Saturday, July 14, 2012

Oo..Oo..Oo Balik Kampung!

Balik kampung~!! Macam dah lama sangat tak balik kampung kan. Padahal baru bulan lepas balik. Tapi balik bulan lepas ada budak dua orang tu je kat rumah. Kali ni balik, meriah sebab Wak Daut ada! Balik together-gether dengan Cik Ina and Ika Kembong dari Arab hari tu. Dah tu si mamat kurus dari KK pun balik jugak. Weeehhhuu~!! Complete semua orang ada. ^____^

Sampai-sampainya di JB aku terus ke rumah arwah pakcik. Pakcik meninggal 4 hari lepas. Terkejut badak aku dibuatnya. Aku memang dah lama tak jumpa dia. Masa anak dia bertunang dengan orang Tawau, aku tak ikut rombongan sebab aku pergi Autumn Korea. Masa anak dia kahwin pun aku tak pergi jugak. Sebab aku pergi Spring Korea. Iskkkk.. Mesti bengkek makcik aku kalau dapat tau aku pergi Korea sampai dua kali. T____T 

So, balik sekejap ni aku dikerahkan mengemas rumah. Standard lah. Rumah baru siap renovate. Semua main humban je. Tak dikemas balik. Kalau ikut kepala aku ni, semua aku masuk beg plastik hitam dan buang je. Tapi Cik Ina kata sayang nak buang. Adoiihhh.. Jadinya aku asing-asingkan je lah ikut mana yang patut. Mana yang tak pakai tu tak dibuang, tapi dikumpul untuk bagi kat siapa-siapa yang berminat. Kebanyakannya kain baju lah. Tersengih-sengih aku bila tengok baju-baju zaman aku kurus dulu. Mengada-ngada cuba dipakai. Tak muat! Huwaaaa..

Bukan setakat kain baju je, buku-buku, majalah-majalah lama pun aku kemas. Rasa nak nangis bila majalah-majalah yang aku kumpul sejak dulu dah diikat sengan tali rapia dan dikumpulkan kat satu sudut. Moncong sedepa aku dibuatnya. Ni kalau 20 tahun akan datang ni, majalah ni boleh buat duit tau! Manalah tau kan, kot-kot ada orang kat luar sana yang hobinya mengumpul majalah. Nak buat koleksi ke apa ke. Boleh lah kita jual kat dia kan? Ternganga Cik Ina dengar aku berhujah. Terus dia cakap, "yelahh.. simpanlah balik.." Hehehehehe..

My first handphone.. Siapa pakai Butterfly ni kira keren banget lah zaman tu.. Hahaha..

Mengemas ni bukan ambik masa satu hari, tapi berhari-hari. Kalau ada masa lebih memang aku nak overhaul satu rumah. Harta karun Wak Daut yang dikaut dari pejabat dia dah lah bertan-tan. Orang dah pencen kan. Semuanya angkut bawak balik rumah. Thesis lah, project lah, assignment budak-budak lah. Tapi nampaknya  macam dah tinggal sikit. Agaknya Cik Ina dah berjaya jual semua kertas-kertas tu kat apek surat khabar lama. Kertas A4 tu kalau dijual boleh dapat at least 30 sen sekilo. Kalau pandai bargain, lagi tinggi boleh dapat.

Dikesempatan waktu yang singkat ni, aku meluangkan masa melawat mak usu aku yang baru bersalin. Mak usu aku ni adik Cik Ina. Umur aku dengan mak usu cuma beza dua tahun je. Kami rapat lah jugak sebab banyak secret-secret aku tak cerita kat Cik Ina tapi aku cerita kat dia. Kehkehkehkeh.. Excited betul aku dapat jumpa cousin baru. Muhammad Raziq Ziqry. Kelesss gitu. Raziq yang tomei, semoga dah besar nanti bertambah comey macam Kak Yatt ye? Hahahaha.. 

Layak sangat jadi anak aku.. Sobss..

Apa lagi nak cerita? Oh ya. Sekarang tengah musim buah! Sakan kooo.. Kat kampung Wak Daut memang banyak pokok buah. Ada durian, rambutan, pulasan, manggis etc. etc. Petik je. Aku balik ni sempat makan rambutan dan pulasan je. Durian dah habis musim dah. Cik Ina kata rugi lah kau tak merasa. Hek elehhh.. Macam dia tak tau aku ni anak omputih tak makan durian. Nak suruh makan? Bau je pun aku dah tak tahan. Boleh migrain terus. +_____+ Siapa-siapa yang duduk bandar, tak penah merasa masuk kampung, kutip buah, meh lain kali ikut aku balik nak? Bersepah-sepah buah tak ada siapa nak makan. Especially durian. Kat KK menganga orang nak beli sebab mahal, kat kampung aku, jual pun tak laku sebab semua orang pun ada pokok derian. Hehehehe..

Pulasan yang dikutip..

Hwakkk~!! Sampai sini dulu entri balik kampung kali ni. Next one will be cuti raya nanti. ^______^

0 comments :