Monday, 7th May 2012
Around Christchurch
Hari ke-12 yay! Hari ke-12 yay! Hari terakhir kami kat bumi New Zealand ni. Besok nak balik Malaysia dah. Weeehuuuuu mak tak sabar noks! Dah nak tamat dah kesengsaraan kesejukan kat sini. Huehuehue..
Hari ni takde plan nak ke mana sangat. Just jalan-jalan je sekitar bandar Christchurch ni. Jalan kaki ler. JUCY dah takde dah kan. So, setakat mana je lah kaki kami ni mampu melangkah, kami melangkah. Dah tak larat, kami balik lah semula ke hostel. Gitteww..
Pagi ni breakfast kemain meriah. Spageti goreng, brokoli rebus dan jemput-jemput bawang. Kalau diikutkan, masih banyak lagi bahan mentah yang ada dalam possession kami ni. Tinggal hari ni dan besok pagi je untuk memasak. Selagi boleh masak, kami masak lah. Kalau masih ada baki lagi, alamatnya kita donate je lah dengan penghuni-penghuni hostel ni. Buat amal jariah gitu.
Breakfast.. yam yam..
Kita donate je makanan kat sini..
Dah lepas makan, kami terus keluar. Jalan je lah tengok kawasan sekitar. Pagi-pagi macam ni tak banyak kereta dan tak ramai orang. Sunyi sepi sangat-sangat. Kami melewati beberapa bangunan yang ada. Ada yang berada dalam keadaan baik. Ada yang sadis kalau tengok. Banyak jugak bangunan-bangunan tinggal yang dulunya hotel, salon, restoran, kedai runcit dibiarkan macam tu je tak diurus. Rosak sebenarnya bangunan-bangunan ni akibat gempa bumi dulu tu. Belum ada tanda-tanda untuk dibetulkan semula. Serius, syahdu sangat bila tengok.
Jom? Eh..
Pokok krismas kan?
National Radiation Laboratory yang rosak..
Kami jalan menyusuri Montreal St. sampai lah jumpa satu clock tower. It's the Victoria Clock Tower. Clock Tower ni dibina kat persimpangan jalan ni sempena Diamond Jubilee Queen Victoria gitu. Lama dah lah kan. Masa gempa bumi, clock tower ni rosak teruk. Setakat yang kami pergi melawat ni belum ada pembaikan lagi dibuat. Jarum jam pun masih lagi tunjuk kat 12.51pm, time gempa berlaku. Beberapa bangunan kat kawasan sekitar clock tower ni pun banyak yang rosak.
Victoria Clock Tower..
Bangunan seberang jalan..
Dari clock tower kami jalan terus dan belok ke Kilmore St. dan jalan terusssss lagi sampai lah jumpa Hagley Park. Sampai jumpa je. Takde lah kami terus masuk ke Hagley Park tu. Jalan-jalan dulu kat kawasan sekitar. Kami bercadang nak ke muzium sebenarnya. Muzium ni pun lokasinya kat dalam Hagley Park tu jugak. So, dah alang-alang tu sekali harung je nanti.
Girl's School..
Wenggg plat Johor.. Hehehe..
Nanti kita masuk ye..
Sebelum sampai ke muzium kami lalu kat depan Christ's College. Sekolah aku rasa ni. Mula-mula sunyi, tapi tiba-tiba out of nowhere, ramai budak-budak lelaki dengan blazer seragam keluar beramai-ramai. Ke sana, ke sini, lintas jalan, masuk bangunan sini, masuk bangunan sana. Woh whoh whoaaahhh!! Semuanya comel-comeeeeeeell!! Hahahaha.. Ramai pulak tu. Tiba-tiba terasa macam kat dalam filem Harry Porter lah pulak. Hehe.. Ohh aku rindukan zaman Handsworth! :(
Christ's College..
Kaum kerabat Harry Potter..
So, muzium kat sebelah Christ's College ni je. Bila dah sampai, rasa kachiwa jugak lah sebab tutup. Alahai sedihnya. Baru je tutup pulak tu. Mungkin nak buat kerja-kerja pembaikan kot. Tak dapat lah kami nak masuk muzium. Ye lah. Mana tau banyak info kami boleh korek kat sini kan. Info pasal gempa ke, apa ke, macam mana penduduk handle situations macam ni ke. No luck lah.
Totopppp!!
Oklah. Kita masuk Hagley Park lah. Hagley Park ni besooooorr! Besor lah sangat siap ada north sout east west lagi. Hehe.. Idokler kami ni jalan-jalan kat setiap penjuru Hagley Park ni. Tak kuasa mokcik! Kami jalan-jalan sekitar Botanic Gardens je. Tengok bunga, tengok sayur, tengok buah, tengok burung, tengok itik. Best sangat lah tu kan.
Welkam!
Mula-mula jalan-jalan kat kebun sayur, kebun buah. Ada lah beberapa jenis buah tengah berbuah kat sini. Pakkal je tinggi pokoknya. Kalau idak, konpom lah ada yang terkinja-kinja petik buah tu dan ngap kat situ jugak. Hehehe.. Sayur pulak ada yang segar bugar ada yang hidup segan mati tak mau. Sadis je tengok. :P
Epal kah?
Kashaaannnn...
Adik beradik keret..
Dah habis belek kebun orang kami duduk lepak-lepak kat tepi stream kecik tu. Tenang dan damai. Banyak burung pulak tu kat sini. Ye yo oohh je jinak-jinak semuanya. Dihalau pun buat bodoh je. Semakin datang dekat ye lah. Bukan setakat burung je. Itik pun ada. Ada seekor itik tu berkenan sangat dengan aku ni. Datang dekat-dekat dok gesel kat kaki. Kau ni jelmaan kucing ke apa ni?
Tenang sajork..
Burung tomeyy..
Itik gedik..
Alahai syioknye..
Dah habis melayan itik gedik tu kami pergi tengok kebun bunga pulak. Mak datuk. Rose je berjota-jota spesis ada. Aiseymen.. Cantik-cantik pulak tu. Sakan lah aku berposing ala-ala perempuan melayu terakhir kat kebun bunga ni. Untuk tatapan sendiri je lah sebab segan gila nak share kat sini. Kang kena kutuk kang. Hahaha..
Dah lah banyak bunga kan, dah tu daun-daun berguguran kat tanah, kat atas rumput. Syiok sangat ni kalau nak duduk-duduk lepak bawah pokok baca buku ke apa ke. Cuaca pun redup je tak panas tak sejuk. Kat satu kawasan tu ada lah several mat saleh ni dok kat atas rumput. Siap meniarap lagi baca buku.
Ermm, tepek gambo je lah ye..
Daun berguguran..
Ada yang perasan jadi NZ students..
Spesis rose..
Apo ni? Spesis dandelion kah?
BIG yellow rose..
Soft pink roses..
Shocking pink rose..
Cute Pansies!!
Alalalalalalalaaaaa.. Duduk kat kebun bunga ni buat aku nak pergi Hengland balik. Wuwuw.. Bila nak pergi ni? Asyik bertangguh je. Poyo duit tak cukup. Aku rasa kalau aku kurangkan meroyan kaypap, kurangkan pergi kuria, simpan duit, memang dah dapat dah tour Hengland. Yo lah. Sampei 6 kali pergi Korea sana. Kalau kumpul-kumpul belanja semua memang dapat sangat lah jalan-jalan kat Hengland nun. Huhuhu..
Dah penat berjalan, kami duduk kat cafe berhampiran dan minum kopi. Lebihan jemput-jemput breakfast pagi tadi kami bawak bekal dan ngap-ngap kat sini. Sambil lepak sambil cuci mata tengok orang. Ramai sungguh manusia. Tak kerja ke apa mereka ni?
Lepak dulu!
Minum kopi..
Oraito! Kami sambung jalan-jalan kat Hagley Park. Cross the park to get to the other side gitu. Nak pergi masjid lah ni sebab dah masuk waktu Zohor dah pun. Lenggang kangkung je pun berjalan. Dah keluar kawasan botanical garden ni baru nampak ramai orang beriadah. Ada yang jogging, cycling. Wow. Kagum. Jogging dan cycling di tengahari buta pada hari kerja. Memang tak kerja ke orang-orang ni? Ke sebab keadaan sekeliling membuatkan mereka tak kerja? I mean, tak ada kerja? Ye lah kan. Banyak bangunan rosak bagai. Perniagaan terhenti. Mungkin mereka-mereka ni mangsa keadaan lah kot kan. Aku teka je.
Lintas stream..
Dah solat kat masjid, kami teruskan perjalanan lagi. Plan nya nak ke supermarket yang kami singgah semalam sebelum pulangkan JUCY tu. Last minute shopping lah kononnya. Aku pun ada nak borong coklat jugak sebab coklat dia sedap. Coklat apa? Coklat Whittaker! Huhuhu.. Kemain jauh nak jalan kaki dari masjid ke supermarket tu. Selain tu nak cari lah souvenir lain, keychain ke apa ke. Buat syarat.
Our showroom is broken but our Canterbury spirit is not..
Trundler?
Okies. Dah sampai tu, sebelum masuk supermarket, kita layan free tenet dulu depan library. Hehehe.. Pantang sungguh kan. Dah tu baru masuk. Shopping coklat bagai pun kemain laju sebab nak kejarkan main tenet balik. Haha.. Selain daripada coklat, aku borong buah kiwi jugak. Gila kau! Sekilo tak sampai NZD2! Mana aku tak borong? Sekilo boleh dapat 12 biji! Kat Malaysia sebijik je dah berapa? Wuwuwuwuw.. Beli sekilo je lah. Tak larat lah aku nak pikul berkilo-kilo bawak balik. Coklat je dah lah berat. Ni nak jalan kaki lagi entah berapa jauh lagi ni. Hehe..
Dah siap shopping coklat, kami meronda kawasan mall untuk cari keychain or fridge magnet. Tak ada. :( Tanya staff-staff kedai kat situ, dia kata kat area sini memang tak ada jual. Tanya lagi, kat tempat lain kat Christchurch ni agak-agak ada tak? Dia kata "I'm not sure..". Alahai. Kesimpulannya, jangan lah tunggu dah sampai destinasi terakhir ni baru nak cari souvenir. Sila cari kat tempat-tempat yang biasa tourists lepak, Queenstown misalnya. Dunedin hari tu pun banyak souvenirs.
Kedai-kedai sebelah supermarket..
Siang pun dah melabuhkan tirainya. Malam kian menjelma. Chewaahh.. Malam lah sangat kan. Padahal baru je pukul 5.30 petang. Kami pun berjalan lah balik ke hostel. Dah gelap macam ni, apa sangat lah yang ada kat Christchurch ni. Sunyi sepi je.
Moh balik!!
Jalan pun sunyi..
On the way balik tu, kami lalu jugak lah kawasan bangunan-bangunan yang rosak. Bukan setakat bangunan je. Jalan raya pun banyak yang bertampal-tampal macam pakai selotape. Ada jugak kawasan yang lapang takde bangunan langsung. Yang tinggal cuma sisa runtuhan je. Lagi sadis kan. Eii, kesimpulannya sedih lah tengok keadaan kat Christchurch ni. :(
Macam kena selotape..
Bangunan rosak..
Under restoration..
Runtuh habis ni..
Sampai jugak kat hostel akhirnya. Penat sungguh berjalan hari ni. Boleh tahan, 9km jugak tu jalan kaki. Rumah aku pergi office pun baru 6km++. Balik Malaysia nanti boleh lah kot praktik pergi kerja jalan kaki. Haha.. Mau lencun baju aku, dah tu tiak bau mashammm..
Jalan kaki hari ni sejauh 9.3km..
Malam ni kita makan lambchop! Miuuuuuuuuu.. Mat saleh style. Kamben bakor dalam oven, mashed potatoes sebab ada yang rajin mengsmash kentang-kentang yang ada dan last kopek brokoli rebus. Dessert pulak apples and peaches. Nyamnyamnyam.. Disebabkan ramai sangat manusia kat dapur dan kat meja makan dan yang tengah tengok tv, kami terpaksa lah makan dalam bilik. Nyorok-nyorok gitu makan. Hehe..
Dinner!
Selamat.. Malam terakhir sudah kat NZ ni. Besok balik yay! Marilah kita start mengemas. Besok pagi lepas check out kami akan terus ke airport gitu. Tak sabo rasanya nak balik. Tapi sedih pun ye sebab habis dah cuti-cuti nak kena masuk office lah pulak. Bleggghhh..
Nanite!
Keseluruhan perbelanjaan hari ini (sendiri):-
Shopping Chocs & Stuffs = NZD25.00
Jajan & Drinks = NZD5.00
TOTAL = NZD30.00
-------------------------------------------------------------------------------------
Tuesday, 8th May 2012
Christchurch --> Kuala Lumpur
Pagi-pagi ni dah bersilat kat dapur. Bahan mentah masih banyak. Selagi mana yang boleh dimasak, kami masak. Buat dua bahagian. Satu untuk makan breakfast dan satu lagi buat bekal kat airport nanti. Hari ni dah tak ke mana-mana dah lah. Last minute packing, breakfast dan cabut pergi airport!
Ni beli kat supermarket kat mana ntah hari tu tak ingat..
Tadaaaa..
Last kopek, kami rewang-rewang sekitar ATRP ambik gambar. Bukan setakat dorm, bilik dan sebagainya yang ada kat sini. Kabin pun ada jugak. Family room pun. Dah tu terus check out dan tunggu airport shuttle kat bus stop yang ada berhampiran dengan ATRP ni. Harga satu kepala untuk ke airport kalau tak silap aku lebih kurang NZD8. Tak ingat dah! Boleh book shuttle awal-awal kat kaunter hostel.
MURAH GILER..
Kisahnya lah kan, masa kami kemas-kemas packing nak balik ni, kami nampak satu besen dalam bilik. Laaaaaa!! Ni besen JUCY ni. Wakakakaka.. Macam mana boleh tak perasan kami terbawak keluar dari JUCY dan bawak masuk ke dalam bilik. Orang yang inspect JUCY hari tu pun tak tengok betul-betul cukup ke tidak barang yang ada kat dalam situ. Ni besen boleh tertinggal ni macam mana lah pulak. Hahaha.. Takpe lah. Nanti sebelum sampai airport kita mintak driver shuttle tu singgah JUCY jap pi pulang besen.
Sampai kat office JUCY, macam kelakar lah pulak staff kat situ terkedu kami datang pulangkan besen. Nasib baik dia tak soal banyak-banyak. Dah settle semua kami terus ke airport. Sebenarnya masih ada banyak masa lagi sebelum check in time. Nak pergi merewang, sangat-sangat lah sempat. Berangan nak singgah Antarctic Centre berhampiran airport tu tapi harga tiket masuk mahal lah pulak. Tak jadi ler. Dasar kedekut! :P
Muka happy nak balik Malaysia..
Makanya kami lepak je lah kat dalam airport. Ke sana ke sini cuci mata. Turun naik airport tengok apa yang ada. Senyum pun mula lah melebar bila nampak kedai souvenir. Hehehe.. Ada pun kedai kat airport ni. Aku takde beli apa dah lah. Sekadar tengok je kawan-kawan lain membeli.
Dah settle semua baru lah pergi check in. This is it. Tiket dah ada kat tangan. No more turning back. Ececececehhh.. Takde nak turn back. Aku nak balik sekarang jugak! :P
Tix..
Lunch hour, makan bekal lah kan. Hot choco menjadi peneman Indomie goreng. Perut padahal masih kenyang sebab heavy breakfast pagi tadi. Tapi nak jugak makan. It's a ten hour ride sekejap lagi. Kang lapar pulak atas flight kang. Dasar kedekut nak beli makanan atas flight kan. Gini lah jadinya.
Lunch..
It's time to go! Go through immigration bagai, scan beg. Bila tiba turn aku untuk scan beg, staff kat situ terus buntang mata dia tengok skrin komputer. Di lalukan beg aku ke depan ke belakang. Dah tu muka berkerut-kerut. Alamak. Dia jumpa apa? Dah tu dia suruh bukak beg. Aku bukak lah. Dah tu dia inspect dan keluarkan bungkusan plastik setinggi-tinggi tidak dan belek sepenuh hati. WAKAKAKAKAKA nak mampuih aku gelak kat situ. Mana taknya. The culprit was buah kiwi aku yang sekilo tu. Hahahahahahaha.. Terkedu staff tu. Terus masukkan balik kiwi dalam beg dan suruh aku jalan. Haha.. Bongek..
Eiii ko punye pasal lah ni..
Okies. Bye-bye Christchurch! See you again soon tapi entah bila lah soon nya tu. Tengok lah ye. Next time maybe nak jelajah North Island lah pulak. Sampai KL dah dekat pukul 11 malam. KEPANASAN. Rasa tak best lah pulak. Haha mengada sangat. So dah malam macam ni, takde nak buat apa dah lah. Get ready untuk menghomelesskan diri kat airport. Cari port baik punya untuk tidur. Besok paginya baru lah balik ke KK.
Phew... Secara rasminya tamatlah sudah entry jalan-jalan New Zealand. Selepas hampir dua tahun. Hahaha.. Takpelah kan. Janji habis menulis.
Till the next country. Tata titi tutu!!
Keseluruhan perbelanjaan hari ini (sendiri):-
Airport Transfer = NZD8.00
Jajan & Drinks = NZD7.00
TOTAL = NZD15.00
2 comments :
yeeehaaaa saya pun dah berjaya menghabiskan baca entry nie!
tetapi masih pending membaca entry japan..moga cik sengal dapat jenjalan hengland pasni
insyaAllah.. mudah2an.. ^___^
Post a Comment