Sunday, 15th September 2013
Korang tau tak, aku ni dah duduk kat KK ni dah dekat 8 tahun. Tapi tak pernah jejakkan kaki kat Brunei. Nak pergi, tapi tak ada kawan nak pergi kan. Kalau sendiri-sendiri tak reti. So terbantut je lah. Tapi bila ada yang mengajak ni memang tak kan tolak punya lah. Trip ke Brunei ni merupakan day trip je. Balik hari dari Miri. Jalan-jalan Brunei ni termasuk dalam edisi jalan-jalan Miri kami. Dah alang-alang dekat kan. Kami redah je lah bawak kereta masuk ke Brunei. Memang takde plan apa-apa pun. Kalau sampai, sampai lah kami. Kalau tak sampai, balik lah kami semula ke Miri. Hehe..
Alkisahnya, pagi-pagi lagi selepas sarapan kami dah gerak. Tapau makanan siap-siap dari Miri untuk makan lunch nanti. Ni bajet konon-konon makan kat Brunei mahal lah ni. Hehe.. So, keluar awal pagi, banyak kedai tak bukak lagi kat bandar Miri ni. Nak-nak money changer. Kusss semangat, kami tak tukar duit Brunei lagi! Macam mana lah tu kan. Sehelai sepinggang je lah kita takde duit masuk Brunei? Kerja gila sangat-sangat ni. Haha.. Sedapkan hati je ni nanti kat Brunei lah baru tukar duit. Kihkihkih.. Nanti kau. Kau tunggu dan lihat je lah apa jadi. Kehkehkeh..
K Rin drive, aku dok tepi jadi GPS. Ni masih kat dalam Malaysia boleh lah mintak bantuan Waze. Nanti dah masuk Brunei tak ada coverage susah lah pulak. Apa-apa pun kita jalan straight je lah. Bila dah keluar dari kawasan bandar Miri ni, jalan agak lengang. Bukan lengang sebab takde kereta, lengang sebab tak ada apa-apa kat kiri kanan jalan. Tak lama tu jumpa jambatan. Setelah digoogle, jambatan ni namanya Jambatan ASEAN. Apa yang best pasal jambatan ni pun aku tak tau sampai kena bayar RM10. Mahal sangat kot.
Tak lama tu jumpa lah dengan check point Sungai Tujuh. After 45 minutes lah lebih kurang dari Bandar Miri. Check point Sungai Tujuh ni check point ke rumah hantu? Yang depan-depan ni bangunan agak cantik jugak lah. Dah lepas lalu bangunan cantik, cop pasport bagai, jumpa bangunan kurang cantik. Macam kawasan kena tinggal. Buruk sangat lah. Setelah digoogle, bangunan buruk ni semua kompleks imigresen yang lama. Kenapa lah tak dirobohkan je ye. Ni buat tempat jin berkampung pulak dah. Ke sebab jin dah berkampung, susah nak robohkan? Isyy amit-amit..
Sempadan Malaysia-Brunei berjaya diseberangi. Masuk lah pulak kat kawasan imigresen dan kastam belah Brunei pulak. Kat sini kena lah isi borang permohonan bawa masuk kenderaan. Takde lah susah mana pun. Asal ada salinan roadtax, isi je apa-apa yang patut. Dah tu pass balik ke kaunter dan cop pasport. Sambil-sambil tu kena interview lah jugak. Nak ke Bandar Seri Begawan ke? Sengih je lah. Dah tu dapat info yang boleh buat heart attack. "Hari ni ada sambutan hari keputeraan Sultan Brunei. Banyak tempat tutup." Haiyohhhhhhhhhh.. Terus lemah semangat. Senyum je lah balik kat ahkak imigresen tu.
Isi borang kenderaan..
Cantik copnya..
Dah. Jalan terus. Punya lah seram kawasan imigresen dua-dua belah negara ni. Dah lah tersorok. Tengah-tengah hutan pulak tu. Takde lampu jalan pulak tu. Eii.. Kena balik awal petang ni. Tak nak lah tunggu sampai malam. Seram je dibuatnya. Tak lama tu kami nampak tol. ALAMAK. Berapa nak kena bayar ni. Dah lah takde duit Brunei. Masing-masing dah pucat lesi. Hehe..
Dah tiba turn kami, kami buat muka gwiyomi kat pakcik tol tu. Nak gelak pun ada jugak. Tapi serius memang kami takde duit Brunei. Siap tanya boleh bayar dengan RM ke tak. Tolong lah pakcik, kami mintak maaf banyak-banyak tapi kami ada ringgit Malaysia je. Pakcik tu senyum je. Dah tu dia kata "takpe lah nak, jalan je lah". WHATTT? Oh terima kasih banyak-banyak pakcik! Nak nangis rasa. Haha.. Baik sungguh hati pakcik tu. Takpe pakcik, nanti balik nanti kalau kami jumpa pakcik lagi kami bayar ye duit tol ni. BND3 je pun. Huhu..
Jalan lah kami terus menuju ke Bandar Seri Begawan. Jauh lagi ni nak sampai. Dah lama sikit tu sampai lah kat kawasan Kuala Belait. Kat sini baru lah nampak bangunan, rumah orang bagai. Tak ada beza mana pun countryside Brunei dengan countryside Malaysia. Sama je. Akhirnya, dekat dua jam jugak lah kot on the road dari sempadan Miri-Brunei, sampai lah jugak kat Bandar Seri Begawan.
Tengah ada sambutan..
Jalan punya jalan punya jalan entah macam mana boleh sampai kat Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Orang punya lah ramai kat kawasan ni. Kenapa ramai sangat ni? Dah tu bukan orang local. Kebanyakannya Bangla. Dah tu bersidai-sidai lepak-lepak kat tepi jalan. Apa lah diorang buat ni. Sesak pulak tu kaum kerabat dia. Dah terasa macam kat Bangladesh lah pulak. Hahaha..
Sambil ternganga tengok ramai Bangla, sambil cari parking. Rezeki kami kot, depan-depan hidung dapat parking. Dah parking tu kami jalan lah menghala ke kompleks. Bukan Bangla je yang bersidai kat sini. Filipinos pun ramai. Indonesia pun. What happened? What happened? Telek punya telek rupanya semua bangunan dan kedai tutup sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Brunei. Ada notis ditampal kat pintu masuk, semua kedai bukak dalam pukul 1 nanti. Laaa hai.. Semuanya ni tengah tunggu kedai bukak lah ni? Tskk.. Seram sungguh bila nampak warganegara asing ni berkumpul ramai-ramai macam ni. Ingatkan kat KLCC je diorang lepak-lepak macam ni. Kat sini pun sama gak.
Malaysia mampu? Tak mampu nokss..
Sementara kedai tak bukak lagi (kami pun tak tau kenapa kami nak masuk kedai), kami pun berjalan lah cari mesin ATM. Punyalah selamba lenggang kangkung takde duit Brunei kan. Nasib baik tak jauh dari Kompleks Yayasan ni ada Citibank. Mencucuk lah kami kat situ. Keluarkan BND100 je kongsi empat orang. Ekekeke.. Punyalah bajet ketat gila-gila. Tak ada plan nak beli apa-apa pun. Buat cukup syarat je.
Dah tu, kami ronda-ronda lah kat kawasan sekitar. Jalan-jalan melewati kawasan padang yang kemudiannya aku dapat tau nama padang tu Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien dan seterusnya menuju ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien. Kat padang ni macam baru lepas ada event sebab ramai orang tengah mengemas. Event sempena Hari Keputeraan kot.
Jawi ko..
Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien..
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien..
Sampai kat masjid, ngam-ngam tak lama tu masuk waktu. So, solat lah dulu kat sini. Dia punya tempat ambil wuduk tu kuss semangat jauh nya. Tengah terpinga-pinga tu aku ditegur. "Mau ke mana mbak? Ambil wuduknya di sana." Wait. Aku ni kat Brunei ke kat Indonesia ni? Puahahaha.. Dah settle solat, baru lah jalan-jalan kat perkarangan masjid ambik gambar. Gigih kau menyelca 360 darjah. Bukan kami je yang sakan bergambar kat sini. Ada ramai lagi. Tapi semuanya Bangla. Kahkahkah.. Kami ni taraf-taraf Bangla jugak lah excited memposingkan diri. Tepi pokok pun boleh jadi.
More masjid view..
Disebabkan dah tengahari kan, makanya marilah kita makan bekalan yang kita bawak masuk dari Miri tadi. Port terbaik ialah di bawah pokok kat area masjid. Belasah je lah kan. Lagi pulak ramai jugak Bangla tengah melepak kat bawah pokok. Harharhar.. Sambil makan sambil gelak. Mana tak gelak, macam lawak je duduk bersila atas rumput makan bekal ngadap semak. Tak pernah dibuat orang Brunei kot.
Kat sini.. Jauh sikit dari Bangla-Bangla yang ada..
Lunch!!
Dah kenyang baru lah kami melangkah masuk ke Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Ramainya umat ya ampun. Kedai baru bukak, so ramai-ramai masuk menyerbu. Tempat ni memang lah menarik. Aku ni jakun lah kan bila nampak papan tanda kedai-kedai ni ditulis dengan tulisan jawi. Ternganga aku tengok. Nak membacanya pun kena eja satu-satu. Kalau ada baris atas bawah depan tu senang sikit lah nak menyebutnya kan? Hehe..
Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah..
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien dari kompleks yayasan..
Susuq Badan Marie France.. KO MAMPU TEMAH?
Hambik kau!!
Bagus ekk diorang pakai tulisan jawi ni. Bukan setakat bahasa inggeris tu dijawikan, ditranslate bulat-bulat pulak tu. Nangis mak baca! Nangis sebab banyak nau gelak. Ampun! Tak ada niat nak gelak. Sebab jakun tak pernah jumpa kan. Sebelum menghayati betul-betul, kita gelak dulu. Huhuh..
Kami lepak-lepak sebentar kat tingkat 1 area klinik ni sebab ada free wifi. Yay! Mari lah kita tengok apa-apa yang patut, update apa-apa yang patut. Dah petang dah pun. Nak jalan-jalan ke mana pun tak tau. Koman-koman pukul 3.30, pukul 4 dah kena gerak balik dah. Tak nak sampai kat sempadan time gelap. Serammm..
Dah habis memusing cuci mata tengok kedai yang ada, kami masuk kedai souvenir. Aku beli lah keychain seketul untuk diri aku. Dah tu beli poskad untuk dipos balik. Dah beli poskad, pergi cari setem pulak. Setem ada dijual kat kedai gambar. Salesgirl kat kedai tu bukannya local pun. Orang Filipina. Yes mam yes mam je. Cakap Melayu pun tak pandai. Mula lah melekek-lekek tulis entah apa-apa kat poskad tu. Ada orang tu siap tulis lirik lagu Lelaki Ini lagi. Berangan lah tu kononnya Anuar Zain yang nganto poskad dari Brunei. Chittpoodahhh!!
Mine!!
So nak pos kat mana? Pass je kat information counter kompleks ni. Staff yang ada kat situ boleh tolong pos kan poskad-poskad ni. Settle dah. Tunggu je lah poskad ni sampai kat office nanti. Entah berapa lama masa yang diambil pun aku tak sure.
Dah tak tau nak ke mana lagi, kami pun bergerak lah untuk balik semula ke Miri. Tapi on the way nanti kalau nampak tempat-tempat yang menarik boleh lah singgah. Ye. Salah satu tempat menarik yang kami lalu on the way balik tu ialah Istana Nurul Iman. Sempena Hari Keputeraan ni, istana tak bukak ke? Kot-kot ada kenduri ke? Boleh kami datang makan. Hehe..
Cari calon laki..
Sunyi sepi lengang je perkarangan istana ni. Jamuan makan dah habis kot. Tak dapek lah kami masuk kan. Haha.. Suka suki je nak masuk. Berhenti lah sekejap posing 360 darjah kat sini. Ramai jugak lah manusia yang bergambar kat sini. Ada pelancong dari mana entah naik satu bas, berhenti berposing. Bila dah ramai-ramai tu agak havoc lah jugak. Pakgad yang ada kat situ jeling je. Hehe..
Sempat lah jugak kena tanya dengan Pakgad kat situ. Bukan Pakgad ni, tapi polis aku rasa. Haha.. Kena interview dari mana, nak ke mana bla bla bla. Macam terkejut gitu pakcik tu bila dapat tau kami ni masuk Brunei jalan-jalan tanpa hala tuju lepas tu terus balik. Haha..
Bukak lah gate ni kami nak masuk!!
E'ehh abe kok senyum sokmooo..
Tak lama mana pun kami kat Istana Nurul Iman ni. Nak cari calon laki pun tak sempat. Huhu.. So, balik terus lah kita ye. Tapi ada orang tu nak singgah The Empire Hotel. Katanya hotel paling best dan paling mahal kat Brunei ni. Harga bilik satu malam sampai ribu-ribu hengget. Tak dapek tidur kat sini, kita jalan-jalan cuci mata ambik gambar je lah ye. :P
Pergghh.. Dah sampai tu, memang kaw-kaw sangat lah tempat ni. Cantik! Meriah! Dan LUXURIOUS.. Terkucil mak kalau nak tidur kat sini satu malam noks. Tak mampu mak! Yang bilik hotelnya. Yang villa nya. Yang ala-ala apartment nya. Fuh. Dah tu kereta yang parking kat carpark, alalalalalaaa.. Tak boleh lawan MyVi kami ni. Rasa malu pulak nak parking kat sini. Huhuhu..
Besar kawasan hotel ni!
Kami pun jalan-jalan lah cuci mata. Tak lama tu ada acik sorang ni pusing-pusing bawak buggy. Kami pun tahan ler. Boleh naik tak? Dengan tak malunya kami tanya. Dia senyum je kata boleh, naiklah. Hulalalala.. Takde lah semput nak jalan-jalan. Sekali, aku nak tercekik bila ditanya nak ke mana? Stay kat bilik mana? PUAHAHAHA.. Adoiyaiii acik ni ingat kami tetamu hotel ni. Kami datang pun pakai MyVi je acik oii.. Nak tinggal kat sini? Huhuhu.. Cover-cover line lah kan cakap kami nak ke pantai. Huahuahua..
Lalu sini..
Lalu sini lagi..
Best betul jalan-jalan naik buggy ni. Agaknya sebab kami rasa bersalah yang amat sangat kan, kami minta acik tu turunkan kami kat satu bangunan ni. Haha.. Punyalah mewah ini bangunan. Acik tu siap cakap ohh duduk kat sini ye. PUAHAHAHAHAHAH nak menitik air mata aku dibuatnya. Hahaha..
Ok lah. Jalan-jalan masuk kat dalam. Siap ada ala-ala shopping complex gitu dalam ni. Mewah sungguh. Dah tu ramai yang tengah ber high-tea. Orang-orang kaya ni. Boleh lah ber high-tea bagai. Kami ni mana mampu. Lepak kat kedai mamak boleh ler. Rasa jeles pun ada lah jugak. Teringin nak tanya harga tapi segan. Taku kena cop ulu banat sangat. Ekeke.. Duit pun tak banyak mana kan. Nak pakai credit card macam ngengada lah pulak.
Kedai..
Cuci mata tengok orang..
Perghhh..
Marvelous view..
Oklah kan. Dah dapat ronda-ronda kat kawasan The Empire ni kira oklah. Nanti aku buat majlis kahwin kat sini ye. Ooppss.. Bengkrap iols kalau cenggitu. Haha.. So, berjalan lah balik kami ke car park. Dan kami pun terus balik ke Miri.
Hoi milik siapakah kereta ini... I nak ngorat peleeeaassee..
Sampai kat sempadan memang dah maghrib dah. Gelap. Hujan lebat pulak tu. Lalu kat tol, pakcik tol pagi tadi tak ada lah pulak. Tak jadi kami bayar BND3 pagi tadi tu. Hahaha.. Kang bagi kat pakcik tol yang ni kang, terkejut pulak dia, banyak soal pulak kang nanti. So kami diam-diam je lah. Hehe.. Lalu kat kawasan rumah hantu time-time maghrib macam ni memang lah scary kan. Dah lah tak nampak jalan sangat. Main redah je ikut belakang kereta orang lain.
Dari Brunei masuk Miri tak banyak kereta. Tapi dari Miri nak masuk ke Brunei, perghhh.. Sangat sesak. Panjang pulak tu jemnya. Dah nak dekat dengan Jambatan ASEAN yang mahal gila tu. Ni entah pukul berapa entah diorang nak sampai Bandar Seri Begawan, kalau betullah semuanya nak ke BSB.
Dah, tamat lah sesi jalan-jalan ke Brunei yang spontan tak dirancang ni. Dah masuk Malaysia ni baru lah ada coverage kan. Kat hostel baru lah terhegeh-hegeh cari info pasal The Empire Hotel tadi tu. Terbeliak jugak lah mata sebab satu bilik superior baru BND180. Tak sampai pun RM500. Huk alohh.. Ingatkan seribu lah paling murah. Rupanya murah lagi. Murah lah tu kan, in terms of hotel kaya macam ni. Cari pulak info pasal high-tea tadi.......
BAPAK SUNGGUH. High Tea kat The Empire tadi BND30 je untuk dua orang. WHAAATT? Tengok balik baki duit yang ada dalam tangan. BND66. Huwaaaaaaaaaaa!!! Cis dan cis dan cisssssssskekkk. Kalau tau tadi kami dah pergi dah ber high-tea berangan jadi orang kaya. Menyumpah-nyumpah tak hengat bila dah sampai Miri ni. Hahahaha.. Gila meroyan masing-masing. Serius. Dah macam hapa dah tarik-tarik rambut guling-guling atas katil. Menyesal tak sudah. Nak-nak ada pulak yang dok repeat nyanyi rangkap "Cita-citaku menjadi orang kaya HEYY!!". Heii rasa macam nak pukul orang je. Hahahaha..
Nak buat apa duit ni? Ce citer ce citer.. -..-
Dah. Buat sakit hati je. Hehehe.. Jalan-jalan tak dirancang. So tak syok mana lah sebab tak dapat menikmati betul-betul Brunei ni. Nak kena overnight dua malam kot lebih kurang kalau betul nak merewang Brunei ni. Lain kali lah ye.
Tak peduli. Lain kali pergi, aku nak jugak ber high tea kat The Empire tu.
7 comments :
Hahaha..best!!!
kalau kiter jadi CS kiter pun guling-guling sebab rugi terlepas high tea kat TE tuh!
tim-mystic-crafts,
jalan gamble, best ler.. pastu menyumpah2.. hhahaha..
ina,
serious rasa nak hantuk kepala kat dinding je kalau ingat balik..
napa tak gi GADONG?Kat situ syok sgt..shopping world kat sana la...bukan kat yayasan...hehehehhe...hotel kat brunei ada lgi murah dri empire tu...kat jerudong hotel murah harga dia BND$50 1malam...kat jerudong ada playground nama dia jerudong park...
Anonymous,
Nama pun trip terjah.. Tak prepare apa2, tak study tempat2 menarik, dan tak buat itinerary.. Go with the flow je.. Hehe..
Jalan cerita yg lucu. Ha3x....
Post a Comment