Friday, December 21, 2007

Day 1: KL to Medan to Danau Toba

Pagi2 ni aku rasa cam tak nak bangun jek. Teruk betul. Padahal dah bantai tido sepanjang jalan dari BP ke KL. Boleh ngantuk lagi. Teksi datang jemput kami kul 6.15 pagi. Aku, k awa, nott n anie pon mula laa perjalanan jauh kami. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar nanti. Tapi blom apa2 teksi driver tu dah buat mereng. Dia kata dia tak tau jalan2 around umah nott tu. So mintak nott tunjuk jalan. So nott pon tunjuk laa ke sana ke sini nak pi LCCT. Bila dah jauh tu tetiba teksi driver tu cakap kenapa lalu sini. Dia kata ikut jalan sana lagi dekat. Huk aloh. Hawau ke baghal ke bangang mamat ni? Tadi kata tak tau selok belok area ni. Tapi tetiba kata lalu jalan sana lagi dekat. Huih. Angin je si nott. Sabau je la. Dia pon patah balik n ikut jalan yang dia cakap tu. Ntah pape la. Tadi kata tak tau. Pastu tau plak. Aku tak kose nak layankan. Layan blues lagi best sampai tertido2.

Kat LCCT punyela ramai orang. Sesak bukan main. Berasak2 nak pi scan beg. Nott, k awa n anie backpackers. Bawak satu beg je. Aku ni gatal bawak dua. Satu backpack yang tecit, tak macam diorang n satu sling bag. So ada dua la. Huru hara gak nak check in ni coz nak declare liquid la hapa la. Aku malas nak pikir banyak so terus sumbat je masuk kargo. Nak bawak by hand takut kena tahan la plak. Kat airport sempat lagi aku cucuk duit. For emergency cases. Manalaa tau kan. Takut tetiba short je duit. Kami ni jalan2 dah le gamble. Sampai sana baru nak cari hotel, baru nak cari transport semua. Berani betul buat semua2 ni. Mungkin nak pakai banyak duit. Kenalaa get ready. Sementara nak tunggu tu kami bekfes kat McD. Borak2 sampai terlebih masa boarding. Berlari pi security check semua. Bila sampai kat gate semua orang dah board flight dah. Tinggal kami n bape kerat je orang lagi. Kahakhakha.. Melampau betul lambat. K Awa plak wat lawak tetiba tak jumpa paspot dia. Kehehek.. Nasib baik laa tak kena tinggal flight. Kalau tak sesia je. Tapi yang lawak tu ada dua tiga orang minah indon ni baru sampai gak. Yang ni lagi la. Tak sabo gila nak naik flight dah. Siap potong queue lagik n cuba bukak pintu. Bila ditahan, dia kata kawan dia dah naik. Nanti ketinggalan plak. Punyelaa buat scene kat situ. Nak naik, nak naik jugak!! Adeh.. Sabo je la. Bila pintu bukak je, lari pecut 100 meter diorang kejar flight. Macam kejar bas plak diorang ni. Sempat lagi terdengar staf kat situ membebel. Kalau nak cepat, datang awal sket. Aku sengih je la. Aku n geng jalan lenggang kangkong. Yang minah2 tadi tu dah merempit sampai ke garisan penamat..



Flight kul 8.55. Sampai Medan 8.50 waktu Medan. So dari KL cuma 55minit je la ekk. Turun je flight terus masuk terminal. Rasa pelik semacam coz sesak. Kami dengan pandainye terus beratur nak cop paspot. Dah sampai kat kaunter, pegawai imigresen tu kata kena isi borang dulu. Wakakaka.. Apa ke bodoh sangat lecturer cam aku ni. Tapi sumpah. Aku tak tau. Tak penah pegi jalan2 jauh2 camni sendiri2. Dulu pegi Bandung pon bapak aku yang settlekan hal2 ni. Dah isi borang n cop paspot n amik barang kami terus keluar. Ramai plak pakcik2 kejar panggey suruh naik teksi dia. Rimas betul aku. Ni baru mula je yatt. Sabau je la. Ada 5 hari lagi kita kat sini. Macam2 boleh jadik. Mula2 kami cari tourist centre kat area airport. Bila tanya orang2 kat situ sorang pon tak paham. Bila aku cakap information centre baru laa diorang paham. Alahai.. Sorang driver teksi ni nama Zainal Abidin tunjukkan kami tempatnye. Kat info counter tu kami tanya tempat2 menarik n camne nak hop dari satu tempat ke tempat lain. Panjang berjela pakcik kat counter tu explain. Hari ni kami nak pegi terus ke Danau Toba. Pakcik tu kata boleh naik bas or charter transport. Tau je la kan kalau sewa keta ni mahal. Kita kan backpackers. Kenalaa jimat2. Pakcik tu kata lagi kalau nak book hotel ke hapa kena pi kat travel agent dulu. Lagi murah. So bila dah settle dia pon cakap kat pakcik zainal abidin ni supaya stop kat satu travel agent ni seblom hantar kami ke stesen bas.

Pak zainal abidin ni baik orangnye. Walaupon tak banyak cakap tapi dia layan gak soklan2 bodoh kitorang. Travel agent yang dimaksudkan tu, PT Anna Rajawali. Agaknye memang dah biasalaa kot mana2 tourist akan singgah sini seblom ke mana2. Punyelaa lama kitorang discuss kat sini. Staf yang layan kami kat situ pompuan. Nama tak tau tapi aku bahasakan dia k anna je la. Hahaha.. Walaupon ntah betul ntah tak namanye sama ngan nama company aku blasah je la. So the plan is hari ni kami akan bertolak terus ke Danau Toba. Stay kat sana dua malam. Then pergi ke Brastagi plak. Kat brastagi pon dua malam gak. N lastly balik semula ke medan. Satu malam je kat medan ni. Bila dah ada plan camtu baru la pikir pasal hotel. Mintak k anna tu book kan yang kat medan n brastagi. Kat danau toba k awa dah book dah. So takde masalah nanti. Kat Medan book dua bilik tapi kat brastagi book satu bilik n untuk satu malam je. Tak pasti lagi camne. Kalau takde benda yang best kat brastagi, dok sana satu malam je. Jadiknye boley dok Medan 2 malam. Hotel kat brastagi plak nak main ngelat je. Book satu bilik untuk 4 orang. Hehehe.. Pandai2la. Kalau lepas, lepaslaa. Kalau tak terpaksala amik bilik lain. Nak jimat cost punye pasal. Sambil2 tu k anna tu punyela promote macam2. Tak abis2 suh kitorang sewa keta. Naik bas susah la. Lambat sampai la. Tak selesa la. Kena turun naik tukar bas ler. Macam2 la. Isy.. Orang backpackers macam kami ni mana ada duit banyak. Tak pela. Naik bas boleh amazing race sket. Itu ini gitu gini, last2 settle gak. Kat brastagi dok kat brastagi cottage n kat medan dok kat hotel madani. Total cost RPI 1,020,000. K-CHING!!! Masuk dalam akaun. Hehehe..

Pak zainal abidin ni bawak la kami ke stesen bas. On the way tu dia tanya nak naik bas berenti2 ke ala2 bas ekspress. Serious? Ada bas ala2 ekspress terus ke Parapat? Sampai hati k anna tak cakap tadi. Saja je nak suruh kitorang amik keta ngan dia. Isk.. Nasib baik ada pak zainal. Bas ekspres pon ok la. So dia pon drop kami kat satu tempat ni. Dari luar signbod tempat tu tulis Tobali Tour. Ye la tu kot nama company ni. Kat sini kami boleh naik 'bas ekspress' direct ke Parapat. So, Parapat ni boleh dikatakan pekan yang terdekat ngan Danau Toba. Kalau naik 'bas ekspress' boleh sampai sana dalam 4 jam dari medan ni. Apa lagi. Tak payah nak kata tak. Terus beli tiket n jalan. Bas ekspress ni bukan la bas ekspress macam kat mesia. Van jek. Ala2 bas mini kat sabah ni. Cukup orang je terus jalan. Tapi tak kisah la yang penting direct. Takde stop kat mana2. So the total cost for this ride 4 orang semuanya RPI 360,000. K-CHING!!! Hehehehe.. Seblom tu bayar teksi pak zainal RPI 50,000. K-CHING!! lagi skali. Hikhik..



Start perjalanan quite OK. Dapat la tengok sekitar bandar medan. Nanti dapat tengok countryside of Sumatera Utara plak. It's quite a bumpy journey. Ye laa tak sama macam malaysia. Sistem jalanraya tak boleh nak celen. Kat Malaysia sangat2 ler bagus walaupon banyak lobang. Kat sini kalau driving pandai2 la nak hidup. Kena serba samseng. Orang2 kat sini pandai mencilok. Jalan 3 lane boleh jadik lima lane. Perghh.. Mana tak kagum. Bila dah bersesak camtu punye la rapat antara satu vehicle ngan vehicle yang lain. Ngeri betul. Kalau nak melangkah dari satu keta ke satu keta pon senang je. Apa lagi kalau dok tepi lori. Isk.. Sabau je la. Dah lama2 tu rasa semacam plak aku naik bas ni. Nama je bas beraircond. Tapi tak rasa apa pon. Memang masak aku kat blakang tu. Berpeluh2. Pastu orang depan hisap rokok berkepul2 plak tu. NON-STOP siott!! Biar betul. Lepas satu, satu dia puh.. puh.. HOI angin betul aku. Aku ni pantang bau asap rokok. Aku batuk gedik2 pon diorang wat2 tak paham. Dah le panas, berasap plak tu. Kepala aku pon naik berasap camni. Driver plak pasang lagu sekuat2 tidak. Lagu2 lama beb. Zaman2 70an punye. Era broery marantika, edi silitonga. Tak penat2 dia ulang lagu tu. Sampai aku pon dah hapal lirik tu. "kau tinggalkan diriku, kau hancurkan cintaku oh melati.." Tapi bila google takde plak keluar lirik lagu tu. Hehehe..

Sumut's (sumatera utara) countryside tak banyak bezanya ngan mesia. Lalu rumah2 kampung. Kebanyakkannye dah rumah batu. Yang masih papan/kayu ada bape kerat jek. Sekali skala lalu ladang2 kelapa sawit. Macam kat BP plak. Hehe.. Driver bas ni plak semakin lama semakin memecut. Memang rempit habis la. Nasib baik aku tak melayang keluar je. Sket2 potong. Tapi seblom potong tu dia musti hon banyak kali. Kat sini kalau hon banyak kali maksudnya nak lalu or nak potong. So keta depan akan slow down or ke tepi sket. Kalau kat mesia lain plak maknanye. Silap haribulan ada yang kena ketuk. Kena bantai tikam2 pon ada. Sepanjang jalan tu memang terasa biol aku. Dengan panasnya. Dengan lagu 70annya. Dengan bunyi honnya. Dengan asap rokoknye. Memang one heck of a journey.

Pam tayar. 'Canggih' betul..

Panas semakin menjadi2. Aku, k awa n anie dok seat paling belakang. Tingkap plak tak bley bukak. Macam dah di sealed habis la. Seat depan aku satu kapel orang tua dok. Nott dok ngan diorang. Depan aku betul2 is the pakcik of the couple. Pakcik ni skejap2 bukak tingkap. Rasa heaven gak la. Dapat angin masuk. tapi most of the time dia tutup tingkap tu. Hangen balik aku. Bila dia tido aku pelan2 tolak tingkap dia. Best betul angin masuk. Semakin lama semakin besar aku bukak tingkap tu. Tapi bila orang tua tu tersedar dia terus tarik balik n tutup tingkap. Waduhh.. Tak panas ke pakcik oii.. Bila dia tido balik aku bukak balik tingkap dia, pastu dia tutup balik. Haha.. Biol la.

Ntah bape kali aku bangun tido n bangun tido balik masih tak sampai2. Penat betul. Tak lama tu bas berenti kat satu tempat. Aku perasan gak tadi ada signbod tulis Pematang Siantar. Owhh. Tak la jauh lagi nak sampai parapat. Kat sini kami stop makan. Makanan yang ada cuma masakan padang. Bedal je la. Memang dah lapar sangat. Tak bley nak memilih. So masakan minang/padang ni kind of unik. Bagi sesape yang tak penah try ler. Segala jenis lauk yang kedai tu ada akan dihidang atas meja. Punyalah mewah. Banyak tu lauk. Nak kena makan semua ni? Hehehe.. Takdela. Kita just makan apa yang kita nak je n bayar ikut lauk apa yang kita makan. N biasalaa kami yang takde banyak duit ni seblom makan tu pilih dulu lauk mana yang nak dimakan. Yang takmo makan letak tepi. Habis cerita. Memang berselera betul makan. Tak pandang kiri kanan dah. Total makan untuk 4 orang RPI 46,000. K-CHING!!

Masa nak mulakan balik perjalanan tu aku sempat lagi sound driver suh bukak aircond. Dia tak tau agaknye orang kat belakang ni panas. Dia ye ye je. Tapi hampeh gak dalam van tu. Panas gak. Terkejut aku bila k awa tetiba menjerit suh onkan aircond. Hahaha.. Tak paham2 diorang ni. Ni baru serumpun. Yang bahasanye lebih kurang sama. Kalau laa pegi venezuela sana habeslaa mati kutu jadiknye. Por favor!! Hehehe.. Around an hour later, nampaklaa kami danau toba yang besar tu. Very nice. Meh aku citer sket pasal Danau Toba. Danau Toba ni sangat la besar sampaikan ada pulau kat tengah2nye sebesar Singapore. Pulau tu namanya Samosir. Err.. Ye yo oo je aku ni. Aku sekadar menceritakan balik apa k awa bagitau aku. Aku? Haram jadah tak tau. Lepas k awa bagitau baru aku tau. Hehe.. K awa rajin wat research seblom datang. So banyak laa info yang dia tau. So, besar la kan Danau Toba ni? Nama je tasik tapi macam laut. Pemandangan pon sangat2 la best. K awa n anie syok betul pi amik gambo walaupon masih bergerak lagi dalam van. Masing2 menge'test' steadyshot masing2. Hehe..

Dalam 10-15 minit kami sampai ke satu pekan which i believe is Parapat. Based on katanya Parapat is the nearest town tu Danau Toba. Tapi tak tau la kan. Tak boleh memandai main teka2. Karang salah plak. Kecik je town ni. Tak besar mana pon. Tapi orang ramai la. Van pulak takde tunjukkan tanda2 nak berenti lagi. So bukan Parapat la kot and kami pon buat bodoh je. Jalan punya jalan n pekan tadi pon kami tinggalkan. Aku macam ada perasaan saspen tapi aku wat bodoh je. Tiba kat satu tempat ni tetiba driver tanya kami nak ke mana. Ermm.. Parapat ler. Kami jawab. Dia kata kenapa tak cakap tadi? Yang pekan tadi tu la Parapat. HUH?? What?? Aku terus terdiam tak terkata apa. K awa pon tetiba menunjukkan skill marah dia yang power hasil bekerja ngan HITAM. Hehehe.. Jangan mare ekk k awa. Ye la. Manalaa kami tau yang tu Parapat. Sepatutnya driver la bagitau. Kita ni pelancong. Bukannya orang local. Lagi pulak, kitorang ingatkan van ni memang end stop nya Parapat. Ingatkan semua orang yang naik van ni memang nak ke Parapat. Humang aihh.. Gila babeng punye temper. Nott yang dok diam dari tadi pon dah mula keluar suara. Angin oi.. angin..

Dah jadi kecoh dah gaduh2 mulut. Driver van yang muka macam saleem iklim (bak kata nott) tu pon berentikan van dia. Dia keluar n cakap apa ntah ngan orang yang dok seblah dia dalam van. Pastu dia cakap ngan kami. Tak paham giler. So orang yang dok sebelah dia tu jadik translator. Dari gaya si saleem tu, dia takmo patah balik hantar kami. Aku rasa nak nangis. Huhuhu.. Jangan la dia buat macam tu. Pakcik depan aku pon tanya nak ke mana. Aku katalaa nak ke samosir. N then bini dia nyampuk kalau nak ke samosir kena turun kat Parapat tadi. Gaya makcik tu sombong nak mampus. Tak toleh belakang pon cakap ngan kami. K awa pon laser balik kalau laa kami tau yang tadi tu Parapat kami dah turun dah. Masalahnye tak tau. Aku simpan je bengkek dalam hati. Dah le tadi masa makan si nott bagitau yang makcik ni tak bagi laki dia bukak tingkap. Panas membara aku. Nasib baik pakcik tu ok. Pakcik tu kata van ni bukan ke Parapat je. Tapi ke tempat lain gak. Pakcik tu sendiri nak pegi ke tempat lain. Balik kampung. Yang perjalanannye amik masa dua hari. Perghh!! Dahsyat. Nasib baik laa pakcik tu cakap lemah lembut. Kalau gaya dia sama macam bini dia, aku dah suruh k awa laser lagi skali. Hikhik.. Si saleem tu pon satu bengap. Takde langsung tunjuk ciri2 nak stop kat Parapat tu. Taunye merempit je laju2. Masa kat Medan tadi dah inform dah kami ni nak ke Parapat. At least alert laa sket. Tak kanlaa tak tau kami ni tourist. Tengok dressing je boleh tau la. Mana ada orang Indonesia pakai tudung lilit 10 kali macam kami ni. Hehehe..

Translator si saleem kata tunggu dulu kat tepi jalan ni. Kalau ada angkot lalu, diorang tahankan n kami disuruh naik angkot je ke sana. Adehh.. Apa laa salahnye hantar je kami balik ke sana. Tak laa jauh mana pon. Berkira sangat laa si saleem ni. Dia jeles kot van2 lain yang dia potong seblom ni dah potong dia balik. Tapi tunggu punye tunggu takde pon angkot lalu. Nak tak nak saleem kena patah balik. HAH!! Padan muka ko! Saleem dropkan kami kat tepi jalan kat Parapat town tu. Kat situ ada angkot dah tunggu. Angkot ni akan bawak kami ke jetty untuk ke Samosir which is quite jauh jugaklaa kalau jalan. Dalam angkot tu macam2 perasaan ada bila teringatkan hal tadi. Menyumpah2 tak abis2. Pastu gelak2. Masing2 dah sewel dah. Angkot dari jalan besar ke jetty costs RPI 8,000 untuk 4 orang. K-CHING!!

Dekat jetty ramai betul yang mengerumun. Dah jadi macam apa dah. Sesak betul aku rasa. Rimas pon ada. Semuanya dok sebok tanya nak ke mana. Ada yang nak tolong bawakkan beg la. Iskk.. Simpang Malaikat 44. Aku teringat masa pi Bandung dulu. Diorang offer bawakkan beg, pastu mintak upah. This time aku kena berhati2. Tipah tak nak kena tipu lagi. Kat jetty tu dah ada feri yang menunggu. Tak payah tunggu2 lagi, kami terus naik. Cakap je nak ke Samosir Cottage, tau je laa drebar feri tu nak berenti kat mana. Jangan plak dia sengal macam si saleem rock tadi. Karang tak pasal2 aku sambung balik menyumpah2. Nak ke Samosir Island naik feri dari Parapat ni amik masa lebih kurang 30-40mins. Hujan dah mula turun renyai2.

Pemandangan tersangat2laa cantik. Tak dapat nak diceritakan. Snap gambar sekalipon tak bley nak sama dengan keindahan ciptaan Allah kat depan mata ni. Tengah dok syok2 menikmati tu aku tetiba teringat kat cerita k awa yang danau toba ni kawah gunung berapi. Kalau kawah dah besar gila camni, cuba laa bayangkan gunung berapi tu besar mana. Dah mula saspen dah aku. Buatnye meletup time tu habis arwah laa aku. Huhu.. Pastu tengok sekeliling, rasa relaks balik. Pastu saspen balik. Isyy.. Menci betul. Tension aku. Kan bagus kalau aku buat tak dengar je apa k awa cerita dulu. Hehehe.. Sabo je laa aku ni. Harga ferry ride dari Parapat ke Samosir Island untuk 4 orang costs RPI 28,000. K-CHING!!




Sceneries at Lake Toba


Around 6pm kami sampai samosir cottage. Nice environment. Feri stop depan2 cottage ni. Bagus betul. Tak payah susah2 nak tanya orang samosir cottage ni kat mana. Turun dari feri ada beberapa mat saleh dok kata2 HORAS!! HORAS!! Amende la mat saleh ni cakap. Tak paham aku. Senyum je la. Kami terus ke reception. On the way ke sana kami ditahan sorang mamat ni. Dia tanya you guys from malaysia? Haa.. Betul la tu. Dia pun perkenalkan dirinya. Aku ni sound trouble ke apa tak tau laa tapi aku dengar namanya macam BELUM. Bloom? Blum? Blume? Beloom? Aaahh.. Tak kisahla namanya apa. Janji bunyinya lebih kurang sama. Speaking english berabuk mamat ni. Walaopun kitorang cakap melayu, dia balas ngan english. Mamat Belum ni muka macam negro. Macam orang timor timur pon ada. Kalau orang sabah plak kata macam orang 'OM'. Lebih kurang la. Belum sempat apa2 si belum ni kata ada prob sket. Dia kata bilik yang kitorang book dah penuh. Adeh.. Satu lagi dugaan. Bape banyak dugaan daa kitorang nak tempuh? Bincang punya bincang, kenyit punya kenyit, rayu punya rayu dapat laa jugak kami 4 orang duduk dalam satu bilik yang supposedly boleh duduk 3 orang jek. Syukur sesangat. Bilik yang kami duduk ni satu malam costs RPI 350,000. Dua malam kami kat sini costs RPI 700,000. K-CHING!!


Samosir Cottage

Sebelum si belum tu blah kami tanya dia tempat2 menarik kat samosir ni. Dia pon bagi satu list ni. Banyak jugaklaa tempat yang boleh diexplore kat sini. Belum kata kalau nak senang charter je keta. Sewa lagi. Adeh.. Kopak la macam ni. Tapi bila pikir2 ok gak laa kot. Coz kat pulau ni jalan pon jalan kampung. Takut sesat plak nanti. Sewa punye price RPI 600,000 untuk satu hari. Mahal gilos. Bargain punye bargain dapat kurang ke RPI 550,000. Belum sendiri kata dia akan bawak kitorang pi jalan2 besok. So kami janji 8.30am tunggu kat reception. Kos jalan2 samosir = RPI 550,000. K-CHING!!

Malam tu lepas refreshkan diri kami pi keluar jalan2 sekitar cottage ni. Pastu pi mamam. Dah malam2 camni malas nak makan berat2. So makan sandwich je la. Harga makanan kat sini kira oklaa. Takde la mencekik darah sangat. Namanye pon tempat tourist. Total makan minum kami malam tu = RPI 91,000. K-CHING!! Balik tu kami terus lepak. Kepenatan satu hari menempuh dugaan dan cabaran merentas onak dan duri. Kihkihkih.. Besok pagi nak bangun awal pi jenjalan. Baik tido cepat................ End of day 1. Yey!!

Total Expenses for Day 1 for 4 people= RPI 2,853,000

Part 2 coming soon............. ^__^

2 comments :

elisa said...

kak jika butuh kereta sewa kat medan bisa hubungi
http://medanstarrentacar.com/
call/wa : +62852-9700-0264

drivernya bagoss..

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.