Sunday 13th February 2011
Seperti dalam entri aku sebelum ni, pukul 5 pagi aku dah terkebil-kebil bangun. Orang semakin ramai datang ke airport. Memang tak boleh tidur dah. So we freshened up, solat, and cari kopi. Before going for coffee, kami pergi sewa handphone. Untuk kegunaan sepanjang kami kat Korea ni. Senang nak buat call. Kalau pakai roaming maxis aku ni mau kopak aku dibuatnya. Kat Korea ni takde jual simcard prepaid bagai. Simcard memang dah built-in sekali dalam handphone. Patutlah kalau tengok dalam drama-drama Korea, kalau nak tukar nombor je kena beli handphone baru. Sebab tu rupanya. Baru aku paham. Sewa handphone ni tak mahal mana. Satu hari baru KRW3000. Lebih kurang RM9. Kira boleh lah kan. So kami sewa dua handpone. Feesnya kami tong-tong bagi sama rata. Segala ongkos peminjaman akan dibayar time pemulangan handphone nanti. Itemized bil jugak akan dibagi kemudian. The funny thing is masa nak menyewa ni, the lady at the counter ingat kami orang India. Harharharharrr...
Then off for the KRW600 coffee. DIY kat convenient store diorang je. Family Mart ~ our favourite store setakat ni. Hehehe.. Dah buat kopi, kami beli T-Money Card. T-Money ni quite handy untuk traveller macam kami ni or pada sesiapa je. Boleh guna untuk naik bas, naik subway, masuk muzium, etc. etc. T-Money ni ala-ala kad Touch & Go lah kalau kat Malaysia ni. Senang. Tak perlu nak beli tiket semua. Disarankan sangat-sangat pada sesiapa yang travel kat Seoul ni untuk pakai T-Money. Harga dia tak mahal. KRW2500 per card. At that time, T-Money yang murah dah habis. Kami ambil yang mahal sikit. Harganya KRW4000. Gambar Hello Kitty gitu. Comel lah jugak. Hehehe.. Dalam kad ni tak ada isi nilai. Kena topup. So, untuk permulaan kami topup KRW20000 dulu.
Bas-bas airport ni senang je nak cari. Tak jauh dari pintu keluar arrival hall. Kami pun melangkah keluar. HUMANGGG AIIIHHH!! Sejuk banget! Tak pasal-pasal aku terus menggigil. Hahahaha.. Ni baru sedap! Melompat-lompat aku nak panaskan badan. The temperature outside is -4 degrees. Sabar je lah ye! Time bercakap memang dah berasap-asap keluar. Cepat-cepat kami naik ke atas bas. Around 5 minutes later, kami pun bergerak. Bas kat Korea ni sangat on time. Kalau kau lambat, bye bye lah jawabnya. Ada sebab kenapa kami naik bas ni. Konon-konon nak tengok jambatan cantik merentasi pulau airport ni ke tanah besar. Tapi hampeh. Tak lalu pun. Baru berangan nak feeling-feeling macam cerita Brilliant Legacy tu. Hahaha..
We crossed the road from Ichon station, jalan lebih kurang 10 minit, sampailah kami ke kawasan muzium. Kawasan muzium tu sangat-sangat lah besar. Ada beberapa bangunan yang dibahagi-bahagi kepada beberapa sections. Kami masuk ke dalam main museum. Free of charge! Siap ada tempat letak beg lagi. Syukur Alhamdulillah! Tenang sikit bahu dan tangan aku. Hehe.. Nak letak beg pun boleh jadi lawak. Aku dan ahjumma jaga kaunter beg tu dah macam ayam dengan itik. Gasaklah. Janji dia paham aku nak letak beg kat situ. Hehehehe.. Kat muzium ni aku belajar pasal Korean History. Dah 5000 tahun rupanya Korea ni. Oh well, Simon Lee pun banyak kali dok ulang-ulang pasal 5000 tahun ni. Tapi aku buat bodoh je. Hehehe.. Disertakan sekali perkaitan zaman-zaman pemerintahan Korea ni dengan zaman-zaman pemerintahan kerajaan lain seperti dinasti-dinasti dari China, pemerintahan Islam, pemerintahan Rom, zaman revolusi, renaissance, etc. etc.
Banyak betul zaman pemerintahan Korea ni. Yang aku tau Joseon je. Hehehe.. Penangan tengok DaeJangGeum dan yang seangkatan dengannya lah ni. Kawasan jajahan kerajaan Korea ni pun besar jugak. Sampai ke atas-atas nak dekat kutub utara dah. Hahaha.. Exaggerate je lebih-lebih. But still, it's big. Banyak daerah-daerah yang maju especially in the north (sekarang ni dah jadi North Korea).
Aku turun agak lambat ke bawah. Masa tu Nott dah nak naik ke bilik dah. Aku leka main internet, upload gambar segala. Once aku naik ke bilik, pintu berkunci. Nott sudah tidur mati. Nak roboh dah pintu tu aku kerjakan. Tapi no respond. Terpaksa aku meminta belas ihsan K Awa n K Abid untuk kutip aku. Hahahaha.. Walaupun bilik kecik, bila dah cuddle up sama-sama macam ni memang best. Hangat sentiasa. Hehehe..

Cafe Latte..
Dah settle semua, kami memulakan langkah. Memikirkan cara yang terbaik untuk ke Seoul dari Incheon Airport ni. Mengikut apa yang aku baca, perjalanan masuk ke Seoul dari Incheon adalah lebih kurang satu jam ke sejam setengah. Gedebak gedebuk fikir, kami bercadang untuk ke Gimpo Airport dengan menaiki bas. Dari Gimpo Airport, kami akan naik subway masuk ke Seoul. Tiket bas dari Incheon Airport ke Gimpo Airport adalah KRW5000. Perjalanan adalah lebih kurang 45 minit.
Our Bus Ticket..
Bas-bas airport ni senang je nak cari. Tak jauh dari pintu keluar arrival hall. Kami pun melangkah keluar. HUMANGGG AIIIHHH!! Sejuk banget! Tak pasal-pasal aku terus menggigil. Hahahaha.. Ni baru sedap! Melompat-lompat aku nak panaskan badan. The temperature outside is -4 degrees. Sabar je lah ye! Time bercakap memang dah berasap-asap keluar. Cepat-cepat kami naik ke atas bas. Around 5 minutes later, kami pun bergerak. Bas kat Korea ni sangat on time. Kalau kau lambat, bye bye lah jawabnya. Ada sebab kenapa kami naik bas ni. Konon-konon nak tengok jambatan cantik merentasi pulau airport ni ke tanah besar. Tapi hampeh. Tak lalu pun. Baru berangan nak feeling-feeling macam cerita Brilliant Legacy tu. Hahaha..
Naik bas pun kena pakai tali pinggang keledar ye.. Patutnya bas-bas kat Malaysia pun kena buat benda yang sama..
Kami tiba di Gimpo Airport lebih kurang pukul 10. Jalan-jalan sekejap. Ada orang tu sempat lagi ambik gambar dengan poster WonBin. Hehehe.. Bercadang nak beli roti tapi satu haprak pun tak paham nak baca tulisan Korea, jadi niat tu disimpan sajalah. Nanti-nanti ada kot kedai yang jual roti dengan tulisan omputih. Hahaha.. Dari Gimpo Airport kami bercadang untuk ke National Museum of Korea. Belum apa-apa dah pergi muzium. Semangat berkobar-kobar ni dengan beg besar gabak. Kami nak jimat masa sebenarnya. Check in ke guesthouse pukul 2. Masih awal lagi. Baik pergi merewang dulu kan? Jadi, bermulalah episode belajar baca peta subway. Dari Gimpo Airport kami harus ke station Ichon. Terseksa sungguh aku mengangkut beg ke sana.
Sini pun ada Gayang tau! Ada kedai seafood tak ye? Hehehe..
Kat Gimpo Airport Station ala-ala blur gitu nak naik train. Melilau mata ke sana ke sini untuk memastikan kami naik train yang betul. Nasib baik this one pakcik tolong tunjukkan kami train yang betul. Kamsahamnida Ahjusshi!! Suka betul aku kalau ada orang tolong. Sesampainya di Ichon station, aku terlopong dan ternganga bila tengok tangga semata kat depan mata. No elevator or escalator. Hahahaha.. Terpaksa lah aku gigihkan diri memanjat tangga. Tinggi pulak tu. Lenguh-lenguh badan aku jadinya.
We crossed the road from Ichon station, jalan lebih kurang 10 minit, sampailah kami ke kawasan muzium. Kawasan muzium tu sangat-sangat lah besar. Ada beberapa bangunan yang dibahagi-bahagi kepada beberapa sections. Kami masuk ke dalam main museum. Free of charge! Siap ada tempat letak beg lagi. Syukur Alhamdulillah! Tenang sikit bahu dan tangan aku. Hehe.. Nak letak beg pun boleh jadi lawak. Aku dan ahjumma jaga kaunter beg tu dah macam ayam dengan itik. Gasaklah. Janji dia paham aku nak letak beg kat situ. Hehehehe.. Kat muzium ni aku belajar pasal Korean History. Dah 5000 tahun rupanya Korea ni. Oh well, Simon Lee pun banyak kali dok ulang-ulang pasal 5000 tahun ni. Tapi aku buat bodoh je. Hehehe.. Disertakan sekali perkaitan zaman-zaman pemerintahan Korea ni dengan zaman-zaman pemerintahan kerajaan lain seperti dinasti-dinasti dari China, pemerintahan Islam, pemerintahan Rom, zaman revolusi, renaissance, etc. etc.
Banyak betul zaman pemerintahan Korea ni. Yang aku tau Joseon je. Hehehe.. Penangan tengok DaeJangGeum dan yang seangkatan dengannya lah ni. Kawasan jajahan kerajaan Korea ni pun besar jugak. Sampai ke atas-atas nak dekat kutub utara dah. Hahaha.. Exaggerate je lebih-lebih. But still, it's big. Banyak daerah-daerah yang maju especially in the north (sekarang ni dah jadi North Korea).
Kami ronda-ronda lebih kurang 1 jam setengah je. Dah ronda-ronda tu aku masuk gift shop untuk belek souvenir. Aku beli penanda buku 2 keping berharga KRW3000 setiap satu. Lagi sekali, tutup mata je. Hehehe.. Dah tu, tak larat dah lepas tu. Dengan sejuknya, dengan kaki kebasnya, macam-macam masalah betul. Kami mengambil keputusan untuk bergerak terus ke guesthouse kami. Sunshine Guesthouse. Situated somewhere in Jongno. Pandai-pandailah kami naik subway.
Ambik beg dari kaunter simpan beg dan terus bergerak ke subway station. Ngam-ngam nak sampai ke station ada pulak lah ahjusshi sorang ni jual kuih. Perut masing-masing dah nyanyi lagu Arirang dah. Hehehe.. Dah kat Korea kenalah tukar jadi Arirang. Takkan nak keroncong jugak. :p Kuih apa lah tu? Ala-ala kaya ball. Tapi dalamnya inti hazelnut cream. SODAPPP!!! Masing-masing tapau sorang satu beg. Harga KRW2000 setiap satu. Now, now. Everytime nak beli barang, aku mesti nak convert ke duit Malaysia. KRW2000 tu RM6 tau!! For that ciput beg of kuih. Macam tak berbaloi. Tapi tutup mata sajalah! Dah lapar kan?
From Ichon Station kami ambik subway line no 4 to Seoul Station. Dah sampai kat Seoul Station kena ambik pulak subway line no 1 ke Jongno 3(sam)-ga Station. Kena tukar train lah ni kekdahnya. Dengan beg besor gabak macam tu. Kami nyaris-nyaris salah exit sebab terlampau confius dengan line transfering process ni. Dengan orang ramai lagi. Penyek-penyek jugak lah aku. Then ada seorang pakcik yang sangat tua ni datang menghampiri. Kalau aku pandai teka, rasanya umur dah 80++ pakcik ni. Kecik je orangnya. Dia cakap dalam bahasa dia lah. Aku cuma mampu nak paham sikit-sikit. Rupanya dia tanya nak ke mana. Bila aku sebut Jongno, punyalah panjang lebar explaination dia. Laju pulak tu dia cakap. Hahahaha.. Kali ni aku surrender. Memang aku tak paham. Then tiba-tiba dia cakap "Follow Me!!". Whoahhh! Kami ikut ye pakcik!!
Punyalah laju pakcik tu jalan. Selit sana sini, mencelah orang ramai yang lalu lalang. Kami hampir-hampir kehilangan dia. Tak padan dengan tua. Bukan main laju dia jalan. Kalah aku yang muda belia ni. Dia bawak kami ke hulu ke hilir, sehinggalah sampai ke train subway line no 1. Fuh!! Gigih betul lah pakcik tu. Dah la jauh. Padahal dia nak exit kat tempat kami mula-mula jumpa tadi. Sanggup dia hantar kami sejauh ni. Tetiba rasa terharu pulak. Nak nangis pun ada. Kalau kat Malaysia ni ada ke orang-orang tua macam ni nak tolong pelancong? Probably not.. Terima kasih pakcik! Jasamu akan dikenang sampai bila-bila. Hari ni saja, sudah dua orang warga emas yang tolong kami.
Kami naik train dan turun di Jongno 3(sam)-ga Station. Lost!! Tak tau nak menghala ke mana. Berbekalkan handphone sewa pagi tadi, K Awa mengcontact Sunshine Guesthouse. Orang tu kata kena keluar ikut Exit no 4. Wallahweiii.. Kami di Exit no yang belas-belas pulak dah. Masaklah nak cari no 4 kat mana. Dah salah exit kami ni. Menurut tokey Sunshine tu lagi, Exit no 4 tu dekat dengan subway line no 5. Kami pulak baru je keluar subway line no 1. Pening-pening. Termanggu-manggu sekejap. Tapi Alhamdulillah, tak lama lepas tu perjalanan kami dipermudahkan lagi bila seorang lagi warga emas datang menghampiri tanya nak ke mana dan tunjukkan kami jalan menghala ke exit 4.
Kami berjalan dan berjalan. Dan bertemu dengan Exit 7. La haii.. Manalah Exit 4 ni. Kesengalan aku dibuatnya. Blur betul. Kebetulan ada seorang minah di situ. Kami pun tanya direction. Dia senyum je sebab tak tau nak speaking English. Kami sebut Sunshine Guesthouse. Cepat-cepat dia bukak handphone dia and mula buat searching. Whoahhh.. Hebat! Then tak jumpa jugak. Dia pun cari contact no Sunshine, and dia call. Huwaaaaaaaa.. Kenapa baik sangat minah ni?? Nak nangis. Nak nangis!! Tengah dia sibuk bercakap dengan owner Sunshine, kawan dia sampai. Nampak excited gila. Then this non-english-speaking lady bagitau something kat kawan dia. Then kawan dia pun bagitau kami direction ke Sunshine. Oh yes. The friend can speak english. Lega kami! Kami berjalan dalam 5 minit dan akhirnya sampai juga ke Sunshine Guesthouse. Fuhhh!! Beruntung betul kami hari ni. 5 orang warga Korea telah memberi bantuan yang terbaekk!! KAMSAHAMNIDA!!
Sunshine Guesthouse.. Lokasi yang sangat-sangat strategik.. Tak sampai 1 minit jalan kaki untuk ke exit 4 Jongno 3(sam)-ga Station. Landmark dia, belakang kedai kasut nama Pink Lady..
We checked in. Kat Korea ni, kena bayar penuh dulu baru boleh masuk. Kami ambil 2 bilik for two nights. Satu bilik kosnya KRW40000 per night. So, untuk dua malam ni aku dah spend KRW40000 untuk bilik saja. Almost RM120. Tutup mata sajalah. Hahahaha.. So, bilik kami di mana? 5th floor donk! Sabor je lah makcik. Sangap betul nak kena naik tangga banyak-banyak dengan pikul beg berat macam ni. Gigihkan je lah diri tu. Huhuhu.. The room is traditional Korean room. Tidur atas lantai saja beb! Lantai dia panas. So, selesa jugaklah. Tak besar mana biliknya. Macam duduk dalam kotak je. Oh, this room come with a bathroom as well. Tak payah nak pergi jauh-jauh cari toilet.
We relaxed, solat and prepare to go out. Sambil-sambil tu organize duit sana sini. Simpan mana-mana yang patut. Takut terguna pulak. Yang paling penting duit untuk hotel/guesthouse. We have 7 more days here in Korea. Kenalah berjimat cermat kan.
Kami keluar jalan-jalan. Pusing-pusing area situ. Perut dah nyanyi-nyanyi lagi. Hazelnut Balls tadi tak cukup nak menampung perut aku. Jadinya bila lalu kat streetfood stall ni, kami bantai makan. Hehehe..
Mula-mula makan udang tempura.. KRW2000 for 5pcs.. Makan share-share 5pcs kat situ and tapau 10pcs.. Ahjumma ni siap bagi extra sekor. Sobiseu katanya.. Hehehe..
Dah makan udang, jumpa stall kuih ikan pulak.. Hambik!! Makan lagi! KRW1000 for 3pcs.. Jamah seorang seekor ikan.. Hehehe..
Jalan ke arah Jonggak Station.. Tak sure ni pasal apa.. Macam ada demonstration je.. Siap kameraman segala.. Aku main lalu lalang je depan tu.. Maunye malam tu aku keluar TV.. Hahaha..
Jalan-jalan masuk kedai kasut.. Nott nak cari kasut.. Tapi mahal gedebushh.. Sakan si Suzy ni jadik model kasut sekolah ye..
Kami masuk ke Jonggak Underground Shopping Centre. Tempat ni actually laluan ke subway line no 1. Tapi sepanjang jalan nak ke subway tu adalah kedai-kedai. Jual macam-macam. Dari makanan ke barang aksesori ke baju dan juga kasut. Kami masuk kedai kasut lagi. Nott dah berkenan dengan satu boot ni. It's damn cheap!! Only KRW20000. Tak sampai 60 hengget loh!! Lumayan. Lumayan. Memang tak tunggu lama lah. Selamat Nott kebas. :p
Antara boots yang dicuba. Kaki aku tak muat. Kembang sangat kekdahnye.. :(
Bila Nott dah puas hati dapat boot kami bergerak ke hujung Seoul. Jauhnye sampai pergi hujung. Hehehe.. Well, kami ke Seoul Olympic Park. Kalau ikut peta subway memang dah hujung-hujung dah. Pergi menyengalkan diri sekejap sebenarnya, sambil jalan-jalan tengok park tu macam mana. Actually hari ni, 13hb Februari ni, Super Junior KRY ada buat konsert kat area Seoul Olympic Park ni. To be precise, at Woori Finance Art Hall. Aku ingat lagi. Hari tiket konsert ni dijual (secara online lah), aku tengah gigih ikut Diving Lesson. Tak menyompek aku nak skodeng tiket. Petang sikit baru aku mula survey. Notis yang aku dapat ~ TICKET SOLD OUT. Humang aihh!! Dalam masa beberapa jam je tiket boleh habis. Sedih gila. Kalau tak, aktiviti aku di kala ini mestilah berada di dalam hall melayan KRY. Hehehehe..
Nak sedapkan hati, tengok bumbung hall tu pun jadi lah. Hahaha.. Lagi pula aku nak memenuhi kiriman Cik Kia kita untuk beli Official T-Shirt KRY ni. Orang gila KRY especially the K, mestilah nak barang kenang-kenangan. So, misi aku sekarang adalah untuk menerjah booth official merchandize KRY ni, beli t-shirt and balik!!
Dalam train, orang tersangat ramai. Whoahh.. Semua manusia-manusia ni nak pergi tengok KRY ke? Aku bajet je macam tu sebab ada budak-budak, ada yang umur-umur aku, ada yang dah tua sikit. KRY kan lovable by many age generation. Hahaha.. Tekaan aku tepat lah kot, bila semuanya turun di station yang sama. Termasuk aku-aku sekali. Masing-masing jalan bukan main laju lagi. Ada yang siap berlari-lari anak menuju ke Olympic Park. Haaa.. Siapa suruh datang lambat. Konsert dah nak mula dah!
Segerombolan manusia yang kusangka-sangka mau ke konsert Super Junior KRY..
Aku pun dengan poyonya ikut je kumpulan manusia ni. Manalah aku tau lokasi sebenar Woori Finance Art Hall tu kan. K Awa and Nott pulak ikut aku dari belakang. Setelah sampai ke lokasi yang berkenaan, mata aku melilau cari booth Official KRY ni. Manalah pulak ni?? Serius tak jumpa. Betul ke kat sini ni? Bila aku jalan-jalan aku terkejut beruk sekejap. Ni bukan konsert KRY!! Konsert siapa lah pulak neh?? Konsert KRY kat mana?? Hukhuk.. Silap tempat ke?Aigoo.. Manalah pulak Woori Hall ni? Sadis betul.
Dah ala-ala frust tak jumpa tu aku redha je lah. Cik Kia, macam tak ada rezeki je nak beli t-shirt tu. Kami pun jalan-jalan sekitar taman tu ambik gambar segala. Aku monyok-monyok pun tetap bagi pose yang cun baeekk punya. Hahaha..
Aku berjalan melayan blues meninggalkan K Awa and Nott kat belakang. Diorang sakan bergambar. Aku pulak tengah tension. Jalan punya jalan, mata ku tiba-tiba membuntang. Sengihku dah sampai ke telinga kalau diukur. Itu dia!!! Di depan sana. Woori Finance Art Hall!! Yahoooo!! Jumpa jugak akhirnya!
Woori Finance Art Hall..
Tak tau pun aku tu tempat yang betul. Aku assume je sebab dah nampak signboard Super Junior KRY punya besar lagi. Hehehe.. Cepat-cepat aku melangkah mencari booth yang dimaksudkan. Keadaan lengang. Mungkin semua orang dah masuk ke dalam. Sejuk lah kan kat luar ni. Karang ada yang pengsan beku kat luar ni.
The Official Merchandise Booth..
Hadiah dari peminat rasanya ni.. Tapi semuanya beras.. K Awa kata pertandingan angkat beras kot.. Hahahhaa..
Booth lengang jugak. Ala-ala dah nak tutup dah. Cepat-cepat aku tanya pasal t-shirt. Nasib baik ada lagi. So aku pun merembat dua t-shirt dan satu set bromide. T-Shirt KRW25000 setiap satu and bromide pulak KRW10000. Satu t-shirt untuk Cik Kia, satu lagi aku punyalah!! Aku nak jugak. Bak kata seseorang tu, biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli!! Hahaha.. Setelah puas hati dan selesai berposing sakan jadi KRY versi perempuan, kami pun beredar. On the way balik tu baru lah aku perasan poster kat bawah ni. Lohh.. Konsert yang lagi satu tu konsert Brown Eyed Soul rupanya. Kehkehkehkeh.. Sakan betul artis-artis Korea ni berkonsert. Stadium sebelah menyebelah je.
Kami terus berjalan sampailah hari gelap. Singgah di Family Mart lagi. Mart kesukaan ramai. Hehehe.. Macam biasalah. Coffee DIY KRW600 satu! Sedap betul dapat pegang cawan panas-panas ni di kala sejuk.
Iklan konsert.. Whoahhh.. Konsert Big Bang pulak dah on 25th Feb. Pakkal je aku balik 20hb. Huhuhuhu..
Kami balik naik train balik and pergi jalan-jalan kat area Jongno. Sangat besar lah area ni. Meriah pun ye. Lalu kat lorong-lorong kedai. Orang ramai jangan cakap ler. Sempat pulak tu sorang mamat ni tarik K Awa ajak pergi club. Muahahahahahaha.. Sabor je lah aku.
Kami masuk ke Daiso. Cuci-cuci mata tengok barang. Boleh tahan murah juga barang-barang kat sini kalau nak compare dengan harga barang Daiso kat Malaysia. Even Daiso Singapore pun lagi murah dari Daiso Malaysia, walaupun murah 20 sen je. Tapi still murah kan? Hehehe.. K Awa and Nott beli compressing bag. Diorang jeles tengok aku dok compress baju-baju aku masuk dalam plastik beg ni. Hehehe.. Harga memang murah dari Malaysia. Besar gabak pulak tu!
Malam masih muda. Agenda kami selepas ni adalah untuk menjemput K Abid di airport. Dah sampai mana lah ye K Abid ni. Kami berjanji nak jumpa kat Gimpo Airport. Pandai-pandailah K Abid keluar dari Incheon sorang-sorang. Sebelum ke sana kami pergi melantak. Kat mana? Kat 7Eleven je. Hehehe.. Beli nasi segera, beli kimchi, lepas tu beli udang tempura dari makcik siang tadi, lo and behold, kami pun makan dengan enaknya kat stesen dalam 7Eleven tu. Nikmat!! Makcik udang tu dah kenal dah muka kami. Malam ni beli udang siap bagi dua ekor free! Suka betul aku. Next time beli mesti dia bagi 3 ekor free. Hehehehe..
Dah kenyang, kami straight ke Gimpo airport ikut subway line no 5 Jongno station ni. Senang. Direct terus sampai airport. Tak payah tukar-tukar train dah. Lebih kurang 22 stop jugak ni. Sempat membuta sekejap dalam train. Nott memang dah landing baik punya. Nyaris-nyaris nak tido atas bahu perempuan Korea kat sebelah dia tu. Hehehe.. Kesengalan jugak masa tu sebab call call K Abid tak berangkat. Aduhh.. Sesat barat ke kakak ku sorang ni. Jangan lah terjadi apa-apa. Ketika kami sampai di Gimpo, kelibat K Abid tak kelihatan langsung. Manalah dia ni. Risau maksimum habis. Kalau tak jumpa jugak aku dah berkira-kira nak ke Incheon airport. Tak lama tu muncul lah dia. Syukur Alhamdulillah. Sampai juga akhirnya!
Kami balik semula ke Jongno. Balik ke guesthouse, aku letak barang di bilik dan belek-belek merchandize KRY. Hehehe.. Sementara Nott n K Awa terus lari mencari internet.
T-Shirt and Bromide set..
Sunshine guesthouse ni ada common room kat basement. Ada dapur, ada komputer dua biji fully equipped with internet, wifi pun ada, so aku bawak turun netbook je, then ada sofa untuk lepak2, tv pun ada, ada keyboard, ada gitar, ada meja pool, serba serbi banyak lah. Boleh buat macam-macam kat sini. Aku berkenalan dengan Jing kat common room ni. Chinese girl from Malaysia jugak. Dia datang jalan-jalan dengan kawan dia. Tapi kawan dia sakit lah pulak. Tak ke mana-mana pun. Sayang je. Jing ni pernah tinggal kat Korea ni. Lama jugak sebab bapak dia kerja kat sini. So terer jugak lah minah ni selok-belok Seoul.
Aku turun agak lambat ke bawah. Masa tu Nott dah nak naik ke bilik dah. Aku leka main internet, upload gambar segala. Once aku naik ke bilik, pintu berkunci. Nott sudah tidur mati. Nak roboh dah pintu tu aku kerjakan. Tapi no respond. Terpaksa aku meminta belas ihsan K Awa n K Abid untuk kutip aku. Hahahaha.. Walaupun bilik kecik, bila dah cuddle up sama-sama macam ni memang best. Hangat sentiasa. Hehehe..
Pagi besoknya, ada orang cuak dan saspen bila roomatenye tak balik bilik..............
Kos perbelanjaan hari ni:- KRW118000 (tak termasuk t-shirt Cik Kia)
Till next entry..
12 comments :
best best best aku baca journal ko ni... nak2 sbb ada selit nama aku dlm tu... wakakakakakakaka ~ aper2 pun mmg terharu sgt sbb ko gigih la belikan aku t's KRY tu... aku sgt suka ayat ko yg sebut "Orang gila KRY especially the K". hahahahahahaha ~ yeah, that sooooooo me ^^
hehehehe.. dah macam citer dream high plak K K ni.. :p
dear nak tanya...saya ada plan nak ke korea...skang ni tgh musykil...kat inchaeon epot tak de subway ae.mmg kene naik kat epot gimpo ke.
lg satu apa beza air asia X dgn AA yg biasa
tlg ye...really appreciate ur info
email me at cik_eka@yahoo.com
hi..
saya plan nak pergi korea... backpackers style juga... boleg tolong bg idea/suggestion untuk ke mana..
saya ada plan nak ke korea... tengah tgk promo murah2 air asia ni... rasa cam nak main salji... boleh tolong suggest... sy pun slalu travel style backpack ni.. jimat la katakan.. maybe awak boleh email kat saya kalau ada suggestion yang best2 ke... hanisnai@gmail.com
thanx
Oo mmg xjual la simkad..tujuan ko sewa hp tu utk memudahkan calling2 masa emergency la kan?
Wifi kt guesthouse tu,semua hp leh detek kan?
Agak mahal la bilik tu tp takdak katil
Lupa plak...apa lah yg bestnya KRY ni???KRU lg best tau hahahhaha
hanis,
just refer to the entries, tempat2 yang saya pergi tu boleh dikatakan tempat2 menarik yang saya suka.. different people have different interests..
eliza,
ye betul.. aku sewa sebab banyak nak call tempat2 kat korea tu.. roaming giler mahal..
cuba ko dengar dulu lagu2 KRY.. ^__^
salam, Family mart dalam airport tu senang cari tak? nak beli T Card :)
wslm, dekat arrival level tu banyak convenience store. boleh beli kat mana2 kedai.. tak semestinya family mart je.. ^__^
sis, tmpg tny, guesthouse area mana yg sesuai duduk if nak dekat dgn station subway dan restoran muslim?
sekarang ni kebanyakan guesthouse memang berdekatan dengan subway station.. sunshine guesthouse dekat jongno-3ga station.. zaza, namsan guesthouse dekat dengan myeongdong station.. kalau restoran muslim tu boleh pergi cari kat itaewon..
Post a Comment