Tuesday, September 17, 2013

Dynamic Busan ~ Day 1: Haeundae Beach, Dongbaek Island, APEC House & Haeundae Market

Friday, 6th Sept 2013

Hari yang ditunggu-tunggu gitu. Sampai jugak akhirnya. Berjalan ke Korea lagi aku ni buat kali yang entah ke berapa kali dah. Tapi wait.. Kali ni tak pergi Seoul. Kita merewang ke Busan je lah ye. Aku tak pernah lagi sampai ke Busan ni. Bila dapat peluang macam ni, tak nak lah aku lepaskan. Belasah je pergi. Well, sementara idea masih ada, otak masih fresh, boleh lah aku merepek serba sedikit tentang pengalaman aku kat Busan selama 7 hari. ^__^

Busan!!



Kali ni aku pergi dengan officemate - K Asni. Gigih berdua je. Daripada pergi sorang-sorang, berdua lebih baik kan. Nak ajak kawan-kawan yang lain, masing-masing ada kekangan dan halangan, so tak dapat lah nak pergi beramai-ramai memeriahkan majlis. Belanja untuk berdua pun mahal sikit lah jadinya.

Nak-nak duit won tengah mahal gila-gila sekarang ni. Huwaaaa!! Apa dah jadi? Kenapa RM jatuh mendadak? Sebelum ni, boleh dapat MYR2.80 untuk KRW1000. RM2.75 pun pernah jugak. Tapi sekarang RM2.95!! Mahal giloss~!! K Asni pulak tukar RM3.00! Lepas ni entah berapa pulak lah kan. Dah! Kita duduk diam-diam dalam Malaysia je. Tak payah pergi Korea! *Emo*

Flight dari KL pukul 1.15 pagi. Boleh tahan ramai jugak satu flight ni. Ramai Korean daripada Malaysian. Yang Melayu pulak boleh bilang dengan jari dalam 15 orang termasuk kami. Mungkin belum rancak lagi kot. Kami je yang tak sabar nak pergi awal. Hehehe..

Isi jangan tak isi..

Sepanjang penerbangan, aku terbongkang tidur. Belasah je lah selesa ke tak selesa je. Sedar-sedar, dah terang. Tak lama tu, mendarat lah kami kat Gimhae International Airport. Demnn.. Keluar je kapal terbang, kena tiup angin. Sejuk lah pulak Busan ni. Aku ingatkan masih panas. Dah habis ke Summer? Cisss.. Nasib baik ada bawak jaket. Kalau tak, menangis lah aku. 

Mari turun tangga..

Dah turun tangga, ada bas datang menjemput. Bagus Gimhae Airport ni. Tak lah macam certain airport tu kena menapak jauh-jauh kan? Lagi jauh dia parking lagi hazabedah nak menapak. Nasib baik lenggang kangkung bawak bagpack kecik je kan. Kalau tak, hampushhhh.. By the way, trip ke Busan ni takdenya lah aku nak berbackpack bagai. Dah plan sesiap dari Malaysia nak soping-soping kat sini. Macam lah banyak duit aku ni kan. Makanya, beg-tariking lah aku. 

Cop. Cerita pasal beg-tariking ni, nak kepoh kejap. Luggage AA sekarang ni dah gila mahal! Dah tak ada 15kg dah. Terus 20kg! Dulu masa first time pergi Seoul back in 2011, RM50 untuk 15kg. Sekarang ni ilek pucek!! Starting terus dengan 20kg. Dah tu RM65 pulak tu. Nangis.. Buang karan je dapat tiket murah tapi luggage mahal kan. Tapi mengenangkan nak buat aktiviti gores dan menang, terpaksalah tutup mata beli luggage. Huhuhuhu..

It's Gimhae!


Dynamic Busan.. The tagline I supposed..

So macam biasalah kan, masuk arrival hall, pergi cop pasport dan scan fingerprints kat immigration, ambik beg, go through custom, pulangkan borang dan terus keluar. Senang cerita. Semuanya tak banyak songeh. Beg pun cepat jugak sampai. Tak payah nak tunggu lama-lama.

Collect luggage..

Jangan bawak!!

Dah keluar tu, benda yang pertama sekali aku nak kena buat ialah, ambil simcard untuk ipong aku tu. Simcard untuk calling-calling, main tenet bagai lah. Kemain dah sekarang Korea dah ada option pakai prepaid simcard pulak. Kalau tak sebelum ni sokmo built in dalam henpon kan. Teringat zaman drama Julia ditayangkan dulu tu punyalah ramai naik hantu tengok hero pakai simcard Korea. Punyalah tak boleh terima kenyataan sebab dah tau kat sana pakai built in simcard. Scene 'NG' katanya. Tak logik katanya. Nasib baik lah dah lama tayang drama tu. Kalau baru tayang memang kena hempukk mereka-mereka yang naik hantu tu. Aku lah antaranya yang kena hempukk tu. Hahahahaha.. 

Oklah. Kenapa aku ambik simcard ni? Well, nomot 1, aku tak jumpa info macam mana nak sewa telur kat airport Gimhae tu. Telur tu nama englishnya Egg lah. Egg tu pocket wifi. Kalau kat Incheon Airport, bersepah-sepah tempat nak menyewa pocket wifi ni. Tapi kat Gimhae ni macam nan hado lah pulak. Ke aku tak habis search? Sebab tak jumpa, aku pun korek dan korek dan korek lah kat google tu dan sampailah aku tiba kat blog Littlemisshoo Travel to Korea ni. Wah, ada simcard! So aku pun baca lah. Kebetulan time tu, KTO masih ada buat promotion. So, aku pun gigihnya mengisi form dan request for simcard gitu. Then, dapat notification untuk ambil simcard tu kat Gimhae Airport. Wah. Terbaik sungguh!

Disebabkan aku join event by KTO tu, simcard tu aku dapat free! Kalau tak, kenalah beli gitu. So, simcard tu boleh diambil kat Premium Travel Center kat Gimhae Airport tu. Kaunter dia kecik je di antara Gate 1 dan Gate 2. Selain kat Gimhae, ada jugak tempat lain yang jual simcard ni. Kat Incheon Airport ada, kat Seoul Station ada, kat Myeongdong pun ada. 

Inilah kaunter nya..

Kat kaunter, aku just bagi confirmation order yang dah di print out siap-siap. Sekejap je. Dapat dah simcard tu. Simcard ni fungsinya macam biasalah. Macam prepaid kita jugak. Dah habis value, topup lah lagi gitu. Tapi dia ada dua jenis. Topup untuk data plan dan topup untuk voice plan. Kalau sakan main internet je tak nak calling-calling, topup je untuk data plan. Voice plan tak payah topup. 

Harga data plan..

Disebabkan aku dapat simcard ni free, ada value KRW2,000 dalam simcard tu. Since aku ni cuma nak pakai data je, aku ambil option 1GB data plan. Harga KRW16,500 (monthly flat rate) valid untuk 30 hari. Tapi harga topup yang ada kat kaunter ni datang dengan harga KRW10,000. Pandai diorang ni meniaga ye. Hehehehe.. Kalau nak value lain boleh topup online kot. Tapi sebab aku tak reti kan, aku beli je lah dari kaunter tu. So, aku bayar KRW20,000 untuk topup so value yang ada dalam simcard tu jadi KRW22,000. Harga untuk data plan pulak KRW16,500 kan. So baki dia, KRW22,000 - KRW16,500 = KRW5,500 jadi topup untuk voice plan. Kesimpulannya aku ada dataplan worth 1GB dan voice plan worth KRW5,500 gitu. Ada paham? 

Kalau tak reti nak setting ke apa ke, boleh je mintak orang kat kaunter tu tolong. Jangan risau ler, diorang boleh cakap English punya. For more info on this Simcard boleh pergi kat sini --> EG Simcard

Ni ler rupa bentuknya..

Next? Pergi cari transportation card. Now, now. Banyak tempat yang aku baca kat internet tu menyatakan bahawasanya (poyoss), kalau kita nak pakai T-Money, tak banyak tempat yang ada provide service mengtopup T-Money kat Busan ni. Aku memang dah ada T-Money. Tapi seram lah jugak kan sebab value yang tinggal dalam tu seciput je. Nak topup kat mana lah pulak kan? Makanya, to play safe (patutnya aku tanya dulu boleh topup T-Money ni ke tak, tapi sengal gila tak tertanya), aku beli lah transportation card yang boleh dipakai kat Busan ni. Ada 2 jenis - Mybi dan Hanaro. Tapi tak ada stoklah pulak. Yang ada cuma Cashbee Card je. Belasah je lah. Janji boleh buat bayar naik transport.

Beli Transportation Card..

Harga kad ni KRW2,000. Buat permulaan kita topup dulu KRW20,000. Senang nak gerak ke mana-mana, naik bas senang, naik subway senang, kalau ada lebih, nak buat bayar jajan-jajan pun senang. Kalau tak cukup, kita topup lagi kendian.

Hambik kau.. My Cashbee Card..

Dah tu? Jalan-jalan ke Money Changer kat sebelah 7E tu. Bank punya lah. Tak ingat pulak aku ni bank apa. Kagum sekejap sebab ada exchange rate untuk Malaysia. Mentang-mentang lah dah ada direct flight dari KL kan. Terus terpampang currency Malaysia kat board dia tu. Kalau tak, jangan haraplah. Tak laku MYR kat Korea ni. Rate dia sangat mahal! Kat Malaysia aku tukar seciput je. So kat sini, tukar sikit lagi lah. Tak banyak mana pun. Untuk hal-hal emergency je ni.

Dah settle semua barulah kami bergerak keluar dari airport. Kami stay kat Miss Egg Hostel, area Haeundae. Ada banyak option nak ke sana. Boleh naik subway train, boleh naik taxi, boleh naik airport limousine bus, boleh jugak naik city bus. Nak jimat duit punya pasal, dan malas nak tukar-tukar train, kami mengambil keputusan untuk naik city bus. Bas nomot 307. Straight dari airport terus ke Haeundae. Dah tu sengal jugak lah kan. Kat Haeundae tu nak ambik stop mana satu. Hahahahaha.. Tawakkalillah je. Agak-agak nak turun kita turun je lah. Kalau dah tak tau sangat, kita turun je kat last stop. Pandai-pandai lah melangkah lepas tu.

Route bas nomot 307..

Tengah pening-pening cari bus stop kat luar arrival hall tu, kami bertemu dengan satu keluarga berempat ni. Entah lah tak pasti dari mana. Yang bapaknye macam melayu kita. Yang emaknya macam cina. Yang anaknya ala-ala orang putih. Konpius aku. Aku ni bajet je lah orang melayu kan, terus tanya pakcik tu nak ke mana. Dalam BM ler. Dia jawab simple je, Haeundae. Hoh. Soheh lah tu melayu kan sebab paham soalan aku khenn? Hahaha.. Tapi lepas tu dia semedang cakap english. Yang si emak, aku bajet isteri dia lah kan. Muka semedang tak user friendly. Masam jek. Mesti dia tak puas hati kena naik bas kan? Hahaha.. Anak dia pun poyosss cakap English sokmo. Dah tu pakcik tu tanya "nak pi mana, terer jugak korang nak naik bas ye, dah penah datang sini ke?" SILA TRANSLATE DAN BACA DALAM ENGLISH. Gayanya macam kerek-kerek gitu. Eii gedik pulak aku rasa nak cakap-cakap English ni. Gasak lah kau pakcik. Ko ingat, ko dengan family ko je yang terer nak pergi Busan ni. Aku pun buat research jugak daaa. Eh, tetiba pulak aku panas hati. Kita nak beramah mesra dengan dia. Dia buat bolayan. Lantak ler.. 

Hazabedah jugak naik bas ni. Ok tu memang ok cuma kesengalan sikit nak menjaga luggage ni. Beg aku ni dah laa jenis tayar empat tak reti duduk diam. Seksa nak menahan bila bas tu membrek. Ada sekali tu aku leka, zaaaaaaaaaaasssssssss entah macam mana beg aku berdesup meluncur ke depan landing baik punya tepi driver. PUAHAHAHHAHA.. Malu aku. Driver tu menjerit-jerit "kabang! kabang!" Gila glamour betul beg aku ni. Huuhuhuhu..

Sepanjang-panjang jalan, hujan turun. Aishh.. Not good. Not good. Aku ni pulak entah macam mana, badan rasa tak sedap. Dah mula batuk-batuk. Dengan cuaca macam ni lagi. Confirm lah tak syok nak pergi jalan-jalan.

Tiba kat bus stop Dongnae Station, pakcik sekeluarga tadi turun. Eh? Kata nak pergi Haeundae. Kenapa turun kat Dongnae? Suka hati ko lah pakcik. Masa turun tu, sikit pun tak pandang kami. Ye lah, kami ni siapa. Kalau ko pandang, nak jugak lah aku senyum kat ko as a courtesy. Tapi nan hado je. 

Hujan!

Lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan, sampai lah kami kat Haeundae. Dah saspen ni. Nak turun bus stop yang mana satu. Seorang demi seorang turun dari bas. Kami jugak yang tak turun-turun. Dah sampai stesen terakhir tu, driver pun jerit. Aku pun tak tau apa yang dijeritkan. Tapi aku buat-buat paham yang ni merupakan stop yang terakhir. Puahahaha.. Turun lah kami dari bas tu. 

Nak ke mana lepas ni? Tak menjadi masalah buat kami sebab dataplan dah ada. Kita bukak Waze je lah. Kekekeke.. Tengok-tengok Miss Egg Hostel cuma dalam 300m je dari bus stop. Alhamdulillah, tak jauh mana nak menapak. Tapi yang seksanya bila dah sampai depan hostel tu. Kena naik tingkat 3! Tak ada lif ye kengkawan. T____T

Kami lepak-lepak, mandi-mandi dulu. Lepas tu operasi mencari makan! Dah lah tak bawak barang makanan kering. Bawak maggi pun lupa bawak bekas. Sengal gila. Terpaksa lah cari makan kat luar. Hujan pulak tu. Sobss.. Sebelum ni dah skodeng-skodeng kat internet, ada tempat makan yang boleh kita makan kat area hostel ni. Aku baca kat sini KTO's Restaurant Guide for Muslim Visitors to Korea. Bila dah baca ni, aku confident lah sikit kan. 

Restoran yang dimaksudkan ialah Sokssiwonhan Daegutang. Restoran ni, sediakan sup ikan cod. Dah pernah rasa masakan ni masa kat Seoul dulu. Sedap jugak lah. Ni dah ada dalam guide, kita terjah je lah. Alamat yang ditulis kat situ entah kat mana-mana entah letaknya, cuma bila aku godek, ada cawangan lain yang berdekatan. Sila refer peta bawah:-

From Miss Egg Hostel to restoran ikan cod..

Tak ramai orang dalam kedai ni. Pelayan restoran tak cakap banyak, terus bagi menu. Aku pun malas nak cakap banyak, tunjuk gambar makanan dan bagi isyarat pakai jari je. Senang cerita. Tak lama duduk tu, ramai pulak yang masuk. Aku gerenti, mereka-mereka ni akan keluar dulu sebelum kami keluar lepas habis makan nanti. Hehehe..

Interior..

Sekejap je. Makanan pun dihidangkan. Ambik kau! Memang meriah. Kegembiraan lah kan dapat makan sup panas-panas di kala hujan macam ni. Huhuhuhu.. Sangat nikmat. Selain sup ikan kod, kami order jugak telur gulung. Nama dia Almari ko.. Ko makan apa kat Busan? Makan GOBOK!! Nama je almari. Tapi rasanya sedap. Kat dalamnya ada isi ketam, timun, seaweed dan telur ikan tecit-tecit tu. Yang macam atas sushi kat jusco kaler oren-oren tu. Tapi ni wana hijau. Hahaha..

Tengok portion dia!

Almari yang sedap..

Memang seperti yang dijangka. Punyalah lepak lama sangat dalam kedai tu. Nak menghabiskan makanan tu sangat challenging. Senak perut aku dibuatnya. Duduk lama-lama sikit lah. Lagi pulak hujan kat luar tu. Nak jalan-jalan pun tak boleh.

Alhamdulillah!!

Give up! Almari tak dapat dihabiskan. Side dishes pun. Makanya, mau ditapau. Tapi malu nak bagitau pelayan kedai. Dah lah tak ada bekas nak menapau. Gigih mencari idea. Last-last........................

PUAHAHAHAHAH~!! Kesian itu Almari..

Dah siap makan, kami pun pergi bayor ler. Satu mangkuk sup tu KRW9,000 ko. Almari pulak KRW6,000. Gasak lah kan. Janji kenyang. Now pergi ronda-ronda pulak. Hujan pun dah tinggal renyai-renyai. Boleh lah ni jalan-jalan kot. Kami berjalan menuju ke pantai. On the way tu ada satu stall kebab turki. Simbol halal sebesar-besar tidak. Wow. Ada option makanan lain! Tukang buat kebab tu dari jauh dah jerit bagi salam kat aku. Aku sengih je lah. Dah kenyang dah bang. Lain kali je lah.

Sun & Fun!!

Haeundae Beach. Kecik jugak tempat ni tau. Camne lah diorang boleh berasak-asak, bersesak-sesak kat sini masa summer. Gilosss betul. Aku pun tak ada lah nak buat apa-apa kat pantai ni. Just tengok-tengok je. Orang cerita pasal Haeundae, Haeundae cantik lah apa lah. Ni aku dah sampai lah ni menjejakkan kaki. Lepas ni aku pulak boleh cerita pasal Haeundae kat orang. :P

Kawasan larangan merokok..

Cepat terjun!!

Seronotnya dia bagi makan..

Ada beberapa attractions kat area Haeundae ni. Mana yang boleh kami pergi hari ni, kami akan pergi. Tak sampai 2 minit jalan, kami nampak signboard Busan Aquarium. The largest aquarium in Korea katanya kan. Tapi bila dah dekat, takde pun bangunan besar? Setelah ditelek-telek, ohhh.. Kat bawah tanah rupanya aquarium ni. Bangunan atas tanah cuma kaunter jual tiket je. Kagum sungguh aku.

Busan Aquarium..

Kaunter tiket..

Harga tiket masuk, KRW21,000. Tak jadilah. Tak ada dalam bajet. Kalau dah boring sangat tak tau nak buat apa kat Busan ni, boleh lah kot masuk. Tu pun kena fikir 10 kali lah. Hahahaha.. Jalan dan jalan lagi, jumpa Tourist information Center. Masuk ke dalam ambik peta Busan, Haeundae dan leaflet, pamplet bagai dan flyer lain-lain yang dirasakan menarik. 

Jenguk jap..

Satu leaflet ni menarik perhatian aku. KPOP ler. Ada tayangan konsert kat Busan Cinema Center. Wah, menarik ni. Boleh pergi tengok. Kiranya rakaman konsert lah. Ditayangkan kat panggung. For more info sila ke kpopcinema.com katanya. Gigih lah aku kan. Terus tarik muka aku bila baca harga tiket KRW24,000. Hahahaha.. Boleh makan sup ikan kod dan almari dua kali. :P

WOW..

Dah tu kami terus ke hujung menuju ke Dongbaek Island. Dalam peta macam jauh je. Tapi sebenarnya dekat je walaupun jalan kaki. Ada banyak benda yang boleh diskodeng kat sini. Kita jalan je lah.

Asalnya Dongbaek Island ni memang pulau. Tapi sekarang ni bukan pulau lagi dah. Dah bersambung terus dengan tanah besar. Suasana kat sini tenang je. Sesuai untuk jalan-jalan ambik udara petang. Nak jogging-jogging pun boleh. Nak ke sini, kami menyusuri jalan kat tepi The Westin Chosun Hotel.

Peta Dongbaek Island..

Err.. Bertabah je lah ye naik turun tangga kat sini. Agak-agak semput berhenti rehat sekejap. Tengok laut, tengok pantai, tengok orang. Memang syiok.. Bila rasa dah boleh jalan, jalan ler. Kalau semput lagi, duduk lagi. Tak ada siapa nak marah. Tapi malu lah dengan atuk-atuk dan nenek-nenek yang jalan-jalan kat sini. Hahahaha..

Pantai Haeundae..

Pakcik-pakcik memancing..

Kat atas batu bahagian bawah island ni ada satu patung mermaid. Legend lah ni katanya. Nama mermaid ni Princess Hwangok gitu. Katanya lepas dia kahwin dengan raja jajahan apa ntah namanya (legend lah ni) dia akan duduk menebeng kat atas batu ni sambil pegang golden ball gitu. Katanya bila full moon, golden ball tu akan tunjuk kat dia kampung halaman dia. Lepas rindu lah gitu kononnya. Wah, terernya aku bercerita.. 

Patung Mermaid..

Jalan lagi..

Nice scenery..

Sila ikut laluan itu ye..

Ada jambatan gantung..

Dah penat menapak naik turun bukit, kami tiba kat jalan besar. Kat belah kiri ada satu lighthouse. Senget aku bila nampak lighthouse. Heheheheh.. Nak cerita jugak lah, kat Busan ni banyak lighthouse. Ye lah. Tepi pantai, bandar pelabuhan, dari dulu lagi tempat perdagangan. Dah berkurun lamanya. So takyah lah nak buat-buat terkejut bila nampak banyak lighthouse. Aku selalu kaitkan lighthouse ni dengan eerieee situation gitu. Yang seram-seram gitu. Entah ye. Bagi aku, lighthouse = haunted place. Ngaaaaaa..

Lighthouse..

Kat area lighthouse tu ada satu spot untuk tengok carved stone. Katanya carving kat batu tu dibuat oleh sorang penyajak zaman kerajaan Silla. Nama dia Choi Chiwon. Dia sebenarnya tengah lari dari kekacauan politik zaman tu. Berhenti kejap kat bawah tu sebab terkesima dengan pemandangan laut, awan, bulan dan bukit kat situ. So, dia pun carve lah perkataan Hae (laut), Un (awan) dan Dae (bukit). Jadilah Haeundae gitu. Wah, sejarah ni! Baru den tau...

Haeundae in chinese characters..

Kat belah kanan jalan ada pavilion dan laluan ke atas bukit. Kat atas bukit tu ada patung Choi Chiwon ni. Tapi aku takde lah nak naik atas. Tak larat! Nasib baik Choi Chiwon nama dia kan. Kalau Choi Siwon mau aku guling-guling masuk laut.

Laluan ke atas bukit..

Lighthouse dari dekat..

Haeundae dari jauh..

Kat sini, jugak boleh skodeng APEC House. Ambik gambar pun cantik. Bukan setakat APEC House je. Boleh nampak Gwangan Bridge dari jauh. Snap all in one lah. Dah nampak Gwangan Bridge ni, tak payah dah lah pergi Gwangan Beach gitu. Boleh? Nak jimat masa punya pasal.

APEC House and Gwangan Bridge..

Gwangan Bridge close up..

APEC House ni boleh masuk sebenarnya. Tapi kebetulan kami sampai dah petang, so dah tutup lah. Operating hours dia 9-5pm. Tak ada rezeki kami lah. Kami terus berjalan bertentang arah menikmati pokok-pokok gitu.

Walk down..

Jalan punya jalan punya jalan, kami tiba semula kat The Westin Chosun. Tapi ni bahagian depan lah. Yang tadi bahagian belakang. Mewah jugak nampaknye hotel ni. Pusing sebelah hotel tu dan kami berada semula kat Haeundae. Jalan lagi lah menyusuri pantai untuk balik ke hostel. Dah penat dah kan.

The Westin Chosun..

Pantai Haeundae..

Then dari jauh kami nampak asap. Mula-mula sikit. Lepas tu banyak dan memekat hitam. Wah. Apo yang terbakar tu? Tiba-tiba ada letupan. Warrggghhh!! Menakutkan sungguh. Orang shooting felem ke, memang betul-betul tempat tu terbakar? Tak lama tu dengar sayup-sayup bunyi bomba. Terbakar lah tu kan. Kalau ada orang shooting felem nak jugak aku mengskodeng.

Apo lah tu terbakar..

Kami jalan sampai ke hujung menuju ke Photo Zone. Nama area ni Photo Zone tapi apa yang boleh difotokan kat sini pun aku tak tau. Kalau dia letak gambo retis, boleh lah jugak aku posing. Ada arca dengan lampu lip-lap lip-lap je. Layankan je lah.

Lip-lap lip-lap anak mami..

Novotel tepi pantai..

Oklah. Balik lah kita. On the way tu skodeng-skodeng jugak lah kedai-kedai yang ada kat area Haeundae tu. Meriah jugak lah kawasan ni. Masuk lah pulak ke Haeundae Market. Market biasa-biasa tapi nampak lah jugak specialty kat market ni. Belut dan kaki babi. Hahahaha.. Udah ler.. Geli pulak aku nak tengok menatang dua tu.

Shops..

Haeundae Market..

Baru bukak tak ramai orang..

Sebelum balik, singgah kedai beli aiskrim. Aku dah mula terbatuk-batuk macam anjing dah. Memang terbaik lah. Kepala pulak dah berat. Badan dah panas. Confirm sangatlah, aku ni dah demam. Huwaaa.. Jangan lah melarat. Nak jalan-jalan! Huhuhuhu..

Makan aiskrim..

Dah, dah. Balik hostel. Sampai je bilik, ada tetamu yang tak diundang duduk kat depan pintu. Haiyoohhh comel-comel sungguh kucen-kucen ni. Owner hostel ni punya kah? Ni ada yang kena culik bawak balik Malaysia ni. Huhuhuhu.. So, relaks-relaks sekejap dan seterusnya zzzzzzzzzz.. Besok nak pergi mana lah pulak. Tsskk..


Perbelanjaan Hari Ini:-

EG Simcard = KRW20,000
Cashbee Card = KRW22,000
Hostel (6 nights) = KRW162,000
Daegutang = KRW12,000
Jajan-jajan = KRW2,000

Total = KRW218,000



Klik --> Dynamic Busan Day 2!!

21 comments :

Nashays said...

CS, cerite beg ko ko meluncur sampai drebar tu kelakar okeh..
Haihhh dah tahap tahfiz kat seoul, g busan lak ye..

namelyno said...

CS, i nk pg busan next week. plan nk pg gak sokssiwonhan daegutang tu. tgk map CS bg tu xclear la. Nnt saye ddk kt popcorn hostel kt heundae gak. dkt x nk pg reataurant tu

CikSengal said...

Nashays,
Gila glamer kekdahnya..

CikSengal said...

namelyno,
sila right-click open in new tab.. jadi beso lah gambo tu.. popcorn tu kat belah mana?

Iza Yanti said...

Buahaha! luggage tergolek sebelah drreabr.. mmg la aku gelak x hengat.. kah kah kah!!

Aku dok kat popcoorn nanti.. dekat2 gak la tu.. yes!! makan ikan code~~ rindu oppa di hongdae.. leh makan di Busan..

thanks wei..

CikSengal said...

no prob mek! owhh tak jadi miss egg ekk? aku pun tak pasan popcorn katne.. dekat jugak kot.. hehehe..

Syera said...

kak sengal, (bole tak panggil kak 'sengal' je?) haha.

sye bru balik jln2 seoul 2 mggu lpas. ade gk dpt sumber dr blog akak ni. ni p kak busan ni, sonok ke ? ape je tmpt2 best die eh ?

CikSengal said...

Boleh je.. :p

Banyak tempat best jalan2 kat busan ni.. Pergi 7 hari pun tak sempat cover semua..

nash said...

Haloo... tumpang tanya... cuaca kat Busan during september panas sangat tak? ke angin dia ada sejuk sikit? tq ':D

CikSengal said...

nash,
bagi saya panas macam kat malaysia. tapi bulan 9 kat busan ni ada time2 dia hujan. nak2 kat tepi pantai hujan + angin agak sejuk jugak lah. kalau hari tak hujan memang panas.

Huda said...

Salam. Saya tercari2 blog pasal busan ni, terjumpa blog awk ni. Mmg klaka sgt! Lg2 masa beg awk tu menggelongsor smpi kat driver, hahaha... Pastu dgn pkcik kerek tu lg, sy dpt bayangkn..

Insyaallah, sy akn g pertengahan buln 3 ni, busan then seoul, 2 wks. First time korea... ^^

Jauh2 tak tempat menarik dia? Sy duk usha busan premium outlet, tp, mcm jauh giler je. Sy mgkn duduk area busan station/ktx. Sbb bajet nk g seoul naik ktx.

CikSengal said...

Huda,
Thanks for dropping by.. Kalau kat Busan memang boleh tahan jauh2 tapi reachable by bus dengan subway train.. Tak susah sangat lah nak pergi.. Tak sure lah pulak busan ada premium outlet ke tak.. Setau saya kat tempat lain.. Yeoju tak silap..

fatin Syazreen said...

Salam kak, nak tanya, kalau bergerak dekat seoul berdasarkan waze safe tak? Contoh macam nak ke sesuatu bangunan or tempat. Terima kasih :)

CikSengal said...

fatin Syazreen,
wsalam.. safe dari segi apa tu? saya pakai waze bila terdesak je.. selalunya guna google map kalau tersesat..

fatin Syazreen said...

maksudnya, confirm sampai ke sesuatu tempat tu dengan apps mcm waze/google map?

CikSengal said...

fatin Syazreen,
InsyaAllah sampai.. Tapi jangan lah main terjah je pergi satu-satu tempat tu, lepas tu baru nak bukak google map/waze.. at least dah tau arah ke mana nak pergi, bila tak jumpa tu baru lah boleh guna.. :)

Yusaniah said...

salam cik,
nak tanya pasal city bus no 307 tu. kalau dari airport tu, senang ke nak menuju ke tempat tunggu city bus tu. ada direction tak. thanks yer

CikSengal said...

Yusaniah,
Keluar je dari pintu arrival tu terus ke kanan. Ada signboard tunjuk jalan. Kalau tak jumpa jugak boleh tanya information counter..

Noraini Mohd Arom said...

Salam cik sengal, nk tye awk guna eg simcard tu ok x? Ssh x nk register simcard tu? Nk tau berbaloi x amik simcard tu dari amik wibro egg? Bole x reply kt emel sy tq.Sorry byk soalan. pop_052@yahoo.co.uk

CikSengal said...

Noraini,
Kalau sorang-sorang je nak pakai, saya rasa berbaloi ambik simcard tu daripada sewa egg.. Lagi pulak, bila pergi jalan-jalan bawak charger handphone je.. Kalau sewa egg nak kena bawak charger handphone, charger egg bagai, macam dah banyak nau barang nak kena angkut. Hehe.. Ini pendapat saya lah.. Tak susah mana nak setup, ada ditunjuk step by step in English..

Muhammad Khairuddin Lim said...

wah..best.