Monday, March 11, 2013

Koe House, Fujikawaguchiko

Hokkay! Sempena jalan-jalan ke kawasan Mount Fuji, kami duduk kat Koe House ni untuk satu malam. Harga satu bilik JPY5600. Satu bilik ni boleh duduk dua orang. Yep. Mahal ko. Tapi ini lah yang paling murah kalau nak compare dengan tempat-tempat lain, time kami datang ke area Fuji ni. 

Location-wise? Sangat strategik. Keluar je station terakhir ~ Kawaguchiko Station, terus nampak guesthouse ni. Jalan kaki tak sampai 5 minit pun. The owner sangat friendly. Kami jumpa dua orang. Masa kami check in, owner yang perempuan yang melayan kami. English dia limited tapi masih ok lagi. Masih boleh faham lagi. Sampai-sampai je, dia terus jamu hot green tea. Nyaman.. Masa kami check out pulak owner lelaki yang entertain. Yang ni English perghhh.. Berabuk habis. US slang some more. So, senang lah kan. Tak ada masalah untuk communicate.

Tepek gambar lah ye..

Harga satu malam per person?


Reception counter yang comel..

Lalu sini..

Going up!

Dah sampai atas..

Hallway..

Bilik kami ni agak besar jugak lah. Nak muat 4 orang pun boleh. Tapi dah mungkin sebab polisinya satu bilik 2 orang je kan. Terpaksa lah ikut. Kalau boleh sumbat 4 orang sekaligus, memang boleh jimat kaw-kaw.

Our room...

Tadaaa~!!

Other Angle..

From our room.. Kawaguchiko station tu kat depan tu.. Belakang traffic light..

Kat atas ni ada common room lah. Tempat lepak-lepak. Nak buat minuman panas pun boleh kat sini. Nak panaskan makanan pun ok. Sebab ada microwave bagai. Peti ais pun ada jugak. 

Common room..

Antara yang disediakan..

Toilet kat luar ye. Toilet jenis traditional. Harharhar.. Kalau kat guesthouse macam ni boleh lagi lah aku terima. Kalau kat luar, public toilet macam ni, memang aku tak masuk. Shower dia pulak, aku rasa ada kat satu bahagian je kat dalam guesthouse ni. Ikut timing pulak tu. 8-10 malam untuk girls, 10-12 malam untuk boys. Kami sampai dah malam sangat. So tak dapat nak skodeng. Kang pengsan kang nampak orang togel. Huhuhuhu..

Traditional..

Tempat cuci-cuci..

Kat aras bawah, kat sebelah reception kaunter, ada tempat lepak-lepak jugak. Ada dining area, ada reading area, kaunter jual barang pun ada. Video rental pun ada. Video ya. VCR. DVD tak main lah kat sini. Hehehehe..

Dining Area..

Video rental and other stuffs..

Tempat lepak..

Got manga too..

Lebih kurang gitu lah Koe House ni. Nice and cozy jugak. Boleh jadi option tempat tinggal bagi siapa-siapa yang nak datang ke kawasan Mt Fuji ni. ^____^

Related Posts:

  • Konnichiwa Japan! ~ Day 9: Osaka Castle, Den Den Town, Kuromon Market, Minami Namba Sunday, 27th January 2013 Pejam celik, pejam celik, dah sembilan hari dah kami kat bumi Jepun ni. Tinggal hari ni saja nak merewang sampai pengsan sebab besok dah nak balik Malaysia dah. Rasa sedih plus excited. Sedih se… Read More
  • Hotel Toyo, Osaka Ini lah tempat tidur kami untuk satu malam di Osaka. Namanya Hotel Toyo. Nama je hotel, tapi sebenarnya taraf-taraf hostel backpackers je ni. Kami memilih untuk tidur kat sini sebab harganya murah kalau nak compare dengan t… Read More
  • Konnichiwa Japan! ~ Day 5: Shinjuku, Roppongi, Nippon Budokan & Fujikawaguchiko Wednesday, 23rd January 2013 Day 5. Dah half way dah pun trip kami ni! Walaupun dah separuh jalan, perjalanan kami ni masih jauh sebenarnya. Masih banyak lagi tempat yang kami nak pergi. Entah sempat entah tak. Masa buat… Read More
  • Visa ke Jepun *Mulai 1 Julai 2013, tak perlu pakai Visa dah kalau nak pergi Jepun. Tapi dengan syarat pasport tu dibuat selepas Februari 2010. Yang Kalau jenis pasport lama macam aku ni, alamatnye memang kena buat visa lah sampai ler aku… Read More
  • K's House, Hiroshima Moh sambung update pasal hostel/backpackers yang ada kat Jepang ni. Sempena menjejakkan kaki kat Hiroshima ni (tak ingat lah pulak aku hari ke berapa aku meronggeng kat Jepun ni), kami memilih untuk tinggal kat K's House. K… Read More

2 comments :

Anonymous said...

Salam..
Nak tanya..bilik air/toilet dia xda pintu ke..?

CikSengal said...

anonymous,
ada.. tu pintu dah terbukak tu.. 😌