Friday, December 27, 2013

My Homestay, Miri

Yosh. Sempena trip kami ke Miri selama 4 hari 3 malam, kami stay di My Homestay. Satu malam je lah stay kat sini sebab guesthouse ni penuh! Ini pun last minute dapat mencelah untuk satu malam. Tak dapat nak continue untuk malam kedua dan ketiga dan kami terpaksa lah cari tempat lain untuk bermalam. Kita cerita lah sikit pasal My Homestay ni ye.

My Homestay..

My Homestay ni letaknya kat celah-celah rumah kedai berdekatan dengan Jalan Merpati, dan boleh dikatakan berhadapan dengan Imperial Hotel. Imperial Hotel tu kiranya seberang jalan je lah. Location-wise sangat strategik jugak lah. Kat tengah-tengah bandar Miri. Nak cari makan senang. Nak pergi beli barang pun senang. Tapi parking-wise, sengsara sikit lah. Sebab kawasan ni boleh dikatakan agak meriah. Ada banyak restoran bagai, makanya ramai yang suka melepak kat area ni. Kami yang bawak kereta ni terpaksa jugak lah tawaf kawasan kedai ni entah berapa round dulu sebelum dapat parking.

Lokasi..

My Homestay ni letaknya di tingkat 2. Tak ada lif ye. Sila naik tangga dengan penuh hati-hati, nak-nak yang bawak beg tarik berbondong macam aku ni. Mana tak besar beg. Balik dari Busan terus straight pergi Miri tak reti balik rumah dulu. Rasakan je lah. Dah sampai kat atas tu, kena bukak kasut. Bagus jugak ye. Jalan-jalan roaming around dalam guesthouse ni kaki ayam. Dijamin bersih gitu. Dah settle semua, kami pun check in lah untuk satu malam ni.

Hehehe.. Nangis pikul beg..

Sila bukak kasut..

Reception counter..

Kami berempat. Nak duduk dorm, dorm penuh. Makanya kami duduk bilik berdua. RM50 satu malam per room. Boleh lah kan? Seorang RM25 je. Biliknya kecik je. Muat-muat satu katil queen size dan ruangan cepotet untuk lalu. Muat-muat tu memang muat-muat lah. Kepala dan kaki katil memang cecah dinding, takde ruang sikit pun. Mereka custom made kah katil-katil ni untuk bagi muat? Ke mereka buat ruang ni muat-muat besor katil? Hehe.. Nak solat pun agak susah jugak lah, tapi we managed. Boleh lah, bilik kecik macam ni. Buat tidur je pun. Tapi bila nak packing beg sakit jiwa jugak. Terpaksa lah naik atas katil. Hehe..

Our room.. Muat-muat katil.. 

Kami stay di 2nd floor. Kebanyakannya kat sini bilik double lah. Toilet ada kat bahagian hujung. Best jugak dapat bilik dekat dengan toilet. Tak payah nak jalan jauh-jauh. Tapi yang kurang bestnya, toilet dia campur lelaki perempuan. Ko kena pandai-pandai lah ye. Kalau nak toilet yang perempuan aje, atau lelaki aje, sila naik ke tingkat 3. Tapi malas pulak lah nak menapak naik. Tapi, alhamdulillah jugak lah sepanjang duduk kat sini, takde bertembung dengan mana-mana lelaki kat toilet time mandi, vera dan sebagainya. Jumpa pun time basuh tangan je. Hehe.. Shower dia sangat best! Sebab kepala shower dia yang bulat besor tu ngam-ngam atas kepala. Perghhh.. Best gilak!

Unisex..

Shower..

Sinki..

Jamban..

Ok, dah settle bab jamban dan yang sewaktu dengannya, kita check out common room pulak. Common room dia takde lah besar mana. Kecik je, antara reception counter dengan tangga turun ke bawah. Ada lah satu set sofa, meja kopi, tv. Nak lepak-lepak kat sini agak best jugak lah. Dah tu, ada jugak lah disediakan komputer dua biji untuk buat apa-apa yang patut. Surf internet ke, apa ke. Kira ok lah jugak.

Tempat lepak..

Komputer..

Okies. Laluan bilik kami ni, kalau jalan sampai hujung akan tembus ke beranda. Mula-mula ingat beranda ni tempat lepak je sebab dari jauh nampak kerusi meja bagai. Rupanya kat tepi tu ada small kitchen gitu. Ada siap sinki, induction cooker, periuk nasi, toaster, microwave, oven, etc. etc. Wow. Boleh main masak-masak lah kat sini! Kat kabinet ada disediakan basic things like tea, coffee, sugar, salt bagai. Memang terbaik! Kebetulan, kami ronda-ronda time pagi. Ada disediakan roti dan all sorts of jam. Memang sedap lah mengap ye! Kagum aku tempat ni. Sangat comel dan menarik. Membuatkan semangat berkobar-kobar nak bukak tempat-tempat macam ni. Hehe.. Siapa nak invest sila angkat keyboard!

Small kitchen..

Kitchen appliances..

DIY drinks..

Lepak dan makan kat sini..

Simple je design dia, comfy pun ye. Aku suka lah tempat ni. No wonder lah penuh sentiasa ye. Kan best kalau lagi dua malam kami kat Miri ni dapat duduk sini lagi. Huhu.. Dah skodeng-skodeng area beranda, tempat lain untuk diskodeng ialah tingkat 3 dan tingkat 4. Kebanyakannya kat atas ni dorm. Bilik double pun ada lah jugak. Oh, iron dan iron board pun ada disediakan di koridor tingkat 3 ni. Lagi bertambah suka aku ni kalau ada siap iron bagai!

Iron..

Rooms upstairs..

Jamban tingkat 3..

Kat tingkat 3 ni pun ada beranda jugak. Tapi beranda ni dikhaskan untuk tempat merokok. Memang sangat lah terbaik tempat ni. Siapa tuannya ni? Tak mo bukak kat KK ke? Iols boleh tolong handle. Harharhar.. Gigih naik atas sampai tingkat 4. Kat hujung, ada satu tangga berpusing untuk ke bumbung. Ada surprise lagi ke? Kot-kot ada taman ke kat atas ni. Puahahaha.. Tapi bila dah naik, rupanya ada tempat sidai baju je. Ekeke.. Oklah tu kan, boleh jemur baju kat sini.

Suar katok sape tu..

So, ada sesiapa yang dah berkenan dengan tempat ni? Aku berkenan sangat-sangat lah. Lain kali datang Miri boleh duduk sini lagi. Tak gitu? Semakin sesak lah jawabnya tempat ni. Nanti aku datang lagi takde bilik available dah. Makanya, korang tak yah dok kat sini lah! Hehe..

Brochure My Homestay..

For more info go to My Homestay website.

1 comments :

Unknown said...

Anda, keluarga dan kawan-kawan ingin bercuti di Miri?
Kami dari HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan. Sewa untuk kegunaan Miri-Brunei boleh diatur

Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapatkan harga dan servis kereta sewa yang terbaik di pasaran !

www.hrbcarrental.com