Sunday, 6th May 2012
Rangiora --> Christchurch
Our final leg, Rangiora to Christchurch! Yabedabeduuu dah nak habis dah pengembaraan merentasi South Island ni. Baki hari yang ada ni kita enjoy all out lah ye! Kisahnya jugak, hari ni kami akan pergi kembalikan JUCY kepada tuannya. Huwaaaaa.. Sentimentel tahap langit ke tujuh dah ni. 11 hari dek non mengharungi suka duka bersama, mesti lah sedih kan nak kena berpisah. Tak dapat dah nak tidur dalam ni lagi, tak dapat nak masak-masak lagi, tak dapat nak tergolek-golek lagi. Huhuhu..
Dengan hati yang sayu (poyo) kami pun menyiapkan diri lah kiranya untuk bergerak ke Christchurch. Sebelum gerak, aktiviti biasa yang kami lakukan, breakfast dan jalan-jalan sekitar campsite untuk ambil gambar, layan blues dan sebagainya. Breakfast pagi ni kemain meriah dan mewah. Nak mengurangkan stok makanan lah katakan. Tak ada lah nanti pening kepala nak uruskan saki-baki yang ada.
Omelette..
Chicken burger..
Dah settle kemas, baru lah jalan-jalan ambik gambar. Kawasan campsite ni agak besar jugak lah. Banyak kabin dan tapak caravan. Kabin yang ada pun dah macam rumah orang. Macam dah bertahun-tahun penghuninya duduk situ. Yang tapak caravan pun sama. Ada tu macam dah jadi rumah dah. Kiri kanan depan belakang ada pasu bunga bagai. Mesti orang ni dah booking tapak ni sepanjang tahun. Bila-bila dia rasa nak ke sini, dia datang je.
Main building..
Cabins..
Toilet & Shower..
Dah macam rumah orang..
Us and jiran-jiran..
Then it's time to say babai.. Till we meet again lah gitu Rangiora ek. Straight terus menuju ke Christchurch. Sebelum kami gerak tadi, kami dapat jugak lah banyak info bahwasanya banyak aktiviti tengah berjalan kat Rangiora ni. Antaranya ada farm festival ke apa namanya tu. Open day kat kebun-kebun dan ladang-ladang yang ada. Macam menarik je kan? Tapi tak menyempat lah nak ke sana. Banyak benda nak kena settlekan sebelum pergi pulangkan JUCY ni.
Babai!!
Perjalanan dari Rangiora ke Christchurch takde lah jauh mana pun. Setengah jam je dah sampai. Tapi sebelum menghala ke sana, kami ambik kesempatan untuk pusing-pusing pekan Rangiora ni sekejap. Tengok-tengok je apa yang ada. Tak ada apa pun! Lengang selengang lengangnya. Orang pun kami tak nampak. Kekeke.. Nak tergelak pun ada. Rasa-rasa dah puas tu baru lah gerak ke Christchurch.
Lengang..
War Memorial..
Lengang lagi..
Kedai makan..
Dah masuk bandar ni, baru lah nampak kereta. Banyak pulak tu. Orang pun ramai lah jugak. Rasa lain macam pun ada lah jugak kan sebab dah biasa tengok kambing je. Ni nampak orang dengan kereta macam jakun lah pulak. So our first destination ialah untuk mencari tempat tinggal untuk baki dua hari kat bumi NZ ni. Kami memilih untuk duduk kat backpacker At The Right Place. Misi mencari At The Right Place lah pulak pagi-pagi ni.
Christchurch go go!!
Berpandukan GPS kami mencari backpacker yang berkenaan. Sepanjang perjalanan tu kami disajikan dengan pemandangan yang agak menyedihkan lah jugak. Tergamam dan terkedu aku kat situ. Banyak betul bangunan rosak di kiri dan kanan jalan. Jalan raya nya pun tak berapa elok. Ni semua kesan daripada gempa bumi yang melanda Christchurch pada Feb 2011 dulu tu. Sedih ko. Ada lah jugak beberapa bangunan yang tengah under restoration. Ada jugak yang dibiarkan macam tu je, tak tau akan dibetulkan atau pun tak.
Tinggal bumbung je..
Under restoration..
Oraito dah jumpa dah backpacker ni. Tapi tak boleh nak masuk lagi sebab takde bilik kosong. Terpaksa lah tunggu petang nanti untuk check in. Sementara tunggu waktu check in, kami pusing-pusing dulu bandar Christchurch ni. Selagi boleh pusing, kita pusing, sebab lepas check in dah nak kena pergi pulangkan JUCY pulak. Huhuhu..
At The Right Place..
The first stop, kami singgah masjid. Masjid An-Nur gitu namanya. Lokasinya di Dean's Avenue berdepan dengan Hagley Park. Tujuan utama kami ke sini selain untuk solat ialah, nak tanya orang mana nak cari kamben halal. Kehkehkeh.. Stress ko, tak jumpa-jumpa lagi kamben ni. Memang fail kami ni dalam mencari. Tak habis buat research dah gedik datang NZ. Kat NZ pulak, hambek kau, internet limited. Memang huru-hara lah.
Perjalanan dari ATRP ke masjid takde lah jauh mana. Tapi agak terkedu jugak lah sebab tak banyak kereta lalu lalang dan tak banyak orang yang jalan-jalan. Keadaan jalan pun amat menyedihkan. Rekahan sana sini. Dok tampal-tampal sana sini. Even kat kawasan depan masjid pun ada jalan lencongan. Sedih oii tengok.
Masjid pun sunyi sepi jugak. Mungkin sebab belum masuk waktu kan. So, kami masuk je lah dan selamba kodok parking JUCY kat dalam. Terus ke belakang, yang kami bajet tempat perempuan lah. Betul lah tu kot sebab ada seorang perempuan aku tak pasti bangsa apa, mungkin Somalia, mungkin Tanzania ataupun Kenya sedang dok mengemas kat situ.
Signboard..
Masjid An-Nur..
Bahagian perempuan..
Ni dah alang-alang ada orang kat dalam masjid ni boleh lah tanya macam mana nak dapatkan makanan halal. Dia kata tunggu sat dia ambik something. Dah tu dia hulurkan business card pada kami. Ohh.. Nama dan alamat kedai. Wah bagus. Terima kasih! Senyum je akak tu. Akak ke adik ke belasah je lah. Sempat jugak interview dia tanya staff masjid ke. Dia kata dia cuma volunteer je kat sini. Kalau ada masa lapang, dia datang masjid ni kemas-kemas dan bersihkan kawasan masjid. Wah.. Kagum sungguh aku. Bila aku nak start buat kerja volunteer macam ni kan?
Dah selesai solat, kami pun bergerak lah ke mencari kedai halal tu. Kami lalu tepi Hagley Park. Cantik park ni. Besok boleh lah jalan-jalan kaki kat kawasan ni.
Hagley Park..
Sampai lah kami di Lincoln Road. Dari jauh dah nampak signboard HALAL. Menjerit-jerit dalam van. Tersengih-sengih macam hapa dah. Hahahaha.. Dapat makan kamben yay!! Oklah, cari parking kat kawasan yang agak terhad kat area situ, dan menapak lah kami ke kedai halal tu.
Tak boleh parking lama-lama..
Ya aaa aaawww!!
Hurmm.. Tipikal kedai Pakistan & Bangladesh kat UK. Ekekkee.. Aku tak tau nak describe macam mana kedai ni makanya aku describe macam tu lah. Kedai ni mengingatkan aku ke kedai Pakistan selang 4 buah rumah time aku duduk kat Sheffield zaman muda-mudi dulu. Punya lah dekat kan, hari-hari pergi beli barang kat situ. Ekeke.. Ahhh rindunya masa tu.
Antara bahan makanan yang dijual..
Nott interview pakcik kamben..
Sebelum ni kami ada terbaca kat kawasan ni banyak restoran halal. Salah satunya restoran milik orang Malaysia. Sempat lah jugak mengskodeng kat kawasan tu tapi tak jumpa lah pulak. Tanya kat pakcik kamben ni, dia kata tak pernah dengar pun restoran tu. Alamak. Salah ke? Lepas tu dia kata, rasanya dulu-dulu macam ada tapi dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah tutup. Cisss.. Mungkin yang kat website tu tak terhapdet.
Restoran Halal memang ada kat kawasan kedai halal ni, tapi kebetulan timing tak ngam, restoran tu tutup. Mungkin sebab hari ahad? Aku pun tak pasti. Makanya, kita beli je lah bahan kat sini, pastu balik hostel nanti kita masak je. Makanya beli lah kamben. Yay!! Mintak pakcik tu potongkan 4 keping untuk kami buat steak lah kengkonon. Pening pakcik tu nak potong ikut mana. Biasanya orang beli hambik kau setompok macam tu. Kekeke.. Alah pakcik, potong je lah macam mana pun. Janji 4 keping. Harganya pun ikut berat kan. Selain dari kamben, kami beli beef pie jugak. Tembolok kemain besor!!
Gumbira sangat di hati sebab dapat beli kamben. Kami pun bergerak pergi. Kat kawasan kedai ni ada jugak lah kedai filipina dan family store jual baju gitu. All in one place, senang lah kot kan nak cari barang.
Kedai Philippines..
Kedai baju..
Ok dah! Dah dapat kambing, mari lah balik ke ATRP untuk check in. Dah dapat kunci dari recept, kami pun masuk lah ke dalam. Punyalah banyak khazanah dalam JUCY ni kan. Asyik ulang-alik je memindahkan barang. Entah apa-apa yang ada dalam sini. Almaklumlah, 11 hari berkampung dalam ni kan. Makanan, kain baju, gadget bagai semua ada. Nasib baik Cik Ti tak tumpang berkampung sekali.
Moh masuk!!
Masuk dalam bilik je terus terkinja-kinja kegembiraan sebab nampak katil. Kehkehkeh.. Terus landing baik punya. Gaya macam tak pernah nampak katil. Ye lah kan. 11 hari dok tertonggeng dalam van. Bilik yang kami dapat takde lah besar masa tapi selesa lah jugak. Janji ada ruang untuk solat. Kalau tak, solat atas katil lah jawabnye. So, kami duduk sini untuk dua malam terakhir kat bumi NZ ni. Sedih lah pulak kan nak berpisah dengan JUCY. Huuurrr..
Katil oh katil!!
Dikesempatan ini, aku sempat lah jugak mengskodeng apa yang ada kat ATRP ni. Agak meriah. Ada ruang membaca, ada ruang internet, ada ruang tengok tv, yang paling aku suka dapur dia. Besar! Boleh lah tunjuk skill memasak buat kali terakhir kat sini. Puehehehe.. Umat pun ramai. Secara random kami tanya, kebanyakannya on working holiday permit. Gigih lah diorang ni bekerja sambil jalan-jalan. Aku kalau ikutkan nak jugak apply tapi masalah age limit lah pulak. Kweng kweng kweng.. Hahahahha..
Lepak-lepak..
Surfing surfing..
Tempat nonton.. Ramai giloss umat..
Dah siap dah ngangkut barang, kita kerjakan kemas JUCY pulak. Aiyoyo sedihnye. Hahahaha.. Poyo gila. Tengah kemas-kemas tu, ada lah pulak utensil tak cukup. Aishhh.. Kang kena charge pulak kang. Makanya sebelum pi airport pulangkan JUCY kita singgah dulu supermarket mana-mana untuk ganti utensil yang tak ada tu. Selain beli utensil, kena lah jugak pi isi minyak jugak. Semuanya nak kena ganti lah kan.
Kemas!!
Bersih!!
Pusing punya pusing jumpa lah dengan South City Center. Ada supermarket New World kat situ. Boleh lah cari barang. Kebetulan kat sini ada library. Dah tu, ada free wifi pulak kat sini. Apa lagi. Tercongok je lah kat situ main tenet sekejap. Dah tu baru masuk New World. Selain jalan-jalan dalam New World, kami skodeng-skodeng kedai-kedai lain yang ada kat situ. Tak banyak mana pun. Kawasan mall ni pun banyak yang tengah under restoration. Ada kedai yang roboh, ada siling yang lompong, ada tiles yang merekah. Aiyohh sedihnya tengok.
Main tenet kat sini..
Dah dapat barang, kami keluar dan pergi isi minyak dan terus ke airport. Masuk lah kami ke HQ JUCY ni. Welcome to JUCY-ville katanya. Hurrr..
Welcome!!
Masuk-masuk je kami terus ditegur dengan happynya oleh staff kat situ. Mana tak nya muka kami ni memang boleh dikenali kot. "Hey you lot!! How are you? It's been what.. 10-11 days right?" Perggghhhh.. Siap hapal tu. Hahahaha.. Agaknye dia ingat gila-gila sebab kami ni dah lah kecik-kecik kan, pastu cita-cita besar nak bawak van. Mesti diorang risau. Sampai ke tidak budak-budak ni ke destinasi yang ingin dituju. Well, WE ARE HERE!! So kami selamat lah kan? :P
Dah siap register kat kaunter, staff pun pergi kat JUCY untuk buat spotcheck. Check sana-sini, utensils, kitchenware, bantal selimut, minyak, air bla bla bla.. Tapi check gitu-gitu je lah. Takde lah strict mana pun. Asal check je gitu. Dah tu dia mintak pergi ke kaunter pulak. Kami ambik kesempatan untuk bergambar untuk kali terakhir dengan GAK845 yang dah banyak berjasa ni. So long my friend. Nanti ada rezeki lagi kita jumpa lagi ya!
26,600km.. ^______________^
Dah settle urusan kat kaunter bagai, salah seorang staff tanya tak nak ambik gambar ke? Kami kata dah ambik dah gambar dengan van kami. Dia terus gelak. "What about me?" tanya dia lagi. Chaittt.. Cakap je lah ko nak ambik gambar dengan kami. Puehehehe. Ye lah, ye lah. Meh lah ambik gambar buat kenangan. Hahahaha..
Nak sangat kan!!
Then we saw GAK845 bergerak pergi masuk ke dalam bengkel. Huwaaaa.. BYE BYE!! Eyy sedihnya macam apa time ni. Hahahaha.. Dah tu, baru lah terhegeh-hegeh tanya staff JUCY macam mana nak balik semula ke city center. Katanya boleh ambik bus dari airport. Dia boleh tolong hantarkan pi airport kalau nak. Of course lah nak! Hehe.. Kebetulan dia nak ke airport untuk ambik customer yang baru sampai. Dah alang-alang tu kan.
Bye bye GAK!!
Kat airport, kami terus ke bus stand lah. Ada airport bus kat situ. One way perjalan ke city center harganya fix NZD7. Vavavavava mahal jugak tu. Tapi belasah je lah kan, janji sampai. Tak ramai pun orang dalam bas tu. Kami dan beberapa ketul yang lain je. Problemnya kami tak tau nak berhenti kat mana. Hahahaha.. Siap bagitau kat driver bas kami nak turun kat bus stand yang berdekatan dengan ATRP. Dia angguk je. Kalau dah sampai nanti dia bagitau.
Naik bas!
Dah lebih kurang setengah jam gitu kat jalan, driver bas pun cakap turun kat sini. Siap bagi direction menuju ke ATRP. Okies! Turun lah kami. Bas ni berhenti kat persimpangan Bealey Avenue dan Park Terrace, rupanya. Aku kenal jugak lah kawasan ni hasil dari pusing-pusing naik JUCY siang tadi. Tak jauh mana dah lah. Nak kena jalan kaki sikit je lagi.
Belum lagi pukul 6 petang tapi keadaan sekeliling sunyi sesunyi-sunyinya. Gilos tak ada orang! Kereta pun ciput je. Mak oihhh.. Seram ni. Tak berani aku kalau nak jalan sorang-sorang kat sini. Memang tak ada orang jalan malam-malam kot? Duduk rumah lagi best agaknye lah kan.
Dah sampai ATRP kami pun settle down, mandi, solat bagai then acara makannn!! Malam ni takde lah makan gempak sangat. Mengurangkan bahan makanan yang sedia ada dan bakar pie yang dibeli kat kedai pakcik tadi tu. Berselera makan. Nyamnyamnyam.. Besok malam lah ye kita makan kamben. Hehehehe..
Pie!! Nyamnyam!!
Udah! Habis dah hari ke-11. Tinggal lagi dua hari je lagi. FIGHHHTTIIINNNNNGGGGGG!!
Hostel (2 nights) = NZD64.00
Kedai Halal = NZD5.40
Petrol = NZD9.00
Utensils = NZD2.70
Bus (Airport - City Center) = NZD7.00
TOTAL = NZD88.10
0 comments :
Post a Comment