Nak rumuskan lah sikit tentang trip ke South Island ni, dari segi tempat-tempat yang dilawati dan perbelanjaan selama 13 hari ni. Perbelanjaan tu penting kan! Boleh kita tengok murah ke mahal kalau nak jalan-jalan kat New Zealand ni.
Tempat-tempat yang telah kami lawati ialah seperti peta kat bawah ni. Google Map senget nau tak boleh letak nama tempat banyak-banyak. Terpaksa lah pecah dua.
Peta 1
A: Christchurch
B: Rakaia Gorge
C: Mt. Somers
D: Middle Earth (Edoras)
E: Lake Tekapo
F: Lake Pukaki
G: Mt. Cook
H: Moeraki Boulders
I: Oamaru
J: Dunedin
K: Portobello
L: Sandfly Bay
M: Te Anau
N: Knobs Flat
O: Milford Sound
P: Kingston
Q: Glenorchy
R: Queenstown
S: Kawarau River
T: Arrowtown
U: Wanaka
V: Makarora
Peta 2
A: Makarora
B: Haast
C: Fox Glacier
D: Hokitika
E: Greymouth
F: Arthur's Pass
G: Rangiora
H: Christchurch
Sebenarnya bukan tempat-tempat ni je. Ada lah jugak pekan-pekan kecik lain yang kami singgah untuk berhenti solat, beli barang, isi minyak dan sebagainya. Kalau nak masukkan semua, confirm panjang lebar dan semakin serabut lah peta ni. Hehe.. Jadinya, untuk ke 28 tempat utama ni je lah ye, kami telah mengharungi lebih kurang 2600km menggunakan campervan kami yang comel lote tu. Terer kan? Hahaha..
Dari segi perbelanjaan pulak, boleh dirumuskan seperti yang kat bawah ni. Kesemua perbelanjaan ni setelah dibahagi sama rata antara kami 4 orang. Perbelanjaan yang dikongsi bersama lah. Souvenir tak termasuk sekali. Tu belanja sendiri-sendiri.
Sewa campavan + insurance (11 hari) = NZD229.25
Minyak petrol = NZD193.25
Campsite/Holiday Park = NZD218.50
Groceries = NZD76.30
Entrance Fees = NZD99.50
Laundry/Internet = NZD23.00
Airport Bus/Transfer = NZD15.00
Souvenirs & other misc = NZD103.50
TOTAL = NZD958.30 ≈ RM2395.57 (Rate semasa = RM2.50)
Tiket penerbangan pergi balik dari KL ke Christchurch pulak RM613.00. Makanya, perbelanjaan keseluruhan ialah RM3008.75.
RM2395.57 all in selama 13 hari, kira ok lah kan? Not bad lah kan? Nak-nak masa tu rate duit pun masih rendah. 2.43, 2.45 pun boleh dapat. Paling mahal pun 2.50. Tapi, kalau difikir-fikir, boleh je kurangkan lagi amount perbelanjaan tu especially tang groceries. Banyak nau makan jajan kami ni. Hehe.. Lagi satu yang boleh dikurangkan ialah belanja untuk internet access. Dah la mahal, access pulak limited. Tak best sungguh.
Secara keseluruhannya, tak ada lah mahal sangat jalan-jalan kat NZ ni. Bila share ramai-ramai memang boleh jimat kaw-kaw. Bila ramai-ramai boleh sewa campavan. Kalau jalan sorang-sorang terpaksa lah duduk hostel/hotel yang agak mahal jugak harganya.
So, jom pergi lagi South Island ni. Hehe..
12 comments :
wah, bestnya! Nanti nak lantik Cik yatt jadi travel agent kak siti lah.. sangat best.. ;)
ekekeke.. boleh-boleh.. tapi ni harga jalan-jalan secara kedekut.. kalau bawak family lain jumlah ongkosnye.. hehe..
lepas ni angkut kiter sekali lah kalau nak pegi lagi :)
Salam. Nk tanya, flight ticket rm613 kl chrischurch tu airline ape ye? Murah..
ina,
sanggup ke nak jalan style kami? :P
imran,
kami naik AA masa ni.. Kebetulan antara batch terakhir sebelum AA stop flight ke CHC..
Ala, cik sengal memang best. Hari tu bila decide nk g NZ, tup2 AA close route. Menangis air mata darah
aina,
alahaiii.. takpe.. boleh travel to auckland pastu amik domestic flight..
Dah book ticket ke Melbourne. Tgh tggu ticket murah ke Christchurch. ☺
I will use your blog Sebagai rujukan.
aina,
good! dah ada dah perancangan ekk.. hehe silakan buat panduan.. bukannya detail sangat pun.. asal boleh je..
Salam..best gila baca crita NZ u ni. Saya pun mencari rezeki kat sabah..hehe..
Salam..best gila baca crita NZ u ni. Saya pun mencari rezeki kat sabah..hehe..
Post a Comment