Aku paling malas lah kalau nak pergi jalan-jalan ke negara yang nak kena buat visa. Leceh sungguh. Tapi disebabkan memang dah ngada-ngada beli tiket flight ke Shanghai, nak tak nak terpaksa lah turutkan jugak. So, apply visa ke China lah kita ya.
Senang tak nak buat visa ni? Aku pun tak tau senang ke tak sebabnya aku buat dengan travel agent. Sediakan dokumen yang lengkap dan tinggal bayar je. Pandai-pandai diorang lah nak urus. Kira senang lah tu kan? Hehe.. Almaklumlah, aku ni duduk jauh. Tak mampu nak terbang ke Kuching ataupun KL semata-mata nak berurusan buat visa dengan consulate ataupun embassy China ni.

Okies, aku ceritalah sikit ye macam mana nak apply for visa ni especially untuk mereka-mereka yang sespesis macam aku ni ~ orang semenanjung yang kerja di Sabah/Sarawak dan gatal nak apply visa ke China melalui ejen. Lain sikit tau prosidur dia. Hehe..
- Mula-mula kena lah lengkapkan application form. Silalah download dan isi sepenuhnya. Kalau tak sure sangat nak isi tang mana, isi ikut instinct je. Haha.. Idok ler, isi lah mana yang rasa patut kena isi, dah tu time jumpa ejen nanti, minta dia tengok balik application form tu. Maklumat yang dah diisi tu memenuhi requirements ataupun tak.
- Dah isi form, sila tengok fee untuk visa ni. Single entry kah, multiple entry kah, nak pergi balik China sebulan 10 kali kah. Ikut suka lah kan. Pilih yang mana yang bersesuaian. Fee untuk visa ni boleh refer kat sini --> China Visa Fee. Aku minta ejen buatkan, makanya harganya tak sama lah dengan yang dalam jadual ni. Ini harga siapa yang gigih pergi sendiri ke embassy atau consulate. Aku tak gigih. So kena bayar extra.
- Gambar dek non. Dua keping gambar pasport ye. Sekarang ni kemain gambar pasport background putih, pakai tudung hitam. Jangan salah ambik gambar ye.
- Flight itinerary jangan lupa kepilkan sekali. Nak-nak buat dengan ejen kan, kau bagi je semua yang berkaitan. Karang takde lah nak patah balik, datang lagi. Buang masa je. Tak silap aku flight itinerary ni wajib.
- Accomodation details. Print out siap-siap ye maklumat booking dan alamat tempat tinggal sepanjang kat China tu. Senang sikit nak lulus visa tu. Wajib jugak ni aku rasa nak kena provide accomodation details.
- Err tu je lah rasanya..
Dah cukup semua, sila lah bawak segala dokumen tu ke travel agent yang berdekatan. Aku takde lah pergi yang berdekatan mana pun. Gigih jugak merentas bandar pergi ke Tabung Haji untuk buat visa ni. Ejen Tabung Haji ni bagus jugak lah sebab diorang tak minta apa-apa bayaran masa kita datang apply tu. Bayar bila dah dapat visa nanti.
Dari segi pembayaran macam mana lah pulak? Berapa total kemusnahan kalau apply visa pakai ejen? Meh sini aku cerita. Kalau kita nak buat visa ke China ni, kita boleh buat kat dua tempat. Satu kat KL, untuk satu Malaysia lah. Satu lagi kat Kuching. Yang ni khas untuk orang-orang Sabah dan Sarawak. Kalau mengikut pemahaman aku lah kan, aku duduk kat Sabah, makanya pasport aku akan dihantar ke Kuching. Sebab pejabat kat Kuching lah yang terdekat kalau nak pergi pun. Tapi sebenarnya salah. Aku tak dapat buat kat Kuching sebab aku orang semenanjung. Kat Kuching tu untuk orang-orang yang lahir dan duduk kat Sabah & Sarawak. Gitu pulak lah kan. Makanya pasport aku terpaksa lah dihantar ke KL. Hurmm..
So total kemusnahan? RM160 untuk single entry. Belasah je lah bayar kan. Kalau pikir nak buat sendiri memang tak dapek lah. Nak naik kapal terobang lagi ke KL. Lagi banyak belanja. Lebih kurang seminggu kemudian, dapat call dari Tabung Haji untuk ambil visa yang dah siap. Bayarlah duit tu, dan balik lah dengan riang ria suka hati sebab dah dapat visa. Poyo je diorang ni mintak gambar sampai dua keping, tapi kat visa tu takde pun ditepek gambar sekali. Hampeh sangat. Ni dah ada visa, separuh masalah selesai. Tinggal nak settlekan masalah lain lah pulak. :)
Dengar cerita mulai tahun depan, siapa-siapa yang nak apply visa ke China kena pergi secara fizikal ke embassy atau consulate. Hoh? Leceh sangat-sangat kalau macam tu. Semakin kurang lah orang yang nak pergi jalan-jalan ke China. Termasuk lah aku. Hehe..

2 comments :
TQ UTK PERKONGSIAN
ANTARA SEBAB MALAS NAK KE CHINA IALAH PROSES VISA.. LAGI2 KES MH370
MAKIN KURANG LAH ORG NAK KESANA
TAKUT GAK KOT
Irfa,
yes buat masa sekarang ni pun rasa macam tak nak pi china lagi.. tapi tahun-tahun akan datang akan dipertimbangkan jugak.. banyak tempat menarik kat sana nak kena pergi..
Post a Comment