Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Friday, December 26, 2014

Makan dan Makan

Kalau aku balik JB, apa yang aku buat? Yes, makan! Kali ni aku balik JB, aku makan..

Lontong Kering Pak Mansor..
Mi Rebus Hj Wahid..

Ya Allah, makin gemuk lah aku dibuatnya. Balik hujung minggu pun boleh naik 3kg. Adoiyaii.. Next time balik, kena kaw-kaw diet dulu. Takde lah rasa stress sangat. Haha..

Monday, December 22, 2014

Dome Cafe 1Borneo, Kota Kinabalu

Update as of Dec 2015: Dah tutup! Apa lah, banyak betul restoran kat KK ni tutup. Huhu..

So, there's a Dome Cafe in KK! Excited gittew, walaupun tak pernah pun jejakkan kaki ke dalam Dome ni. Haha.. Ni first time lah nak masuk ni. Kebetulan ada officemate nak belanja makan, kita belasah je lah. Rezeki jangan ditolak, ye dok? 

Tepek je lah makanan yang kami bantai. Tapi ni sebahagian je. Mana yang sempat ambik gambar.

Gourmet Beef Pie
Fisherman's Platter

Grilled Beef Steak

Alahhh lupa namanya apa ni..

Walaupun service agak lambat, maybe sebab lunch hour kan, sedap jugak lah makanannya pada aku. Boleh datang lagi ke sini. :D

Saturday, December 20, 2014

SK10D9N ~ Day 7: Wonderful Jeju Part IV: Songaksan, Yongmeori Coast & Andeok Valley

Thursday, 30th October 2014

Hari Isnin, kita dah ke bahagian barat Jeju, hari Selasa pulak ke bahagian timur. Semalam kita ke tengah-tengah pulau Jeju menjejak Halla-san. Hari ni, kita ke bahagian selatan lah pulak ye. Dalam banyak-banyak bahagian pulau Jeju ni, aku rasa kat bahagian selatan ni lah paling banyak tempat yang boleh kita skodeng. Sangat banyak sampaikan kami berjaya singgah 12 tempat dalam tempoh 12 jam. Punya lah gila merempit. 

Disebabkan banyak nau tempat yang disinggah, entries on day 4 kat Jeju ni akan dipecah tiga. Entry yang ini kita cerita tentang tiga lokasi pertama yang kami terjah. The next entry, the next three locations. Hat tu, korang tunggu je lah bila mood aku nak menulis datang kembali. Hehe..

Our first stop today ialah Songaksan. Sebenarnya tak ada apa sangat pun kat Songaksan ni, melainkan lokasinya yang sebunjut kat hujung pulau Jeju ni. Jalan-jalan sini pun sebab nak tengok scenery je. 

Peta Songaksan..

Sunday, December 14, 2014

Berperang Dengan Cik Ti

Dah berapa minggu ni Cik Ti mengganas di rumah. Mula-mula tu ok je. Tapi bila dia tunjukkan muka tu, mula lah kami melompat keriangan melarikan diri. Sampai ke satu tahap, spray ridsect menjadi senjata melawan Cik Ti ni. Pandai sangat lah kan aku ni, Cik Ti tu tikus bukannya nyamuk. 

Agaknya marah betul dia bila kena sembur ridsect, terus dia mengamuk. Menangis tengok tutup tupperware dikerjakan Cik Ti ni. Huhuhu..

Demnn..
Penutup tong beras.. 

Dah beli perangkap pun, tak nak masuk. Terlampau educated Cik Ti seekor ni. Dah dua tiga hari tak dapat makanan, baru lah dia memasukkan diri dalam perangkap. Besar ya ampun!

Huhuhu..

Now, macam mana nak buang ni? Eii geli betul..

Saturday, December 13, 2014

Ada Apa Dengan Cappadocia?

Dua orang dara pingitan pergi ke panggung wayang untuk menonton cerita ni dengan tajuan yang berbeza-beza. Yang seorang nak tengok scenery di Cappadocia dan yang seorang lagi nak tengok Faizal Hussein. 

Manis kunun..

Hasilnya? Dua-dua frust menonggeng. Faizal Hussein tak banyak enterframe dan scene kat Cappadocia ya ampun ciputnya, banyak scene kedai karpet je. Terus down. Hahaha..

Wednesday, December 10, 2014

SK10D9N ~ Day 6: Wonderful Jeju Part III: Halla-san via Yeongsil Trail

Wednesday, 29th October 2014

Hari ketiga di Jeju, dan hari ni kami nak naik Halla-san yay! Memang tinggi betul cita-cita aku nak naik gunung ni. Tak padan dengan sakit lutut, sakit pinggang bagai. Orang lain nak naik, takkan aku nak kena tinggal kat belakang kan. Yang penting kita enjoy-enjoy dulu, sakit ke, tergolek ke, apa ke kita pikir kemudian. Hehe.. 

Kami keluar selepas simple breakfast, roti bakar, scrambled eggs dan sambal ikan bilis. Roti dan telur, hostel ada sediakan. Boleh lah bersilat kat dapur tu nak buat apa-apa dan sila lah makan mengikut kesesuaian. Nak naik gunung ni kena lah makan banyak buat bekal tenaga. Kang terkelepet lah pulak tengah jalan. 

Jom!!

Saturday, December 6, 2014

SK10D9N ~ Day 5: Wonderful Jeju Part II: Seongsan Ilchulbong, Seopjikoji, Maze Land, Manjanggul Lava Tube, Smart Grid Jeju, Gimnyeong Beach

Tuesday, 28th October 2014

Aktiviti pertama kami pada hari ni ialah pergi melihat sunrise di Seongsan Ilchulbong. Jarak dari hostel ke Seongsan Ilchulbong ni lebih kurang 45km. Makanya, seawal pukul 4 pagi kami dah bangun, mandi dan bersiap-siap untuk keluar. Pagi-pagi macam ni, breakfast belum ada disediakan lagi oleh pihak hostel. Takut kebuluran kat tengah jalan, kami pun bawaklah bekal. Nasi segera yang dibeli malam tadi kami letak air sikit dan panaskan dalam microwave. Lauknya pulak, lauk segera dari Brahim's. Kari ayam dan sambal ikan bilis. Tidak dilupa, serunding daging dan juga kimchi. Fuh, dah mewah sangat dah macam ni. :D 

Kami keluar lebih kurang pukul 5 pagi. Keadaan kat luar memang gelap gelita dan agak sunyi jugak lah. Nasib baik ada lampu jalan. Berbekalkan suara GPS unnie, kami pun memulakan perjalanan kami ke Seongsan Ilchulbong. Gitu gini, begitu begini, kami tiba di perkarangan Seongsan Ilchulbong lebih kurang pukul 5.30 pagi. Walaupun masih awal, boleh tahan dah ramai jugak orang yang datang. Semuanya bergerak menuju ke pintu masuk dan seterusnya menggagahkan lutut menaiki tangga yang disediakan untuk ke puncak.

Golap eh tapi ada cafe dah bukak..

Wednesday, December 3, 2014

Mi Kicap Korea

Kemain iklan kat TV tu, membuatkan aku nak try Maggi Royale terbaru perisa Korean Spicy Braised Beef. Packaging pun menarik gitu. Beli lah satu pack buat rasa-rasa. 

Source: Maggi website

Expectation dari packaging macam best je. Bila dah dimasak, ya ampun. Versi apa ni. Haha..

Lepas dimasak..

Buruk bebenor lah kan rupanya. Haha.. Rasa? Tak spicy sangat pun. Bagi aku rasa macam mi letak kicap je. Tapi boleh lah layan. Not memorable sangat lah. Hehe..

Aku nak tunggu Maggi Royale keluarkan Laksa Johor pulak. :P

Tuesday, December 2, 2014

English Tea House And Restaurant, Kota Kinabalu

*Updated on January 2016, restoran ni dah tutup! Apadaa.. Huhu..

Aku baru je tau tentang kewujudan restoran ni di Alamesra KK bila officemate ajak makan kat sini. Ingatkan ada kat Sandakan je, sebelah rumah scary Agnes Keith tu. Hehe..

English Tea House and Restaurant..

Friday, November 28, 2014

SK10D9N ~ Day 4: Wonderful Jeju Part I: Rent a Car in Jeju, Hallim Park, Hyeopjae Beach

Monday, 27th October 2014

Perkara yang paling dinanti-nantikan dalam trip ke Korea kali ini ialah jalan-jalan ke Jeju Island. Dan itulah yang kita nak buat for the next five days starting today. Ke Jeju kita hari ni yay! 

Untuk memaksimakan masa jalan-jalan di Jeju, kami ambil flight seawal pagi yang mungkin. Tapi idokler pagi betul. Kalau pagi betul, pukul 6 pagi dah terbang. Tu nak kena tidur airport macam tu. Trip santai ni, kami tak kuasa lah nak tidur airport. Oleh itu, kami ambil flight yang sesuai yang dapat kami kejar dari hostel ni. Flight pukul 8 pagi.

Dari hostel, kami naik airport bus je. Bus stop yang berdekatan nak ke airport ni letaknya di depan hotel Best Western Kukdo, Euljiro-4-ga. Nak kena jalan kaki lah jugak dalam 10 minit dari hostel ke bus stop ni. Bas pertama yang gerak dari bus stop ni ialah pada pukul 4.30 pagi. Kami ni jalan laju-laju pun tak sempat nak kejar. Sampai je bus stop, bas pun jalan. Terpaksalah tunggu the next bus pukul 4.50 pagi. 20 minit menunggu tu pun boleh rasa keras kejung. Sejuk pulak pagi-pagi ni. 

Bus Stop ke airport..

Tuesday, November 25, 2014

SK10D9N ~ Day 3: Hi Seoul Part II: MOM House, Namsan Park, Yang Good Restaurant, Rubber Duck Project, Mouse Rabbit Cafe, Dongdaemun Design Plaza

Sunday, 26th October 2014

Hari kedua di Seoul! Aktiviti hari ni pun banyak santai-santai dan lepak-lepak, menyambung balik aktiviti mengejar Autumn Foliage yang nan hado tu. Tapi santai-santai pun, banyak jugak tempat kami singgah. :P

Awal pagi ni kami breakfast di cafe dan guesthouse milik emak si Dugong Gemok @ Dumok. Datang awal pagi macam ni senang. Tak ada orang, dan tenang je kami nak lepak lama-lama. Ahli keluarga Dumok pun takde. Belum bangun kot dek busy main Starcraft malam tadi. Haha.. 

Mom House gitu. Rumah mak lah kan. Macam best je duduk rumah mak ni. Tapi aku tak teringin pun, sebab tak kena dengan duit yang ada kat dalam poket aku ni. Harga satu malam duduk rumah mak ni, boleh duduk enam malam kat Big Bang Hostel. Boleh demam tengok harga. Jadinya, kita datang melawat je lah ye. Tapi kalau betul-betul baca pasal Mom House ni, "Mom" tu bukannya emak, or mama or mami or umi or ibu, tapi sebenarnya singkatan daripada Music Of Mountain. Lorr.. Ala-ala The Sound Of Music lah pulekk khenn. 

Mom House..

Sunday, November 23, 2014

Konvokesyen UMS ke-16

Aktiviti setiap tahun. Orang lain konvo, orang lain yang excited..

Us..

Tiap-tiap tahun masuk dewan. Hopefully lepas ni bila masuk dewan, pakai jubah lain pulak. Harharhar..

Friday, November 21, 2014

Up One More Year!!

Hari ni tambah lagi setahun umurku. Ku singgah di office, tengok-tengok ada satu parcel menanti.

Jeng jeng jeng..
This is Love!!

Terkedu dan terharu bila bukak. Thanks Aleng and Asue for this birthday gift. Bawak jauh dari Seoul tu. ^______^

Sunday, November 16, 2014

SK10D9N ~ Day 2: Hi Seoul Part I: Ehwa Women's University, Gyeongbokgung, Wiki Cafe, Dongdaemun Design Plaza

Saturday, 25th October 2014

Kami tiba di terminal Seoul Station lebih kurang pukul 4.30 pagi. Masih lagi kemamaian masa turun train tu. Padahal nyenyak tidur sampai berdengkur-dengkur. Hehe.. Dah kat station ni, kami freshen up basuh muka gosok gigi bagai dan cari port solat Subuh. Selepas tu kami pun melangkah keluar untuk check in hostel.

Trip kali ni, kami stay di Big Bang Hostel, Euljiro-3-ga. Hostel ni, adik-beradik dengan Girls Generation Hostel. Sampai sana lebih kurang pukul 7 pagi. Nasib baik lah ahjumma dah bukak kaunter, dan nasib baik jugak lah bilik memang dah ready. Dapat lah kami check in, mandi-mandi dan rehat, dan buat apa-apa yang patut. Sambung tidur pun sempat. Hehe.. Topup energy sebab dah dua malam tak jumpa tilam. Lebih kurang pukul 11 pagi baru lah kami keluar.

Trip ke Seoul untuk dua hari ni agak santai. Tak ada nak ke mana sangat. Just nak jalan-jalan tengok Autumn Foliage kononnya. Tapi takde pun foliage nya. Awal sangat kami datang. Ada tu ada lah jugak tapi sikit sangat. Nak posing, main baling-balin, campak-campak daun kering memang tak dapek lah.

Dah lepas makan, kami decided untuk pergi ke Ehwa Women's University. Dulu dah pernah masuk dah university ni. Menarik jugak lah. Dengan old building, modern building, pokok-pokok pun banyak. Kot-kot lah kan ada pokok yang dah berdaun merah oren kan. Boleh lah posing-posing. Sayangnya kat Ehwa, beberapa pokok je yang daunnya dah mula bertukar warna. The rest masih kehijauan. Hampa lah jugak kan. Takpe lah. Jalan-jalan je kat dalam ni untuk sedapkan hati. 

Kawasan Ehwa Women's University.. 

Friday, November 14, 2014

SK10D9N ~ Day 1: Dynamic Busan Part I: Dongbaek Island, Busan Yacht Center, Busan Cinema Center

Bismillahirahmanirrahim.. Mukadimah kepada trip ni boleh baca kat sini. Mari kita start. ^___^ 


Friday, 24th October 2014

Kami selamat tiba di Gimhae International Airport lebih kurang pukul 9 pagi. Macam biasa lah kan, go through immigration, collect luggage, lambai uncle kastam, dan seterusnya keluar dari Arrival Hall. Ini kali kedua aku ke Busan. Makanya tidak lah tercangak-cangak fikir nak ke mana. Macam biasa jugak lah, kalau jalan-jalan ke Korea ni, perkara pertama yang dibuat sebelum meninggalkan airport ialah pergi topup kad T-Money.

Ramai kata tak boleh guna T-Money kat Busan. Mula-mula aku pun percaya jugak, sampai beli Cashbee Card takut tak laku T-Money yang ada. Tapi sebenarnya boleh je. Janji kad T-Money yang digunakan tu dibeli selepas tahun 2011. Baru lah stesen-stesen subway kat Busan ni kenal dengan T-Money kita tu. Itu pun dapat tau selepas ditarbiyah dengan staff subway di Gimhae tu. T-Money Mulan sokmo error takmo detect, sedangkan aku dan Sue lenggang kangkung lepas je. Bila disoal-siasat, T-Money tu Mulan beli pada tahun 2009. Nasib baik lah aku teringat nak bawak Cashbee Card, tak payah lah beli kad baru. Hehe.. 

Cashbee Card jadi penyelamat..

Wednesday, November 12, 2014

Pusan Inn Motel, Busan

Oklah, kali kedua datang Busan ni, aku dan kawan-kawan membuat keputusan untuk stay berdekatan dengan Busan Station. Kat tengah-tengah. Senang nak bergerak ke utara, selatan, timur dan barat sekiranya perlu. Dulu first time datang, aku stay di Haeundae. Jauh kemain. Penat duduk lama-lama dalam train nak ke sana sini.

Kami stay di Pusan Inn Motel. Tak sampai 5 minit pun jalan kaki dari stesen KTX Busan Station. Kalau dari subway Busan Station, jalan tak sampai 10 minit. Memang sangat lah strategik tempat ni. Harga pun boleh tahan murah! Satu bilik, sumbat tiga orang hanya berharga KRW50,000 je satu malam. Nak tidur je pun kan. 

Lokasi Pusan Inn Motel

Monday, November 10, 2014

Yeha Guesthouse (City Hall), Jeju Island

*Yeha Guesthouse (City Hall) telah ditukar nama ke Hostel Lyndon pada Jun 2015.

Semasa jalan-jalan 5 hari ke Jeju-do, kami memilih untuk bermalam di Yeha Guesthouse cawangan City Hall. Mula-mula nak booking di cawangan Terminal, tapi penuh lah pulak. Antara sebab pilih nak duduk kat Yeha ni adalah sebab review yang menarik dari guests yang pernah duduk kat sini. Harga pun boleh lah. Tak lah mahal, tak lah murah. It's Jeju-do. Tempat tourists. Mahal sekali pun, ambik lah jugak. Nak-nak dah malas nak pikir nak tidur kat mana. Lagi pulak, dapur hostel ni menyediakan kelengkapan memasak untuk Muslim guests. Jadi tak ada masalah lah untuk kami masak-masak di dapur. 

Pintu masuk depan nun.. Kaunter pendaftaran kat belah kiri tu..

Saturday, November 8, 2014

Big Bang Hostel, Seoul

Siapa yang biasa stay di Girls Generation Hostel, mesti tau tentang Big Bang Hostel ni. Owner kedua-dua hostel ni merupakan orang yang sama. Lokasinya pun sama jugak di dalam satu bangunan yang sama. Cumanya, GG Hostel terletak di Tingkat 3 dan BB Hostel pula di Tingkat 2. Dan, sama jugak konsepnya, hostel for females and Family. Jejanz tak boleh masuk ye. Melainkan korang dah kawen dan bawak anak bini sekali. Hehe.. Tapi entah macam mana diorang nak check aku pun tak tau. Kalau main tipu pun boleh agaknya. 

Aku ni dah biasa duduk kat GG, teringin pulak lah nak duduk kat BB. The thing is, BB ni agak baru. Makanya semua bilik, dapur, toilet dan sebagainya semuanya dalam keadaan baru. Masih bersinar-sinar gitu. Harga pulak mahal sedikit dari GG sebab kesemua bilik comes with toilet. Tak ada toilet asing-asing kat luar macam GG. Scary jugak tu sebenarnya toilet kat dalam ni. Sebab pintunya agak see-through. Haha.. 

Pintu masuk..

Thursday, November 6, 2014

Autumn......

Poyo pergi Korea sebab nak tengok Autumn, tapi salah timing pokok belum merah oren kuning coklat. Yang buat stress, kampus aku lagi cantik autumnnya. Cisss..

Baru nak memerah..

Tuesday, November 4, 2014

Busan-Seoul-Jeju 10D9N ~ Start!!

Yosh! Ke Korea ke kita? Ye lah. Korea lagi. Selagi tak habis pelusuk Korea tu aku jelajah, selagi tu takkan habis trip Korea aku ni. 

Dek kerana AA ada buat sales, aku dah beli siap-siap tiket in advance. Balik je dari Busan last year terus beli tiket ni. Memang sewel tak terkata lah. Untuk trip kali ni, ahli rombongannya terdiri daripada aku sendiri, mek Mulan geng KPop, Sue kawan Mulan dan makcik kepada Mulan. Berempat lah ni kononnya. Dah tu plan nak merewang ke Jeju je. Poyo tau. Beli tiket flight ke Busan sebab dekat dengan Jeju. Padahal, dari Seoul lebih kurang sama je. Sebenarnya alasan yang paling tepat ialah takmo singgah Seoul. Nanti melagha melebih dok kejar artis, trip ke Jeju entah ke mana. Kononnya lah kan. So beli lah tiket yang diidamkan tu. Harga pun dalam RM400++ je return. 

Yang dipersetujui..

Wednesday, October 22, 2014

Edisi Muntah Hijau: KOREA LAGI!!

Lalalalala... Edisi ke-9 noks jalan-jalan ke Korea! Mabuk lah. Asyik pergi Korea je kan. Macam tak ada tempat lain nak pergi. Tahun ni je tiga kali aku pergi Korea. Tahun depan kena stop! Kalau ku kumpul semua belanja-belanja for these 9 trips boleh pergi Europe 2 bulan ni. Makanya, jangan lah ada siapa-siapa dok gebang-gebang ajak aku pergi Korea ye. Hehe..

Somewhere in Seoul

Pengembaraan selama 10 hari 9 malam, 24 Oktober sehingga 2 November 2015. Tunggu...... 


Tuesday, October 21, 2014

Seminar ICT Sabah, Kota Kinabalu

Last minute! Suka nau last minute buat kerja kan. Last minute dicadangkan untuk jadi speaker dan last minute jugak aku buat preparation. Memang bertuah sungguh orang yang mengorganize ni. Redha je lah. Biasalah, ikan bilis kan. Terpaksa lah ikut saja perintah ikan jaws. 

Seminar ICT Sabah katanya. Aku ditugaskan untuk bagi talk tentang Tanggungjawab Pengguna ICT. Macam best je tajuk tu kan. Nak mencari material, nota bagai tu sangat lah senak. Last-last aku copy paste je dari Internet, cantum sana sini. Dah tu kemain aku temberang kat atas pentas. 

Dah seram sejuk menunggu.. 

Friday, October 17, 2014

Kerana Orked

Kalau tak kerana orkid, memang tak sampai aku ke sini. Aku saja memenuhi permintaan nenek saudara aku yang bertandang ke KK ni untuk pergi jalan-jalan cari orkid hutan. Peminat orkid lah katakan. Dia nak pergi terus ke kampung yang ada buat perusahaan tanam orked-orked ni.

Lokasi? Kg. Lobong-Lobong, Kota Belud. Poyo je aku kata, ok let's go. Tapi dah sampai Tuaran, baru tergerak nak tanya Kota Belud belah mana. Menghala ke Kudat ke, menghala ke Ranau? Aku ni ye yo ohhh je jalan straight ke utara. Sekali Kota Belud menghala ke Ranau. To be precised, dekat kawasan pekan Nabalu. Nasib baik belum jauh. 

Exact location memang tak tau kat mana. Siap tanya orang-orang tepi jalan lagi. Bila dah jumpa jalan tu, memang tak sangka lah jalan ke bawah ni ada kampung. Semakin lama semakin saspen, masuk jauh ke dalam. Dah tu, jalan bertar pun ilek. Gravel all the way. Menangis mak tengok condition Siwon mak yang tersrettt sana sini dek jalan tak rata. 

Tapi bila dah sampai tu agak speechless jugak lah. Sebab gila cantik kawasan ni! Air sungai dia. Ya Allah jernihnya. Nyaman tengok. Nanti baliknya, kita ambik gambar. Now cari dulu tuan kedai. Dah jumpa tu, memang sakan lah membelek. Orang yang minat je yang paham. Aku ni dok tepi je lah tengok diorang berurusan.

Banyak spesis tu..

Monday, October 13, 2014

Mango Garden Restaurant, Kota Kinabalu

Bila Airah kata nak makan kat Mango Garden Restaurant, aku terus termanggu. Lah, kat manalah pulak restoran ni. Tak pernah aku dengar. Betul ke kat KK? Airah beria-ia kata ye, kat KK siap masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan lagi. Haha.. Memang bengap aku ni tak tau kat mana. Setelah digoogle, baru lah tau lokasinya. Sebelah Rumah Terbalik kat Tamparuli tu! Chehh..

Mango Garden Restaurant..

Sunday, October 5, 2014

Kisah Aidiladha

Salam Aidiladha. Tahun ni beraya di KK je. Gigih tau buat soto. Untuk makan-makan dan munjung ke jiran-jiran dan family. 

Soto dalam bekas..

Thursday, October 2, 2014

Oh Tidak..........

Dah ngada-ngada terbeli lah pulak kan. Haha.. 


Nantikan lah pengembaraannya. Pengembaraan lah konon. Ni trip orang kaya ni! 

Monday, September 29, 2014

Meninjakan diri ke SS6 Seoul

Tunggu iklan jual tiket keluar, standby depan PC beli tiket, tiket sold out in less than 5 minutes tak dapat nak beli, tunggu dua tiga hari mana tau ada ticket available sebab time ni mana-mana buyer yang lambat buat payment ticket dia akan di let go tapi tak dapat jugak, try and try for 3 weeks, akhirnya ada luck dapat beli untuk first day, try lagi untuk hari lain, ada luck jugak dapat beli untuk third day, rasa cukup lah dua hari tu je, beli lah tiket flight, book hostel bagai, then terbang lah ke Seoul. 

Itu lah serba sedikit kronologinya. Haha.. So the tickets ni, kami minta GMarket poskan ke alamat guesthouse yang kami akan stay tu. Dah pesan siap-siap dengan owner guesthouse, kami ada beli tiket, dihantar ke alamat guesthouse, sila lah terima bagi pihak kami. Dia pun kata ok no problem. Hari check in, owner pun pass tiket tu pada kami. Senyum lebar tak hengat..

Mailed by GMarket..
Our tickets..

Album baru bebudak ni baru jugak lah keluar. So pergi mencari lah jugak kat kedai Ahjusshi kat Myeongdong Station sanun. Meriah weh Myeongdong, kiri kanan depan belakang kebanyakan kedai pasang Mamacita kuat-kuat. 

Promo..
Cak!!

Then the day of the concert itself. Total 3 hari, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tapi kami pergi dua je. Hari Jumaat dan hari Ahad. Hari Sabtu kita ronggeng-ronggeng tempat lain. Sebenarnya dah malas nak cari tiket hari Sabtu. Lagi pulak udah bankrappp..

Super Show kali ni diadakan di Jamsil Olympic Stadium. Venue lain kalau nak compare dengan venue-venue sebelum ni. Nasib baik dah pernah explore kawasan stadium ni. Stadiumnya pun dah pernah masuk bulan Januari yang lepas. Tengok Seoul Music Awards kekdahnya. Dah paham tentang layout stadium, makanya boleh bajet nak sampai pukul berapa, nak balik berlari kejar train pukul berapa. 

Gate masuk ke Jamsil Olympic Stadium..
Bukan stadium yang ini..
Banner..

So first things first, pergi kat kaunter ticket untuk dapatkan wristband. Beli ticket standing, duduk dalam pit, kena lah pakai wristband. Gigih sangat ler nak berdiri kan. Dah tu, jengah-jengan booth merchandize. Beli lightstick!

TShirt..
Gapo neh.. Poster kot..
Benda merepek-repek..

Dah tu duduk lepak-lepak kejap sebelum masuk dewan. First time standing, tak tau pulak nak masuk kena ikut giliran. Kebetulan kami sampai kat tempat beratur, giliran kami dah lepas. Sabar je lah tak boleh masuk. Kena tunggu semua orang dah masuk, baru kami masuk. Ciss.. Kalau tau, kami dah beratur siap-siap. Susah lah nak dapat port baik macam ni. Haha.. Macam lah dapat cari port baik kalau dah ramai-ramai macam ni. 

Banner sempoi je..
Ready nak hayun!! Kipas dapat pree!!
Wristband Day 1..

Dah tu masuk ler, tak lama tu start lah konsert. Pengsan lah wei sebab pit agak besar tak ramai orang, makanya berlari aku ke sana ke sini. Haha gila bebenor. Mungkin hari Jumaat kan. Hari kerja dan hari sekolah. Ramai tak boleh datang. Tak pun sebab last minute jugak tiket hari Jumaat ni dijual. Ramai fans dari luar dah beli tiket flight siap2 untuk datang show hari Sabtu dan Ahad. Seronok lah jugak. Memang enjoy habis-habisan. Sampai tak kuasa nak ambik gambar, video bagai. 

Stage..
Extended Stage..
Layaaann..

Settled! Then hari Ahad datang balik. Hasil dari hayunan yang kuat Jumaat lepas, lightstick aku dah cacat. Boleh pulak terbelah dua. Terpaksa di ikat getah. Haha.. Hari Jumaat kita duduk di Floor B, kanan stadium. Hari Ahad ni, kita duduk di Floor A, kiri stadium. Hari ni kemain sesak. Sebab final day lah kan. 100th show pulak tu. So, tak dapat lah nak berlari sana sini. Duduk je lah setempat. Keras kejung sampai sakit-sakit kaki.

Stage..
Wristband pink and lightstick cacat.. 

Sekian saja laporan. Malas nak buat entry panjang lebar. Entry on SS5 Seoul dulu pun tergantung separuh jalan, lepas tu malas nak sambung, dah tu malas nak publish. Dah ler panjang lebor karangannya. Nanti-nanti lah kalau rajin aku publish.