Friday, March 29, 2013

Girls Generation Hostel, Seoul

Hostel Ahjumma dah naik harga, makanya, terpaksalah cari tempat lain sebagai alternatif kan. Kita ni bukannya nak duduk dalam bilik tu 24 jam sehari. Untuk tidur je pun. Tu pun 4-5 jam je lebih kurang kot. Masa selebihnya digunakan untuk meronggeng!

It's Girl's Generation Hostel. Mula-mula dengar tu, hah? What? Hostel Soshit? What? Tsskk.. Kenapa namanya gitu? Aku ni dah lah tak minat anak-anak jin 9 ekor tu. Tapi kalau dah murah tu, persetankan je! Nama je kot untuk hostel ni. Bukannya hostel anak-anak jin tu. Hehehe.. Nak-nak hostel ni, untuk perempuan je. Memang pilihan yang terbaik lah kan. :P So, lokasinya kat mana? Senang je. Tak jauh dari station Euljiro-3-ga. Nak pergi Myeongdong dekat je boleh jalan kaki.

Lokasi..


Kalau ikutkan, nak ke hostel ni, keluar ikut Exit 7 kat Euljiro-3-ga station tu. Tapi Exit 7 tu tangga ya uols. Kalau tak larat nak naik tangga, sila naik elevator kat Exit 10. Dah tu lintas je jalan. Masa keluar exit 10 tu make sure, kat seberang jalan tu balai polis. Kalau tak nampak balai polis, jangan lintas! Dah lintas jalan tu, sila ke kanan. Jalan a few steps, akan jumpa satu lorong kecil kat belah kiri. Sila masuk lorong tu. Dah masuk kat lorong tu, akan nampak satu bangunan tulis Arista. Takde lah tulis english. Tulis dalam bahasa Korea dia lah. Masuk dalam bangunan tu ye.

Ni bangunan nya. Masuk!

Dah masuk tu, nak ke mana? Pergi ke arah lif dan naik tingkat 3. 

Naik tingkat 3 ye..

Keluar je dari lif kat tingkat 3 tu, memang boleh terus nampak Girl's Generation Hostel ni. Ruang dia kecik je kat luar lif tu. Kat belah kiri tu ada beberapa locker, tempat simpan kasut. Ada disediakan room slippers kat situ. So, simpanlah kasut anda dalam locker, dan masuk lah ke dalam hostel pakai slippers.

Pintu masuk..

Locker kasut..

Kemain hostel ni. Memang saja je tampal segala jenis poster artis kpop kat situ. Pening pulak aku tengok banyak sangat. Oklah. Kami duduk kat bilik jenis dorm 4 orang. Dalam dorm tu ada toilet sekali. Harga satu malam KRW70,000. Kira murah lah kan? Satu kepala baru KRW17,500. Sangat berbaloi-baloi. 

Wallpaper..

E'ehh ada Donghae..

Tu pintu office.. Buat urusan bayaran hostel..

Dah habis bayar untuk kesemua malam, kami pun masuk lah ke bilik. This place is nice. Banyak jugak bilik dia. Macam-macam jenis dan saiz. Selain daripada bilik-bilik, ada toilet jugak kat luar ni. Sebab ada certain bilik, tak ada toilet. Kena share toilet kat luar. 

Koridor..

Our room..

Bilik kami kat huuuuuuuuuujung. Sebelah dapur. Tapi ok lah jugak kat sini. Senang nak pergi dapur buat apa-apa yang patut. Well, the room is quite small jugak lah. Tak kisah lah kecik mana pun. Janji boleh tidur. 

Katil sinun..

Katil sanun..

TV.. Fridge..

Sinki..

Toilet..

Bilik sebelah dapur. Mari kita skodeng apa yang ada kat dapur tu. Meriah jugak dalam ni. Ada dapur gas, ada peti ais, ada microwave, ada water filter, ada washing machine! Boleh basuh baju for free hokkay. Memang bagus. Selain daripada tu, ada disediakan coffee and tea, untuk breakfast ada disediakan roti, spreads and stuffs. And yang paling best, ada disediakan nasi dan kimchi FOR FREE jugak. Waduh waduh. Memang seronok. Tiap-tiap hari tuan hostel ni akan masak nasi. Kita bedal je lah. Kimchi pulak dalam fridge. Sila tapau sampai muntah! 

Dapur..

Washing machine ada dua..

Boleh masak-masak..

Free tea & coffee.. Do it yourself..

Peti ais & periuk nasi..

Kimchi dalam peti ais..

Dan yang paling aku suka sekali...........................................

Ada iron!

Kekekekkekee.. Oklah. Best kan tempat ni? Serba serbi banyak yang free. Oh, ada FREE WIFI jugak ye. Yay! Marilah kita ramai-ramai duduk sini. :P

For more info go to Girl's Generation Hostel.

7 comments :

Unknown said...

Hi...nak tanya...payment method utk GG Hostel ni via bank in jer ke?atau kita blh byr time kita smpi kat situ?

CikSengal said...

20% via paypal baki bayar kat sana..

myoutsteps2 said...

bestkan dok sini..aku 1st time gi dulu gamble je..dah le pi sorang, tapi demi park hyo shin ku gagahkan jugak..sudahnye pastu tiap kali gi dok sini gak..akakkaka

CikSengal said...

chimei,
hahahahaha.. samolah.. malas dah nak cari tempat lain.. ni paling senang dan paling murah setakat ni.. :P

Anonymous said...

hi...nak tnya...bayaran hostel ni ada termasuk tax lain x?

zinziemeewah said...

wahh..nmpak donghae..... suka suka suka.. ok next time insya allah kalao ada rezeki bolh dok sini pula. hari2 belek muka donghae..hehe

zinziemeewah

CikSengal said...

antara yang murah.. tapi kecik je ruang dalam bilik tu.. nak solat pun kena pandai adjust..