Monday, December 2, 2013

Konnichiwa Japan! ~ Day 4: Yokohama, Shibuya, Harajuku & Tokyo Mosque

Tuesday, 22nd January 2013

What can I say.. Sangat best tidur dalam nobinobi ni! Nyenyak betul walaupun sekadar tidur atas karpet je. Tapi once in a while terjaga jugak lah sebab takut tak sedar kalau dah sampai Tokyo. Kami dijangka sampai kat Tokyo dalam pukul 7.08 minit. Tapi lebih kurang pukul 6.30 tu aku dah bangun dah. Settlekan basuh muka pergi toilet bagai. Muka pun ya ampun dah macam zombie. 

Kami antara orang yang awal bangun. "Jiran-jiran sebelah" ramai lagi yang tak bangun. Relaks je masing-masing tidur. Dah biasa dah kot lah kan. Bangun bila dah sampai station nanti. Aku ni takut terlepas station je. Over sangat takut, padahal Tokyo ni station terakhir. Hehehe.. Terakhir pun, mesti train ni nak kena gerak dan parking kat mana-mana kan. So tak boleh lah nak meleweh-leweh. Everything is punctual in Japan. 

Bye-bye Nobinobi.. Till we meet again!


Rasa sedih pulak bila dah sampai Tokyo ni sebab best sangat tidur dalam nobinobi tu kan. Sekali sekala, dipujuk hati ni, jangan sedih lepas ni ada lagi sekali kita akan naik nobinobi ni. Hahahaha.. Kemain penangan nobinobi ni ke atas CikSengal. Kelampauan berganda.

Tokyo Station!

So kisahnya, keluar je dari nobinobi ni aku terus nganga. So, this is Tokyo? Kepala aku terus jadi KUSUT. What? Kenapa ramai yang jalan laju-laju? Kenapa ramai yang berlari-lari? KENAPA RAMAI SANGAT ORANG? O-ohhh.. Not good. Not good. Baru je turun train ni. Belum sampai main building lagi. Tarik napas panjang-panjang baca Bismillah dan mulakan langkah. 

Turun je tangga, ayat pertama sekali yang keluar dari mulut aku ialah "Jom balik semula ke Kyoto.." THIS IS MADNESSSSSS!! Stampeeedddeeeeeeeeee!! Gigih kau kami terhuyung-hayang kena tolak dengan orang yang rushing ke sana-sini. Humang aihh.. Pesen apakah ini? Dah lah kami ni masing-masing comel-comel belaka bawak backpack yang beso gabak kan. Sedikit pun kami ni tak dihiraukan. Tak ada pun yang kesian tengok kami terpinga-pinga di lautan manusia macam ni. Huhuhuhu.. Tokyo tak best! Tokyo tak best! Nak balik Kyoto!! Huwaaaaaaaa!!

Serius, memang nak nangis. Tak pasal-pasal kami pun terpaksa jalan laju-laju jugak mengikut arus. Macam ko kena bawak arus sungai gitu. Tak boleh u-turn, nak pandang belakang pun sorry naik lorry lah. Mata kepala ni tegak je pandang depan. Bila nampak ruang kosong sikit kami menyelit, berhenti sekejap untuk lepaskan mereka-mereka yang jalan laju-laju, lari-lari ni. Tunggu reda lah kononnya. Tapi hampeh. Tak reda pun. Hahahaha.. Balik semula lah kami join masuk sungai manusia ni. 

Agak-agak dah jauh, umat manusia pun dah semakin kurang. Kami mencari ruang yang tersorok sikit untuk subuh gajah. Walaupun ramai yang pandang kami solat, mereka tak kacau. Alhamdulillah. Tapi nak dijadikan cerita, kelakar jugak lah time solat ni. Tak pakai telekung, pakai winter coat, pakai stoken je. Time aku nak bangun dari sujud tu tiba-tiba praaaappp winter coat aku koyak. Kat bahagian ketiak pulak tu. Hahaha.. Bongek sungguh. Ketat agaknya baju ni sebab berapa lapis pakai kat dalam kan. Terpaksalah jalan sopan santun kepit je ketiak. Hehehe..

Dah selesai solat tu, kami terus ke kaunter tiket untuk redeem tiket nobinobi balik ke Osaka. Pening pakcik kat kaunter tu. Tak tau macam mana dia nak explain. Hehehe.. Poyo sangat kami ni tak buat research sampai habis. Sebenarnya, nobinobi dari Tokyo tak singgah Osaka sebab awal sangat. The nearest station will be Himeji. Dari Himeji, naik train balik ke Osaka. Oklah. Himeji pun Himeji lah. Janji dapat naik nobinobi lagi. Heheheee..

Masih awal pagi lagi. Dah settle tiket, kami sumbat beg masuk dalam locker dan mula pergi jalan-jalan. Tak gendong beg, senang sikit nak jalan. Locker pulak kami share-share je mana yang boleh. Dalam JPY300 jugak lah seorang bila dah dibahagi 4. Disebabkan masih awal, kami membuat keputusan untuk jalan-jalan ke Yokohama. Takde dalam itinerary kami sebenarnya Yokohama ni. Tapi, nama Yokohama tu macam glamer je, macam best je. Marilah kita tengok apa yang ada kat sana.

Untung ada JR Pass ni. Naik JR je lah dari Tokyo ke Yokohama. Pergi ke Yokohama, tapi kami bercadang untuk turun kat Sakuragicho Station. Bila dah decide station, pening pulak dah nak naik train yang mana. Ada macam-macam kaler line pulak dah Tokyo ni. Yang kuning lah, yang coklat lah, yang hijau lah, yang biru lah, yang turquoise lah, bertambah pening. Hahaha.. Dah tu, kaler lain-lain kat platform lain-lain. Tu dia.. Ada 10 platforms! Giler nak hafal macam ni. Dah tu terpaksa berenang-renang lagi dalam sungai manusia ni untuk ke platform. Baru berapa minit kat Tokyo aku dah jadi gila. Hahahaha.. Serius mereng dah.

Kaler line dah betul. Platform dah betul. Sekali train yang datang train yang salah. Hah?? Terus buat muka tonyeh. Apa ni? Kenapa salah. Bila tanya orang, dijawabnya naik kat platform lain. Adoihlahhh.. Kenapakah? Huwaaa.. Kenapa signboard tulis kat platform sini. Marilah kita salahkan signboard! Huwaaa.. Nak balik Kyoto! Nak tak nak turun lah kami balik masuk ke dalam sungai manusia, dan pergi ke platform yang dimaksudkan. Hahaha.. Gila. Ini semua gila! Kalau semua station macam ni memang sengsara lah kami. 

Akhirnya, dapat jugak naik train yang betul. Kat station sesak, kat platform sesak, dalam train pun sesak! Sesak-sesak pun kami dapat jugak tempat duduk. Tapi bahaya jugak ni kalau dapat tempat duduk. Sebab kalau duduk je mesti nak tutup mata. Hehehe.. Alkisahnya, memang selamat lah empat-empat tidur! Nasib baik tak terlajak. Dah nyaris-nyaris jugak lah sebenarnya. :P

Yokohama!

Sakuragicho Station ni just one stop dari Yokohama Station. Agak besar jugak lah dan agak ramai jugak lah orang kat sini. Tapi takde lah sesesak Tokyo Station. Relaks sikit aku dibuatnya. Boleh lah jalan-jalan dengan tenang. Tapi keluar je dari station ni................

Sakuragicho Station..

HUJAN..... Waliaoo stress pulak! Hujan renyai-renyai. Nak jalan boleh, tapi jalan tempat yang yang dekat-dekat je. Tak boleh pergi jauh-jauh. Takut tak sempat balik ke station, dah basah kuyup. Langit pun tak janji matahari akan keluar. Kelabu asap je. 

Sangat kelabu asap..

So, kami jalan sekitar station tu je lah. Selagi mana kaki ni melangkah dalam hujan yang renyai-renyai ni. Kalau ikutkan, kat kawasan Sakuragicho station ni, banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Tapi nak kena lah jalan jauh sikit dalam 10-15 minit. Aku macam tak confident je boleh sampai ke tempat-tempat ni memandangkan cuaca sendu macam ni. Paling dekat, kami nampak Museum of Cultural History. Masuk je lah ke dalam tengok apa-apa yang patut.

Kanagawa Prefectural Museum of Cultural History..

Nak masuk muzium ni berbayar. Dalam JPY300 kalau tak silap aku. Tapi kami tak masuk. Sekadar tengok-tengok kat kawasan lobby je. Muzium ni penuh dengan sejarah bahagian Kanagawa ni lah kot. Kat kawasan lobby ni ada lah beberapa display gambar Kanagawa zaman tok kaduk dulu. Semua penerangan dalam Japanese. Sangat tak paham. Makanya, tak payah lah masuk muzium ni. Hehehe..

Kawasan sekitar lobby..

WW2 kot?

Dah keluar dari muzium, berhajat nak berjalan jauh sikit. Tapi tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Terus musnah hajat. Memang tak ada tanda-tanda akan reda. Jadinya kami tak nak lah buang masa kat sini untuk tunggu hujan reda, kami balik semula ke Tokyo. Perjalanan kami masih panjang kat bumi Jepun ni. Ada rezeki, kami akan datang balik ke Yokohama ni sebelum bergerak ke Sendai atau Hiroshima nanti.

Dah merasa sekali naik train kat area Tokyo ni, aku jadi confident sikit lah kot kiranya. Hehehe.. Lepas ni mudah-mudahan tak ada masalah sangat dah lah. Yang penting alert, alert dan alert. So, next destination will be Shibuya. Konon-konon nak tengok lah jugak kan the infamous zebra crossing tu. Dulu-dulu time gila tengok drama Jepun, balik-balik ada crossing tu kat dalam mana-mana drama. Ni nak tengok dengan mata kepala sendiri lah ni keadaan crossing tu macam mana. 

Sebelum pergi tu, kami study dulu JR train map ni sampai terer. Nak ke Shibuya dari Sakuragicho ni kena transfer train kat Shinagawa Station. What? Tak perlu pergi Tokyo Station? Lega sejuta kali. Hehehe.. Eishhh trauma pagi tadi belum hilang lagi. Tak nak ler aku pergi berenang-renang lagi kat situ dalam masa terdekat ni. Huh..

Kisahnya lah kan, Shibuya Station ni bukan je terkenal dengan Shibuya Crossing tu je. Tapi glamer jugak dengan kisah Hachiko. Dok baca-baca blog orang, cerita orang, pengalaman orang, katanya jangan lupa ambik gambar dengan Hachiko kat station ni. Well, aku ni kan sangap. Tak kenal Hachiko tu siapa. Hehehe.. Makanya, tanya pakcik Google. Ohh.. Sedih jugak kisah Hachiko ni. Baiklah! Mesti cari Hachiko kat Shibuya Station nanti!

Dah sampai Shibuya station, keluar lah kami untuk mencari crossing tu. Dah sampai, ayat yang keluar dari mulut aku "Leh? Ini je ke?" Hahahaha.. Kecik je tempat ni rupanya. Dalam drama aku imagine punyalah besar. Adededehh.. Ye lah, dalam drama, ambik shot crossing ni dari langit, nampak besor lah. Ni tengok dari tanah nampak kecik je. Tengok je lah. Tak larat rasanya aku nak lintas sana sini. :P

Shibuya Crossing..

Eheyyy!! Pakcik-pakcik ni dah tua!!

Dah tengok crossing, kami cari Hachiko pulak. Dekat-dekat je sebenarnya. Tak perlu nak jalan jauh. Boleh tahan ramai jugak lah yang tengah tunggu turn untuk ambik gambar dengan Hachiko ni. Kena lah menyelit sepantas yang boleh. Hachiko ni bukan je ramai pemint Jepun. Foreigner pun ramai. Malaysian pun bukan kami je kat sini. Kami jumpa dua family yang tengah berlegar-legar sekitar kawasan Hachiko Square ni. Kami pun sekadar senyum je lah. Yang pakcik makcik balas lah jugak senyum. Yang muda-muda, hampeh..

Hachiko..

Dah bergambar, kami jengah masuk ke dalam "train" yang ada bertentangan dengan patung Hachiko tu tadi. Train zaman dulu kah ni? Main tenggek je kan kat sini. Buat muzium kot sebab kat dalamnya ada beberapa pameran, dokumen dan penerangan tentang Shibuya Station zaman-zaman dulu. Aku pun sekadar tengok-tengok gambar yang ada. Nak memahamkan pun susah. "Muzium" ni dijaga oleh seorang pakcik yang agak tua lah jugak. Mana-mana pelawat yang masuk, dia akan bagi penerangan.

Muzium?

Antara yang dipamerkan..

Malangnya, penerangan dalam bahasa Jepun lah. Bila dah tak ada orang, dia datang menghampiri kami. Senyum je. Mula lah dia bukak mulut cot cet cot cet dalam Japanese. Huwargghh saya tak paham pakcik! Senyum dan angguk-angguk je lah. Sangat gigih ok pakcik ni bercakap. Kami pun sebenarnya kesian kat dia. Lalu kami pun meminta diri untuk pergi. Bila dah jalan setapak dua tapak meninggalkan train tu, tiba-tiba dia panggil kami untuk masuk ke dalam balik. Hoh? Kenapakah?

Pakcik tadi terus membuka satu buku yang agak besar. Gigih dia membelek setiap mukasurat. Kami kira ada sesuatu yang ingin ditunjuknya. Tapi benda apakah? Gayanya bercakap seperti menyuruh kami tunggu sebentar sementara dia mencari sesuatu dari buku tu. 

Selepas lebih kurang 10 minit gitu, jumpalah jugak apa yang dicarinya tu. Tau apa dia? Gambar masjid. HOMAIGAD pakcik! Terharunya kami. Beria-ia dia tunjuk gambar ni. Dah tu dia keluarkan peta subway dan tunjuk station terdekat untuk ke masjid ni. Yoyogi Uehara Station. Serius terus terbangak terharu aku kat situ. Mana pakcik tau kami nak ke masjid dekat Yoyogi ni kejap lagi? Terima kasih lah pakcik banyak-banyak. Dah tunjuk station, siap bagi penerangan pulak macam mana nak ke masjid tu dari station tu. Tapi haram aku tak paham lah. Hahaha.. Nott dan Aida yang ada basic Japanese boleh lah figure out sikit-sikit apa yang pakcik tu cakap. Kami dah ada tulis dah sebenarnya instructions nak ke sana, tapi tak tau nak bagitau kat pakcik tu macam mana, so kami layankan je lah dengar dia mengexplain. Tersenyum lebar pakcik tu. Riak muka dia macam puas sangat dapat tunjukkan gambar masjid pada kami. TERIMA KASIH PAKCIK!

Pakcik yang gigih!

Kami pun bergerak keluar dan pakcik tu pun tersenyum-senyum melambai kami pergi. "Jangan sesat! Yoyogi Uehara tau!". Pesannya lagi. Ni aku tak paham lah. Mintak budak dua orang tu translate kan. Hehehehe..

Next? Sebelum kita ke masjid kat Yoyogi Uehara tu kami pergi ke Harajuku terlebih dahulu. Aku dok bayangkan Harajuku ni tempat orang pelik-pelik terkinja-kinja. Tapi malangnya bila dah sampai sana, tak ada seorang pun orang pelik yang ada. Hehehe.. Aida kata kalau datang hari Ahad boleh tengok orang-orang pakai cosplay kat sini. Malangnya hari ni hari Selasa. Tak dapat lah nak tengok. 

Harajuku ni meriah jugak lah. Ada deretan kedai-kedai. Dah tu ramai pulak tu orang. Ni hari biasa. Kalau weekend, sesak agaknya. Kalau sekali pandang Harajuku ni, membuatkan aku teringat kat Myeongdong. Ah rindunya nak ke Myeongdong lagi. Huhuhu..

Jalan masuk..

Any fans?

Antara kedai yang ada..

Hehhhh!! Apa ni? Malam ni!! Huwaaaaaaa..

Nak beli nokss?

Tapi kan, agak scary jugak lah kat hujung-hujung tu sebab nampak ramai pak hitam dok berkeliaran bawak flyer. Diorang ni pekerja ke apa ni? Macam-macam flyer yang ada. Dah tu pak hitam-pak hitam ni jugak dok tarik-tarik orang untuk masuk ke dalam kedai. Hohoho kalau macam gini caranya, tak nak lah duduk lama-lama kat sini. Mari lah kita cha alip but!

Kat Harajuku ni, macam orang dah tak betul pulak kami ni bila tiba-tiba terkinja-kinja bila nampak Daiso. Hahaha.. Masuk lah kejap tengok Daiso ni. Barang yang ada kebanyakannya dijual dengan harga JPY100. Mengikut conversion semasa baru RM3.50! Ohoyy.. Mari lah kita skodeng apa-apa yang patut. 

Daiso oh Daiso!!

Dah dekat pukul 1 dah. Kami tak makan apa-apa sejak pagi tadi. Kat dalam Daiso ni pulak tiba-tiba kat bahagian makanan ada lah pulak jual coklat made in Malaysia siap cop halal Jakim. Terus gelak besar kat situ. Apa lagi. Ambik seorang sepapan coklat tu! Boleh lah buat alas perut sementara tunggu jumpa tempat makan nanti. Aku cakap tak pernah pun nampak coklat ni kat Malaysia. Ada ke? Nott selamba je cakap ni untuk dieksport ke Jepun je tu sebab tak jumpa kat Malaysia. Hahahaha.. Ye lah tu. Ni dah alang-alang kat Daiso ni, aku beli jugak lah sewing kit. Ye lah kan. Ada yang terkoyak pagi tadi. Hahahaha..

Alrightooo!! Kami ke Masjid lah pulak ye lepas ni. Katanya dari Harajuku ni boleh naik subway train ke Yoyogi Uehara station. Malangnya kami lost dan tak jumpa jalan. Balik-balik jalan mundar mandir depan station Harajuku tu. Mana taknya, peta train yang ada kat tangan kami cuma peta JR je. Peta subway tak ambik langsung. Berlagak sangat lah kan. Nak jalan-jalan naik train JR yang free je sebab pakai JR Pass. Tak terfikir pun pasal subway train. Bajet semua tempat boleh pergi dengan naik JR je. 

Dah lebih kurang dalam 15 minit macam orang tak betul terpinga-pinga kat situ, kami ditegur oleh seorang perempuan Jepun. Aku dah cuak dah sebenarnya. Hahaha.. Sekali dia cakap "Can I help you?" Huwaaaaaaa!! Dia boleh cakap English! Apa lagi. Cot cet cot cet lah tanya dia macam mana nak ke Yoyogi Uehara tu. Senyum je dia. Terus dia bawak kami ke subway station. Lah.. Nama station ni pun lain. Bukannya Harajuku Station tapi Meijijingumae Station. Hehehe.. ARIGATO!!

Nak beli tiket subway pun sangat challenging. Buat muka confident je lah tengok orang kat depan beli tiket macam mana. Nasib baik lulus dengan cemerlang tanpa masalah. Mahal jugak tiket subway ni. JPY160 one way. One stop away je pulak tu. Kalau lama duduk kat Tokyo ni, boleh lah jugak kami beli subway pass. Malangnya sekejap-sekejap je kami kat Tokyo ni sebab kami jadikan Tokyo ni starting point untuk ke Sendai, Fuji dan Hiroshima nanti.

Tiket subway..

Tak sampai 5 minit naik train, sampai lah kami kat Yoyogi-Uehara station. Kami pun keluar lah dari station ikut instruction yang ada pada kami. Bukan ikut instruction pakcik Hachiko tadi tu ye. Dah dekat setengah jam pusing-pusing tak jumpa. Biar betul? Katanya ikut Exit 2. Memang tak boleh pakai lah instruction ni. Kami nak access internet bukak google map pun tak dapat. Last-last, tanya station staff kot-kot dia tau lah kan. Hambik kau. Dia siap keluarkan peta tunjuk jalan. Keluar ikut exit 1 ye. Cisss.. Kalau tau tadi, terus tanya dia siap-siap. Kesimpulannya jangan malu bertanya station staff!

Yoyogi Uehara Station..

Seronok lah ni. Kalau jumpa masjid, confirm ada tempat makan halal kat sekitarnya kan? Memang kebabomm lah punya tinggi harapan kami. Sekali, harapan tinggal harapan. Takde langsung kedai ke restoran ke apa ke seperti yang diharapkan. Sedih hokkay!! Dah lah kelaparan tahap gaban apa dah ni. Muka pun penyek je. Takpelah. Kami singgah solat je lah kat sini. Kalau betul tak jumpa tempat makan, kita check in guesthouse, masak maggi je lah nanti. Huhuhuhuh..

Masjid Tokyo..

Masjid Tokyo ni kalau ditengok-tengok memang pengaruh Turki habis ni dari segi architecturenya. Chewaaahhh macam terer je aku ni kan. Tapi tak salah tekaan aku tu sebab bila baca penerangan pasal masjid ni memang jelas dan nyata Turkish style sebab yang bina masjid ni pun orang-orang Turki. Dah lama dah. Sejak tahun 1938 lagi.

Pintu masuk untuk ambik wuduk.. Turun ke bawah..

Inside..

Interior dalam masjid ni cantik. Tapi aku takde lah ambik gambar sebab no photos allowed katanya. Kang kena tangkap payah lah jugak. So ambik gambar curi-curi je ni. Dah selesai solat, aku pun mula lah buat kerja sampingan patching up my coat. Hahaha.. Sementara ada masa ni dan sementara tunggu yang lain-lain settle solat boleh lah buat. Dah habis semua, balik lah semula kami ke station. Dah dekat 3.30 petang dah. Kami bercadang untuk terus check in guesthouse. Nanti kalau lambat, takut dah gelap susah pulak nak cari celah bedah mana lokasi guesthouse tu.  

Jahit lah jahit..

Kisahnya, kena lah balik semula ke Tokyo Station kan untuk ambik beg kat locker. Terus pening kepala nak pikir. Mudah-mudahan nanti tak lah sesak mana. Dari Yoyogi ni kami naik subway je straight sampai Tokyo station. Harga pun JPY190. Malas nak pikir panjang, lagi pulak nak jimat masa tak nak tukar-tukar train banyak kali. Tutup mata je lah bayar tiket. Sampai je kat sana waktu rush hour. Memang lah menyumpah-nyumpah. Cepat-cepat kami berjalan ke locker, ambik beg, dan naik train ke Minami-Senju Station. Station terdekat dengan New Koyo Hotel, tempat kami bermalam untuk malam ni.

Sampai New Koyo dah dekat pukul 6 petang. Dah gelap dah. Lepas check in, terus bongkar beg keluarkan Maggi. Kehkehkeh.. Serius satu hari kebulur, memang tak boleh nak pikir apa dah. Tersengih kegembiraan bila dapat ngap maggi. Malam ni sure tidur nyenyak punya lah. :P

Maggi + Tuna + Seaweed = Nyamaaaaaaannn..

Masih lagi di Tokyo so tak ada perubahan apa-apa dengan map jalan-jalan kami. Hehe..
Day 4 updates..

Ok. Habis dah!


Kos perbelanjaan hari ni:-

Locker = JPY300
Subway Train = JPY350.00
Daiso = JPY200.00
New Koyo Hotel = JPY2400

TOTAL = JPY3250.00

5 comments :

tim-mystic-crafts said...

cik sengal!! siyes gelak besor aku baca Japan entry ko ni...challenging sunggoh! kkkk. Eh mai la jalan Kyoto lagi...aku ada sini sampai Mar-15 taw.. :)

CikSengal said...

hehehe... kenangan terindah gitu menjejakkan kaki kat Tokyo.. InsyaAllah.. memang nak datang lagi.. tunggu tix murah.. :)

Aliah Nuqmans said...

aku baca nama train byk kali pon naik gile dahh.
huuu tros baca pasal Hachiko.
sadisss aku nangesss

CikSengal said...

aliah,
prektis jadi gila dulu sebelum pergi.. nanti dah sampai sana takde lah kekok nau..

tiga lalat said...

nice travelogue gi tokyo yee ;p