Friday, December 9, 2011

Super Show 4 Seoul ~ TERBAEKK~!!

WARNING: A LOT OF FANGIRLING AND SPAZZING IN THIS ENTRY. READ AT YOUR OWN RISK.

Tarikh kejadian: 19-20 November 2011
Tempat kejadian: Olympic Park, Seoul
Masa kejadian: Errrrrrr.... Bacalah sendiri. Hehehe..

What can I say? Seriously sangat best lah SS4 ni. Macam orang gila jugak lah meroyan tengok. Banyak benda yang aku tak expect berlaku. Ternganga lah, terkedu lah. terover gelak lah. Macam-macam perasaan ada.

Mukadimahnya, cerita dimulakan dengan kisah kami berperang dengan G-Market hari tu. Semangat gila kan nak pergi jugak Seoul. Bila dah tau pasal tarikh SS4, kami punyalah poyo booking flight terus. Aku tak tau nak cakap macam mana tapi AA telah mendengar suara hati kami. Terharu dan gembira sangat bla tiba-tiba ada promotion ticket murah ke Seoul. Hah. Apa lagi. Selamatlah aku merembatnya.

Ye boss.. Kami pergi both days. Mereng tak mereng. Hahahaha.. Hari pertama dan hari kedua lebih kurang je performance diorang. Beza pun sikit-sikit je. Hari pertama nampak carca merba sikit. Hari kedua lagi proper. Teratur sikit. Mana-mana fancam yang aku jumpa kat youtube aku letak jugak kat sini. Credit to the uploader. ^__^ Tapi kalau ada lari dari kisah sebenar tu mintak ampon banyak-banyak lah ye. Almaklumlah, masa mengarang ni dah ala-ala lupa ingatan. Clip tu pulak digodek setelah siap semua repekan ni. Tak kuasa aku nak verify satu-satu. Huhuhuhu..


Kisahnya, aku, Mulan, Asue dan Fieza sampai agak lewat di perkarangan stadium tu. Lebih kurang pukul 5 petang jugaklah sebab sebelom tu pergi meroyan kat Deoksugung dan Namsangol Hanok Village. Leen, Idie, Queen and Aleng dah ada kat sana sebab beratur nak dapatkan official merchandise. Tak lupa juga nak ambik ticket SS4 dari kawan Leen. Merchandise ni dah order dan bayar through GMarket. Tinggal nak ambik je lah ni. Tapi kisahnya, dah beratur lama tapi barisan tak bergerak-gerak. Cuaca hari tu, mak datuk. Sejuk kemain. Angin kuat pulak tu. Agak kesengalan jugak lah pengurusan GMarket ni. Dah beratur panjang, barang belum dapat ambik lagi. Sistem down lah, barcode tak boleh baca lah. Barang habis lah. Konsert pulak bila-bila masa boleh start tapi barisan yang beratur nak amik merchandise masih panjang berlengkar-lengkar. Yang budak-budak 4 orang ni dengan tak makannya lagi. Kesian betul. Sebelum datang ke stadium, sempat jugaklah kami belikan kebab untuk diorang. Almost 3 hours jugak diorang beratur tapi line masih tak bergerak. Gitu gini, kawan Leen datang bagi tiket konsert. Tiket Kia aku tolong jualkan ke seorang Malaysian ni - Sherene. Kenal kat blog ni jugak lah. Hehehehe.. So aku pergi pass tiket kat budak tu dan join balik beratur dalam barisan. Tapi dah lama-lama tu give up terus. Memang takkan dapat punya lah. Sebab konsert dah nak start. Duduk beratur dengan suhu 1 degree. Siapa tahan weh? Menggigil-gigil lagi. So kami terus ke barisan beratur untuk masuk ke stadium.

Beratur nak dapatkan merchandise. Siap ada yang berselubung selimut kesejukan..

The merchandise..

My ticket..

Beratur nak masuk ke dalam stadium pun agak sengal jugak. Tak sistematik langsung. Orang semua nak masuk cepat sebab sejuk macam apa kat luar tapi belum boleh masuk lagi. Bila dah lambat tu semua orang menyerbu pintu. Agak riot jugak laa. Konsert start 7 malam tapi 6.45 kami belum boleh masuk lagi. Dah panjang beratur kat belah sini, bila dah sampai pintu, staff suruh kami beratur ikut belah lain pulak. Adoiii.. Panjang pulak barisan satu lagi tu. Baru je nak feeling-feeling lega dapat masuk dalam panaskan badan. Hampeh. Dah dekat pukul 7 jugak laa kami masuk. Nasib baik konsert start lambat.

Masih ramai yang beratur nak dapatkan merchandise.. Dah ler.. Masuk stadium sana~!!

Hari pertama ni kami duduk kat belah kiri stage. Walaupun kat belah kiri, kira ok jugak lah view sebab seats agak menjunam. Orang depan tak menggangu penglihatan aku. Kekekeke.. Aku sempat jugak lah ambik gambar curi-curi. Tu pun pakai handphone. Takut-takut jugak ni. Sangat tak berani. Kamera pulak, awal-awal dah simpan kat guesthouse. Tak bawak sekali. Takut kena rembat je nanti. Security dia pulak bukan main strict lagi. Asyik lalu lalang je dengan torchlight dia tu. Maunye kena halau keluar siapa-siapa yang dia nampak tengah ambik gambar. Jadinya aku ni cuma berani sikit-sikit je untuk ambik gambar sebelum konsert. Kat tengah-tengah konsert memang sengaja carik nahas lah aku ni kan. Tak nak aku kena halau!!! Well, stage pulak nampak simple. Ada tempat tadahan ana sini. Hurmm.. Gimmick apa lah ye diorang nak buat ni? Macam tempat air mengalir pun ada.

From our seats..

Sapphire Blue Ocean..

Sebelum konsert bermula, ada aktiviti menghantar SMS ke SS4 ni. Siapa-siapa nak hantar SMS boleh lah hantar. Mesej yang dihantar tu akan terpampang kat skrin besar. Macam-macam message yang keluar. Hehehe..

Konsert start lebih kurang pukul 7.45pm. Bermula dengan VCR underwater. Pergh.. Masing-masing handsome gila baban berenang-renang dalam air. Memang cantik VCR ni.

Intro VCR @ Super Show 4 Seoul
cr: uploader

Dah habis VCR tu, satu stage terus penuh dengan lampu-lampu merah menyala. Then kebabaoommmmm~!! Intro lagu Superman!! Fuuhhh... Handsome semua orang berdiri dalam satu barisan mengadap depan keluar dari bawah stage. Meroyan!! Lampu-lampu merah menggila. Masa Yesung start "Heeeeeeeeyyyyy" dia tu, semua orang dah mula menjerit. Aku pun sama jugak lah. Gila ekstreme. Hahahahaa...

SS4 Seoul - Superman
cr: uploader

Weehhhh.. Aku macam tak tau nak tulis apa dah ni. Hahahahaha.. ;P Lagu Superman tu kan, memang best gila lah. Kat tengah-tengah diorang nyanyi tu diorang pergi ke stage depan sikit. Lepas tu stage tu bergerak koo... Fuhhhh... Sambil stage bergerak sambil diorang menari atas tu. Memang smart~!! Stage tu berhenti kat tengah-tengah. Dah tu ada air pancut keluar lagi. Daebak~!! Patutlah ada tempat tadahan air tu. Untuk air pancut rupanya. Memang cun. Habis Superman terus lagu Opera. Sangat best cheoreography Opera ni walaupun simple je. Ngaaaaaaaaaaaa... Meroyan. Meroyan~!! Stage bergerak ke depan, ke belakang. Waaaaaaaaa... Risau masing-masing tergolek dari stage tu je. Ye lah kan. Dah lah menari rancak. Atas stage bergerak pulak tu. Tapi memang tabik ahh. Chantek tarian diorang. ^__^

SS4 Seoul - Opera
cr: uploader

Then it's time for Twins and A Man in Love. Intro part kedua-dua lagu ni aku tak berapa nak kenal sebab diorang buat rock style. Memang sedap di dengar kat telinga aku ni. Seperti biasa, budak kecik Kyuhyun akan muncul kat tempat lain time A Man in Love. Dengan melenggang lenggok lagi. Perghh..

SS4 Seoul - Twins
cr: uploader

SS4 Seoul - A Man in Love
cr: uploader

Then ada tayangan VCR lagi. VCR ni aku tak tau tujuannya. Budak-budak SuJu ni melompat ke sana sini. Ada yang tertonggeng, terbalik, cartwheel segala. Tak dapat aku nak relate. Then it's MIINAH~!! Yey!! Starting dia agak lain sikit sebab ada tambahan rap. Memang tak kenal langsung lagu Miinah. Tapi seriously gila baban sedap. Rock version lagi. Memang tema rock kot malam ni. Lagu semua pun ala-ala rock je. Bila sampai part chorus "Bounce to You, Bounce to You" tu, budak-budak ni dah meroyan melompat sana sini. Yang kat rockpit pun join sama terkinja-kinja. Pergh.. Memang happening. Aku pun happening. Sampai terketuk-ketuk lightstick kat kepala Mulan. Banyak kali pulak tu. Kekekekeke.. Mian Mulan. Hehehe...

Dah habis Miinah, sesi memperkenalkan diri pulak. Entah apa kebenda yang diorang menyengal kat atas stage tu. Makcik cuma paham sikit-sikit je wehh. Hahahaha.. Last-last tu Kyuhyun tertonggek. Motiplaa budak kecik sorang ni. Hahahaha..
cr: uploader

Selepas intro, nyanyi lagu You're My Endless Love. Aku tak kenal lagu ni. Dari album yang first kot? Almaklumlah, aku mula kenal SuJu ni dah lambat. Kalau kenal lagi awal lagi, maunye over sewel. Mesti dah kena isytihar bankrap dah by now. Performance ni ala-ala biasa je. Sebab lagu berentak slow kan. Agak bersepah-sepah jugak lah diorang berjalan mengelilingi stage stadium tu. Then... It's OOPS time~!! Yahuuu!! Lagu yang ditunggu-tunggu~!! Serentak dengan intro lagu, f(x) pun keluar dari main stage. Tapi tak complete berlima lah. Yang ada cuma Vic Omma, Sulli dengan Amber. Tak kisah lah kan. Janji ada performance Oops ni. Memang happening gila. Masa part Hyuk sebut "Bogoitna Choi Siwon..." tu, memang betul-betul si Mabokop keluar. Melompat dia keluar dari bawah stage. Penuh gaya macho dia terus berjalan ke depan Hyuk. Hyuk dah macam apa dah takut-takut tengok Siwon datang. Sempat lagi Siwon usik dia. Hahahahaha.. Dah tu, sambung balik nyanyi. Happening weh!! Nak-nak bila sampai pada part Heenim. Tiba-tiba budak 4 orang tu termasuk f(x) berdiri tegak mengadap skrin besor. Siap buat tabik hormat lagi. Waaahhh.. Heenim's on screen~!! Nyanyi part dia!! Hensem kau pakai suit tux segala. Warrgghhhh~!!! GILA BEST KO.. Aku ye lah. Memang meroyan tak cukup tanah. Huhuhuhuh...

SS4 Seoul - Oops
cr: uploader

Then it's Wonder Boy time. Masa ni memang masing-masing dah bersepah-sepah lari sana sini. Masing-masing tunjuk perangai gila masing-masing. Dah habis Wonder Boy, Rokkugo pulak. Yang bestnya Rokkugo ni, semua budak-budak SuJu nyanyi. Masing-masing ambik part sikit-sikit. Fuhhh.. Memang best~!!

SS4 Seoul - Rokkugo
cr: uploader

Then it's another VCR time. Klip diorang kat New York. Masa SM Town Concert hari tu lah ni. Cantik jugak lah. Ada narration semua tapi in Hangul lah. Mana makcik nak tangkap. Belum sempat habis baca dah tukar ayat lain. Hahahaha..

SS4 Seoul - New York VCR
cr: uploader

Dah habis VCR tu terus lagu Walkin'. Agak lawak jugak lah performance lagu ni. Mula-mula Shindong dan Hyuk keluat naik basikal terapung. Terbang wooo dari kiri ke kanan stage. Lepas tu yang lain-lain keluar kat atas stage sambil jalan atas treadmill. Ala-ala walking lah kan. Lepas tu Shindong keluar lagi terbang naik kapal terbang melintas stage. Lepas tu abang long pulak terbang. Macam-macam. Part Kyu dan Yesung agak lawak jugak sebab time diorang nyanyi tu ada burung-burung puppet kacau diorang. Kekeke.. Sakan burung tu mengacau. Sampai nak nyanyi pun tak boleh. Hahaha..

SS4 Seoul - Walkin'
cr: uploader

Dah habis tu, solo Henry pulak. Henry nyanyi lagu Baby. Kat Malaysia hari tu dah nyanyi dah kan. Kat Seoul tak pernah lagi. Kiranya first solo performance dia. Sama dengan performance dulu-dulu tu. Main piano segala and then menyanyi sambil menari. But this time, Amber join dia atas stage untuk part rap. Agak interesting jugak lah.

SS4 Seoul - Henry Solo
cr: uploader

Then it's abe Hyuk's time~!!! Gigih keluar dari ala-ala benda alah time capsule tu. Semua orang dah saspen siapa yang bakal keluar. Sekali World Anchovy daa!! Moyannnn~~!! Belum apa-apa dah tanya What's my name. Ngaaaaaaaaa.. Lyric dia sebenarnya quite interesting jugak. Macam jual diri promote diri sendiri pun ada jugak. Hahaha.. Tak habis-habis kata dia dia hensem. Walau orang kata ko tak hensem, ko tetap hensem di hati aku. Kahkahkah.. Balik-balik tanya What's My Name? Crowd pun sebut lah Lee HyukJae. Kekekeke.. Dia kata malam ni dia bukan Lee HyukJae. Bila dia sebut say my name dia nak crowd jawab Jang DongGun or WonBin or Jo InSung or Kang DongWon. Tapi tak adanya. Kami tetap sebut Lee HyukJae jugak. Tension dia. "Siapa Lee HyukJae??" Hahahaha.. Tapi performance mantop youuuu~!!!

SS4 Seoul - Eunhyuk Solo
cr: uploader

Habis Hyuk, turn MinMin pulak. Lagu dia ni aku tak dapat nak tangkap tajuk apa tapi biasa dengar. Lagu ballad. Memang sedap MinMin nyanyi. Terbuai-buai aku dibuatnya.

Tengah sebok-sebok MinMin nyanyi kat main stage, crew konsert pulak dok sebok pasang keyboard kat stage tengah. Siapa punya performance lah lepas ni. Gigih mengspeku abe long. Sekali it's the magnae's turn. Motiplah kan. Kyu duduk depan keyboard, tekan keyboard dan start nyanyi. Lagu ballad yang dia perform kat Immortal Song 2 dulu tu. Tak silap aku masa dia perform sekali ngan kakak dia tu. Tajuk lagu aku dah lupa. Baru nyanyi sikit, tiba-tiba ada VCR tayang kat skrin. It's Kyu!! Duduk membebel. Ko neh asik nyanyi lagu ballad je~!! Wakakakaka.. Lawak. Lawak. Terus lepas tu Kyu menggoreng itu keyboard. Main keyboard sambil nyanyi lagu Isn't She Lovely. Waaaaaa... Best ko. Walaupun English ke laut, agak entertaining jugak lah. Kemuncaknye bila dia main harmonika. Ternganga aku. The boy got talent.

SS4 Seoul - Kyuhyun Solo
cr: uploader

Lepas Kyu nyanyi, Wookie pulak!! Kemain mamat tu. Keluar-keluar terus duduk atas sofa. Muka ala-ala bengis je tengok. Hahahaha.. Nyanyi lagu Maroon 5 Moves Like Jagger. Lagu omputih you!! Mula-mula tengok ok je. Sekali bila female dancers masuk join atas stage aku dah rasa lain macam dah. HOHH~!! Memang pun. Terus terbuntang mata aku tengok skinship Wookie ngan dancer tu. Andwe~!! Sexy some more Wookie dok goyang hips dia. Waaaaaaaa.. Crowd jadi gila bila dia ke depan and tarik baju dia sampai paras dada. WAAARRGHHHH~!! WOOKIE ADA ABS!! Bukan 6 packs dah ni. 8 ke 10 packs. Waarrghhhh~!!! Selama ni kau simpan je ye? Tiba-tiba je ni? Semua orang macam kena histeria. Ye lah kau. Budak ni kan innocent semacam tau. Sekali. Hambik kau. Tak sangka. Then dia duduk balik kat sofa. Then the female dancer tu berdiri depan dia and slowly mencangkung. Habis dah Wookie duduk kat celah kangkangan dia. Ya Tuhan.. Pengsan. Pengsan. 18SX terus ni. Then ke depan balik menari ngan dancer perempuan. Once again. Sesi selak baju. The dancer tu selak baju dia dan raba abs. Ngaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Gila semput aku dibuatnya.. Sampai sekarang kalau dengar lagu MLJ ni mampuih memang teringatkan Wookie je.

SS4 Seoul - Ryeowook Solo
cr: uploader

Next, abe long's turn. Mula-mula main saxophone you. Lepas tu main piano pulak youuu. Duduk kat atas kerusi buaian. Hurmmm.. Mesti ada sesi terbang-terbang jugak ni kejap lagi. So, starting tu dia main lagu yang dia main kat dalam WGM depan Kang Sora tu. Tajuknya tak tau apa tapi yang laju gila babeng kemain tu. Dah habis main tu dia start nyanyi lagu SHE sambil main piano. SHE english version ye. Penuh perasaan betul. Then kat tengah-tengah lagu dia pun terbang sambil bawak sebakul bunga ros. Bunga ros tu dia campak-campak ke fans kat rockpit. Dah terbang tu dia landing kat stage depan. Pergi kat crowd yang duduk and tarik fan sorang ni naik stage, nyanyi untuk dia and bagi ros. Waaaaaaaaaaa.. Best gila. Siap peluk fan tu lagi. Jealous. Dah habis nyanyi dia bawak fan tu turun stage. Ngaaaaaaaaaa...

SS4 Seoul - Leeteuk Solo
cr: uploader

Then it's Shindong's turn. Gigih wei nyanyi lagu twinkle twinkle little star. Kehkehkeh.. Remix version ni. Performance dia lebih kepada dance lah dengan several backup dancer. Dalam 4-5 orang. Lagu twinkle twinkle tu buat syarat je. Then dia ke depan buat aksi DJ dia and main dengan laser. Smart wooo. Tiba-tiba lampu padam. Bila lampu on balik, stage tu penuh dengan dancer yang entah datang dari mana. Terus meriah~! Terkejut aku dibuatnya. Memang mantap.

SS4 Seoul - Shindong Solo
cr: uploader

Dah habis performance, back to VCR. VCR ni dirakam kat sekolah. Sepanjang VCR ni dah macam orang gila dah aku gelak. Padahal tak paham satu apa pun. Luckily ada clip kat youtube yang dah bersubbed. Layan je lah ye. Heheheheh..
cr: uploader

Dah habis VCR, terus performance Good Friends. Masing-masing dengan outfit masing-masing keluar atas stage dengan instruments masing-masing. YA AMPOONNNN... Penat aku gelak. MinMin sangat chantek wehhh. Lagu ni supposed to be sedih sebab lirik dia lebih kepada friendship diorang selama 6 tahun ni sejak mula debut sampai sekarang. Ada pahit manis, sedih gembira. Tapi bila masing-masing dah bengong macam ni terus tak jadi sedih. Lawak gila. Masing-masing dah tak betul. Dah tu tiba-tiba muncul pulak Hyuk plak terbang dari bawah stage. Memang rupa ayam la. Tapi dia kata dia dove, bukan ayam. Hoh.. Aku tetap nampak ayam...
cr: uploader

Lepas Good Friends nyanyi lagu Pajama Party. Still dengan costume masing-masing yang tak hengat tu. Kesian betul laa aku tengok Wookie. Memang all out dia jadik gollum. Terbaekk~!! Hahaha.. Terkepit-kepit dia bila skirt dia tu ala-ala londeh. Then MinMin and Mabokop naik satu troli tawaf stadium. Lagi satu troli si ayam Hyuk dengan HulkTeuk. MinMin sepanjang naik troli tu skirt dia asyik kena selak je dengan fans. Lawak tengok dia tepis-tepis tangan fans yang gatal tu. Sudahnye dia terkepit je tahan skirt dari kembang. Hahahaha..
Then it's VCR time. The boys main ice hockey. Gagah perkasa kununnya tu. Nak-nak si Abdul Mabokop Choyy tu. Waduh-waduh. Then performance lagu Feels Good. Lagu ni bagi aku agak bercelaru sket. Suara dengan muzik macam tak sync sekali. Agak berterabur jugaklah. Playback kat skrin belakang tu pun agaktunggang langgang.

Ada satu part tu memang long pause senyap. Dalam 5 mins jugak laa. Gelap je stadium. Sunyi sepi. Mungkin ada masalah teknikal. Tak ingat pulak aku masa bila. Maybe sebelum lagu Feels Good ni kot.

Dah habis tu, Perfection pulak. Korean version. Kat Malaysia hari tu Chinese version. Masing-masing dah ke stage tengah. Zhoumi and Henry join dari tengah. Dah habis tu terus Acha~!! yang ni memang atas stage bergerak. Siap ada sesi air pancut berirama lagi. Bunga api kebabom sana sini jangan cakap lah. Asyik terperanjat je aku dibuatnye.

SS4 Seoul - Perfection
cr: uploader

SS4 Seoul - Acha
cr: uploader

Then another VCR. Awal-awal lagi dah tunjuk Hyuk topless. Nganganganga.. Then Donghae pulak topless. Kisahnya bebudak SuJu ni bangun tidur, bersiap-siap pakai suit and keluar dari rumah. Tapi ikut turutan laa. Hyuk scene bangun. Hae scene dalam toilet dan seterusnya scene pakai baju. Last sekali scene Kyu turun tangga keluar rumah. Hahahahahaha.. Baru je berangan nak tengok Kyu topless. Hahaha..

SS4 Seoul - Mr Simple VCR
cr: uploader

Dah tu terus nyanyi lagu Mr Simple. Best. Best. Lepas Mr Simple, lagu Don't Don pulak. Versi lama lah. Tak ada versi rock rap kat tengah-tengah. Gempak jugaklah performance ni sebab muzik dia lain sket. Aku tak perasan pun lagu Don't don awal-awal tu.

SS4 Seoul - Mr Simple
cr: uploader

SS4 Seoul - Don't Don
cr: uploader

Habis Don't Don, Zhoumi pulak nyanyi solo. Lagu Kelly Clarkson "Because of You". Suara dia not bad jugak lah untuk lagu yang susah nak nyanyi ni. Lepas tu, Yesung pulak keluar nyanyi lagu Kiss Me Darling. Motip sangatlah masing-masing sakan nyanyi lagi omputih untuk solo performance. Nanti bila sampai Malaysia diorang bantai nyanyi lagu Cina plak. Takmooo~!!! Yesung muncul kat tempat kitorang. Meroyan lah jugak.

SS4 Seoul - Zhoumi Solo
cr: uploader

SS4 Seoul - Yesung Solo
cr: uploader

Then, back to the main stage. Siwon Mabokop pulak dah. Habis dia angkut geng gereja 3rd wave dia nyanyi atas pentas. Tajuk lagu Your Grace is Enough kalau tak silap. Wawawawawaw.. Siwon macho gila main gitar. Tapi aku ala-ala layan tak layan je lah. Kekekeke.. Habis je Siwon menggoreng gitar dia, terus tayang VCR with Hae singing in the background. Turn Hae la pulak ni kan? The last part of the VCR masa dia senyum tu. Adoilaaaaaaaaaa.. Cair ko. Nak-nak lyricnya "oppa noman saranghae.." Ngaaaaaaaaaaa... Gila suka~!! Then keluar lah dia dari main stage serba merah. Woww~!! "My name is Donghae!!", jeritnya. Tajuk lagu Oppa Has Risen. Aku tak penah dengar lagu ni. Lagu baru kot? Tapi sedap wehh!! Disco style. Oppa oppa. Meroyan tak cukup tanah aku. Tiba-tiba Hyuk pulak muncul kat hujung sana serba kuning. Adoimakkk.. Duet performance lah ni. Memang EunHae lah~!! Sangat best~!! I said EunHae you said oppa.. EunHae~!! OPPA~!! EUNHAE~!! OPPAAAAAA~!!!

SS4 Seoul - Siwon Solo
cr: uploader

SS4 Seoul - EunHae Solo
cr: uploader

Then this one VCR. Wookie main piano. Sedih woo lagunya. Yesung duduk termenung dalam rumah. Kyu pulak ala-ala lost kat tengah-tengah lalang. Nampak seorang perempuan. Kejar perempuan tu tapi tak dapat. MinMin pun kat tengah-tengah lalang jugak. Masing-masing memang muka sedih habis. Wookie penuh perasaan main piano.. Sedih pulak wehh. Lepas tu scene Donghae duduk kat tanah sambil pangku seorang perempuan ni. Perempuan yang dikejar Kyu and MinMin tadi kot. Mati agaknya perempuan ni. Hae pulak habis berdarah-darah kat kepala and muka. Hae macam orang sasau mintak tolong. Dah tu dia menjerit sekuat hati dia. Wohhh... Gila sedih.

SS4 Seoul - Storm VCR
cr: uploader

Habis je VCR tu terus ke KRYDS - Storm. Masing-masing duduk kat main stage nyanyi. Nice one. Ballad lah kan. Dah habis Storm, lagu Y pulak. Yang ni masing-masing statik dekat props masing-masing. Ada sofa. Ada tiang lampu. Ada meja restaurant. Tak sure pulak aku konsep apa yang ditunjukkan kat sini. Nyanyi pun statik je masing-masing.

SS4 Seoul - Storm
cr: uploader

SS4 Seoul - Y
cr: uploader

Dah tu ada sesi cakap-cakap lah pulak. Yang aku dapat tangkap Teuk kata lagu Y tadi tu Donghae yang cipta. Lain-lain dialog aku tak paham. Hahahaha.. Then it's time for lagu Lovely Days. Acapella version. Sedap jugak lah. After that lagu You & I. Sebelum nyanyi gigih si blonde boy Hyuk ajar crowd step choreography untuk chorus lagu ni. Simple je. Just gerak-gerakkan tangan. Tapi ada jugak steps yang susah. Semangat jugak crowd ikut menari time chorus.

SS4 Seoul - Lovely Days
cr: uploader

SS4 Seoul - Dance Tutorial
cr: uploader

Dah tu it's time for Our Love. Masing-masing nyanyi sambil duduk. Masa ni fanchant memang kuat giler. Suka betul aku dengar. Then kat tengah-tengah tu ada tayang VCR flashback ke zaman-zaman debut diorang. Wawawawawa.. Sedih aku jadiknya. The boys pun pusing ke belakang mengadap skrin untuk tengok clip-clip lama diorang. Time-time suka. Time-time sedih. All the hardship, pain and glory. Wuwuwuuww.. Abang long memang dah nangis dah. Adoilaaa.. Then Yesung ajak crowd nyanyi. Nice.. Dah tu diorang pusing tawaf stadium. And the final part, Kyuhyun nyanyi. Masa ni memang dah nampak dari tempat kami, the magnae was already crying. So, suara pun sangkut-sangkut. Wookie ada jugak lah dok tepuk-tepuk dia. Habis lagu, everyone bowed. Magnae Kyu was the first member untuk keluar dari stage. Tak tahan sedih kekdahnya. Yang lain-lain pun nangis gak. Dok peluk-peluk sama sendiri atas stage. Wawawawawaaaa...

SS4 Seoul - Our Love
cr: uploader

Belum habis sedih aku dah gelak guling-guling. Memang boleh guling-guling jatuh ke tingkat bawah. Mana taknya. Terus tayang VCR Sound of Music versi SuJu. Ya amponnn.. Gila lah diorang ni. Ni lah yang diorang dok berlakonkan kat Olympic Park hari tu ni. Shindong jad Maria. Siwon jadi Captain. Memang semedang kau asyik jadi captain kan. Yang lain-lain jadi anak-anak Captain. Giler sakit perut gelak tengok perangai masing-masing. Lupa terus aku kat aksi sedih tadi. Wakakakaka..

SS4 Seoul - The Sound of Super Junior VCR
cr: uploader

Habis VCR tu terus nyanyi lagu DOREMI. Alaaa.. Sound of Music punye DOREMI tu. "Doe a deer, a female deer.." Lawak beb. Masing-masing memang sengal. Paling tak tahan tengok Captain menari dengan Maria. Hahahaha.. Dah habis tu nyanyi lagu White Christmas pulak. Lepas tu lagu Dancing Out pulak. Memang tak boleh missed lagu Dancing Out ni. Diorang masih dalam outfit yang sama. Keliling stadium diorang meround.

SS4 Seoul - Do Re Mi
cr: uploader
cr: uploader
cr: uploader

Then ada part cakap-cakap. Aku lupa dah masa ni cakap pasal apa. Tak ingat pulak aku, cakap dulu baru salin baju ke, salin baju dulu baru cakap. Hahahaha.. Yang pastinya lepas tu terus encore. Nyanyi lagu U, Sorry Sorry and Miracle. Rock style lagi. Kenapa wehhh aku dah hilang ingatan part last-last ni..

SS4 Seoul - U
cr: uploader

SS4 Seoul - Sorry Sorry
cr: uploader

SS4 Seoul - Miracle
cr: uploader

Dah habis encore, sesi say goodbye. Booohoooooo~!! Sempat lagi diorang ucap thanks kat several negara. Malaysia tak terkecuali. Tak tinggal favourite phrase diorang. "APPA KABBA~!!" Hahahaha.. Bila sebut je Malaysia tu kami memang meroyan dah lah. Orang depan dan belakang terus pandang-pandang. Hahahaha.. Kat belah nun sana ada jugak dengar orang menjerit. So bukan kami je lah yang datang dari Malaysia ni. Hehehehe.. Bila masing-masing dah say bye bye, termasuk henry and zhoumi, diorang pun nyanyi lagu Destiny korean version beramai-ramai. SEDIH WOOOOO.. Dah tu. HABIS~! Tamat!! THE END~!! Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

SS4 Seoul - Destiny
cr: uploader

Total, 40 lagu semuanya. Memang I tell you haa.. Gila baban best. Almost 4 jam pulak tu konsert. Sewel~!! Habis konsert dekat pukul 11.30. Terus kami cabut keluar. Separuh pergi ambik beg kat luggage storage separuh lagi pergi beratur balik kat barisan GMarket nak tuntut merchandise. Kalau boleh nak settlekan malam ni jugak. Besok malas nak bangun awal datang sini beratur balik. Line tak berapa panjang tapi lama jugak beraturnya. Cuaca jangan cakap lah. Memang sejuk macam hapa. Aku duduk bertenggek kat tepi heater je kerjanya. Nasib baik ada diorang pasang heater kat situ. Kalau tak memang beku lah.

Gitu gini, ambik merchandise dah pukul 12 lebih. Terus bergerak ke subway. DENGGG~!! Tutup dah. No more trains!! Tunggu teksi. Teksi tak banyak. Bas lagi laaa. Wawawawawa.. Orang masih ramai ni. Ottokke?? Memang tak boleh nak buat apa dah lah. Kesejukan yang teramat. Kami mengambil keputusan untuk berlindung dari angin lintang barat laut timur daya tu dengan memasuki subway station. Kat situ dah ramai dah umat berkampung. Duduk kat lantai berbungkus. Walaweii?? Kena bermalam kat sini ke? Hahahahahaha.. Tapi, no choice beb~!! Memang selamat lah kami homeless beramai-ramai bermalam kat subway station. Wakakakakaka.. Dah lah sejuk macam hapa. Seriously memang kerja gila betul. Sherene and her buddies pun ada jugak. Sama-sama lah kita berhomeless. Bukan kami je. Ada dari China. Dari Europe pun ada ko. Wakakaka.. Ramai-ramai duduk bergelimpangan kat subway nun. SEJUK JANGAN CAKAP LAAAA.. BEKU WEIII...

Di kala kebekuan tu, ada seorang ahjumma datang jual blanket. WAKAKAKAKAKAK.. Tau-tau je ahjumma ni kan. Ada yang membeli. Lepas tu ngada-ngada pulak tu nak yang warna biru je. Semangat Sapphire Blue kununnya lah tu. Hahahaha.. Kalau beli yang pink, kata sokong SNSD lah pulak. Hahaha.. Tak tahan sejuk ko. Masing-masing dah duduk melekat macam pacat semata-mata nak panaskan badan. Tapi tak jalan pun. Still sejuk. Tapi boleh pulak aku tertidur. Tiba-tiba je kecoh-kecoh semua orang bangun. Rupanya ada pekerja subway kat situ bagi kami semua masuk ke dalam bilih rehat diorang. Waaaaa... Sangat berterima kasih. Walaupun takde lah panas sangat dalam tu at least kami terperap dari tiupan angin dari luar. Walaupun mamai-mamai, nak tergelak pun ada time ni. DAH JADI MACAM DEPOH TAHANAN dah. Hahahaha.. Crowded sangat sampai ada yang kena duduk atas meja. Hahahaha.. Masing-masing dengan perangai tak semenggah kesejukan macam kena tunggu dihantar pulang ke negara asal. DAH MACAM PELARIAN DAH. Macam-macam bangsa dan negara ada. Kehkehkehkeh..

Us.. Homeless..

Terbaekk~!!

Bila dah ramai-ramai tidur tu, biasalah. Bersahut-sahutan orkestra. Hahahaha.. Kroh kreh kruh.. Aku pun sama jugak. Kepenatan kan. Lawak betul. Tidur pun tak berapa selesa. Tidur duduk. Kaki pun cramp sebab nak melunjur tak boleh. Sesak sangat. Terpaksa lah bertahan for few more hours. Tepat pukul 5, station pun bukak. Berkejaran masuk toilet. Hahahaha.. Terus ke platform tunggu train. First train pukul 5.40 pulak tu. Dah sambung tidur balik atas bangku. Berbungkus dengan selimut. Hehehehehe..

Dah naik train tidur lagi. Memang tidur mampus lah. Kalau Mulan tak kejut memang aku tak bangun. Hahahaha.. Dah sampai station Heohyeon Masing-masing berlari balik hostel. Paling depan ketua rombongan ler. Gigih nak landing atas katil. Sekali, sampai-sampai je depan pintu, pintu berkunci. WAKAKAKAKAKAKAKA.. Ketuk-ketuk panggil ahjumma tak bangun-bangun. Adoilaa.. Nasib baik my sister, Aida tak ikut konsert. Duduk kat bilik je. So dialah jadik mangsa bukakkan pintu. Hehehehehe..

Pelarian being denied from going home..

Perghhh.. Memang tak dapat dilupakan lah insiden ni sampai bila-bila. Dah sampai bilik terus sambung terbongkang. Nak-nak katil aku tu hangat je. Sangat best. Sedar-sedar dah pukul 12 tengahari. Wakakakakkaa.. Dah lari schedule dah ni. Ikutkan pagi-pagi ni nak meround Yeouido. Tak jadi laa jawabnya. Bangun, siap-siap pergi lunch dan lepas tu terus pergi ke stadium balik untuk the next SS4 yang start pukul 4 petang. Kihkihkihkihhh.. Gilerrrrr.........

So hari kedua, agak relaks sikit. Tak ada nak terkejar-kejar buat apa. Pergi collect tiket kat ticket booth and we're ready to go in. Tapi barisan nak masuk tu ya ampun panjangnya. Berselirat lagi. Kena berjalan jauh nak pergi join kat hujung barisan.

Together~!!

Hari kedua ni banyak jugak khazanah yang aku dapat. ELFs dari merata negara datang bagi souvenir. Aku kutip je lah. Hehehe.. Buat kenang-kenangan.

Kisahnya hari ni kami duduk di bahagian kanan stadium pulak. Try angle lain pulak. Tak kan nak duduk kat tempat yang sama. Kalau lah dapat duduk betul-betul depan mengadap stage lagi best. Di seat kami dah dilekat dengan satu kertas dan satu banner. Projek K-ELF lah ni. Minta kerjasama semua orang untuk participate. Tulisnya dalam note tu, sila tunggu signal dari wakil section, bila nak kena angkat banner tu. Serentak dengan tu aku terdengar OTTOKKE?? Apa? Apa? Ahahahhaahhahahaaa.. Wakil section kami tu lah. Dia pergi mengadu kat kawan dia, macam mana dia nak explain nak bagi signal kat kami. SEBAB SECTION KAMI SEMUANYA FOREIGNER. Wakakakakkakaa.. Lawak betul. Muka dia dah pucat dah. Kawan dia dah ala-ala gelakkan dia dah. Hehehe..

Sebelum start konsert, aktiviti SMS macam semalam diadakan. Lepas tu suasana jadi kecoh. Waaaaaahhh.. Kang Sora~!! Kang Sora datang SS4~!! Amboih. Suka lah abang long nanti ye. Mesti ada mission apa-apa nak kena buat untuk WGM. Oh wait~!! Kang Sora duduk kat tempat lucky fan semalam. Yang kena tarik dengan Teuk naik atas pentas tu. Jeng jeng jeng.. Adakah Kang Sora akan ditarik naik ke pentas? Ngaaaaaaa.. Tak sabor~!

Konsert bermula lebih kurang pukul 4.30. Overall sama je dengan yang semalam cuma teratur sikit lah. Flow pun cantik. Tak ada terencat sana sini. Tak ada long pause. Recording SS4 jugak dibuat hari ni. Semalam tak buat recording sebab banyak cacat cela. Kalau keluar DVD SS4 ni, gerenti keluar versi konsert hari kedua.

Performance semua lebih kurang sama. Adalah beza sikit-sikit tapi tak banyak. Performance solo Ryewook agak sopan sikit kot hari ni. Hahahaha.. Tak ada aksi kangkang. Aksi baring kat riba je. Kuss semangat. Yep. Solo Leeteuk, memang dia tarik Kang Sora naik pentas. Meroyan semua orang. Hahahaha.. Choreography untuk You & I pun lain sikit. Cikgu Shindong ajar senang sikit. Cikgu Hyuk ajar semalam susah. Lagi apa ye? Oh ya Eunhyuk's solo Say My Name tu. Nama-nama yang disebut Jang DongGeun, WonBin, Jo InSung and CHOI SIWON. Kekekeke.. Adoilah budak blonde seorang ni. Apa lah masalah dia dengan si Mabokop tu. Ye lah Mabokop tu hensem. Tapi kau pun hensem jugak laaaa.. And yes. The K-ELF project. Angkat banner during performance Our Love. Seriously sangat cantik stadium tu jadinya. Apa lagi cik abang-cik abang yang kat atas pentas tu. Ada yang dah menjejeh dah air mata. ㅠ_____ㅠ


cr: uploader

SS4

cr: uploader


cr: uploader


cr: uploader

Yang lain-lain sama je aku rasa. Cuma kali ni ending dia agak lama with all the speeches. Seriously memang aku tak paham apa lah. Sikit-sikit tu boleh lah. Apa yang aku boleh tangkap, Teuk kata this will be the last Super Show. Lepas ni yang aktif cuma SJ-M je. Masa ni ramai yang dah sedih. Kiri kanan ada yang dah sob sob sob. Aku masih boleh kontrol macho. Jangan tengok orang yang nangis tu dah lah. Kalau tertengok memang aku ikut nangis jugak. Hehehehe.. Teuk ajak Heechul datang tengok SS4 ni. Tapi mamat tu tak datang dengan alasan nanti ramai yang nangis. Yep. Betul jugak lah tu. Masa speech ni Teuk memang dah meleleh-leleh air mata dah. Yang lain pun ada yang dah nangis. Tapi paling epik bila masing-masing berlumba-lumba buat aksi comel. Paling tak tahan si Mabokop lah. Bukan comel dah tu tapi gatal. Eii.. Yang penting, siapa-siapa pun tak boleh lawan kecomelan MinMin. Diakui seratus peratus ketulenannya. Kehkehkehkeh..


Well. Overall, aku sangat berpuas hati. Ye. Mungkin orang kata, gila lah kau pergi tengok konsert sampai Korea sana. Kau nak aku jawab apa? Kalau dah minat, apa pun boleh jadi. Hobi mahal. Kenalah banyak bersabar. Nasib baik belum kahwin kan. Kalau dah kahwin? Huiii.. Tak dapat aku nak imagine.

Yosh~!! Goodbye Seoul. See you in KL~!! Kalau ada lah kat KL. Dengarnya Stadium Putra tu sebok pulak nak buat renovation. Nanti-nanti tak boleh ke? Bagi lepas SS4 KL dulu lah!! Harap-harap ada lah kan. Kalau tak ada kat KL, kat Bangkok ada. Kat Singapore ada. Kat Taiwan ada. Kat Manila pun ada. MAMPUIIIHHHHHH~!!!

12 comments :

sha my heart said...

giler r, sampai ke Korea tu.

tapi kalau tak tempatnya, kira OK la. bestla dapat jumpa apa yg kita nak jumpa =)

CikSengal said...

ehehheee.. ada banyak aktiviti lain yang dibuat.. konsert ni salah satu daripadanye..

fadzlina said...

thumbs up..mmg best sangat, sure tak kan lupa

rukiaichigo said...

ngaaaaaaaaaaaaaa.... akhir nyer ko update gak entry psl SS4 ni. gigih aku gelak guling2 & tgk balik fancam yg ko tepek even dh tgk pun. and entry ko ni lebih kurg mcm FA ko kat carik kan... ekekekekekeke... btw, thanks la sbb berjaya jual tix aku & dpt balik tix tu dr Sherene. aku xdpt join korg pun, ada tix tu sbg kenangan pun jadi la kan... ^^

btw, nnt kitorg moyan SS4 kat taiwan plak ek... insya allah!!! ^^

CikSengal said...

fadzlina,
memang.. pengalaman yang tak dapat dilupakan.. hehehe..

kia,
sama je cuma ada tambahan hari kedua.. kat cari aku tak tulis pasal 2nd day.. hehehe.. insyaAllah.. hopefully ada rezeki kita kat taiwan~!!

tim-mystic-crafts said...

cik blankie!!! cik stanum from umah bigbang sini..ekekek...terbaek la FA ko pegi SS4 nih!! teruja makcik oihh!! (p/s: student ko tau x ko pegi concert suju nih?? ekekeke...)

CikSengal said...

allu allu.. welkam2 ke blog yang tak seberapa ni.. hehehe.. gigih wooo.. kalau dah minat tu kan.. hahaha.. student aku?? lantak laa kalau diorang tau pun.. aku tak mintak duit diorang.. kehkehkehkeh..

Jia said...

waaaa best nye!! nak tanye la, seat mane paling best? duduk kat moshpit or numbered seat yg dekat ngn stage tu?

@.madihah said...

akak,yang time leeteuk pergi dekat fans tu,yang dia tarik fans naik atas pentas,lepas 2 peluk,dan siap bagi cincin lagi,kalu akak perasan,kalau yang nielah,tak tahulah kalau hari lain yang akak pergi2 scenenya lain tapi ada hari 2 yang kang sora datang,bagi bunga ros gak,siap bagi cincin lagi dan yang leeteuk peluk 2 ialah kang sora(wife x rasmi dia dalam rancangan WGM 2>) akak tahu kut...
Tapi memang best gila tengok dorang punya konsert walaupun dekat youtube je...hehehe...

CikSengal said...

@Jia
depends.. tapi rasanya lagi best duduk dekat depan stage.. dok kat rockpit tak larat nak berdiri lama2.. hehehe..

@@.madihah
yep betul.. FA ni sebenarnya cerita pasal hari pertama.. hari pertama memang teukie tarik fan.. sebenarnye bukan fan kot.. staff ss4 ni jugak.. yang hari kedua memang dia tarik sora.. akak pegi dua2 hari.. tapi cuma mampu nak cerita panjang lebar pasal hari pertama je.. hari kedua citer sikit je kat paragraph bawah2 tu.. hehehe..

Sherene said...

Kak Yatt, br tau kak yatt ni 'kakak' after bc entri besday akak..tp siyes akak mmg npk muda dr umur akak..sgt!!^^that day after cncert x sembang pun kan..msg2 menahan kesejukan n kemengantukan..huuu..blk pn xsmpt say gdbye..huuuu..tp mmg btul daebak ss4 seoul!nsb dpt jpe akak utk amek tiket..kalo x,x msuk kwn sy sorg ni..really grateful^^

CikSengal said...

sherene,
ahahaha.. tua dah tapi jiwa muda.. ye betul memang dah tak tentu arah masa tu sejuk punya pasal.. hehehe.. pape pun memang enjoyed lah..