Sunday, 8th Sept 2013
Dah hari ketiga dah! Sekejap je kot masa dah berlalu. Tapi aku rasa macam dah lama duduk kat Busan ni. Mana taknya, keluar awal pagi dah tu balik malam. Satu hari berjalan ke sana sini tak hengat donia. Terasa macam dah pergi dah semua tempat yang nak dipergi. Tapi hakikatnya baru seciput je. Huhu..
Macam semalam jugak, kami cuma plan aktiviti untuk pergi jalan-jalan hari ni time tengah bersiap-siap sebelum keluar. Memang gamble sungguh takde itinerary. Sekadar kumpulkan beberapa tempat menarik mengikut kawasan je. Makanya hari ni kita menghala ke utara Busan. Kalau dah kat utara ni, tempat-tempat yang bakal dipergi ialah Beomeosa Temple, Busan Mosque, Pusan National University, Bokcheon Museum dan Bokcheon Ancient Tomb. Gigih tau uols!
So nak ke Beomeosa Temple ni kena lah naik subway train dan turun kat Beomeosa Station. Dah tu keluar ikut Exit 5, pusing ke kanan dan akan nampak satu jalan. Sila belok ke kiri dan terus jalan ke atas. Dari jauh akan nampak satu tempat bas berkumpul. Sila pergi ke situ dan naik bas nombor 90 untuk ke Beomeosa Temple.
Jalan straight..
Sampai jumpa terminal bas..
Bas ke Beomeosa Temple ni biasanya penuh dengan pakcik-makcik yang berpakaian hiking. Rajin mereka-mereka ni pergi hiking ye. Pakcik-makcik kita kat Malaysia duduk kat rumah je weekend-weekend macam ni. Tak pun hiking escalator kat shopping mall ngikutkan kata anak. :P
Lebih kurang 10 minit je perjalanan naik bas dari terminal ke Beomeosa Temple. Turun kat stop yang terakhir. Aku agak-agak je lah kan terakhir sebab semua orang dalam bas tu turun, dan pakcik driver tu dok pot pet pot pet apa ntah, suruh turun lah kot kan? :P Dah tu kena lah menapak dalam 10 minit lagi untuk ke pintu masuk. Bertabah saja lah ye. Untuk masuk ke dalam tak dikenakan apa-apa bayaran. FOC gitu. Seronok gila aku banyak betul tourist spots yang free kat Busan ni.
Mari menapak!
Some penerangan + temple map..
Menapak naik atas..
Sila pilih laluan..
Beomeosa Temple ni letaknya di Mount Geumjeong dan dibina pada tahun 678M oleh seorang monk yang bernama Uisang. Nama Beomeosa ni diambil sempena satu legend lah kiranya di mana seekor ikan dari langit (heaven) (Beom = heaven, eo = ikan, sa = temple) turun ke bumi lalu berenang-renang di dalam sebuah perigi emas (Geumjeong). Pernah terbakar sebanyak 2 kali dan berjaya diconstruct balik tapi setiap kali dibina semula, dah lain sikit lah jadinya. Semakin mengecil gitu.
Jogyemun..
Agak besar jugak kawasan temple ni. Ada banyak bangunan. Tak pasti lah pulak setiap bangunan ni untuk apa. Maybe lain bangunan lain upacara dan aktiviti yang dijalankan di dalamnya. Beomeosa ni terkenal jugak lah dengan program temple stay. Siapa-siapa nak merasa cara hidup kat temple boleh lah datang sini. Yang bukan Islam ler. Hehehe..
Aku tepek gambar je lah ye yang mana yang ada..
Bojeru Pavillion..
Daeungjeon Hall..
Jijangjeon Hall..
Jenuh jugaklah jalan-jalan kat kawasan sekitar temple ni. Dah lah naik turun bukit gitu. Nak datangnye agak hazab jugak lah kena naik bukit. Nak balik pun hazab jugak sebab ikut jalan lain, kami tak turun ikut tangga tapi turun bukit. Kena lah jaga-jaga ya Cik Temah kang tergolek-golek ke bawah kang. Balik lah kita ke bus stop untuk tunggu bas balik ke Beomeosa Station. Sementara tunggu bas tu perut mengada-ngada mengkreok kreok. Menyempat jugak lah beli tteok kat makcik yang tengah berjualan kat tepi bus stop tu. Alah, macam apam biasa kita tu. Bezanya takde kelapa parut je. Hehehe..
Apam tteok!
Bas datang 10 minit kemudian. Balik lah kami ke Beomeosa Station. Sambil jalan tu sambil tengok kedai-kedai kat kiri kanan jalan. Satu kedai ni kemain jual barang-barang hiking. Murah-murah pulak tu. Hai.. Takde bajet lah pulak aku ni. Kalau ada, harus dirembat sudah ler.
Ok, stop seterusnya ialah Busan Mosque. Nak ke sana agak senang lah jugak. Tak banyak belok-belok macam pergi masjid kat Itaewon tu. Dia punya landmark ialah kedai tayar. Hehehe.. Kisahnya, turun kat Dusil Station (line yang sama dari Beomeosa tadi) dan keluar ikut Exit 8. Jalan je terus sampai jumpa kedai tayar dah tu belok kanan. Kiranya kalau dah belok ke kanan tu, kat kanan jalan ada kedai tayar, dan kat kiri jalan ada stesen minyak SK. Lagi pun kat kawasan jalan masuk tu ada signboard ke Islam Center. Tak kan sesat punya lah.
Signboard.. Sila bukak mata besar-besar..
Dari jalan masuk ni, lokasi masjid agak tersorok jugak lah. Kita akan jumpa restoran Turki ~ Cappadocia sebelum jumpa masjid ni. Nak masuk ke masjid kena jalan ke depan lagi, lalu celah-celah rumah orang. First impression aku, kagumnya lah hai masjid dibina kat tengah-tengah kawasan apartment. Bagus betul.
Cappadocia..
Masjid dari belakang..
Masjid dari depan..
Masjid Busan ni namanya Masjid Al-Fatah. Dibina pada awal tahun 80an kalau tak silap aku. Lupa dah. Bercirikan senibina Turki. Adalah jugak tulisan Turki kat masjid ni tapi tak paham ler aku. Masa kami sampai kat masjid ni agak meriah jugak lah dengan warga Indonesia. Masing-masing menunggu masuk waktu agaknya. Kami berjalan di sekitar masjid. Tengok apa-apa yang patut.
Exterior..
Office..
Interior..
Tengah melilau pusing-pusing, kami ditegur oleh seorang pakcik warga Indonesia. Dari mana, tanyanya. Seronok betul dia, bila ada pengunjung datang ke masjid. Rupa-rupanya pakcik ni bilal Masjid Al-Fatah ni. Dah 10 tahun dah duduk Busan. Dah macam orang local gitu. Hehehe.. Pakcik ni kata, banyak-banyak visitor, orang Malaysia lah paling ramai datang masjid ni. Sampai dia pun jadi pelik. Wah, kembang kempis hidung aku. Ekekeke.. Apa yang nak peliknya pakcik. Ada masjid, kita datang lah melawat.
Seronok berborak dengan pakcik ni. Katanya, masjid ni biasanya dipenuhi dengan jemaah dari Indonesia je. Sama ada yang belajar ataupun yang bekerja kat Busan ni. Local Korean yang Islam adalah jugak datang tapi jarang sangat. Yang dari timur tengah tu pun ada lah jugak, pun tak ramai sangat. Memang yang memeriahkannya orang Indonesia je. Ramai tak terkata lah ramai nya.
Sementara belum masuk waktu ni, kami permisi dulu lah ye pakcik. Nak pi mamam kat restoran Turki kat sebelah nun. Pakcik bilal ni siap cakap kalau nak makan murah sila pergi ke Gimhae. Kat situ boleh makan makanan Morocco dengan harga yang murah sangat. I mean bukan murah as in murah lah, tapi harga yang berbaloi-baloi bersesuaian dengan makanan yang dihidang. Oklah pakcik, kalau ada kesempatan kami pergi lah ke Gimhae tu. Aku ni kalau bab makan, excited sungguh! Hehehe..
Moh pi makan! Kita serbu ini Cappadocia. Ada lah jugak baca review kat Internet. Kalau nak cari makanan halal, pergi lah Cappadocia ni. Yes, kami datang lah ni. Tapi kalau nak makan sini hari-hari memang tergolek lah sebab harga dia ya ampun memang lah trang tang tang mahal.
Meh masuk..
Unik kan namanya Cappadocia? Sempena nama bandar bersejarah kat Turki nun. Bila lah agaknye nak sampai Turki. Boleh lah pergi melawat Cappadocia yang betul. Tapi buat sementara waktu kita singgah Cappadocia yang ni lah ye. :P
Cappadocia..
Interior restoran ni sangat menarik. Time kami masuk, ada dua meja yang beroccupied. Yang satu tu aku tau Malaysian dari segi dressingnya. Hehehehe.. Yang lagi satu aku bajet Indonesian. Tapi lama-lama tu betul jugak lah tekaan aku, bila salah seorangnya bersuara. Hambik kau pekat sungguh bahasa Indonesia dia. Hehehe..
Yang melayan kami, ambik order ialah orang Korea. Ramai jugak orang Korea yang bekerja kat sini. Tukang masak dia aku jeling, nampak macam orang Turki. Orang Indonesia pun ada jugak lah dua tiga orang di dapur.
Dari pintu masuk..
Meja sebelah..
Belek punya belek punya belek, entah menu makanan apa entah yang aku pilih. Yang penting harganya KRW17,000. Ya aaa awwww kalau diconvert jadi RM51. Belasah je lah kan. Janji perut aku kenyang. Sekali je lah aku datang sini makan. Tak mampu kot kalau satu hari makan sampai 50 hengget lebih. Huhuhuhu..
Perut dah berkreok-kreok. Semakin lama semakin ramai yang datang masuk restoran. Dah tu ada segerombolan pakcik-pakcik Korea masuk dalam. Duduk sampai 3 meja disambung-sambung. Ada lah lebih kurang 15 orang gitu. Tapi bukannya makan apa pun. Setakat minum teh dah borak-borak je. Wenggg?? Lepak-lepak kedai kopi ke ni? Kemain koo.. Mahal sungguh taste pakcik-pakcik ni melepak ye? Hehehe..
Tak lama tu, sampai lah makanan kami. Yang buat aku nak tergelak, makanan-makanan ni bukannya di letak semua yang kami pesan. Boleh datang satu-satu pulak tu. Memula appetizer kan. Dah tu entree lah pulak. Dah tu baru dessert. Dah habis dessert baru lah minum teh. Ya ampun. Penat tau tunggu satu-satu. Hahaha.. Dah macam fine dining pun ada restoran ni.
Appetizer..
Entrée..
Dessert..
Tea..
Alhamdulillah lah, semua licin. Mahal ko! Kenalah bagi licin, tak boleh tinggal sikit pun. Ekekeke.. Kedeks sangat aku ni kan. Dah lepas makan, dah bayar semua, kami balik semula ke masjid untuk solat. Dah masuk waktu dah pun. Solat berjemaah pun dah habis. Kami ke ruang solat untuk perempuan kat tingkat atas. Tapi tempat ambik wuduknya kat tempat lain. Kena masuk kat satu ruang di sebelah office.
Bila masuk ruang tu, tu diaaaaaaaaaaaaa!! Ini gathering ke hapa ni? Kekekeke.. Adalah kot dalam 20 orang muslimah Indonesia tengah berkumpul, borak-borak dan makan-makan kat dalam tu. Meriah sungguh. Kalau ada masa nak aje aku join. Pakkal je schedule aku penuh kan. Haha.. Tapi sempat lah jugak interview salah seorang tu. Saja-saja je kot diorang berkumpul weekend-weekend macam ni kan. Kalau tak, masing-masing kerja. Susah nak jumpa. Yang aku interview ni dah 3 tahun dah mencari rezeki kat Busan.
So straight naik atas solat. Lepas solat sempat aku dengar tazkirah dari ruang utama tu. Tazkirah dalam Bahasa Indonesia hokkay! Hambik kau. Dah semua jemaahnya orang Indonesia kan. Rasa macam bukan kat Korea dah pulak aku ni. Haha..
Tazkirah in Bahasa Indonesia..
Dah solat, kami pun bergerak keluar. Terserempak lagi dengan pakcik bilal tadi. Siap pesan suruh datang lagi ke sini. Dan tak lupa juga pesan untuk pergi ke Gimhae. Hehe.. Ye lah pakcik! See you soon. :)
Next destination ialah Pusan National University. Marilah meronggeng di kawasan universiti pulak ye. Ambik berkat lah kot. Mana lah tau kan aku tercampak kat sini pulak lepas ni. Puehehehe.. Berangan tak habis! So, naik subway train dan turun di Pusan National University Station. Keluar lah ikut Exit 1 atau Exit 3. Mana-mana pun boleh.
Sampai!!
Pusan National University Station..
Kawasan universiti kat Korea ni aku rasa sama je kot kat mana-mana seluruh Korea. Banyak kedai, banyak orang etc. etc. Sama macam Hongdae, sama jugak macam Ehwa. Sama lah. Semua sama. Kalau dah kawasan universiti, haruslah barang-barang murah kan. Sempat aku merembat dua helai baju. Murah ko..
Kedai-kedai yang ada..
Jalan straight, jumpalah kami dengan campus Pusan National University (PNU) ni. Best sangat lah kan universiti kat tepi-tepi kedai macam ni. Bila rasa boring je lepas habis kelas, terus cabut pi lepak kat cafe. Bahagia sungguh. Well, aku kat KK ni pun boleh jugak nak buat macam tu, tempat lepak ada je kat sebelah campus, tapi malas nak menapak, paneh sangat. Nak bawak kereta pun malas. Haisshh serba serbi malas..
Kenapa namanya Pusan bukan Busan? Well zaman-zaman sebelum tahun 2000 dulu, Busan dikenali dengan Pusan. Gitu lah sejarahnya. PNU ni ditubuhkan pada tahun 1946. Which makes it the first national university in South Korea. Wahhh.. Yang pertama gitu. Sampai jugak aku ye kat sini. Hehehe.. Kalau dah namanya national university, haruslah program yang ditawarkan tu bermacam-macam. Engineering dan Computer pun ada. Boleh lah aku skodeng nanti. :P
Campus map..
Kami takde lah meround habis campus ni. Sekadar menjenguk-jenguk je. Nak menapak tak mampu dah kot. Hehehe.. Nak-nak matahari tegak kat atas kepala. Panas pulak hari ni. Semalam hujan lebat kemain. Makanya, kami duduk-duduk je lah cuci mata tengok orang.
Aktiviti riadah tengah panas di perkarangan campus..
Keluar gate terus soping kompleks.. T__T
Agak dah puas tu kami bergerak balik ke subway station. Singgah sekejap beli stawberry juice sebab panas ya amat. Lazat koo.. Fresh perah kat situ jugak. Manis sungguh laa stroberi ni. Oleh kerana sungguh lazat, sekejap je aku sedut dah habis. Huhuhu..
Ada sepauuu..
More shoplots..
Dalgi juice..
Balik ke subway station untuk ke destinasi yang seterusnya ialah Bokcheon Museum. Menggigihkan diri pergi muzium lagi. Muzium ni lain dari yang lain jugak lah sebab muzium ni merupakan archaeological museum. So banyak lah hasil galian kat Busan ni ada dipamerkan kat dalam muzium ni.
Nak ke muzium ni, kena naik subway train dan turun di Dongnae Station (line yang sama dengan Pusan National University Station jugak) dan keluar ikut Exit 4. Dah tu, sila ke seberang jalan untuk ke bus stop yang ada dan naik bas no 6. Sila alert lah ye kat atas bas tu dan turun di bus stop Bockheon Museum. Bukak mata besar-besar sebab kita akan lalu depan Bokcheon Museum tu sebelum sampai ke bus stop yang kita sepatutnya turun. Hehehe..
Dongnae Station Exit 4..
Bokcheon Museum Entrance..
Bokcheon Museum..
Kenapa nak datang sini? Well, sedang aku google-google cari maklumat sebelum ni, aku ada nampak satu scenery yang sangat cantik. Satu padang luas di kawasan bukit berpetak-petak mengadap bandar. Nak ler kan datang sini. Sekali dapat tau petak-petak tu sebenarnye kubur. Nyiahahahahah.. Gasaklah. Kubur pun kubur lah. Janji dapat ambik gambar cantik-cantik.
Mari masuk..
Muzium ni dibuka pada tahun 1996 gitu. Kebanyakan on display ialah hasil galian dari zaman Three Kingdoms of Korea iaitu Goguryeo, Baekje dan Silla (57BC - 935AD) dan Gaya Confederacy (AD43 - 532) dan kebanyakan hasil galian ni ialah khazanah dalam bentuk tembikar dan besi. Menarik jugak lah muzium ni kalau kita nak tau lebih lanjut tentang zaman-zaman Three Kingdoms ni. Biasa lah jugak kan tengok kat KBS World. Drama-drama purba setiap Sabtu dan Ahad malam tu. Zaman-zaman ni lah yang menjadi latar belakang drama-drama tu.
Iron War Piece..
Cara-cara buat tembikar..
Apa yang menariknya, muzium ni bukan saja tertumpu kepada Three Kingdoms ni, tapi lebih kepada Gaya Confederacy. Gaya ni nak senang paham, kita boleh katakan ia sebagai Wilayah Persekutuan lah gitu. Sementara yang lain-lain dari Three Kingdoms tu negeri-negeri di Korea ni. Eh panjang lebar lah sejarah Korea ni. Boleh google kalau nak baca dengan lebih lanjut. :P Dikatakan wilayah Gaya ni penuh dengan misteri. Tak tau lah misteri apa kan dan kebetulan pulak, Busan ni letaknya di dalam wilayah Gaya satu masa dulu.
Kat dalam muzium ni, bukan sahaja display tembikar dan besi, tapi jugak susun atur dan jenis-jenis tomb yang ada pada setiap zaman Three Kingdoms ni. Setiap zaman, lain jenis tombnya. Oleh sebab Busan ni dalam wilayah Gaya, makanya tomb yang ada di sekitar sini ialah Gaya style lah. Tak join tomb-tomb negeri lain. Gitu lah ceritanya serba sikit mengikut pemahaman aku. Hehehe..
Tomb zaman pemerintahan Silla..
Tomb zaman pemerintahan Baekje..
Tomb zaman pemerintahan Goguryeo..
Tomb zaman Gaya.. Satgi kita pergi ye..
Nak-nak pulak, Bokcheon Museum ni didirikan berhampiran dengan tapak penemuan tomb Gaya style. Lagi lah excited aku dibuatnya kan. Boleh lah kita tengok real life tomb macam mana rupa nya. Dah kat penghujung display, ada disediakan costume perang zaman three kingdoms ni lah. Boleh lah pakai dan posing maut kat situ. Hehehe.. Aku try jugak lah pakai tapi tak muat! Kejadah sangat lah kan. Dah tu, boleh jugak mengecop-ngecop buat kenangan. Standard lah kan muzium-muzium kat Korea ni ada cop mohor bagai buat kenang-kenangan. :P
Sapo nak try?
Mari ngecop..
Tadaaaaaa...
Dah siap semua, kami pun keluar dari muzium untuk pergi tengok kubur. Hehehe.. Macam suspen je kan bunyinya. Dalam hati ni berdebar-debar lah jugak khenn.. Sunyi sepi kah tempat tu? Scary sangat kah tempat tu? Ada orang tak? Macam-macam dok pikir. Tapi terang-terang buta macam ni hopefully takde lah scary mana kan. Lagi pulak kawasan kuburan diorang ni takde pokok-pokok. Lain lah kawasan kuburan kita. Hehehe..
Kisahnya..
Pemandangan luar dari muzium ni sangat cantik. Berbukit-bukit. Dah tu hutan batu kat sebelah sana, hutan original kat belah sini. Kat celah-celah in between ada kawasan perumahan lah pulak. Tersangat lah unik tempat ni. Kat belah belakang muzium aku nampak fortress. Panjang ala-ala great wall gitu. Wait. Dongnaeeupseong Fortress kah itu? Aku ada baca lah jugak kat internet ada fortress dekat-dekat muzium ni yang bernama Dongnaeeupseong Fortress. Boleh lah singgah tengok nanti. One of the attractions kat Busan jugak ni.
Pemandangan dari muzium..
The fortress..
Mari pergi kubur!!
Hati-hati kami melangkah. Jalan ke kuburan ni kemain sesuatu jugak ni. Hehehe.. Relaks, relaks. Baru pukul berapa. Belum maghrib lagi ni. Kalau dah nak maghrib ada harapan yang sangat besar kami terus balik. Hahaha..
Jeng.. Jeng.. Jeng.. Jangan pandang belakang..
Tarikh nafas and tadaaa.. LORRR.. Siap ada orang piknik lagi tepi kubur tu. Whattt?? Hahahhaa adoih. Bajet scary habis kan. Sekali hek eleh. Hehehe.. Dah, dah jangan cakap besar kat sini. Mari kita jengah tempat ni sementara orang masih ramai. Kang takde orang kang nangis kang. Hehehe..
Ramai rupanya orang..
Kisahnya lah kan, ada beberapa kubur yang berjaya digali kat kawasan bukit ni. Itupun tak semua. Yang berjaya digali ni yang boleh nampak dari atas tanah. Ada banyak lagi sebenarnya yang kat bawah tanah yang belum digali keluar. Jenis kubur yang dijumpai kat sini antaranya jenis yang lubang kubur biasa tanpa keranda, ada jugak yang jenis ada keranda kayu dalamnya dan ada juga jenis yang ada keranda batu beserta penutup sekali.
Petak-petak ini ialah kubur yang digali.. 6 di sini..
Besar kan kubur-kubur ni? Ye lah. Orang zaman dulu-dulu, lagi dia kaya dan lagi berpangkat semakin besar kuburnya sebab nak isi sekali dengan harta masing-masing termasuklah servantnya. Yes. Tuannya mati, servant yang masih hidup pun kena lah redha ikut masuk dalam kubur sekali. Kena ikut baring sebelah tuan dia, dan kena tanam sama-sama. Zalim kan? Tapi itulah cara hidup orang zaman dulu-dulu. Lagi banyak harta yang dibawak ke kubur, lagi kaya dan tinggi lah darjat orang yang mati tu. No wonder lah kubur ni boleh jadi sebesar bilik. Besar rumah pun boleh. Banyak sangat barang nak bawak masuk kan.
More tombs..
A view of Bokcheon Museum from the kuburan..
Kalau jalan ke depan lagi, boleh nampak satu bangunan berbentuk dome. Sebenarnya itu outdoor exhibition. Kubur yang sebenar digali dan dibiarkan dalam keadaan asal. Dan satu dome dibina di keliling kubur tu sebagai pelindungan lah gitu kan. Untuk tatapan pengunjung jugak ni. Boleh lah kami-kami ni dapat ilmu macam mana keadaan dalam kubur yang sebenar-benarnya.
Inside the dome..
Kubur original..
Another kubur.. Papan tanda yang ada tu tunjuk kedudukan servant yang ditanam..
Dah semakin petang, dah tak ramai orang. Nasib baik kat dalam dome ni ada pakcik jaga duduk jaga tempat ni. So tak lah menakutkan sangat. Gigih lah hai pakcik ni nak duduk sini kan. Kalau aku seremmm dah. :P
Okies. Puas dah lah jalan-jalan dan posing ambik gambar kat sini. Masa masih ada, mari lah kita menapak naik ke tempat yang aku rasa namanya Dongnaeeupseong Fortress tu. Dah jalan ke depan, baru nampak papan tanda. Yay betul! Memang lah fortress tu Dongnaeeupseong Fortress. Marilah kita tengok apa yang menarik kat tempat ni.
Oihh banyak rupanya attractions kat sini..
Nak ke tempat-tempat menarik ni, mak oi kemain nak kena mendaki. Terpaksa lah buat senaman waktu petang-petang macam ni kan. Terbongkok-bongkok lah kami naik ke atas. Ada beberapa ahjumma duduk kat tepi tu dok perhatikan je kami naik atas. Senyum-senyum lagi. Ngumpat la tu ehh. Hahaha..
Ko mampu?
Kat kiri kanan jalan ada beberapa arca menarik jugak lah. Takde lah kot boring orang-orang yang nak jalan naik ke atas tu. Sambil-sambil jalan, boleh lah berhenti kejap tengok arca-arca ni. Boleh baca apa-apa yang patut.
Antara arca..
Menarik?
20 minit jugak kot menapak? Lebih kurang lah. Sampai lah jugak kami kat atas ni. Ramai orang tengah beriadah kat sini. Ada nenek-nenek duduk melepak, ada yang bawak anjing dia jalan-jalan, ada parents yang bawak anak dia main bola kat sini. Meriah jugak lah kiranya. Sangat sesuai untuk aktiviti petang hari. Ini kalau duduk lama-lama ni boleh tengok sunset jugak kot gamaknye.
One of the gates..
Dongnaeeupseong ni kalau kita tengok sejarahnya, dia jadi first target zaman Japanese Invasions (Imjin War) pada akhir kurun ke-16 gitu. Selepas Jepun berjaya tawan Busan, diorang nak pi tawan Dongnae pulak. So masa perang ni ramai askar Korea yang mati termasuklah general dia sekali sebab dah kena kepung dengan daebaknya dan last kena serang. Tapi sebelum kena serang tu sempat lagi ketua angkatan dua-dua belah pihak berbalas pantun. Hahaha.. Banyak lah aku balas pantun. Diorang ada lah cakap-cakap dulu sebelum kena serang. Jepun kata "I want to serang". Then Korea reply "Over my dead body". Macam tu lah lebih kurang kisahnya. Wah terer sangat aku neh.
Fortress Wall..
The other side..
View of Bokcheon Museum and Ancient Tomb from Dongnaeeupseong..
Selain daripada Dongnaeeupseong Fortress, ada muzium dan science garden. Muzium Dongnaeeupseong ni dah tutup lah pulak petang-petang macam ni, so tak dapat lah kami nak masuk. Makanya kami pergi ke science garden. Science garden ni dok display hasil ciptaan Jang Yeong Sil, seorang saintis dan astronomer terkenal zaman Joseon dolu-dolu.
Kita tengok-tengok je lah ye apa yang ada kat sini. Kemain banyak hasil ciptaan pakcik ni. Aku tak berapa minat astronomy so agak blur lah jugak. Main jenguk-jenguk je setiap ciptaan tu. Hehehe..
Science Garden..
Antara ciptaan Jang Yeong Sil..
Apa ini..
Heol ini apa..
Haaa ni aku tau Chinese Zodiac.. Kekekeke..
Pemandangan Dongnaeeupseong Fortress dari science garden..
Dragon pun ada ni..
Almost 6pm. Orang dah semakin berkurangan. Kami pun mula turun ke bawah dan pergi ke bus stop. Bus stop dia kemain tiang je. Hehehe.. Duduklah kami kat tembok kat celah-celah kereta yang tengah parking kat situ. Boleh tahan lama jugak lah tunggu bas ni. Ada lah kot dalam setengah jam macam tu. Tak banyak bas agaknya yang masuk sampai hujung-hujung macam ni. Kat atas bas tu semua orang pandang kami. Hahahaha.. Gasak.
Bus stop..
Balik lah kami semula ke Dongnae Station dan terus balik ke Haeundae. Tapi sebelum balik hostel nak singgah Dalmaji Hill. Katanya hari ni ada flea market. Nak jugak lah tengok kan apa yang dijual kat flea market ni. So nak ke sana kami turun kat station satu stop selepas Haeundae Station iaitu Jungdong Station. Katanya ini lah station yang terdekat kalau nak pergi ke Dalmaji Hill tu.
Berjalan kaki lah kami. Jalan punya jalan punya jalan belum sampai-sampai. Lama sangat dah ni menapak. Nasib baik lalu deretan kedai-kedai takde lah terasa penat sangat.
Cafe tempat shooting drama "Lovers in Haeundae"..
Rasanya dekat 45 minit jugak kot berjalan dari subway station baru sampai kat permulaan jalan naik ke Dalmaji Hill. Nak ke tempat flea market tu maunya lagi 2km nak jalan. Hampeh! Tak mau! Terus tak jadi kami ke sana. Balik lah kami semula ke Haeundae untuk balik ke hostel. Jalan kaki ler! Tak kuasa nak jalan jauh-jauh balik semula ke subway station tadi.
Hampeh kau jauh giloss..
Permulaan jalan.. Huhuhuhu..
Menyumpah-nyumpah lah kan sebab penat je jalan rupanya jauh lagi. Dah sampai hostel tu terus terbongkang kekdahnya. Ye lah selepas mandi dan solat bagai. Hari ni boleh dikatakan fruitful jugak lah aktiviti jalan-jalan kami. Sangat gumbira rasa di hati gitu. Hehhehe..
Okies, stop here!!
Perbelanjaan Hari Ini:-
Lunch = KRW17,000.00
Jajan & Drinks = KRW4,100.00
Total = KRW21,100.00
0 comments :
Post a Comment