Wednesday, 23rd January 2013
Day 5. Dah half way dah pun trip kami ni! Walaupun dah separuh jalan, perjalanan kami ni masih jauh sebenarnya. Masih banyak lagi tempat yang kami nak pergi. Entah sempat entah tak. Masa buat itinerary, cita-cita kemain tinggi. Bajet dapat pergi semua tempat. Bajet boleh sampai ke Aomori. Dah alang-alang ada JR Pass kan, kita pulun sampai lunyai. Pergi jalan jauh-jauh. Kalau naik Shinkansen dari Tokyo ke Aomori dalam JPY18,000 ko! RM648! Baru one way! Kalau return dah berapa? Makanya ada JR Pass ni sangat-sangat lah berbaloi kalau nak pergi jauh-jauh. Nak lah jugak kan tengok Aomori ni macam mana. Tengok dalam drama Innocent Man cantik bebenor lah hai. Tapi.. Cuba tengok Aomori tu kat mana? Naik Shinkansen yang laju giler baban tu pun lebih kurang 5 jam. Tak berbaloi lah kot. Nanti kat sana tak sempat nak pergi jalan-jalan ke mana.
So tak jadi lah kita ke Aomori. Tukar plan. Takde lah rushing sangat jadinya. Boleh lah jalan-jalan dengan tenang. Tenang sangat lah, in your dreams! Still terkejar-kejar jugak ni. Ye lah kalau dah ikut berenang-renang dengan warga Tokyo ni, nak buat macam mana lagi. Hehe.. Makin banyak tempat, makin sakit lah badan aku kan kekdahnya sebab terpaksa pikul beg ke sana sini. Mana taknya, satu hari satu bandar. Gigih nau pindah randah. Hurrr..
So malam tadi lagi dah siap packing beg. Pagi ni tinggal check out je. Satu hal pulak kan nak kena jalan kaki dari New Koyo ni ke Minami-Senju Station. Haha bertabah je lah exercise pagi-pagi ni. Tapi tak ada lah pagi sangat kami keluar. Dalam pukul 9 lebih jugak. Plan nya, keluar ni nak terus cari breakfast kat Shinjuku. Dah dapat dah senarai restoran Halal kat sana. Tapi kebanyakannya bukak pukul 11 pagi. Kira ok lah kot, sampai-sampai sana je boleh terus makan. Tapi yang sengetnya, ada senarai nama je. Alamat tarak! Hampeh sungguh website ni. Kita cari je lah nanti mudah-mudahan jumpa.
It's a fine day!
Semalam sampai sini dah malam kan, jadinya tak nampak sangat sekitar kawasan Minami-Senju ni. Dah terang-terang buta macam ni baru lah nampak. Banyak kedai rupanya kat sini. Meriah pulak tu. Orang pun ramai lah jugak. Ada shopping complex lagi. Aku ingatkan dah ulu banat sangat lah Minami-Senju ni sebab nak ke hostel pun punya lah jauh nak kena jalan kaki.
Sekitar Minami-Senju Station..
Dari Minami-Senju kami ke station favourite kami iaitu Tokyo Station. Haha.. Dah sampai Tokyo Station, haruslah ke tempat favourite kami iaitu tempat locker. Haha.. Mesti locker tu dah boring balik-balik muka minah-minah ni je. Nak buat macam mana encik locker oi.. Tak kuasa kami nak pikul beg ke sana sini. Dengan kau je lah tempat kami bergantung harap. Ni dah berapa kali dah kan guna khidmat locker ni sampai dah terer tak perlu dah tengok instructions. Tekan-tekan je. :P
Sila tekan saya..
Tett saya pun terbukak..
Oraito! Dah letak beg, kami pun naik lah train ke Shinjuku. Turun kat Shinjuku Station lah ye. Dah dekat pukul 11 dah. Pun masih ramai orang ke sana sini macam rush hour kekdahnya. Tak akan pernah susut kot orang ramai macam ni? Setiap jam busy. Ke diorang semua ni ada office hour yang berbeza? Ada kot lah kan yang masuk kerja pukul 9, pukul 10, pukul 11, pukul 12 gitu. Balik pun timing lain-lain. Maybe? Reasoning yang agak logik lah jugak kot kenapa sentiasa ramai orang kat Tokyo ni. Hurmm.. Aku pun tak tau.
Shinjuku Station..
Adalah kot lebih kurang 30 minit perjalanan dari Tokyo Station ke Shinjuku station ni naik JR. Boleh tahan meriah jugak lah kawasan Shinjuku ni. Besar pun ye. Ni macam mana nak cari restoran ni. Senget dah jadinya. Kita jalan je lah ikut instinct. Mudah-mudahan jumpa. Tapi jalan punya jalan tak jumpa-jumpa jugak. Boleh dikatakan setiap pelosok jalan kami lalu. Jumpa lah restoran Siam, restoran Itali, restoran Mexico bagai. Tapi mana restoran halal? Memang tak boleh jadi!
Mana nak cari?
Jalan punya jalan jumpa lah dengan JTB. Mudah-mudahan dapat lah mereka-mereka kat JTB ni bantu kami dalam melocate restoran yang berkenaan. Tak dapat semua, satu pun jadi lah. Kejadah dalam senarai punya lah panjang tapi satu pun kami tak jumpa. Huhuhu.. To our dismay, mereka yang kat JTB ni pun tak tau tentang kewujudan restoran-restoran ni. Haaa?? Huwaaaaaaa!! Mereka siap tolong telefon lagi restoran-restoran ni berpandukan nombor telefon yang ada. Kebanyakannya tak dapat disambung dan ada jugak yang tak wujud! Cissss.. Aku rasa nak debik je tuan punya website yang senaraikan tempat makan tu. Tu pun kalau aku jumpa balik lah websitenya. Haha..
Melangkah longlai lah kami keluar. Jalan-jalan lagi tanpa hala tuju. Memang tak dapat makan lah ni? Sadis sungguh. Kami pun menyusuri jalan-jalan yang ada, nampak H&M, berhenti sekejap cuci mata. Dah tu bila tiba kat satu simpang, HAH?
Kebab Ye!!
Nyanyanyanyanyanyaaaaaa!! Melompat-lompat kat situ. Huwaaaaaarrgghh!! Jumpa jugak. Oh wait. Wait. Tadi kami dah lalu dah jalan ni, tapi kenapa tak nampak? Cisss.. Memang rabun tahap baboon kami ni. Serius tak nampak tadi. Ni dah nampak, boleh lah kita masuk ke dalam dan menjamu selera gitu kan? Hehehe..
Sobssss...
Kebab Ye. Kedai kebab orang Turki ni. Pernah baca kat internet jugak lah pasal kedai ni. Ni dah jumpa ni rasa seronok lah jugak. Kebab Ye ni kecik je. SANGAT KECIK. Boleh muat dalam 10 orang je dalam satu-satu masa. Walaupun kecik, nampak comfy. Nampak best je tempat ni. Mulalah aku berangan nak bukak kedai makan tecit-tecit, comel-comel macam ni. Jual soto. Ekekeke.. So, belek-belek menu dan pilih lah makanan yang nampak menarik untuk dimakan. Aku dan K Abid ambik nasi dan lauk ayam kebab, Nott and Aida ambik kebab ayam. Ehh pening dah aku. Entah apa entah nama makanan yang kami order ni.
Moh tengok apa yang ada..
Dapur..
Tak lama tu makanan pun sampai. Ehhh? La hai. Tomey sangat lah portionnya. Besar mangkuk mushroom soup Pizza Hut.. T______________________________T Kenyang ke ni? Tengok size je confirm tak kenyang! Tapi boleh lah buat syarat isi perut. Sedap lah jugak makanan ni. Cumanya tecit sangat lah! Tembolok aku ni dah lah besar. Huhu..
Deceived by the portion..
Mesti lah licin!!
Mereka punya kebab..
Masa kami tengah syok makan, ada seorang customer masuk. Orang Turki jugak kot ni bila dia cakap dalam bahasa yang aku tak faham dengan owner kedai ni. Bila dia nampak kami, dia senyum je. Masa kami nak keluar dia sempat tanya kami dari mana, dah singgah masjid Yoyogi ke belum, etc. etc. Borak-borak jugak lah sekejap dengan dia. Dah tu, off to the next destination!
Kat sini kami berpecah. Untuk jimat masa kekdahnya. Nott dan K Abid ke Shin-Okubo dan aku dan Aida ke Roppongi. Yang dua orang tu ada projek sendiri, dan aku pun ada projek sendiri. Dah settle projek, kami jumpa kat Tokyo Station je nanti.
Takde lah projek besor mana pun. Kawan si Din Gemokk ada kirim pin HRC. Makanya, kami ke HRC kat Roppongi untuk beli pin tu lah. Nak ke Roppongi ni kena naik subway train lah pulak. Aisehh.. Tak dapek nak pakai JR Pass. On the way ke subway station tu, mata kami buntang nampak Kinokuniya. Apa lagi. Serbuuuuuu!!
UNIQLO pun ada..
Singgah lah sekejap kat Kinokuniya ni. Aida nak beli buku bahasa Jepang. Kat Malaysia takde jual katanya. Ye lah. Ikut je lah. Besar jugak lah Kinokuniya ni. Ada 8 tingkat! Terpaksa lah naik lif gitu kan. Dalam lif pulak aku terkagum yang amat sangat dengan penjaga lif yang setia berdiri kat tepi pintu lif tu. Hahaha.. Setiap kali orang masuk, orang keluar dia akan ucap selamat datang dan selamat jalan. Setiap kali lif berhenti kat mana-mana tingkat dia akan explain tingkat tu pasal apa. HEOL!! Non-stop! Sampai aku yang penat tengok dia bercakap. -..-
Kinokuniya..
Naik lif!!
Kemain gumbira Aida bila dapat buku yang dihajati. Dah settle bayar semua kami pun gerak lah ke Roppongi. Takde lah jauh mana Roppongi ni, naik subway pun satu line je tak payah tukar-tukar train. Tapi harganya, kus semangat. Hahaha..
One way..
Dari Roppongi Station, kena jalan dalam 10-15 minit ke HRC. Dalam perjalanan, dari jauh boleh nampak Tokyo Tower. Aiseh. Teringin jugak ni nak ke sana. Tapi tak sempat lah! Kami nak ke Fuji lepas ni. Nanti balik semula ke Tokyo kita try pergi lah ye. Itu pun kalau ada masa.
Tokyo Tower..
Roppongi sangat Bagus!! -..-
Semput jugak lah kot jalan kaki ke HRC ni. Tapi oklah jugak sebab lalu deretan kedai-kedai kan. Sambil lalu, sambil cuci mata. Cuci mata tengok barang dan cuci mata tengok orang. Heh..
HRC..
Akhirnya sampai jugak lah kat HRC ni. Tak ada orang pun dalam kedai ni kecuali staff kedai tu. Sengih melebar jemput aku dan Aida masuk. Dah saspen dah ni kot-kot dia keluar Nihon dia mampus aku tak paham. Nasib baik dia cakap English. Haha.. Lega. Sangat lah over peramah acik kedai ni. "From Malaysia?" Dia tanya. Wah? Terer kau? Mana tau? Hehehe.. Dia kata ramai orang Malaysia datang beli merchandise kat sini. Ohhh.. Gitu kisahnye ye. Aku ni pun kalau takde orang yang mengirim takdenye aku nak datang sini.
Macam-macam pin yang ada kat HRC ni. Banyak pulak tu! Ada special edition lah, limited edition lah. Dah macam MyVi pulak dah. Aku yang pening. Dah lah tak pandai. Kang aku salah pilih kang, tak berkenan pulak lah kawan Din Gemokk tu. Tapi belasah je lah. Aku dah tolong belikan kan? Kalau tak nak, ko datang sini beli sendiri. :P
Ambik yang ni!
Settle sudah projek kami. Masih ada masa. Lambat lagi nak meet up dengan yang lain-lain kat Tokyo Station. So? Ke mana kita? Hehe.. Marilah kita pergi Nippon Budokan. Huehuehue..
Apa yang ada kat Nippon Budokan ni? Ada konsert KRY! Hurrrrrr.. Apa lah jodoh aku dengan KRY ni ye. Dulu dah pernah sekali. Ni lagi sekali. Malangnye dua-dua tak dapat nak join. Redha je lah. Kang kalau join, entah ke mana trip jalan-jalan aku ni. Harus lah lintang pukang. Tak pun kena tinggal dengan yang lain-lain. So, kita tengok-tengok je lah apa yang berlaku kat lokasi kejadian. Kot-kot boleh cuci mata tengok barang-barang yang dijual. Tak pun gigit jari tengok minah-minah Jepun ni excited nak tengok konsert. -..-
Nak ke Nippon Budokan ni kami naik subway train ke Kudanshita Station. Dah tu kena jalan kaki sikit lah. Menarik jugak tempat ni. Dari jauh Nippon Budokan ni dah macam castle kat tengah-tengah tasik. Macam cantik je tempat ni. Nippon Budokan ni sebenarnya indoor arena. Macam-macam events lah kot yang biasa buat kat sini. Sports ada, concerts pun ada jugak. Kali ni koncert KRY lah pulak.
Budokan dari jauh..
Tengah jalan-jalan tu, tiba-tiba sayup-sayup aku dengar muzik. Semakin lama semakin kuat. Ehh tu macam suara dak Dumok senget tu. Tiba-tiba bamm!! Muzik tu kat belakang aku. Ehh? Lah.. Diorang pi promote konsert KRY ni pakai lori ko! Sekuat-kuat tidak lagu-lagu KRY dipasang. Kemain. Ramai yang lalu lalang terpinga-pinga tengok lori tu. Hehe..
Promote pakai lori..
Meh naik atas..
Sungguh lah tempat ni macam castle. Nak masuk ke kawasan ni kena lalu jambatan. Dah tu ada sungai keliling Budokan ni. On the way masuk, ada beberapa pakcik-pakcik menebeng kat tepi jambatan. Dah tu approach beberapa orang yang nak masuk ke Budokan ni. Ni tak lain tak bukan ulat-ulat tiket ni. Tengah cari customer lah tu. Aku kalau iman tak kuat, dah beli dah kot. Hahaha..
Tengok dari luar je lah..
Oklah. Dah sampai kat venue, ambik gambar sekeping dua, beli keychain dari mesin pusing-pusing apa kebenda nama mesin tu aku pun tak tau, dan balik semula ke Kudanshita Station. Aida buat muka pelik. Tu je? dia tanya. Aku cakap ye lah. Abis nak buat apa lagi? HEK ELEEEHHHHH.. Kemain panjang hek eleh dia. Haha.. Sorry lah. Kakak kau ni senget terlebih. Tak dapat masuk, tengok bumbung venue pun jadi lah. -..-
Mesin pusing-pusing aku tak tau nama dia apa..
Dapat keychain siapakah?
So from Kudanshita Station, kami terus ke Tokyo Station. Ingatkan memang direct sampai kalau naik subway train ni. Sekali nak kena jalan kaki lagi. Kus semangat. Dekat setengah jam jugak lah kami jalan kaki dari subway station terakhir tadi untuk ke Tokyo Station. Penat dibuatnya.
Sampai kat locker, Nott dan K Abid dah setia menunggu. Solat sekejap kat celah-celah locker tu sebelum kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Fuji, here we come!!
Solat celah beg tepi locker..
Dah selesai solat, gerak lah kami ke Fuji. Nak ke kami naik train je. Naik JR Train Chuo line sampai lah ke station terakhir iaitu Otsuki Station. Dari Otsuki Station naik Fuji-Kyuko line sampai lah stop terakhir iaitu Kawaguchiko Station. Mengikut apa yang telah disurvey, boleh tahan lama jugak lah perjalanan dari Tokyo nak ke Fuji ni. Lebih kurang 3 jam gitu. Bertabah saja lah.
Silap jugak lah kot kami gerak time rush hour. Hek, slash that. Every hour is rush hour kat Tokyo ni, so gerak bila-bila pun memang sesak punya lah. Terhuyung-hayang kot berdiri dalam train. Agak lama jugak lah baru dapat tempat duduk.
Sampai Otsuki Station, hari dah malam. Sebenarnya baru je pukul 6.30 petang tapi dah gelap sangat dah. Kami pun turun lah untuk tukar train ke Kawaguchiko. Agak terbangak jugak lah sebab kami terpaksa beli tiket lain untuk ke sana. JR Pass tak boleh guna! Not included gitu. Hurrr.. Ingatkan termasuk sekali. Tak habis study rupanya kami ni. Nasib baik takde lah mahal mana tiket train tu. Tak mahal pun JPY1100 jugak. Hahaha.. Bertabah je lah kan hulur duit.
Otsuki Station..
Mari tukar train..
Beli tiket kat sini..
Tiket ke Kawaguchiko..
Masih ada banyak masa lagi sebelum train ke Kawaguchiko dijadualkan untuk berlepas. Makanya kami lepak-lepak dulu lah kat sini. Cantik dan unik jugak lah Otsuki Station ni. Berkayu-kayan binaannya. Nak duduk kat luar kemain sejuk, makanya kami duduk kat dalam toilet. Hehe.. Dah tu jalan-jalan lah ke sana sini untuk panaskan badan. Ni cuaca sejuk macam ni tak mustahil malam ni snow turun. Apa? Snow? Yey!!
Antara facilities yang ada..
Okies time to go! Macam nak pergi Winter Wonderland mana lah kami ni. Macam nak pergi tempat yang terpencil yang jauh dari kemodenan pun ye jugak. Sebabnya train ni sangat lah slow motion. Train kampung gitu lah. Terkedek-kedek dia gerak. Teringat lah pulak time naik train dari Beaufort ke Padas dulu. Hehehe.. Walaupun train kampung, penumpangnya ramai. Dah tu setiap stop dia berhenti dalam 5-10 minit. Humang aihh.. Ini pukul berapa nak sampai daaa..
Stesen terakhir ye.. Tabah lah kau menunggu..
Suasana kat luar train sangat lah gelap. Terang bila berhenti singgah kat mana-mana station je. Nampak dah, ada snow bertepek kat station-station ni. Semakin jauh perjalanan, semakin tebal snow yang ada kat station-station tu. Wah. Menarik, menarik. Ni kalau sampai station terakhir ni mau tenggelam terus kami dalam snow. Hahaha.. Berangan sangat lah. Time berangan ni suka aje. Cuba kalau dah nampak depan mata nanti. Mau nangis kang.
Snow kat station mana ntah..
Selepas lebih kurang satu jam 15 minit gitu lah perjalanannya, tiba lah kami di Kawaguchiko Station. Stesen terakhir. Sunyi sepi tempat ni macam pekan kena tinggal. Takde orang ke? Salji kat kiri kanan jalan punya lah tebal. Keluar je dari station, blur tak tau nak menghala ke mana untuk ke guesthouse. Tapi bila dibukak mata besar-besar, dari jauh dah nampak dah signboard guesthouse. Straight ahead! Dekat sangat rupanya. Hulalala.. Tak payah lah jalan jauh-jauh.
Wow sejuknya!!
Guesthouse tempat kami bermalam malam ni ialah Koe House. Guesthouse yang paling murah kat area Kawaguchiko ni. Walaupun paling murah, guesthouse ni paling mahal setakat yang kami duduk kat Jepun ni. Hehe.. Logiklah kot kan. Kawasan peranginan, tempat tourists datang. Mahal lah sikit dari tempat-tempat lain.
Sebelum check in kami lepak-lepak dulu kat lobby, minum teh panas. Baik bebenor tuan guesthouse ni. "It's cooldddddd", kata lady owner ni. Tonight is the coldest since few days katanya lagi. Kami sengih jugak lah sebab memang sejuk pun. Dah menggigil-gigil kat luar tadi. "Going to snow tonight" tambahnya lagi. Huhh muka masing-masing, sengih sampai telinga. Tengok lah nanti apa jadi. Time snow turun lah, cuaca sejuk nak pengsan. Sedangkan acik ni yang dah biasa pun sejuk kemain, lagi kami ni yang tak tahan sejuk? Haha..
Kita minum dulu!!
Dah dapat bilik, terus terkam heater. Ekeke.. Serius memang sejuk. Lady owner tadi pun tak switch on siap-siap heater dalam bilik ni. Memang kaw-kaw kesejukan. Bantal, selimut, comforter bagai pun dah macam ais. Disebabkan bilik yang ada bilik berdua kan, aku dok sebilik dengan Aida. Sakan duduk depan heater. Bukan orang je yang dok melepek depan heater, dengan bantal-bantal, selimut semua bagai kami tarik letak depan heater. Panaskan mana-mana yang patut. Hehehe.. Sementara ni, kami lepak-lepak lah sekejap. Nak mandi? Sorry naik lori lah sejuk-sejuk macam ni. Eii.. Ambik air sembahyang pun rasa nak main cuit-cuit je. Huuuuu..
Dah settle semua, perut pun berbunyi. Kebetulan tadi geng Shin-Okubo ada beli kebab. So malam ni kami makan kebab je lah. Dah macam batu dah kebab ni keras sebab sejuk sangat. Nak pergi dapur malas, padahal sekangkang kera je. Tak nak keluar dari selimut! Makanya...
Hehehhee..
Sedap makan panas-panas macam ni. Hehehe.. Tengah syok makan tu tetiba orang bilik sebelah jerit. WEIII SNOWWWW!! Heh? Terus terkocoh-kocoh aku bangun dan lari ke tingkap. Waaaahhh.. Snow turun. Dah lama tak nampak snow. Huuhuh.. Kemain lebat ini snow. No wonder sejuk sangat lah kan. Excited dah ni. Confirm besok lagi tebal salji kat tanah. Boleh buat snowman!
Snow turun!!
"Yatt, jom keluar!" Jerit Nott. Eiii.. Tak kuasa aku nak keluar sejuk-sejuk macam ni. Tak nak lah! Duduk dalam selimut lagi best. Huhuhu.. Lagi pulak dah malam kan. Besok je lah aku keluar main snow. Ni dah tukar baju bagai ni, memang dah malas. Tinggal nak tidur je. Dah tu senyap je orang bilik sebelah. Confirm dah turun ke bawah lettewww. Nak menikmati snow kekdahnya.
Semangat mereka mengkagumi snow kat luar. Sampaikan ada orang local yang lalu lalang pun rasa pelik. Siap kena tanya "Are you locked from outside? Do you have the key?" HAHAHAHAHAHAHAHA.. Siap nak tolong panggilkan owner guesthouse mintak bukak kan pintu. Sakit perut aku. Excited sangat kan. Orang local tak heran dah. Ye lah, negara kita mana ada snow. Bila dapat experience macam ni, nak-nak kita yang first timer ni memang lah seronot. ^___^
Map jalan-jalan kami setakat hari ini:-
Day 5 updates..
Kos perbelanjaan hari ni:-
Locker = JPY250.00
Lunch + Kebab = JPY1000.00
Subway Train = JPY630.00
Train to Kawaguchiko = JPY1100.00
Koe House = JPY2800.00
TOTAL = JPY5780.00
0 comments :
Post a Comment