Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Wednesday, December 30, 2009

Gaji 2010

Aku tengah kayap. Tu sebabnya aku gigih mencari jadual pembayaran gaji untuk tahun 2010. Boleh buat perancangan dari awal lah konon-kononnya. Hehehe.. Here goes..



Nampak gaya Mac dan Disember 2010, bakal sesakkk macam sekarang ni. Huhuhu.. Harus berjimat! Aja-aja Fighting!


*Edit*
Tahun Baru Cina 14 & 15 Feb. Typo pulekk dah..

Wednesday, December 16, 2009

Meroyan Di Bangkok - Day 6 (Final Day)

Wednesday, 8th April 2009

At last! Dah tiba hari penghabisan kami di Bangkok. Huhuhu.. Tak nak balik! Tak nak balik! Nak pergi jalan-jalan lagi! Floating market tak pergi lagi! Naik basikal belum lagi! Huhuhuhuhu.. Next time lah haa. Terjah Air Asia lagi ekk..

Hari terakhir. Nak pergi mana ye? Platinum lagi? Hahaha.. Wait and see lah. Kalau sempat, kami pergi lagi. Kuikuikui.. Flight balik JB pun pukul 5 lebih. Masih boleh nak pergi meroyan kalau nak. Pagi-pagi kami pergi bersarapan di bawah jambatan. Sadis betul bunyinya. Jambatan pun jambatan lah. Janji halal dan dapat melantak.



Basikal untuk pusing-pusing Bangkok. Free je. Tapi panas lah pulak nak naik basikal pusing-pusing Bangkok.

Tuesday, December 15, 2009

SS501 5 Men 5 Years DVD Set

Jalan-jalan masuk main office. Check pigeon hole, and..... Mata aku membulat. It's here! Yeayy!!


Gumbira bila nampak tube ni..

Tapi takkan tube tu je? Mana pakej lagi satu? Huhuhuh.. Saspen jadinya. Ada orang ambik ke? Tak sampai sekali ke? Sangkut kat mana-mana ke? Huwaaa...

Satu office aku pusing. And there it was. Di kaunter sana rupanya. Buat takut orang je. Hehehe..


The package!

Inside the package? Jeng.. jeng.. jeng..


TADAAAA!!! SS501 5 Men 5 Years DVD Set

Apa yang bestnya DVD set ni? Hurmmm..


See the word Kota Kinabalu? Yeszaaaaaa.. Ada Special Footage diorang di KK hari tu :-)

Meh kita tengok apa yang ada dalam DVD set ni..


CAK!! Bukak-bukak je nampak muka Ji Hoo sunbae. Hahaha..

It's the DVD...


Bahagian luar..


Bahagian dalam.. Ada 3 DVD semuanya..

Got Photobook some more..


The photobook.. Semuanya gambar-gambar di KK and KL. Special tu!


Antara gambar yang ada.. The guys lepaking in Gayana Resort..

Selamat dah aku membelek kesemua DVD. Teringat pulak aku pada hari aku mengskodeng mereka-mereka ni. :-P

Oh ya, apa yang ada dalam tube tu? Jeng.. jeng.. Udah ditepek di dinding.


Kat dinding dah..


Kasi close up lagi. Hehehehe..

Yessss... Yatt dah semakin sewel........ Oh, mind you. I got all these as gifts ok! Happy.. Happy!!

Sunday, December 13, 2009

MLTR In Action!

Pergi konsert Michael Learns To Rock malam tadi kat UMS ni. Huhuhu.. Memang best gilak! Malatop lah pakcik-pakcik dari Denmark ni. Walaupun dah tua, tetap maintain hensem. Suara pun tak berubah. Wuuuhuuuuuu...

Konsert mula around 8.30 gitu. Open dengan lagu Sleeping Child. Lepas tu entah lagu apa, aku lost track. Kira-kira dekat 20 lagu jugak kot diorang nyanyi. Ye lah. Dalam banyak-banyak tu aku check balik ada 14 lagu yang aku tau. Dan beberapa lagi yang aku tak tau. Tak ke banyak tu..


MLTR atas pentas..


vokalisnya nama Jascha Richter..

Tengah syok-syok tengok konsert, ada orang bagi salam. Mencelah kejap nak bagi flyer. Flyer apa? Ni flyer kat bawah ni. Terkedu aku..



Antara lagu yang berjaya di rakam. Teramatlaa bongeknya aku rakam, goyang sini sana. Bolehlah. Daripada tak ada langsung. Masih ada lagi yang belum di upload. Tunggu aaaahhh...

25 Minutes

Someday

The Actor

It's Gonna Make Sense

Breaking My Heart

Love Will Never Lie

Tak banyak lagu dapat aku rakam. Bateri kamera cepat mampus lah pulekk.. Dulu, tengok konsert Radja, memory card tak cukup besar. Ni memory card dah besor gabak, bateri pula cepat habis. Lepas ni kena beli bateri extra nampaknya.

Konsert ditutup dengan lagu That's Why You Go Away. Habis dah lepas tu. Overall, memang best. Puas hati aku nengok!

Thursday, December 10, 2009

Meroyan Di Bangkok - Day 5: National Museum, Chao Phraya River Cruise & Siam Centre

Fuh.. Berapa lama daaa aku tak update kisah perjalanan gamble kami ke Bangkok. Ada dua hari lagi to go ni. Aja-Aja!!

Tuesday, 7th April 2009

Hari ni free and easy. Tak ada plan bombastik nak berjalan ke mana. Kami decide nak pusing-pusing Bangkok saja. First stop kami ke National Museum. Tak jauh pun dari Khaosan Road. Jalan kaki pun boleh.

Mesti korang kata, boringnya jalan dengan Yatt. Masuk muzium lah, pergi tempat bersejarah lah. Ahh, pedulik! Janji aku suka. Bukan senang nak mendekati sejarah dan budaya sesuatu masyarakat melainkan kita sendiri pergi tengok dengan mata kepala kita sendiri. Muzium ni penuh dengan sejarah Thailand. Kisah raja-rajanya, kisah keagungan kerajaan zaman-zaman dulu, kisah macam mana Siam ni boleh lut dari perang dunia kedua. Macam-macam lah. Dapat aku refresh balik ingatan aku pada apa yang aku dah belajar zaman muda remaja dulu.


depan National Museum..

Wednesday, December 9, 2009

Ehem...

Look what I've got....



Ngehngehngeh.......................

Monday, December 7, 2009

Jalan-jalan ke Kg Kebagu

Semalam aku, K Rafidah dan Daliela beradventure ke Kg Kebagu. Siapa yang pergi ke sana untuk kali pertama, tau lah macam mana adventurenya perjalanan ke sana. Bukan suka-suka nak pergi ya. Kami memenuhi undangan perkahwinan the most eligible bachelor of SKTM. Huahauahaahuaa.. Sorry lah ye Razak, kalau aku disuruh pergi lagi, serious aku tak nak!!

Kg Kebagu ni bukan lah jauh mana. Belakang UMS je. Tapi nak sampai ke sana tu, mau separuh nyawa juga aku mengawal kereta. Dari jalan besar, aku kira-kira almost 45 minit juga lah masuk ke dalam. Apa yang menyebabkan perjalanan tu jauh adalah kerana keadaan jalannya yang kureng memuaskan. Gravel all the way. Nak mengelak lubang besar-besar lagi. Naik bukit turun bukit. Masuk hutan, keluar hutan. Memang maintain gear 2 je aku sepanjang jalan. Tension betul aku. Skirt baby aku memang confirm rabak dah. Srettt.. srettt.. sretttttttttt... je kerjanya. ARGHHHH!!!! Sedih mommy. Huhuhuhu.. Kereta lain relaks je, laju je. Mana taknya, semuanya 4WD. Aku je pakai kereta cantik. Hahaha.. Cantik sangat lah kereta aku ni.

Dalam perjalanan ke Kg Kebagu, kami berselisih dengan our pendaftar kanan. Sengih je dia. Ye lah, dia pakai hilux. Aku pakai Myvi je. Mana tak sengih. Then, selepas mengharungi beberapa cabaran, aku nampak Civic kelabu plat V dari jauh. Hahahahaa... Our dekan! Humang aih. Dekan bawah kereta cunggg woo!! Bila berselisih, aku turunkan tingkap. Serious, bengkek je muka dekan. Hahahahahahaa.. "JAUHHH!!! Entah la kamu boleh sampai ke tidak!!", katanya. GULPP!! Sabor je lah makcik! Then berselisih pula dengan our TNCA. Dia pun sengih kat aku sebab dia naik pajero. Miahahaha.. Memang harus sabor je lah aku ni!

Tapi, bila sampai ke penghujung, aku jadi speechless. What a nice environment. Tepi laut lagi. Wuhuuu.. Best, best. Rasa hilang sekejap tension sepanjang perjalanan tadi. Dalam usaha memarking kereta, one of our colleague baru je nak bergerak balik. Dari jauh kami dah nampak dia ketawa melekek-lekek. Hahahahahaa.. Tak lain tak bukan, mesti ketawa sebab terkenang dan terbayang-bayang the adventorous ride untuk sampai ke sini. Sabor lagi lah makcik!

Sampai-sampai je rumah pengantin, kami terus makan. Makan tak pandang kiri kanan. Lapar sangat dah tu sebab dok bergoncang je dalam kereta. Kekeke.. Tak lama selepas makan, pengantin lelaki pun sampai. Bergambor jugek lah kami.


Ambil berkat bergambor dengan pengantin..

Kami tak tunggu lama. Dah pukul 3 lebih dah. Dengan skill yang ada pada aku ni, entah pukul berapa kami boleh sampai ke jalan besar. Hahaha.. Kalau ikutkan nak juga aku tengok adat perkahwinan Bajau macam mana. Tapi disebabkan kekangan masa, aku lupakan saja. Next time lah ye.


On the way balik. Nampak dah 1Borneo dari jauh. Cepatlah sampai! Cepatlah sampai!!

To Razak & Newati, Selamat Pengantin Baru! Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah, Aminn!!

Sunday, December 6, 2009

CISCO Networking Academy Annual Conference 2009

Dah basi dah sebenarnya cerita ni. Tapi aku nak tepek jugak kat sini. Alkisahnya, sehari selepas aku attend Infosys SPoC Meeting, aku ke Port Dickson pula. Disebabkan bos tak bagi banyak bajet, aku naik komuter je dari KL ke Seremban. From Seremban aku naik teksi ke Port Dickson.

Ini kali pertama aku attend CISCO Conference. Selama ni aku dengar je. Tak pernah ambil tau pun. Kali ni rasa gatal pula nak involve. Kekekekekekee.. Alasan je tu. Aku ni kan suka jalan-jalan buang karan. Ambil kesempatan lah ni! Kuikuikui.. Eh.. Tak lah. Memang aku teringin nak join benda alah CISCO ni. To enhance my knowledge lah konon-kononnya. Bukan aku sorang je yang pergi ni. K Sha, Roslan dan Daliela pun ada sekali. Mereka datang direct dari KK. Kiranya, pandai-pandai lah aku jumpa diorang di Port Dickson.

The conference consists of several sessions by several people. Macam-macam info lah yang aku dapat. Tapi aku jadik blur yang amat. Aku admit, aku agak bongok dalam hal-hal networking ni. Aku pun tak tahu kenapa aku bongok sedangkan aku major in networking zaman study dulu. Not pure networking lah. It is Sistem Komputer dan Komunikasi. But still, subjek-subjek networking masuk dalam major itu hokkay!! Harus kena tembak dengan senapang gajah aku ni.

Bila disuruh pakai packet tracer, aku jadi lost. Tension gila. Manalah aku pandai tracer-tracer ni. Tak pernah guna pun. Dah, semua aktiviti yang melibatkan packet tracer aku tak dapat nak ikut. Duduk diam-diam je lah, nak buat macam mana lagi. Memang padan muka aku. Di suruh join training, aku jalan-jalan pergi Bangkok. Huahuahua..


Dinner malam tu..

Overall, aku rasa boleh lah.. Berbekalkan ilmu cetek yang ada, aku boleh katakan aku berjaya mengharungi conference ni. Hehehehe.. Dapat juga aku jumpa orang-orang baru. Tak lupa juga orang-orang lama macam my dear old pensyarahss yang terchenta, En Syed Othmawi, Dr Asri Ngadi. Abang lab Azlan pun ada juga. Macam reunion jejak kasih dah jadiknya.


Dengan Presiden Academy..

After the conference ended, we went straight back to KL. Masing-masing bawa haluan sendiri. K Sha pergi rumah adik dia, Daliela pergi rumah sepupu, aku lepak rumah mek yati kat Bangi, Roslan? Entah lah dia. Berkampung di Low Yatt rasanya. Hehehe..

Tamat sudah aktiviti ke-dua aku sepanjang minggu di semenanjung ni. Next aktiviti dalam next entry ya.....

Tuesday, December 1, 2009

It's Back!

1 Disember datang lagi. Genaplah sudah 4 tahun aku kat sini. Macam-macam dah aku tempuh. Kebanyakannya yang sengal-sengal lah. Tapi masih belum cukup lagi pengalaman tu. Kena banyak menyengal lagi, kena banyak pegi jalan-jalan backpacking lagi (hekhekhek..), kena banyak cari pasal dengan orang lagi etc. etc. etc... Hahaha..

Tapi 4 tahun aku rasakan macam dah terlalu lama. I really, really need to find new cheese.........

Monday, November 23, 2009

Kemut Punya Pasal

Kalau korang pergi isi petrol, korang pilih petrol apa ye? RON95 ke RON97? Kalau aku, confirm lah RON95 sebab aku ni kedekut. Hahahaha..

Alkisahnya, tangki baby ku menjerit untuk diisi. Pergilah aku mencari stesen Shell yang terdekat. Walaupun dalam perjalanan aku jumpa stesen Petronas dulu, aku kerek tak mo masuk. Nak jugak cari Shell. Apa yang best Shell ni pun aku tak tau.

Bila dah sampai, aku cari pam yang strategik. Selamat dah aku parking, baru aku nampak pam tu cuma ada RON97. Huh! Mana boleh ini macam! Aku pun kerek lagi sekali, alihkan kereta pergi ke pam sebelah yang aku confirm ada RON95. Dalam proses pengalihan, tiba-tiba... KEBABBOOOMMM!!! Tayar belakang kereta aku meletup akibat bergesel dengan platform pam tu. Ok. Aku exaggerate je lebih tu. Padahal bunyinya ala-ala kabuuusssshhh je. Hahahaha.. HUH? Meletup? Memang hampeh. Rupanya tiles pada platform tu dah pecah-pecah. Tergesel sikit pun dah boleh merobek tayar. Huhuhu..

Kesimpulannya. Aku terpaksa spend RM160 for the tyre semata-mata nak berjimat seringgit dua. Padan muka! Sila lah kerek lagi....

Sunday, November 22, 2009

Awas!!

Ini bukan cerita dongeng. Bukan juga cobaan. Ini betul-betul kejadian. Dan harap-harap semua kat luar sana especially ladies berhati-hati lah ye!

Kisahnya begini. One fine Friday afternoon dengan angin sepoi-sepoi bahasa, cuaca pun ala-ala mendung, makcik aku @ isteri kepada pakcik aku di culik. Sounds absurd kan? Makcik aku yang umur dah 40++ kena culik? Hahahahaa.. Lawak.. Lawak!! Tapi mind you, ini bukan lawak. Ini memang betul-betul terjadi.

She went for a stroll with her sister. Jalan-jalan di area Kg Likas sana. Her sister was driving lah. My aunt duduk di passanger seat di sebelah tu. Then the sister berhenti sekejap di tepi jalan berdekatan dengan satu kedai ni nak beli barang. She left the engine running coz makcik aku malas nak keluar and duduk diam-diam dalam kereta tu. In split seconds, ada sorang jantan haprak-dan-tak-guna-kecik-kecik-tak-nak-mampus-dah-besar-menyusahkan-orang menyerbu masuk ke tempat driver dan drove off with my aunt still sitting inside the car.

The sister was freaking out crazily. Menjerit-jerit sudah. Dalam sekelip mata saja benda ni berlaku. Jadi tak dapat nak buat apa-apa. Memang panik. Meanwhile, dalam kereta, makcik aku pun panik habis. Dia nak melawan takut orang tu apa-apakan dia. So dia diam saja. When the time is right, bila ada rasa berani, she opened the door and terjun tiruk keluar dari the moving car. Fuiyooo.. Saspek, ehh respek gila laa aku kat makcik aku tu. Luckily tak ada apa-apa. Kereta yang lalu lalang ingat dia kena langgar and berhenti di tepi jalan untuk tolong.

So the thing is, orang-orang yang curi kereta @ culik orang dan kereta ni work in a team. Saksi yang nampak kejadian ni bagitau, masa adik makcik aku parking di tepi tu, ada kereta lain yang follow dari belakang. Full of jejanz-jejanz tak guna ni lah. Seorang daripadanya keluar, konon-konon nak pergi kedai juga. Tapi instead of pergi kedai, dia masuk ke dalam kereta makcik aku. Memang sialan tahap langit ketujuh.

Report has been made. Apa yang lebih menakutkan, exactly one hour sebelum kejadian tu, dah ada mangsa kena benda yang sama. She was kidnapped satu hal. Siap kena pukul lagi, then ditinggalkan kat tepi Shell di Likas tu. Memang scary. Dua kejadian berlaku di Likas within one hour. Exact location makcik aku kena kidnap is near kadai kaling di Kg Likas tu. Aku pun tak berapa familiar dengan Kg. Likas so tak pasti kedai India mana yang dimaksudkan tu.

So ladies, berhati-hati la ye. As soon as you masuk dalam kereta, terus lock pintu tu. Jangan tunggu lama-lama. Make sure jangan jalan sorang-sorang. Ini peringatan untuk aku juga yang suka merewang sorang-sorang...

Saturday, November 21, 2009

Special Delivery

20 November 2009........

Kak Ju suruh aku stand by kat rumah. Beria-ia dia. Katanya nak buat surprise. Tapi dah tak surprise sangat sebab dia suruh aku bagitau dia kalau aku ada kat rumah. Hahahaha.. Ye lah kan. Buatnya aku tak ada kat rumah, dia pulak yang tersurprise sendiri. Hehehe..

Aku pun tunggu lah special delivery dari Kak Ju. Sakan ni. Excited nak tau apa yang dihantar Kak Ju. Special lagi tu. Tak pernah-pernah orang buat special delivery untuk aku. Thanks ek Kak Ju. Aku tak kan lupa sampai bila-bila. :-)

Tunggu punya tunggu, delivery pun sampai. Dua orang lelaki naik motor. Hah? Kak Ju pos 2 orang mamat kat aku? Apa mamat ni nak buat? Nak menari depan aku ke? Stripping? Tett.. Tett.. Tettt... Muahahhaha.. Kejadah nak buat stripping depan rumah. Karang Raffie Janau nampak, karang budak-budak DataStruct aku nampak, naya je. Sekali, jeng.. jeng.. jeng.. Satu kotak kek dikeluarkan. Yey! Dapat kek aku malam ni. SQUEEEEAAALLLL!! Macam fangirl dah. Gyabooohhh~~


Special Delivery untuk aku dari Kak Ju, Kak Rien Kak Eid and Abe Khai (errr??).. hahahhaa...

Aku pun buka lah. And... Ja jaaaannnnn!!!


A special cake for me. Jangan ditanya kenapa diletak nama Blenkie di situ. Kekekeke..

Ye, malam tadi aku lone ranger di rumah. Quite sunyi lah. Macam boring gitu. Tak tau nak buat apa. Nak pergi berpoya-poya mencucuk bintang di langit takde pula kawan. Kalau tak, confirm dah dalam Norebang melalak-lalak tanpa arah tuju. Hahahaha.. Tengok muzik-muzik, sedap sangat agaknya si Tomok nyanyi terus aku pengsan tak ingat dunia. Muzik-muzik tengok aku. Bangun tidur, terus mengadap facebook. Akhirnya.. Ramai juga yang temankan aku yang ke'lone ranger'an ni, walaupun di alam siber.

Hari ni suppose to be hari melepak. But I have class lah pulekk. Datang lah aku ke kelas bersama-sama kek coklat ku itu. Tak ada orang nak dicelebratekan bersama-sama, aku celebrate lah dengan student. Masing-masing muka toya tak percaya birthday aku hari ni. Lantak lah labu. Janji korang semua makan kek ni bagi habis. Hehehehe..


A great portion dah selamat dibaham..

Di kala aku menconteng ni masing-masing tengah jawab mid-sem test. Hahaha.. Blame it on me yang pemalas ini. Next week dah nak final exam, hari ni baru terhegeh-hegeh nak buat mid-sem. Tak pe lah kan. Janji buat.


Cik Sengal kenyang perut, suka hati..

Berkampung lah aku di kelas satu hari ni sampai pukul 6 petang. Huwaaaa.. Macam ni ke sambut birthday? Huwaaaaaa!!! Tapi bila pikir-pikir balik, sejam aku lepak sini dapat RM100, dengan rela dan sukanya aku lupakan huwaaaaa ku tu. HAHAHAHAHAAA!!!

Tuesday, November 17, 2009

First Time

Di saat aku merepek ni, aku berada di Labuan. Lebih tepat lagi, tengah tergolek-golek dalam surau airport Labuan sambil main internet. Nasib baik aku bawa mambang kunen ku bersama-sama. Kalau tak, mati kutu lah aku kat sini. Flight balik ke KK jam 8.20 malam nanti. Tapi dek kerana.. Kerana apa ye? Mungkin kerana ini Labuan, jam 2.30 petang aku dah tercongok di sini. Way to go Yatt! Anda telah berjaya melepak di sini selama 2 jam! Another 3 hours to kill. Die! Die! Die!

Ini kali berapa ek aku ke Labuan? Mungkin kali ke empat lah kot. Sebelum-sebelum ni aku datang untuk berjoli katak. Kali ni aku datang untuk meeting. Sebelum-sebelum ni aku datang naik feri. Hari ni aku datang naik flight. Naik flight bukan sebarang flight. Ini flight MASWings punya. First time. Rasa jakun pun ada. Seram pun ada. Port aku? Macam biasalah, seat sebelah kepak kapal terbang. Bak kata orang Korea, Choeum Bootuh Jigeumggaji (dari dulu hingga kini) aku dan kepak kapal terbang memang tak dapat dipisahkan. Bila agaknya aku nak merasa duduk kat seat lain. Ni balik-balik nampak kepak. Tapi, kali ni lagi best. Nampak kipas enjin berputar-putar lagi. Haru biru aku dibuatnya.


duduk tepi enjin punya pasal..

Apa yang buat aku tersengih-sengih macam kambing adalah bila mendengar ceramah keselamatan. Jangan main-main, pakai DVD player nokss MASWings ni. Dan arahan-arahan tu aku dengar teramatlah sengal. "Kami tahu anda saaaaayangkan telefon bimbit anda, tetapi anda haruslah memadamkannya sepanjang perjalanan". "Jika isyarat kecemasan dinyalakan anda harus meninggalkan kesemua barangan anda, tanggalkan kasut tumit tinggi anda walaupun kami tahu ianya mahal..". Hahahahahaa.. WTH??


pramugari yang buat announcement sengal tu.. Aigoo!!

Disebabkan cuaca buruk (blame it on the weather!), beberapa kali juga jantungku rasa nak tercabut. Sengal satu badan. Rasa macam tak sabar-sabar nak landing. Kalau ada disediakan parachute maunya aku dah terjun tiruk keluar dari kapal terbang tu. Syukur Alhamdulillah cuma 30 minit saja perjalanan dari KK ke Labuan. Kalau tak, harus aku pengsan, sedar balik, pengsan, sedar balik, pengsan, sedar balik sampai lah tiba ke destinasi.

Motif aku ke Labuan adalah untuk membincangkan Program Infosys Campus Connect untuk batch yang ke-empat. Dua lokasi menjadi pilihan untuk program ni. Sama ada di UNIMAS ataupun di UMSKAL. Ahli rombongan Cik Kiah telah pun melawat UNIMAS dan melihat kemudahan-kemudahan yang disediakan. Hari ni rombongan Cik Kiah melawat UMSKAL pula. Aku ni datang untuk enterframe je. Aku kan gila glamer. Hahaha.. Disebabkan perasaan gila glamer ini lah aku telah dilantik menjadi SPoC Infosys untuk UMS. Nak tak nak kenalah datang kan?


dari tingkat 13..

Kemudahan yang ditinjau adalah lab, hostel dan kemudahan-kemudahan lain. Very the details tau. Comparison harus dibuat antara UNIMAS dengan UMSKAL. Senang lah nak buat keputusan untuk jalankan program di mana. Well, keputusan sudah pun dibuat ketika dalam meeting tadi. Kat mana nak buat? Biarlah rahsia! Hahahaha... Tunggu dan lihat sajalah. :p


Instant Pic! Rombongan Cik Kiah ke UMSKAL.
From left to right:- En Azmar (MDeC), Prof. Dr. Khairuddin (VC UNIMAS), PM Khalil (UiTM), En. Abdul Hadi (KPT), Dr Awang Asri (UMSKAL), En. Imran (MDeC), PM Norhaziah (UTEM), Prof. Dr. Shahrin (UTEM), Prof. Dr. Narayanan (UNIMAS), En. Awang Hafifudin (JPT) dan Cik Sengal yang gila glamer.. :p

Well, the time now is 5.21pm. Almost three hours juga aku bertapa di sini. Sedap pulak guling-guling sorang-sorang dalam surau ni. Rasa nak tidur pun ada. Huhuhu.. Jam 8.00, cepatlah kau menjelma........


*edited: Dah 8.30pm ni. Masih stranded di airport. Flight delayed!! Huwaaaaa!!

Wednesday, November 11, 2009

Birthday Present Korokmu!

yeo jeon hi sa rang ha na bwa..
yeo jeon hi gi da ri na bwa..
meo ri reur sog yeo bo a do..
ga seum eun sog ir su neun eopt na bwa..

Handphone CikSengal bernyanyi-nyanyi. Tertera di skrin nombor dari KL. Malasnya CikSengal nak mengangkat. CikSengal tau. Kalau nombor dari KL ni tak lain tak bukan pasal credit card, pasal insurans. Kalau kawan-kawan CikSengal, takdenya nak call CikSengal pakai nombor landline macam ni. Harus pakai handphone! Tapi CikSengal angkat juga lah......

CikSengal: (dengan nada malas..) Hello..
Pemanggil: Hello. Ini CikSengal ke? (bukan.. ni CikSewel..)
CikSengal: (nada malas lagi..) Ye saya...
Pemanggil: Ye CikSengal, kami dari ***** ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi in advanced kepada CikSengal ya. (huh? macam mana dia tau birthday aku?) Sempena hari jadi CikSengal yang bakal tiba nanti, kami ada sediakan satu Birthday Present ya..
CikSengal: U-huhhh?? (terus tegak aku duduk.. dapat hadiah! dapat hadiah! bestnya!!)
Pemanggil: OK. Kami akan hadiahkan RM80,000 kepada CikSengal.. (WHATT??? Siapa suka-suka nak bagi aku duit ni? dug dag dug dag dah jantung ni) ........berupa insurans perlindungan selama 15 tah.........................
TUUUUUUUUUUTTTTTTTTTTTTTTTTT...
Err.. Korang paham-paham sendirik lah.


Birthday Present konon. HUH!!

Tuesday, November 10, 2009

The Time Traveler's Wife

Ditched work, watched the movie, friggin' loved it....



And what do you know? I contributed RM26.32 to POPULAR's piggie bank! Happy reading!

Thursday, November 5, 2009

A Reason to Smile on a Bad Day

Been searching for this one damn letter like a friggin' idiot. Got it in June. Now is November already lah makcik! Where in the world did you put it? Demm.. Demm.. Demmmitt.. Huh, motif aku speaking english?


Hasil pencarian..

Kesian bilik aku ni. Bilik ofis Wak Daut pun kalah. Hahaha.. Surat yang dicari tu surat LI Visit. Tercicir masa buat waran tiket hari tu. Dah jadi satu kerja. Satu office aku bongkar sebab aku dah misplaced surat tu. Nasib baik jumpa. Dek kerana sekeping surat, hidup aku jadi tunggang langgang. Operasi mengemas bilik pulak menanti. Marah ni. Marah. Huhuhu..

Then, masalah dengan kod kursus dan informal exam untuk exam PLUMS lah pulak. Huwaaa.. Harus aku kena C4 dengan BPA macam ni. Ke aku yang C4 BPA? Hahaha.. Nampaknya ada harapan aku letak jawatan macam ni. Tak mahu lah aku nak memburukkan lagi keadaan ye tak? Huh. Apa pun, aku tetap rasa marah. Marah lagi ni. MARAH!!

Tapi marah aku cair bila aku menatap wallpaper baru ku ini. Kyaaahhh~~ Aku sudah gila sama ini A.N.Jell especially the leader Hwang Tae Kyung. Help! Help! Ottokaji? Tak sabar aku nak feeling-feeling layan Tae Kyung besok. Oppa, gidarisaeyo!


A.N.Jell..

A.N.Jell ni fiction idol group dalam drama baru SBS ~ You're Beautiful yang ditayangkan setiap hari rabu dan khamis. Aku layan online je. Tapi kena jugak tunggu hari jumaat or weekend sebab nak tunggu english subtitle punya pasal. Huwargghhh.. Tak sabarnya aku. Cerita ni boleh buat orang gelak gila-gila, boleh buat orang sedih gila-gila dan boleh buat orang terawang gila-gila. Macam aku ni. Terawang-awang dengan keseronokan duniawi. Kyaaaahh~~

Siapa nak ikut terawang-awang dan angau macam aku jugak, sila klik sini --> You're Beautiful (online videos).

Angau...

Terawang-awang..

Angau lagi..

Terawang-awang lagi..



Ok. Yatt dah gila...

Sunday, November 1, 2009

SPoC In Da House!

20 Okt aku pergi meeting SPoC Infosys kat KL. Meeting berlangsung di Seri Pacific Hotel. Aku stay di seberang jalan di The Legend. Nak duduk Seri Pacific tak mampu. The Legend pun tak mampu juga. Siap kena topup sendiri. Harus kelayakan penginapan untuk kakitangan awam dinaikkan!! Hahahaha.. Demand betul.

Perbincangan dalam mesyuarat kali ni adalah mengenai perlaksanaan Program Infosys untuk kali keempat. Dicadangkan untuk buat program ni sama ada di UNIMAS atau pun di UMS Labuan. Kalau di UMS Labuan bagus juga. Menangis la budak-budak ni tak dapat nak pergi ke mana-mana. But still, masih dalam Malaysia. Bukan India. Wahahaha..



Separuh jalan, kami menghadiri Majlis MoU antara MIMOS dan MOHE. Kebetulan diadakan di Seri Pacific juga. Dapatlah kami menyemak memeriahkan majlis. MIMOS dan MOHE berkerjasama dalam pembentukan program CODE8. Aku quote sikit pasal CODE8 ni:-

Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama MIMOS Berhad mengalu-alukan penyertaan daripada para graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian untuk mengikuti Program Centre of Domain Expertise Acceleration in ICT (CODE 8). Program ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri ICT negara pada masa hadapan. Melalui Program Code 8 ini, MIMOS akan menyediakan latihan dalam lapan bidang ICT seperti berikut:-
  • Cyberspace Security
  • Grid Computing
  • Micro Energy
  • Advanced Informatics
  • Encryption Systems
  • Communication Technologies
  • Micro Systems (MEMS/NEMS)
  • Knowledge Technology
Terbuka kepada pelajar lepasan ijazah. Siapa-siapa nak mohon boleh lah hantar resume ke code8@mimos.my dengan tajuk "CODE8 Candidate". Bagus kan? Zaman aku study dulu tak ada pun benda-benda macam ni. Sekarang ni 3P lah, Infosys lah, CODE8 lah. Banyak betul peluang pelajar Sains Komputer dan Teknologi Maklumat untuk tambah ilmu pengetahuan. Jadi, rebut-rebutkan lah peluang yang ada ni.


Dengan K Roslina..


MoU CODE8..

Selepas tamat majlis MoU, kami sambung semula bermesyuarat. Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin sudi nak join dengar tentang mesyuarat Infosys kami ni. Kesempatan pun di ambil oleh Tuan Pengerusi untuk meminta sponsor dari pihak MOHE untuk mensponsor kami SPoC-SPoC Infosys ke India untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana perlaksanaan Program Infosys dilakukan di sana. Dan respons yang diterima nampaknya agak baik. YB macam nak bagi je. Kekeke.. Yeehaaaaaaaaa!!! Pergi India lagi ke aku ni? Ye! Ye! Boleh pergi Baadsha Bazaar. Jumpa Abang Shoaib. Kuikuikui... Berangannya aku. Doa-doakanlah kami pergi ye. Hehehehe.. Sengih sampai ke telinga ni. Ngeeehiiiiiiiiiiieeeeeeee..


YB Menteri berucap..


Geng Infosys 2nd Batch yang dah naik pangkat jadi SPoCs..

Ye! Ye! Jalan-jalan pi India. Ye! Ye! Tak boleh berhenti excited ni.. Ye! Ye! Kekekekeke..

Makan Lagi..

Hari ni dah 1 November. Bulan baru. Sebelum apa-apa aku nak wish K Awa Happy Birthday. Semoga sukses dunia akhirat. :-)

Bulan Oktober bulan paling banyak aktiviti. Antaranya aktiviti makan. Awal oktober masih bulan raya, kerjanya asyik makan sajalah. Badan pun dah jadi montel dah. Huhuhu..

Sebelum-sebelum ni ramai yang mintak aku buat housewarming party. Tak kuasa rasanya. Nak housewarming apanya kalau setakat masuk rumah sewa. Lain lah kalau ada rumah aku sendiri. Baru best nak buat housewarming party. Tapi dek tak mo kecewakan ramai pihak (poyo je bunyinya), aku buatlah makan-makan sikit sempena raya baru-baru ni.


Dari dapur Cik Sengal..

Thanks pada K Siti, K Sal, Diela, Ita, Nora, Fathy, Mira, Murni, Sariah, K Maizura, K Azreen, K Rafidah and geng sebab sudi datang menghabiskan makanan yang aku masak. Hehehe..

Besoknya kami ada open house UMS lah pulak. Ada 33 gerai bertapak kat perkarangan Dewan Canselor. Memang meriah. Penat makan dari satu gerai ke gerai yang lain. Gerai SKTM jamu Mi Udang dengan makanan international. Ada masakan Algeria, Palestin and India. Ye lah. SKTM memang international. Ramai umat-umat asing. Alhamdulillah. Kenyang lagi.


Khemah jemputan.. Aku makan berdiri je.. hukhuk..

Weekend pula, aku menerima jemputan En Raffie Janau and En Azali. Makan lagi. Mula-mula segan juga nak pergi rumah En Raffie. Tapi dah namanya jiran depan rumah kan. Kalau tak pergi tak seronok lah. Errkk.. Kenyang lagi aku.


Meriah.. meriah.. best betul makan..

Dah habis makan, dah kenyang, masa untuk excercise lah pulokk! Chaiyokkk!!!

Thursday, October 29, 2009

To Be Sengal Or Not To Be?

Kesian blog aku ni. Dah lama aku tak merepek kan? Banyak benda yang aku nampak, dengar dan buat hari-hari tapi due to time constraints (malas sebenarnya.. hehehe.. ) aku biarkan saja.

Hari ni, aku jadi rimau jadian lagi. Tapi aku rasa tahap kebengisan rimau tu belum maksima lagi. Masih ala-ala kucing miang meluahkan komen dan rasa tak puas hati. Hahahaha.. Ada saja salah student yang aku nak cari. Macam lah aku perfect masa zaman muda-muda dulu. Dulu aku bongok juga. Malas pun ada. Lepas kena basuh baru paham. Sama lah juga dengan budak-budak ni. Bila dah kena gertak baru lah terhegeh-hegeh nak faham.

Tinggal esok je aku nak tunjuk skill kucing aku ni. Minggu depan dah start final exam. Boleh lah aku relaks-relaks update blog kan? Bengong. Research malas nak buat. Main je kerjanya. Bila lah aku nak hilang semua sengal-sengal ni. Tapi kalau hilang sengal, aku bukan Cik Sengal lagi lah namanya. Boleh ke aku hidup dengan kenyataan tu? Muahahahaa...

Friday, October 16, 2009

Ninja Kembong

Hampir tersedak aku bila ada minah arab sesat menconteng di dinding fesbuk ku. Nak tergelak ada. Nak puji ada (rasa nak puji tu skejap je ye..). Nak muntah pun ada. Hahahahaa..

Si Ninja Kembong rupanya..



Konon cun lah tu. Kena ngorat ngan pak arab tua untuk dijadikan bini padan muka ko. Kekekekeke..

Monday, October 12, 2009

Makan Budok!

Walaupun cerita ni dah basi, aku nak bagitau yang aku bangga kerana berjaya pergi makan kat Salut Seafood setelah 2 tahun tak menjejakkan kaki. Hahahaha.. Lama benar tu aku tak ke sana. Nak pergi kenalah beramai-ramai bawak geng. Kalau takde kawan, tak berapa nikmat nak makan-makan seafood ni.

Kami berenam pergi makan-makan sempena meraikan Shida from SPL pi sambung belajar kat UK. Apa ke benda nama tempatnya pun aku tak tau. Susah banget nak sebutnya. Semoga Shida success, dan dapat membawa segulung ijazah dan beberapa mamat omputih balik ke malaysia. Hehehe..

Malam tu kami makan udang rebus, sotong goreng tepung, ikan kerapu masak nyonya? entahlah aku tak tau (tau makan je), sabah vege masak belacan, kupang masak thai, and sayur cendawan campur. Memang sedap. Habis licin semuanya. InsyaAllah, masing-masing bakal dapat suami soleh macam ni. Kekeke..


Jemput makan..


Errkkk.. Alhamdulillah.. Bagus anak-anak dara ni makan.. :p

Aku perhatikan kat Salut ni ala-ala terhad lah seafoodnya. Tak sebanyak di Gayang. Next time harus ke Gayang pula. Ita, Diela, jom.. Gayang jom!

Wednesday, October 7, 2009

After a Month

Cak!! Lama bebenor lah aku tak merepek kat sini. Sejak pemergian daddy ke Jeddah, aku malas betul lah nak menconteng. Mak dengan ika kembong pun dah selamat sampai kat sana hari ahad lepas. Selamat lah semuanya jadi orang Arab. Yang bestnya, belum apa-apa lagi si kembong tu dah merungut keboringan. Hahaha.. Kau ingat Arab tu macam KL? Sabor je lah ekk. Ada dua bulan lagi kau nak bertapa kat sana. Hahaha..

Raya baru ni so-so je. Hujan. Tak pergi ke mana. Duduk melepak je lah kat rumah tunggu orang datang. Orang lain pun bertapa kat rumah tunggu aku datang. Huhu.. Raya ni juga pertama kali dalam hidup aku, aku tak buat kuih raya. Hahaha.. Semuanya tunjuk je. Kesian mak excited beli bahan-bahan nak suruh aku buat. Last-last terperuk je dalam peti ais. Anak mu ini memang malas lah mak.

Cuti dua minggu aku rasa tak puas. Nak balik ke KK pun rasa malas. Nak mengadap kerja yang bertimbun lagi. Huhuhu.. Balik-balik je kena kerjakan MQA. Weekend pulak, kami beretreat di Karambunai. Seronok jugalah. Makan je kerjanya. Hahaha.. Aku kirakan retreat MQA ni ala-ala success lah jugak walaupun banyak kerja extra yang menanti. Huhu..

Hujung minggu ni Konvo lah pulak. Kufikirkan namaku tak tersenarai untuk masuk ke dalam dewan. Ada jugak! Sabar je lah. Dah berapa tahun ni asyik wanted je masuk ke dalam sana. Huhu.. Pada pelajar-pelajar Cik Sengal yang akan berkonvo tu, tahniah la diucapkan. Jangan lupakan Cik Sengal yang sengal ni kat sini ya. Hehehehe..

Tuesday, September 8, 2009

Cerita 5 September

Ramai yang tau aku spend weekends baru ni kat JB. Bukan suka-suka balik ngabiskan duit. Aku jumpa dear daddy sebelum dia berjalan jauh berhijrah ke bumi Arab. Sob sob sob..

Aku sampai JB tengahari 5 September. Sharir pun ikut balik. Ramai-ramai kaum kerabat berkumpul kat Pulai Utama. Kebetulan juga ada birthday nak di celebrate dan kenduri di surau sempena Pengerusinya letak jawatan. Hehehe..

Makanan order je untuk kenduri tu. Lauk best. Ada kambing masak apa ntah. Masak kurma kot. Pergghh.. Ngences! Kat rumah, aku dan kerahan tenaga yang lain bertungkus lumus buat kuih untuk dihantar ke surau.


Kuih onde-onde dan keria dipack masuk dalam tapau. Selit sekali kuih telinga keling..
So, birthday siapa yang disambut? Siapa lagi kalau tak birthday Wak Daut. 5 September 2009 genap Wak Daut 55 tahun. Macam lawak lah pulak. Ye lah. Wak Daut kata seumur hidup dia tak pernah sambut birthday. Tahun dia pencen pulak sambut kaw-kaw walaupun tak la kaw-kaw mana. Hahaha..


Birthday Cake Wak Daut????

Hahahahaa.. Mau kena lempang aku ni kalau aku bagi kek doraemon kat Wak Daut. Ni cake sepupu aku yang bernama Amirul Hakim. Umur genap 5 tahun pada 6 September 2009. Dah alang-alang semua berkumpul. Sambutlah sekali.


Aksi Wak Daut memotong 1st Birthday Cake ever!!

Ni baru betul. Kek Chocolate Indulgence dari Secret Recipe Jusco Taman U. Fuhh.. Sedap gila. Memang sakan aku melantak malam tu!

Besok paginya 6 September, rombongan cik kiah menyerbu airport Senai. Hantar Wak Daut sampai situ je. Nak pergi KL rasa macam tak sempat. Flight dari KL jam 3 petang. Lepas say babai, abah pun pergi. Huhuhu..


Warga GMM say bye bye..

Selamat dah abah sampai kat Jeddah sana. Semoga abah happy kat sana...

Thursday, September 3, 2009

Misi Mencari Ji Hoo Sunbae: BERJAYA!!

Hikhikhik.... Terawang-awang rasanya bila nampak Ji Hoo sunbae depan mata. Hikhikhik.. Sengih, senyum sampai ke telinga. Angau dah aku ni...


Angaaauuu.. Aku lambai kat dia, Ji Hoo sunbae lambai balik kat aku.. Memang angaaauuu... Hahaha..


Ni dah kat airport.. Waduh.. Waduh.. Comel banget!


Ehem.. ehem.. Ko pandang aku ekk Ji Hoo? Angaaaauuu...

Bagi yang tak kenal, nama dia bukan Ji Hoo ye. Nama dia Kim Hyun Joong. Ji Hoo tu nama watak dia dalam drama korea Boys Over Flower. Dia dan geng ~ SS501 ada kat KK untuk 4 hari start 31 ogos baru ni untuk buat satu special project untuk fans dia. Dah alang-alang dia kat KK kan. Memang sakan aku pergi skodeng. Bukan senang nak jumpa artis malatop dari Korea datang ke Malaysia especially KK ni! Kan? Hahahaha..

Arghhhh.. Sambung angau balik.. Muekekeke...


My full FA can be found here --> http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=418438&extra=&page=98 @ post #2430

or here --> http://moleqobsession.blogspot.com/2009/09/ss501-kota-kinabalu.html

Dan ada jugak yang rajin mentranslate ke English. Tapi tunggang langgang jadinya. Kekekekek.. --> http://ss501ufo.blogspot.com/2009/09/photograph-of-ss501-departing-kota.html