikut berdiri atas kerusi. Tapi kesian pulak orang belakang aku yang sopan je duduk atas kerusi. Kira agak berperikemanusiaan jugaklah aku ni kan?



Dalam kesamaran aku dapat jugak tengok performance FTI. Aku rasa aku ni more to listening than watching nampaknya. Suara Hongki memang superb. Diorang perform 4 lagu. Macam yang aku cakap, aku cuma dapat dengar je so aku tak bleh nak story laa apa yang berlaku kat depan dan kat atas pentas tu. Tapi last-last nampak laa jugak dia bukak baju and pakai singlet hitam je. Wahhh.. Hongki dah dewasa. Hehehehe..

Then it's The Boss (D-NA) pulak keluar. Aku ni tak berapa kenal diorang ni so aku duduk diam-diam je lah atas kerusi. Fans semua dah buang tebiat. Tak boleh kontrol lagi dah. Oh.. The Boss ni rupanya aku kenal sorang yang nama Garam ke Karam tu. Tu pun sebab dia keluar kat Dream Team and Invincible Youth. Well, layan skrin je lah aku ni. Disebabkan tak berapa kenal diorang ni aku dengan seben mula speku berapa orang lah member The Boss ni. Aku nampak macam ramai. Seben kata 3 orang je yang nyanyi. Lain-lain backup dancer je. Kekeke.. Duduk jauh kekdahnya. Mana laa nak nampak kan. Then noticed one of the members sejibik macam Jaejoong. Jaejoong junior Kekdahnye. Later on bila tengok kamera K Bel, that Jaejoong junior is Garam lohhh. Tomei je. Motip lah aku tak perasan??



Diorang banyak nyanyi lagu ballads. Seriously sedap wooo. Soothing je. Hoh.. Jangan pandang sebelah mata. Kat FB Proof Label ramai yang maki-maki kenapa bawak group yang tak popular. Sekali hambik kau!! Aku kena download ni lagu-lagu diorang lepas ni. Diorang nyanyi 3 lagu. Tapi jangan tanya aku tajuk lagu dia hapa. Hehehe..

Then it's ZE:A's turn. Haa yang ni aku kenal Dongjoon je sebab selalu keluar Dream Team. Wakakakak.. Yang lain-lain sorry lah aku tak kenal. Ramai sangat. Mungkin aku kenal lah lagi sorang yang namanya Kwanghee tu. The king of plastic surgery. Hehehe.. Ala-ala kkab macam Jo Kwon jugak ni. Well, ZE:A ni lagu dia pun aku tak tau. Yang aku tau cuma lagu friday saturday sunday tu je. Kekeke.. Diorang pun nyanyi 3 lagu. Masa ZE:A perform, aku dok diam-diam jugak. Crowd kat depan dah semakin gila. Bukan setakat berdiri atas kerusi lagi dah. Siap tarik kerusi pergi kat empty space then berdiri sambil lompat-lompat some more. SELFISHHH!!!!



Summer, budak Korea yang lepak dengan kami sebelum masuk tadi suka betul laa dengan ZE:A ni. Dia baru habis photoshoot dengan bebudak ZE:A ni siang tadi. Orang kerja dengan Singapore-based Korean Website kan. Siap promote lagi. Aku ni tak tau lah nak minat macam mana kat ZE:A ni. Hehehe..



After that it's Infinite. Ni pun aku tak kenal. Banyak sangat lah group-group baru ni. Tapi lagu dia ada laa satu dua yang aku suka dengar. Macam lagu Come Back Again. Performance tu memang beshh. Mantoppp!! Nyanyi 3 lagu jugak. Semua lagu sedap banget. Mesti download lepas ni.

Then, yang dinanti-nantikan pun muncul. SHINEEEEE!!!!! Yey!! Kali ni aku tak pedulik!! Apa nak jadi, jadilah. Memang selamat dah aku panjat berdiri atas kerusi. Tak larat aku nak kesiankan orang dah. Aku nak enjoy jugak. Minho yaaa.... Hensemnye kau. Melayang sekejap noona ni. Walaupun tengok wajahmu di skrin je. Wakakaka.. Mengapa begitu indah sangat makhluk ciptaan tuhan ni. Huhuhu... Shinee berempat je. Jonghyun tak datang sebab ankle injury. Sedih jugak. Tapi takpelaaa. Janji dapat tengok Minho. Kekeke..

*Edit: Jonghyun ahhh.. Noona tau kenapa kau tak datang. Ankle injury tu cover up je kan? Sebenarnya kau tengah settlekan kisah cinta kau dengan Shin Se Kyung yang dah terbongkar tu kan. Notty you..... Hehehehe..



So, SHINee nyanyi 4 lagu. Noona Nomu Yippo. Akulah tu. Wakakaka.. Ring Ding Dong. Lucifer and Hello. MANTOP!! Tak berkelip mata aku tengok Minho. Hai.. Minho lagi! Nak-nak skrin punye kamera tu banyak betul tayang part Minho dengan Taemin je. Suka banget aku. Taemin punye rambut. Adoyaaiii.. Macam ahjumma dah. Kesian dia. Meh noona tolong sikatkan meh. Hehehe..

Dah habis SHINee, it's the fanboys' turn to meroyan. Sakit telinga aku. Tu belum lagi SNSD keluar. Dah keluar tu. Adoii.. Boleh runtuh expo hall tu. The SNSD gals sangat-sangat seksi woooo.. Macam pakai swimming suit kekdahnye. Masing-masing nak tunjuk kaki masing-masing yang panjang-panjang tu. Perghhh.. Jeles aku. Kaki cantik boleh laa kan. Dari awal persembahan sampai habis aku rasa suara orang menjerit lagi kuat dari suara budak-budak Soshi ni. Sabo je lah aku. Fanboy kat belakang aku ni lagi laa. Bunyi dah macam kambing putus urat merih dah. Krooohhh... Kroohh..



Diorang nyanyi Tell Me Your Wish, Run Devil Run, Oh! and Gee. Seriously perang litestick pink everywhere. Berpinar-pinar mata aku. Kalau buat kat malaysia ni entah lepas entah tak seksi banget bebudak Soshi ni..

Last but not least... BIG BANG!!! Yang ni memang dapat the loudest cheer ever. Semua orang dah tak hengat donia meroyan. Semua dah kena rasuk hantu bigbang. The boys are very entertaining. Energetic. Melompat sana sini. Dari jauh aku boleh differentiate kan diorang ni sebab semua lain-lain pesen. Lain laa geng-geng Infinite ZE:A semua tu. Tak kenal. Hehehe.. Aku ni tak berapa kenal lagu-lagu Big Bang ni. Pernah dengar. Tapi tak hapal tajuk. Yang aku tau macam Lies, Number 1, Haru Haru. Tapi aku salute lah. They gave a tremendous superb fantastic fabulosooo performance. Sangat-sangat DAEBAKKK!!



Mula-mula aku bajet 4 lagu je diorang nyanyi. Then tambah pulak satu lagi lagu. Whoahhh.. 5 dah. Best! Best! No wonder diorang simpan Big Bang sampai last. Then after 5th performance everything went quiet. Semua orang dok jerit-jerit encore encore. Then muncul balik Big Bang nyanyi dua lagi lagu. FUHHH!!! SUPERBBB!! Total 7 lagu!! Dah jadi showcase Big Bang dah ni!! Diorang memang perform all out. Aku rasa diorang laa paling banyak bagi fan service. Ni yang aku nampak dari jauh laa dan setelah berdiri atas kerusi. Kekekeke..

Then habis. 3 MC tu datang keluar. Secara automatik semua orang kat depan reti duduk balik atas kerusi. Menyampah aku. MCs jalan ke extended stage. See?? Kalau semua orang duduk, nampak je artis dok datang depan ke extended stage tu. Geram betul aku. MC cakap sepatah dua patah then diorang start main lagu Stevie Wonder - We Are The World. Nak promote keamanan laa ni. Then one by one artis keluar. ARTIS KELUAR JE, SEMUA AUTOMATIK BERDIRI ATAS KERUSI BALIK.. @!#!@!@$&(^&! Bungukkk...

Habislah sudah lepas tu. 10.30 jugak event habis. Gitu gini keluar lepak-lepak kat luar sekejap dah pukul 11. So we say goodbye to Ana and Summer and make way to the airport. Aku, K Bel and Seben crash landing kat airport je malam tu. Kat airport nampak bebudak jantan pink ni dok berlegar-legar.. Wowweee... Soshi balik malam ni jugak ke?? Check schedule, confirm. Balik pukul 1 pagi naik ASIANA airlines. So kami pun ikut tunggu sekali. Dah pukul 12.45 tak nampak lah pulak batang hidung Soshi ni. Then sorang mamat melayu from ASIANA ni datang kat tempat kitorang tanya "Tunggu artis ke??" Punyelaa blur muka kitorang. Dia cakap SOSHI tak lalu sini. Diorang dah masuk dah kat dalam. And we're like "Oh ye ke... Dah masuk dah ke.." Then dia cakap "Yep. Sebab saya yang uruskan diorang masuk.." Hohhh... Gaya dia cakap macam kerek pulak mamat ni. Sepuk karang. Sukalah tu jumpa Soshi. Hahaha.. Kitorang dapat berita je terus kitorang blah. Bebudak jantan shocking pink yang ramai-ramai tu masih setia menanti. Kekekeke...

McD kat airport dah jadi macam rumah kitorang. Tidur-tidur ayam je. Besok pagi lepas say babai kat K Bel naik flight balik KL, aku dengan Seben pun meredah causeway naik bas. We parted at Larkin. Aku balik Skudai sementara Seben balik BBU. Sampai rumah, mak aku perli... SUKA LAA TU BUANG DUIT. Hahahhaaa..

Aku tak banyak amik gambar kat konsert ni. Amik video pun sikit-sikit je. Tu pun ambik dekat skrin je. Bila tengok balik buruk pulak laa fancam aku ni. Nak share pun malu. Hehehe..

So next concert/fanmeeting in Singapore? Macam tak sanggup dah aku dengan audiencenya. Huhuhu...

Wednesday, November 3, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 3: Gunung Batur

Monday, 29th June 2009

Aku tidur-tidur ayam je. Bangun pun ada rasa lalok-lalok sikit. Dah penat berjalan satu hari. Dah tu rehat tak cukup. Dah tu nak panjat gunung some more. Pengsan makcik. Kami pun bersiap-siap lah. Aktiviti kami hari ni ialah mendaki Gunung Batur. Yey!! Aku ni tak bawak pakaian yang proper. Kasut pun tak bawak. Memang sengal betul. Dah berkampung seminggu kat KL, tak sempat nak balik KK, terus pergi jalan-jalan ke Bali ni. Memang tak cukup lah segala gear yang diperlukan. Kesimpulannya, aku naik gunung pinjam selipar K Abid! Geleng kepala guide yang bawa kami tu. Hahahaha.. Paling sengal, torch light pun ilek. Nak tak nak terpaksa berpandukan torch light guide je lah.

Sebelum apa-apa, kita minum dulu!! One of the guide prepare us kopi yang memang betul-betul kaw kaw punya. Memang sedap lah. Brand kapal api ke ni? Hahaha.. Sampai sekarang aku terbayang-bayang betapa bestnye kopi tu. Huhuhu..


Kopi Kaw Kaw..

Tuesday, November 2, 2010

Sendiri Baksu!!

Dah sebulan dah aku ikut kelas Bahasa Korea. Kenapa aku join kelas ni, tak perlu lah aku huraikan panjang lebar. Korang semua pun dah tau dah reasons nya. Hehehe..

Kelas Bahasa Korea ni dijalankan di Asia City. Setiap hari Isnin jam 7.00-8.30 malam. Kelas ni ada 4 tahap. Setiap tahap ni, cikgunya lain-lain. Bilangan student pun tak ramai. Surrounding untuk belajar pun selesa. Aku dan Daliela ni beginners. Haruslah register tahap 1. Cikgu kami, Simon Lee namanya. Untuk lesson sepanjang 3 bulan, yurannya cuma RM100 sahaja. Untuk buku, tambah lagi RM15. Quite cheap jugaklah.

Mr Lee is one funny guy. Dia lagi fasih cakap Melayu daripada English. Tapi gigih sungguh dia mengajar kami dalam English. Sekali sekala dia tersasul. Kadang-kadang tak dapat aku nak menangkap apa yang diajarnya. Sebutan Englishnya macam out of this world. Bila aku buat muka blur, dia explain dalam Malay. Last time he asked us "What is the sound of a kitchen?". Punyalah blur. Sekali, apa yang dia maksudkan tu chicken. Itu pun selepas dia sebut "Ayam.. Ayam.." Hahaha.. Might as well teach us in Malay, seongsaengnim. :-p


Buku teks, kertas ujian, buku nota, buku kotak-kotak 70sen..

Isnin lepas 1hb Nov aku pergi ke kelas macam biasa. It's quite late already, dan di kampung air sana banyak pula kereta. Aku cuba mencilok untuk masuk ke simpang. Daliela kat sebelah risau aku tergesel dengan kereta depan, tapi aku kata boleh lepas punya. Confident melampaui segalanya. Sekali, ambik kau! Tak semena-mena masuk longkang! Tayar depan belah kiri selamat tersangkut. Mengaum kereta aku cuba ke depan ke belakang. Tak guna jugak. Stuck! Hahaha.. Padan muka aku!

Kesiannya kami, tak ada siapa nak tolong. Dua orang mat saleh lalu lalang tengok saja aku bertenggek kat tepi tu. Kalau kau tolong kan bagus. Ini tidak. Gambar aku dan keretaku yang terbenam ini yang diambilnya. Sabar je lah. Boleh lah dia brag dengan kawan-kawannya yang dia ada bukti pemandu malaysia ni gila di jalan. Hahahaha.. Then after a few minutes, dua tiga orang pakcik datang menghampiri. Sungguh aku berterima kasih dengan pakcik-pakcik ni kerana sanggup tolong aku. In no time, my baby is free from the longkang! Yeay!! Mat saleh dua orang pun ikut bersorak tepuk tangan. Adehh..

Lambat masuk kelas. But Mr Lee is not there, but a lady. Aigoo.. Wife Mr Lee rupanya. Mula-mula masuk kelas aku tak tau nama wife Mr Lee ni apa, but then dia perkenalkan nama dia Saera. Saera Buin. Hehehe.. Puan Saera lah maksudnya. Saera Buin ni ajar tahap 2. Tapi student tahap 2 macam tak nampak batang hidung pulak. Mr Lee ke mana? Nanti-nantilah aku tanya Saera Buin.


Saera Buin ajar ABC. Hehehe..

I thought Mr Lee is already one funny guy. But Saera Buin ni lagi funny. Asyik gelak je aku dalam kelas. Bila aku dengar dia bercakap, aku dok imagine Kim Sam Soon yang bercakap kat depan. Gaya, intonasi, suara semua sama. Saera Buin straight forward cakap melayu sokmo. Everytime kami dapat baca and sebut dengan betul dia akan kata BAKSU!! Hehehe.. Tepuk tangan lah tu maksudnya.

Sikit-sikit baksu. Sikit-sikit baksu. Sampaikan part tak perlu baksu pun aku dengan daliela baksu jugak. Termalulah juga. "Tak apa. Sendiri BAKSU pun boleh!" laung Saera Buin. Hehehe.. Cayalah!!

Sekejap je masa berlalu. Dah satu jam setengah. Betul. Kalau kita minat suatu benda tu masa yang lama pun boleh jadi sekejap. Aku rasa macam belum puas belajar lagi. Ni yang membuatkan aku berkobar-kobar untuk datang lagi minggu depan. Saera Buin will be teaching us again. Mr Lee balik Korea rupanya for two weeks.

Aku berkira-kira untuk join kelas Mandarin pulak lepas ni. Brush up balik apa yang pernah aku belajar 7 tahun dulu. Dulu terrer bukan main. Tapi tak praktik. Semua dah lupa. Bila berkongsi pasal belajar bahasa ni, aku pernah kena sound dengan seorang kawan. Kau belajar Bahasa Arab lagi bagus. Bahasa Al-Quran. Terus telan air liur aku dibuatnya. Hehehehe..

안녕하세요!! Hello!! .............................................. BAKSU!!
이름은 Yatt 입니다. My name is Yatt. ................. BAKSU!!
제 차... My car.. masuk longkang tadi................... Padan muka. SENDIRI BAKSU!!

Hehehehehehehe..

Monday, November 1, 2010

Singapore 2 Days 1 Night ~ Jang Geun Suk

Saturday, 24th April 2010


Jang Geun Suk

Apa perasaan aku bila jumpa mamat ni? Sengih sampai ke telinga ko. Demam You're Beautiful tak kebah lagi masa ni. Bila dapat jumpa depan mata, rasa nak pengsan pun ada. Hahaha.. Over lah pulak kan.

Bila K Bel kata dia nak let go tiket FM dia, aku pun tanpa segan silu segera merembatnya. Semuanya last minute. Nasib baik flight murah. Tapi turun JB. Meredah causeway lah aku jawabnya. Tapi tak kisah pun. Asalkan dapat berjumpa dengan Hwang TaeKyung. Hehe..


The Ticket

The thing is, aku tak pernah masuk Singapore sejak darjah 2 dulu kot. Kesiannya aku ni kan. Padahal, rumah dengan Tambak Johor cuma 30 minit je. Tak ada kawan nak pergi, tak pergi lah aku. First attempt gamble masuk sendiri, berjaya! Lepas ni harus terrer lah aku keluar masuk Singapore.

Naik bas dari Larkin ke Queen St. costs me RM2.50. Poyo je turun naik imigresen Malaysia dan Singapore. Lagak gaya macam dah biasa keluar masuk. Tapi hakikatnya seram sejuk. Hahaha.. Sampai je Queen St. aku terus ambik cab pergi The Hive. Jumpa K Bel and her friend Liza kat situ.

It was already late. Mengikut perkhabaran our other friend Seben, orang dah mula beratur panjang untuk masuk Rock Auditorium. Tiket kami ni free seating. Bila dengar dah ramai macam tu, tak bersemangat kami nak pergi straight ke sana. Confirm-confirm lah duduk belakang-belakang. So, kami singgah makan-makan lepak-lepak dulu. Lebih kurang pukul 5 barulah kami masuk barisan. Aku ingatkan aku ni dah kat belakang line. Tapi semakin ramai pulak orang-orang yang beratur di belakang. Ada harapan nak dapat seat baik ni. Hehehe..

Aku duduk tepi dinding. Hambik kau! Punyalah "best dan strategik". Antara yang belakang-belakang jugak ni. Stage pun nampak sayup-sayup je. Tapi masih boleh nampak lagi. Berdebar-debar je menunggu kemunculan cik abe Geun Suk ni. Hehehe..

Masa yang dinanti-nantikan pun tiba. HUWARRGHHH!!! Dia muncul kat tepi aku! Kat dinding tepi aku ni ada pintu!! Terkujat makcik! MEROYAN!! Hahahaha.. Pakai costume bunny, bawak bakul isi mentos. Sambil jalan-jalan lompat-lompat hopping sana sini, mentos ditabur. Macam budak-budak aku kutip mentos tu. Bekas tangan Geun Suk oppa pegang kan. Muahahaha.. Apadaa aku ni. Biol dah.


The Bunny


Jalan-jalan cari Cik Sengal.. Hehehe..

Comel banget lah mamat ni. Putih melepak. Tinggi. Huhuhu.. Sukanya aku nengok. Meroyan. Meroyan. He was very entertaining. Interaction dia dengan fans pun best. Most of the time dia interact in English. Oklah jugak. Bahasa-bahasa lain pun dia cuba try test jugak. Menjerit aku bila dia kata "Aku cinta padamu!" Kekekeke.. Noona sengal. Malam tu ada sesi main game, nyanyi-nyanyi. Ada 6 lagu jugak lah Geun Suk performed. 3 kali muncul tepi aku. Best! Aku ada jugak ambik video, letak kat youtube. Tapi dah kena remove due to violation. Hampeh..


Ceramah Perdana..

Overall it was fun. Pukul 9 jugak habis. Gitu gini, kami pun keluar. Masih terawang-awang. Stop sekejap kat Hard Rock Cafe beli t-shirt, makan-makan kat Coffee Bean, lepas tu balik The Hive. Lepas mandi, pengsan tak hengat dunia..........


The Hive Backpackers..




Pusing-pusing Singapore

Besok paginya keluar awal. Jalan-jalan pusing-pusing tengok Singapore. Pukul 10 baru aku gerak balik JB. Selamat! Pandai Cik Sengal keluar masuk Singapore kan? Lain kali boleh datang lagi. Hehehehe..

Saturday, October 30, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 2: Taman Ayun, Chandikuning, Alas Kedaton & Tanah Lot

Sunday, 28th June 2009

It's Day 2! Sebelum mengcheck outkan diri, adalah lebih baik kami pergi jalan-jalan dulu. Tak kuasa nak heret beg ke sana ke mari. Jalan Legian pagi-pagi ni agak meriah juga dengan kereta, motor etc. etc. Tapi orangnya kurang. Mana pergi mat-mat minah-minah saleh yang bergerombolan malam tadi? Aku rasa dah penat kot diorang berjoli malam tadi. So pagi ni, ala-ala tak reti nak bangun awal lah agaknye. Mat-mat saleh yang reti bangun awal pulak tak reti nak pakai baju jalan ke sana sini. Tercemar mata aku melihat six pack mereka. Wahahaha.. Yang six pack tak apa jugak. Yang boroi? Keke..


Jalan Legian


TERUSSSSSSSS!!!

Thursday, October 28, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 1

Lambatnya aku publish entri ni. Ni pun sudden urge konon-konon nak share dengan Murni tempat-tempat yang aku pergi masa aku kat Bali dulu. Ni dia dah balik jalan-jalan aku tak terpublish-publish pun. Sementara ada masa nak merapu, aku siapkan cepat-cepat entri ni.

Saturday, 27th June 2009

Kisahnya, tiket ke Bali ni dibeli sekali dengan tiket ke Bangkok. Sengkek lah sekejap. Tapi berbaloi-baloi selepas tu. Mula-mula kami bercadang untuk pergi 4 hari sahaja. Sebab ikut promotion tiket lah ni. Tapi as time goes by, rasa 4 hari tu macam tak cukup lah pulak. Hehehe.. Kesimpulannya, kami tambah lagi 2 hari, dan ambil tiket lain untuk balik ke Malaysia. SAKAN!! Hehehe.. Ngokngek ngokngek tuptap tuptap, tibalah harinya untuk bertolak ke Bali. Kami bertiga saja. Aku, K Awa and K Abid. Sepatutnya Ina Kembong ikut sekali. Tapi disebabkan tengah hangat H1N1 outbreak, dia tak jadi pergi. Aku gerak dari KL. Kebetulan baru je habis LI visit. Seminggu aku out of office. Ditambah lagi seminggu aku pergi jalan-jalan. Seronok betul. Kekeke..

Met up with K Awa and K Abid kat LCCT. Flight pukul 7 malam. Sampai di airport Bali dah pukul 10 lebih. Main jalan je tak tau arah tuju. Hotel semua tak book lagi. GASAK!! Minta driver teksi hantar kami ke Legian. Kat sana pandai-pandai la kami cari hotel.

Wednesday, October 27, 2010

Yuk Ke Jakarta!! ~ Day 4 (Final Day)

Monday, 18th January 2010

Hari ini hari terakhir kat Jakarta. Flight balik ke KL malam. Dah tak tau dah nak pergi mana. K Awa and K Alin flight pagi balik JB. Jadinya, tinggal lah aku dengan K Abid melayan perasaan together-gether.

Seriously, tak tau dah nak pergi mana. Jalan-jalan di area Mangga Dua sajalah. Keluar masuk segala bangunan yang ada kat situ. Hahaha.. Went to this place. Lupa dah nama mallnya. Tapi ala-ala Low Yat jugak lah. Banyak jual IT stuffs. Then, satu bangunan ni penuh dengan baju-baju. Aku nak menghabiskan rupiah aku, aku beli laa baju dua tiga helai. Lepas tu blur. Masih banyak lagi masa. Kami pun bercadang pergi muzium. Hehehe.. Muzium lagi.


Baru beberapa hari habis tayang kat Korea, dah keluar dah cerita ni. Huhuhu..

Tuesday, October 26, 2010

My Semi-Handsome Friend

Ni kawan baru aku. Imation External HDD 500GB. Harga dia RM189. Promotion kat Cytech Taman U.



Separuh handsome je sebab bukan 1TB. Hehehe.. Ringan sikit laptop aku lepas ni. Semua khazanah melalaikan sudah pun aku transfer ke sini. Kekekeke...

Thursday, October 14, 2010

DBP Sales

Dewan Bahasa dan Pustaka kat KK ni tengah buat clearance sales. Banyak buku-buku lama dan baru diberi potongan harga 25-95%. Cool huh? Bagi hantu buku macam aku ni, memang tempting habis.

Jadi, pergilah aku ke gudang DBP. Seronoknya aku bila tengok buku yang bertimbun banyaknya. Kalau macam ni, boleh satu hari duduk kat situ. Belek punya belek, korek punya korek, ini buku yang aku dapat..



Kekekeke.. Shahnon Ahmad, A Samad Said and Arenawati. Biar betul aku ni? Hahaha.. Dah biasa baca novel merepek merapus, tak salah sekali sekala baca buku sastera berat-berat. Ye tak? All of these I got for RM16 je. Murah tak murah.

Buku kat bawah ni sangat-sangat menarik minat aku. For 301 pages, it only costs me RM1 je lepas diskaun. Hahaha.. Bestkan?





Hambik kau! "Kucin sondoi tin roti atayeh lemari jatoh kelepang atayeh lantai..." Lepas ni terer lah aku skeeping Kedah kan? Hahahaha.. (^__^)V


Sales sampai 5 November ni. Jom kita beli buku!!

Yuk Ke Jakarta!! ~ Day 3: MONAS, Muzium Gajah, Anchol & Grand Indonesia

Sunday, 17th January 2010

Memang kami kurang bernasib baik. Hari ketiga di Jakarta, cuaca masih tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas. Berfikir dua tiga kali juga kalau hendak bergerak ke mana-mana.

Hari ni kami ke MONAS. It is short for MOnumen NASional. Remember what I wrote back in 2007 about these Indonesians? They simply love to shorten some-long-words to come up with new words. Much easier to say I guess. So, MONAS. Apa yang ada di sini? Satu kawasan yang sangat lapang dan ditengah-tengahnya berdiri satu menara yang cukup tinggi dengan megahnya. Aku pernah ke sini dulu pada tahun 2005. Tapi sekadar tengok dari luar pagar saja. Masa tak mengizinkan ketika itu. Kali ni, bolehlah aku ronda puas-puas.

MONAS ni dah ada sejak pemerintahan Presiden Sukarno lagi. Apa yang uniknya, the tip of the monument is all GOLD. Yeah, gambar yang aku ambik ni takde lah nampak ke'gold'annya. Sila google untuk gambar yang lebih jelas. :p


MONAS

Tuesday, September 21, 2010

Enchek Biskut

Have I told you that I have a new love interest? Kekekeke.. Well, here goes.

Namanya panjang. Saya panggil dia Enchek Biskut je. Kenapa Biskut? Sebab dia comel macam Biskut. Hehehe.. Kami baru sebulan berkenalan. Dia suka sangat bercakap. Pagi petang siang malam asyik bercakap. Tiap-tiap pagi dia rajin kejutkan saya bangun Subuh. Selagi tak bangun, dia akan membebel tanpa henti. Dah namanya suka bercakap kan. Ceria jugak lah hidup saya setelah Enchek S (bukan nama sebenar) pergi meninggalkan saya.



Sempena Hari Raya baru ni saya bawa Enchek Biskut balik ke kampung berjumpa dengan ibu bapa saya. Ibu jeling saja. Berapa kau habis untuk jantan ni?? Tanya ibu. Bapa pula buat donno. Mungkin sebab Enchek Biskut ni tak memenuhi standard dia. AHH!! Bukan mereka yang berchenta dengan Enchek Biskut. TAPI SAYA!!! Biarlah saya melayari hari-hari bahagia bersama Enchek Biskut!! Tapi tidak pula dengan adik saya yang bongsu itu. Berkedip-kedip matanya bila menatap wajah Enchek Biskut. Nampaknya, saya ada saingan. Saya harus berhati-hati agar Enchek Biskut tidak terpaut hati dengan adik saya itu.

Disebabkan dengan kesibukan menjelang raya, hubungan saya dengan Enchek Biskut menjadi renggang. Saya jarang menghabiskan masa dengan Enchek Biskut. Dengan erti kata lain, saya telah mengabaikan Enchek Biskut. No more full attention. Tak kusangka, Enchek Biskut berkecil hati. Sehari sebelum 1 Syawal, Enchek Biskut mendiamkan diri. Tidak lagi kedengaran suaranya. Tidak lagi ceria seperti sebelumnya. Seriously, what's wrong with you baby? Dipujuk-dipujuk, tidak juga dia mengeluarkan suara. Sedih saya dibuatnya.

Saya bawa dia ke klinik. Doktor tak tau dia sakit apa. Sengal punya doktor. Buat checkup ke atas Enchek Biskut sambil makan nasi bungkus. Mana nak detect Enchek Biskut sakit apa?? Tak beretika langsung. Tak apalah. Nanti kita balik KK kita pergi hospital pakar ye Enchek Biskut..

Sekembalinya saya ke KK, saya membawa Enchek Biskut ke hospital. Atas nasihat doktor di situ, Enchek Biskut harus menjalani pembedahan. Saya tinggalkan Enchek Biskut di hospital dengan berat hati. Tak apalah kita berpisah buat sementara. Asalkan penyakit Enchek Biskut sembuh.

Hari ini, doktor itu memberi berita gembira buat saya. Enchek Biskut sudah selamat menjalani pembedahan. Sudah sembuh 100%! Syukur Alhamdulillah. Seronok saya dibuatnya. Saya akan menjemput dia pulang selepas waktu kerja nanti. Just wait for me darling ya. Kita akan bahagia bersama-sama. I Love You..



Tapi..


Semasa kamu sakit, saya telah berlaku curang. Di Johor saya telah menggedik dengan Enchek N. Sepanjang kamu di hospital, saya telah bergantung harap pada Enchek S yang pergi meninggalkan saya itu. Sementara masih raya ni mintak maaf zahir batin je lah ye. Siapa suruh kau ngada-ngada jatuh sakit. Hahahaha..

Monday, September 20, 2010

Cak!!

Singgah menyonteng sekejap. Dah masuk kerja balik ni. Raya tahun ni pun gitu-gitu je. Got a lot to update but too little time to merepek buat karangan. Nanti masuk balik sini. Hehehe..

p/s Pada yang dok kenen resipi sambal goreng tu, tak tau ler nak tulis apa. Sebab main campak je segala bahan-bahan. Hehehe.. Nanti laa ek. Cipta resipi yang semenggah sikit. :p

Saturday, August 21, 2010

Cerita Petang Jumaat

6.25 petang. Mak call. Dah berbuka ke? Tanyanya. Aku jawab 6.30 nanti. Mak tanya buka apa. Aku jawab buka nasi je. Masak sambal goreng. Mak tanya lagi. Makan sorang ke? Aku jawab dengan housemate. Mak tanya lagi. Kau masak tu makan sorang-sorang ke? Aku jawab ye lah. Mak kata, lorrr hantar-hantar le ke adik kau sana.

Adeh..

Hari ni. Nah, satu kuali aku masak. Boleh buat stok seminggu. Hahahahaha.. Ye mak. Nanti aku hantar pi rumah dia..


Sambal Goreng namanya ni..

Sunday, August 15, 2010

Super Show is Back!!

Semalam, 14 Ogos 2010, bermulalah Super Junior Super Show 3 di Seoul. Meriah, meriah. Lebih kurang 7 bulan dari sekarang, giliran Stadium Putra Bukit Jalil pula. Harus Malaysia masuk dalam senarai Asian Tour. Mana taknya, Super Show 2 in Malaysia pada 20 Mac yang lepas tersangat-sangatlah gempak. Kali ni, aku mesti pergi lagi. Siapa nak ikut? Silalah kumpul duit dari sekarang.. ^^


Super Show 3 Asian Tour credit to Shindong's Twitter 

Sementara menunggu 26 Mac 2011, meh kita layan balik Super Show 2 in Malaysia sampai pitam! Hahaha..



















Disebabkan kekangan memory card dan bateri, ini sajalah yang berjaya dicekup. Boleh lah kan. Asal ada..

Saturday, August 14, 2010

03-78491300

Another SCAM. Sama macam this scam. Nombor pun lebih kurang sama je. Satu company lah kot ni.

Friday, August 6, 2010

03-78491000

Kalau nombor ni naik, terpapar kat screen handphone anda, JANGAN ANGKAT! It's a scam. Tadi nombor ni keluar. Sempat aku google nombor ni time handphone masih berdering. Belum sempat habis berdering aku dah dapat info yang it's a scam. Selamat dah aku buat bodoh tak angkat.

Kalau tak percaya sila google je nombor ni...

Seoul, Naega Ganda!!

Orang yang suka jalan-jalan macam aku ni, boleh dikatakan terkena penyakit jiwa kacau bila tengok promotion Air Asia yang berlangsung sekarang ni. SANGAT-SANGAT TEMPTING hokkayy!!



Tengok tu. Baru 6 Ogos. Dah SOLD OUT. Siapa ada beli sila angkat tangan! Excited kan?? Ada orang tu beli sampai dua tiket sekali. Lain-lain tarikh pulak tu. Tamak betul dia. Hahahaha..