Wednesday 16th February 2011
Hari ke-5!! Lemau betul aku nak siapkan entri jalan-jalan ni. Tapi gigihkan jugak lah. Banyak hari lagi nak mengarang ni. Huhuhuhu..
Hari ke lima ni bermula dengan sesi membreakfastkan diri di dapur Jeju Hiking Inn. Jeju Hiking Inn tak ada provide breakfast macam Sunshine Guesthouse. Nasib baik K Awa ada bawak stok makanan dari Malaysia. Bersilatlah kami kat dapur tu. Simple je breakfast kami ni. Milo 3 in 1 + maggi kari berulamkan seaweed kimchi beli kat Insadong. Hehehe.. Simple tapi sedap! Buat cukup syarat je ni untuk mengalas perut di pagi-pagi yang tak berapa pagi dah ni.
Dah siap breakfast kami bergerak keluar menuju ke stesen bas. Hari ni kami bercadang untuk pergi ke tempat-tempat yang dicadangkan oleh tuan inn pada hari semalamnya. Nak ke tempat-tempat ni, kami naik bas. Gigih betul kan. Jalan punya jalan, tak nampak pulang batang hidung stesen bas tu. Singgah bertanya arah kat satu pharmacy ni. Nasib baik orang farmasi tu faham English. Dia kata tak jauh lagi dah. Dalam 5 minit lagi kalau jalan kaki. Kat farmasi ni aku sempat juga beli mask tutup mulut yang agak comel. Tapi tak secomel mask Spongebob yang ada dijual kat situ jugak. Bukannya apa, mulut aku kesejukan. Cuaca sejuk + angin kuat. Terpaksa ditutup mulut aku ni. Kalau tak, herot berot jadinya. Huhuhu..
Destinasi pertama ialah Manjanggul Lava Cave. Kalau tengok dalam peta, lokasinya kat area timur Jeju. Agak jauh juga dari Seogwipo. Entah berapa jam lah perjalanan nak ke sana. Satu jam perjalanan ada kot. So, belilah kami tiket! Pakai bahasa isyarat jak. Aku sebut Manjanggul sambil tunjuk 4 jari. Pandai-pandailah pakcik jual tiket tu bagi kami tiket. Hehehe.. Tambang dari Seogwipo menuju ke Manjanggul adalah KRW3,000 seorang.
Kami naik local bus je ni. Macam bas CausewayLink kat JB tu. Apa yang buat aku kagum dengan bas ni, setiap stop ada announcement. Macam naik train jugak. This station is bla bla bla. Next station is bla bla bla. Ternganga aku bila dengar. Serius jakun semacam. Bas pun ada service macam ni. Sangat-sangatlah daebak. Bersama-sama kami, ada sekumpulan pakcik-pakcik dari Jepun. Masing-masing lengkap dengan gear mendaki. Ni mesti nak pergi mendaki naik Halla-san ni. Tak sanggup aku nak compare outfit mereka dengan outfit aku pergi naik gunung. Outfit aku serupa macam orang nak pergi tengok wayang. Hehehe..
Dalam bas, aku tertidur. Sedar-sedar, baru 1/15 perjalanan. Hahahaha.. Aku yang tidur sekejap ke, atau perjalanan kami yang sememangnya jauh? Sambung tidur lagi. Bukak mata lagi. Tak sampai-sampai pun. Tidur lagi. Bukak mata terus nampak Seongsan Ilchubong dari jauh. Waaahh.. Kami nak pergi jugak Seongsan Ilchubong ni. Tapi nanti lah lepas balik dari Manjanggul Cave. Jam dah menunjukkan pukul 10.45 pagi. Dah satu jam lebih dah kami di dalam bas. Baru 2/3 perjalanan kami tempuhi. Jauhnya..
Akhirnya! Setelah hampir 2 jam berkematu duduk atas bas, kami pun sampailah kat Manjanggul Cave. Eh. Belum sampai lagi lah! Baru sampai kat jalan besar menuju ke Manjanggul Cave. Hahaha.. Dari jalan besar nak masuk ke dalam, ada lebih kurang 2km lagi. WHAATT?? Cannot say anything but JALAN KAKI je lah masuk ke dalam!!
Kereta banyak lalu lalang, tapi tak ada siapa pun sanggup nak tumpangkan kami. Pelik agaknya diorang tengok 4 minah pakai tudung jalan-jalan tak tentu hala kat Jeju ni. Seram pun ye tak? Hehehe.. Walaupun 2km, tak terasa jauh sangat. Mungkin sebab jalan beramai-ramai. Cuaca pulak boleh tahan lah sejuk. Kalau cuaca panas macam kat Malaysia, kena fikir dua tiga kali jugak lah kan kalau nak berjalan sejauh 2km ni. Sejuk biasa-biasa je ni, tapi beku jugaklah tangan aku ni. Tapi tahan je lah. Nama pun berwinter sonata.
Sampai satu selekoh, kami jumpa satu papan tanda. Manjanggul Cave 500m. Fuhh!! Dah dekat dah ni. Kat situ juga letaknya Gimnyeong Maze Park. Apa yang menariknya ialah, bentuk maze ni sama dengan bentuk pulau Jeju. Kami tak masuk ke maze park ni. Nak kejar masa punya pasal. Dah dekat pukul 12 tengahari dah. Ada lagi dua tempat nak pergi lepas ni. Dah lah dua-dua jauh. Masa pulak tinggal 5 jam lagi. Sebab pukul 5 almost every tourist spot tutup dah. Huwaaaa!!
Walaupun tak masuk, kami singgah jugaklah kedai yang ada kat situ minum-minum kopi panas setin dua. Buat hangatkan badan. The lady yang jaga kedai tu boleh tahan speaking English. Pandai dia teka kami orang Malaysia. Hehehe..
Kami jalan lah lagi. 10 minit kemudian sampai lah kami ke entrance Manjanggul Cave. Fuh. Gigih jalan sejauh 2km. Baliknya nak jalan balik 2km lagi ke? Huhuhuhu.. Nangis! Sebelum masuk ke dalam, sempat jugaklah aku berposing sakan. Dengan pasu bunga lah, dengan signboardlah. Semuanya mentel-mentel ok. Tak boleh tepek kat blog ni. Hahaha..
Sebelum masuk, aku baca info dulu tentang Manjanggul Cave ni. Laluan lava yang dibuka kepada tourist adalah sepanjang 1km. Hah?? Nak jalan lagi ke? Giler kentang. Jauhnya kami berjalan hari ni. Mari kira. Dari jalan besar masuk ke dalam dah 2km. Kat dalam lava tube nanti 1km. Pergi balik dah 2km. Nak keluar balik ke jalan besar? Wowww.. 6km siottt..
Peta Lava Tube Manjanggul
Harga tiket masuk ke dalam Manjanggul ialah KRW2,000. Untuk masuk ke dalam lava tube ni kami kena menuruni beberapa anak tangga ke bawah. Agak seram jugak lah.
Penerangan tentang Manjanggul Lava Tube..
Lava tube ini tersangat-sangat lah besar. Tinggi tube ni ada kot setinggi bangunan empat tingkat. Terkagum sejenak. Manalah pernah masuk tempat laluan lava macam ni kan. Haruslah ada perasaan jakun sikit. Dalam tube ni aku belajar juga tentang laluan lava. Ada benda alah yang dipanggil lava flowline kat dalam tube ni. Kekerapan lava melalui tube ni dikira dengan flowline ni lah. Ada banyak flowlines dalam tube ni. Maknanya, banyak kali juga lah lava membuat laluan menerusi tube ni. Iskk.. Macam apa je aku explain ni. Ada paham?
Cuba imagine kalau lah gunung berapi kat sini masih aktif. Tengah-tengah aku syok berjalan-jalan menikmati keindahan bekas laluan lava ni, tiba-tiba je lava datang menderu. Tak sompek loh mokcik nak lari. Harus rentung kat situ jugak. Huhuhu..
Ni stalactite ke stalagmite ni?
Aku tak banyak ambik gambar dalam tube ni sebab kamera aku agak hampeh kalau surrounding gelap. Semuanya mengharapkan kamera K Awa. Tapi sampai ke sudah aku belum mintak lagi gambar-gambar dari dia. Huhuhu..
Setelah puas makan angin dalam tube ni, kami pun keluar. Duduk berehat sebentar di perkarangan entrance Manjanggul tu sambil berfikir secara berjemaah nak buat apa selepas ni. Tau dah sebenarnya nak buat apa. Nak pergi Seongsan Ilchubong. Tapi nak ke sana tu macam mana. Tak sanggup rasanya nak menapak keluar lagi, tunggu bas yang tak tau berapa lama nak kena tunggu, berapa jauh perjalanan, etc. etc. Kami membuat keputusan untuk naik teksi sajalah. Minta orang di kaunter tiket panggilkan teksi untuk kami. Sementara menunggu teksi, kami bertembung dengan couple ranggi yang kami jumpa di Seogwipo semalam. Baru je sampai ke Manjanggul ni. Tersenyum-senyum mereka. Sempat jugalah berborak sepatah dua kata. Hehe..
Perjalanan ke Seongsan Ilchubong menaiki teksi adalah selama 30 minit. Tambang yang dikenakan pulak ialah KRW20,000. Mahal pun mahal lah. Cuba kalau tunggu bas tadi. Entah bila kami boleh sampai. Dah lah mengejar masa. Pakcik teksi yang bawa kami ni tak pandai speaking English. Jadi dia duduk senyap-senyap je lah sementara kami macam bertih jagung tak cukup tanah berborak macam teksi ni kami yang punya. Pakcik tu sesekali tersenyum. Eh, paham ke pakcik? Hehehe..
Angin kuat menyambut kedatangan kami di Seongsan Ilchubong ni. Perut pun lapar! Belum sempat nak buat apa-apa kami ternampak this one lady tengah menggoreng kuih. Wow! Kuih apakah itu? Aku pun dah lupa apa nama kuih ni. Rupanya lonjong-lonjong penyek. Kat luarnya tepung, kat dalamnya inti keledek rebus campur labu rebus yang dah dilenyek-lenyek. Orang tu kepal-kepal inti, salut dengan tepung, then goreng dengan minyak yang sedikit di atas kuali rata. Sekali tengok macam orang tengah masak daging burger. Rasanya? Marvellous.. Apatah lagi di makan time panas-panas. Sedap. Harganya KRW2,000.
Sambil makan kuih, sambil jalan. Masing-masing tenggelam dalam perasaan menikmati kuih panas tu. Aku yang tak berapa nak tenggelam ni pergi beli tiket untuk masuk ke perkarangan Seongsan Ilchubong ni. Hehehe.. Harga tiket ialah KRW2,000 seorang. Untuk naik sampai ke puncak memang kami tak mampu lah. Tenaga tak ada, masa tak ada. Kami naik separuh jalan sajalah. Buat cukup syarat sampai ke Seongsan Ilchubong ni. Lain kali kalau ada rezeki memang aku nak naik sampai atas. Tengok sunrise. Fuhh.. Mesti cantik!
Aku malas lah nak cerita panjang-panjang pasal Seongsan Ilchubong ni. Aku tepek gambar je lah ye..
Jom naik!!
Peta Seongsan Ilchubong..
Pintu masuk.. Dicatatkan waktu sunrise sepanjang tahun..
Banyak juga aku ambik gambar kat sini. Tapi semuanya ada muka aku yang tak semenggah tu. Sebelum ada yang muntah, tak payah lah aku tepek kat sini ye. Hehe..
Dah tu kami ke mana? Turun ke bawah beli souvenir. Belilah keychain, fridge magnet. Yang kecik-kecik je. Kecik pun mahal jugak. Tak banyak aku beli. Buat cukup syarat je. Dah tu? Turun bawah lagi. Jumpa dengan gerai ni..
Ahjumma jual-jual..
Makcik tu jual apa? Spring Potato beb!! Sangat-sangat menyelerakan. I tell you hah.. Spring potato ni tak sama dengan Malaysia punya! Giler kentang sedap wehh!! Huhuhu..
Bukannya apa. Kentangnya dah laa besau. Lepas tu hirisan dia tak adalah nipis mana. Dah lepas goreng, makcik tu terus celup masuk dalam adunan cheese. Fuhhh.. Celup masuk tu! Kat Malaysia ala-ala kedekut, setakat tabur-tabur je perasa. Mana nak rasa sangat. Yang ni. Perghhh!! Macam makan potato wedges KFC tu tapi dengan cheese yang amat banyak!! Adoi.. Gemuklah aku.. Makan gigit sikit-sikit sebab sayang nak habiskan. Buruk betul perangai. Hahaha.. Harga secucuk KRW2,000. Berbaloi-baloi jugaklah. Yang hari tu aku beli kat pasar malam Taman U, tak sedap langsung. Tepung dah la ala-ala nak hangus. Kentang kat dalam tak berapa masak. Cheese pulak macam ada tak ada. Harga RM3. Chaitt!!
Sambil-sambil makan kami jalan mencari teksi. Next stop is Jeju Folk Village Museum. Nak tengok tempat shooting Dae Jang Geum!! Semangat waja ni. Tak lama berlenggang kangkung sekitar pekan Seongsan, kami dapat teksi. Sekali lagi, a non-english speaking ahjusshi. Susah betul nak bagitau dia pergi ke folk museum ni. Last-last aku sebut Dae Jang Geum je. Baru lah dia faham. Tapi in between tu ada jugaklah beberapa miscommunication berlaku. Kesudahannya kami terpaksa call owner inn kami untuk jadi translator. No big deal sebenarnya. Saja je ahjusshi teksi ni kecoh-kecoh. Sabar je lah ye. Tambang teksi tak silap aku dalam KRW15,000.
Walaupun ala-ala bengong dengan driver teksi, kami sampai jugak ke tempat yang dituju. Hujan renyai-renyai. Kami sampai almost pukul 3 petang. Dua jam untuk merewang kat sini? Mana sempat!! Sekali operating hours sampai pukul 6 lah. Lega!! Harga tiket untuk masuk ke Jeju Folk Village Museum ialah KRW7,000 seorang.
Hujan mula turun dengan lebat. Kami decide untuk solat dulu. Memang selamba taram je solat kat dalam kafeteria yang ada kat situ. Nasib baik tak ada orang. Tak payah nak pakai telekung segala. Janji tutup aurat. Dah selesai solat kami lompat naik train yang disediakan. Boleh pusing-pusing satu village.
Tak lama tu, hujan pun reda. Train tu stop sekejap di satu tempat. Kami pun bertempiaran turun dan berposing di mana-mana yang patut. Sempat tengok demonstrasi buat cactus candy. Sedap jugak candy ni tapi ala-ala liat betul. Nak makan kena kolom-kolom je. Tak boleh digigit. Kalau digigit alamat lekat lah kat gigi. Dah balik Malaysia, candy tu bertambah-tambah liat sampai melekat kat packagingnya. Nak tarik keluar pun tak boleh. Masuk freezer lah jawabnya. Dah mengeras, baru boleh makan.
Cactus Candy yang liat..
Sekejap je kami merewang-rewang ni sebelum naik semula ke train. Punyalah laju dia jalan. Alih-alih dah sampai ke tempat permulaan tadi. Lah. Gitu je ke? Hahaha.. Nasib baik hujan dah berhenti. Boleh lah kami berjalan-jalan menikmati pemandangan kampung Jeju ni. :p
Kampung Jeju ni terdiri daripada beberapa buah kampung lah. Ada kawasan perumahan orang kaya. Kawasan orang miskin. Rumah petani macam mana. Rumah pemburu macam mana. Rumah penyelam macam mana. Rumah di bahagian utara Jeju macam mana. Rumah di bahagian Selatan lagi. Timur barat pun ada. Pasar ada. Sungai ada. Semua adalah. Apa yang ada kat dalam drama-drama purba Korea tu, semua ada kat sini. Nama pun shooting kat sini jugak kan.
Jalan-jalan some more, aku jumpa tempat kat bawah ni! Filming location for Chuno a.k.a The Slave Hunter. Wuhuuu.. Kalau K Yanti ada ni mesti suka kan. Hehehe.. Dia kan minat Lee Da Hae.
Aku sebenarnya kagum macam mana diorang semua ni boleh shooting kat sini. Bukannya apa. Kawasan ni tersangat-sangatlah sempit. Kecik je sebenarnya. Macam mana lah ya diorang managed bawak kamera shooting yang besar gabak tu. Dengan lampunya lagi, dengan staffnya lagi. Ramai tu kalau diikutkan. Sesak lah kot kat situ.
Jalan ke depan sikit, aku tiba di lokasi pengambaran Dae Jang Geum pulak. Hahaha.. Yang ni aku suka. Aku ni kan jatuh chenta gila tahap godzilla meroyan angau kat Pegawai Min tu. Entahlah kenapa. Tapi aku memang suka bangat Ji Jin Hee dalam cerita ni. Penuh karisma youuu.. Hehehe..
Aku jalan dan jalan dan jalan lagi. Banyak lah rumah-rumah lain dan bangunan-bangunan lain yang ada. Disebabkan masa dah dekat pukul 5.30 petang, kami mempercepatkan langkah. Takut tak sempat nak habiskan tour pusing-pusing kampung ni.
Habis dah meround. Puas hati aku!! Syok jugak jalan-jalan kat sini. Cuci-cuci mata. Final event sebelum kami keluar dari kampung ni ialah beli souvenir seketul dua. Dah hampir pukul 6. Kami menuju ke kaunter tiket untuk bertanya tentang bas keluar. Kebetulan dan sangat-sangat kebetulan lah, di kala itu sebuah bas baru saja bergerak. Orang di kaunter kata itulah basnya untuk keluar. The last bus some more. What?? Melompat-lompat kami bagi signal kat driver bas tu sambil lari lintang pukang. Nasib baik dia perasan and berhenti. Lega makcik!!
Bas ni tak bawa kami ke Seogwipo. Tapi ke pekan yang terletak lebih kurang 10 minit dari Folk Village tadi. Nak ke Seogwipo kami kena naik bas lain. Adoii. Macam manalah tu ye. Nasib baik kat dalam bas tu ada seorang ahjusshi ni terer cakap English. Memang terer lah. Takde nak bahasa-bahasa isyarat segala. Dia dengan baik hati ajar kami macam mana nak balik Seogwipo. Kena jalan ke sini lah, ke sanalah. Macam agak kompleks pulak bunyinya. Tak apa, kami cuba! Sangat-sangat berterima kasih pada dia. Saranghae Ahjusshi! Wakakaka..
Kami ke bus stop yang dimaksudkan ahjusshi tadi untuk menunggu bas balik ke Seogwipo. Entah betul entah tidak. Ada seorang ahjumma rugged duduk kat bus stop tu. Aku sekadar tanya dia "Seogwipo?" Terus dia angguk-angguk. Betul lah tu. Hehehe.. Well, the bus stop here walaupun dalam pekan kat kampung apa entah namanya ni sangat-sangat kecik, tapi ia dilengkapi dengan sistem GPS ke hapa namanya tu youuuu.. Kita sebagai penumpang boleh track down bas tu sekarang berada kat mana, berapa minit lagi nak sampai, etc., melalui satu skrin yang dipasang kat dinding bus stop tu. Kagum lagi aku ni. Canggih kan teknologi pengangkutan kat sana? Bila agaknya ye kat Malaysia ni buat macam tu?
Salon depan bus stop. Kalau masuk sini, mesti keluar dengan style rambut "keren"teng makcik-makcik Korea tuu.. Tak rela I..
Perjalanan dari pekan kecik tadi ke Seogwipo mengambil masa lebih kurang satu jam. Tambang yang dikenakan KRW1,500 kalau tak silap. Tak ingat dah aku. Kami tiba di Seogwipo sekitar jam 7.30 malam. Perut pun dah berkreok-kreok minta diisi. Gigih satu hari ni tak makan apa kecuali jajan-jajan kat Seongsan Ilchubong tadi. Sepanjang jalan dari terminal bas ke inn kami tak jumpa tempat makan yang sesuai. Sudahnya kami singgah Family Mart beli nasi segera, telur and kimchi. Mari bersilat di dapur Inn lagi!!
Our dinner..
Walaupun dinner kami simple, kami bersyukur masih dapat mengentertain perut kami yang dah melalak-lalak ni. Siapa kata susah nak makan kat Korea? Hehehe.. Senang je sebenarnya kalau diusahakan betul-betul. Tak adalah nak kebulur. Kalau kau memang spesis yang cuma boleh makan ayam penyet, nasi lemak dan yang sewaktu dengannya, aku nasihatkan tak payah lah pergi jalan-jalan. Kau jalan-jalan kat Malaysia je lah.
Ok. Tamat sudah pengembaraan kami di hari kelima ni. Till the next entry!! (Entah bila nak start mengarang lagi..) ^^
Kos Perbelanjaan hari ni :- KRW45,000
15 comments :
seronoknya..
tempat-tempat 2 cantiklah...
hope so dapat pergi sana jugak....
saya setia menunggu entry akan datang :)
wahhhh..jeles nye..brp hari adik pergi sebenarnya??yg pasal kos tu mmg akak suka..sbb akak plan nak g sana gak bulan 10 nanti..InsyaAllah..
@.madihah,
kumpul duit, beli tiket, jalan.. :p
eka,
ehehe.. lambat lagi kot entri akan datang.. skarang sebok exam..
alifah@along,
pergi 9 hari.. kos memang cut gila2.. guna duit untuk benda penting2 je..
sonokk kanns.. ehehe
en_me,
over the top punye sonot.. :p
assalam...
great entry especially on the spending. that is one big help for those who plan to go to korea. gonna haunt ur site from now on. ;-)
looking forward to ur next entry and good luck in ur exam. hwaiting!!!
izah.
Ahjumma tu makcik ek?
Tu ar aku tgk ko senang je leh mkn..dgr org kata susah..wat aku riso je..eh kt family mart ada jual kicap x? Sedap tu mkn nasi ngan telur kicap
yep makcik.. kalau betul diusahakan senang je nak makan.. kalau ko cari laksam memang laa tak jumpa.. hehehe.. macam2 ada jual kat family mart tu..
Hahahah mmg sengal la kan carik laksam ke durian ke...
tu lah.. kalau jenis tak cerewet makan senang je.. kalau memang jenis kena makan nasi tiap2 hari hambik kau makan je nasi segera ni.. banyak jual kat convenience store.. pastu ko bawka laa benda2 kering dari mesia.. sambal ikan bilis ke.. serunding ke..
Sambal ikan bilis sempat ke sampai sana? X basi ke?
Aku ni mknn mesia pun memilih hahah tp mkn kuih2 mcm ko mkn tu aku suka hihi..seaweed xpenah try..scary je tgk hahhaa...
Eh dapur gas kompom la xde kan kt guesthouse? Eh tp mcmana ko goreng telur?
sambal yang kering ler.. ikan bilis goreng cili.. kalau ko memilih payoh lahh.. tengok guesthouse.. kat jeju yang aku pi ni ada dapur gas.. kat sunshine takde.. ada microwave je..
cik sengal..nape senyap je xde entri g jejalan lagi ke??
opet,
nak mengarang kena ada mood.. tu yang amik masa sikit.. :)
Post a Comment