Tuesday, May 15, 2012

Autumn in My Heart di Bumi Korea ~ Day 4: Namdaemun Market, Namsan Park, Teddy Bear Museum & Seongnam Art Centre

Tuesday, 22nd November 2011

Hari keempat! Seawal 7 pagi kami dah keluar untuk menyerbu kedai brooch kat Namdaemun. Kekeke.. Alkisahnya, kedai brooch yang murah tu cuma bukak dari pukul 7 pagi sampailah 1 tengahari je. Alpatutlah sebelum-sebelum ni aku datang memang tak jumpa kedai brooch yang murah. Mula lah aku nak menyumpah-nyumpah masa tu kan. Trip kali ni baru jumpa. Sadis betul.

Tettt!! Jangan ditanya kedainya kat mana sebab aku blur! Huuhuhu.. Sebabnya main terjah jalan-jalan je kat bangunan-bangunan yang ada kat Namdaemun tu. Naik turun tangga pusing sana sini mencari kedainya. Jumpa tu memang jumpa. Tapi kalau disuruh describe balik macam mana nak pergi, mintak maap lah. Memang aku tak tau. Entah dari mana aku masuk, entah ikut mana aku keluar, aku pun tak tau. 

Jadinya kat kedai tu, kami memborong apa-apa yang patut. Ikut jenis dan design, satu set boleh dapat as low as KRW2,500. Murah kauuu.. Made in Korea some more.

Dah habis shopping brooch kami shopping souvenir pulak. Ahjumma seorang ni excited betul nampak kami segerombolan datang. Terus ditariknya kami pergi ke kedainya. Siap bagi minum vitagen lagi. Alah benda alah yang Lee Gak suka minum tu. Dah tu bagi diskaun kaw-kaw punya. Pembuka rezeki katanya di pagi hari. Dah habis memborong, kami pusing-pusing cuci mata.

Kedai ahjumma tu..


Langsir anyone?

More things to buy..

Dah alang-alang menyopping ni, aku tak lupa kiriman seluar bunga-bunga ahjumma dari Cik Ina. Sakan dia suruh belikan seluar ahjumma ni. Tengok kat TV, macam best je seluar kaler-kaler yang ahjumma tu pakai. Apa lagi. Misi mencari seluar ahjumma! Tertonggeng-tonggeng aku cari. Hambik kau. Design leopard. Nangis. Mengaum nanti ni kalau dipakai. Hahahaha.. Tak kisahlah. Janji seluar ahjumma. Ku belek-belek, ku telek-telek, tengok-tengok, kainnya amat best. Lembut gitu. No wonder lah ahjumma suka pakai. Selesa ya amat.

Then kami ke Myeongdong. Myeongdong lagi. Hahahaha.. Mana lagi kalau nak menyopping. Tempat yang diserbu ialah Nature Republic. Gigih tau. Siapa yang sakan pakai barang-barang NR ni, kalau ada kesempatan datang Korea, silalah borong banyak-banyak sebab murah. Tak dapat tau harga macam ni kat KL ke kat KK ke. 

Ni zaman budak-budak ni jadi model..

Ramai spokesperson ni...

Now.. Now.. Siapa pernah datang ni?

Aku tak tau nak beli apa. Cuma beli soothing gel yang Jaejoong pegang kat gambar atas tu. Tau tak harga kat sini berapa? Cop cop. Tau tak harga kat KL berapa? Budak-budak ni cakap RM19.90 kat KL. Tau tak harga kat KK berapa? Aku tengok hari tu kat Suria Sabah, kalau tak silap RM31. Gila mahal! Tau tak harga kat Korea ni berapa? KRW3,300 je. Bila convert ke RM, tak sampai pun 10 hengget. Nangis. T___T

Oraito! Our next destination, Namsan Tower. Haiihhh.. Muak dah Namsan ni tengok muka aku. Kekeke.. Tapi tak kisah lah. Aku datang bawak orang. Bertabah je lah kan. So, prosidur naik ke atas sama je dengan cara aku pergi time summer trip hari tu. Menapak ke intersection, naik escalator senget, dan seterusnya naik cable car ke atas. Yoshhh!!

Tiket cable car..

Cuaca hari ni agak baik. Angin tak berapa kuat. Jadinya sedap jugak lah nak jalan-jalan kat area Namsan Tower ni. Macam biasalah, aktiviti yang boleh dibuat kat sini, tengok pemandangan Seoul dari atas, belek-belek mangga etc. etc.

Daun tarak!

Seoul..

Mangga..

Belek-belek.. Khuntoria punya masih exist kah?

Baru lagi ni..

Pokok Mangga..

Melekat kat dinding mencari haba..

Photobucket 
Seoul Tower..

Kebetulan, masa kami tiba kat sini ada satu upacara dijalankan. Aku pun tak sure upacara apa. Ada this one lady bagi penerangan dalam English, tapi hazab sungguh aku nak memahamkan apa yang disebut. Setelah digoogle, upacara tu sebenarnya Beacon Tower Lighting Ceremony. Menebeng lah sekajap kami kat situ menonton ceremony ni.

The ceremony..

Macam garang je pakcik ni..

Dah habis ceremony, kami masuk ke bawah Seoul Tower. Ada macam-macam kat bawah ni. Salah satunya Teddy Bear Museum. Dah alang-alang tu, masuklah kami ke sana. Sila bayar KRW8,000 ye untuk masuk. Teddy Bear Museum kat Jeju aku dah pernah pergi. Yang kat Seoul ni belum lagi. Tak tau lah ada beza ke tak. Kita tengok dulu! 

Pintu masuk..

Macam tak rela je..

Photobucket 
With Goong Teddy Bears..

Museum ni agak kecik lah kalau nak compare yang kat Jeju tu. Aku tepek random gambar je lah kat sini ye. Gambar semua courtesy of Fieza. Kamera cap ayam aku tu payah bebenor nak ambik gambor dalam bangunan yang gelap-gelap. Blur semedang. T___T


Photobucket

Photobucket

Photobucket



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Dah habis. Agak-agak dah tak ada benda lagi nak buat, kami pun turun ke bawah. Dah sampai Myeongdong balik, terliur nampak ahjumma jual roti telur. Selamat beli sebab kelaparan ya amat. Sampai hostel, terus melantak maggi. Kekekeke..

Photobucket
Turun balik ke bawah..

Photobucket
Roti Telur.. Nyam Nyam Nyam..

Aktiviti selepas makan maggi? Kami ke sini. ^____^ Meroyan tak hengat. Nasib baik sempat balik. Kekekeke..

OK. Dah habis dah. Till the next entry!

13 comments :

e.l.i.z.@ said...

Ishhh kt mana la ko pegi tu?xpenah2 aku jumpa kedai mcm tu..haiyaaa.
Eh mcm x comel je pokok tanpa daunkt namsan hahah almaklum la aku pegi time daun menghijau ranum hahah

Delliey said...

Salam.

been your blog's silent reader since a few months ago. :)

nk tnye ape nama kedai brooch tu eh? or ade pic kedai tu x? been there before tp seriously x jmpe kedai brooch yg murah. huhu.

des@line said...

hi..saya ira..boleh tak nk tahu information pasal Hotel Ajumma yang u pernah mention in a blog before? nk tahu macam mana nk pegi sana and price dia..boleh tak email ke desaline101@gmail.com

CikSengal said...

eliza,
ko kena masuk semua bangunan yang ada kat namdaemun tu..

dyla,
nama kedai pun tak ingat.. huhuhu.. hari tu macam ada ambik gambar nama kedai tu, tapi bila tengok balik takde.. nanti try tanya kawan..

ira,
will email soon..

CikSengal said...

ahhahahaha.. tak tau namanya apa.. :P

Mariam Musa said...

eh same lah kita..g sane na cari kunci khuntoria tuh.hhihi

CikSengal said...

amanda, jumpa tak? heheheh..

Mariam Musa said...

lom jumpa sebab lom pergi.hihi..insyallh bulan 4 nih..nak pesan pape?hihi
http://thefunnjoy.blogspot.com

CikSengal said...

chett.. hahahaha..



takpe.. bulan depan saya pegi lagi.. :P

Mariam Musa said...

stay dekat mane?

CikSengal said...

hostel soshi.. kekekekek.. http://www.girlsgenerationhostel.com/

Mariam Musa said...

wahhh..best..ari tu nak duk situ, tapi lari bajet..so pilih guest house khas untuk perempuan.hihihi..

CikSengal said...

ni pun kawan yang book kan.. jauh lagi murah laa dari guesthouse yang penah duduk sebelum2 ni..