Tuesday, July 17, 2012

Jongkong Emas

Hari ni beria-ia Cik Ina ajak pergi Tesco. Nak beli barang katanya. Pelik aku. Tak pernah-pernah nak pergi Tesco. Jusco dekat, Giant dekat, kejadahnya nak kena pergi Tesco? Something's fishy. Hurmmm..

Ke Tesco lah kami. Tesco paling dekat ialah Tesco Bukit Indah. Aku dah berpuluh kali pergi Jusco Bukit Indah, tapi Tesco yang kat sebelahnya tu hampeh tak pernah masuk. Ni lah first time masuk. Jakun gitu.

Tesco..

Dah sampai tu, tak toleh kiri kanan, terus terjah bahagian frozen. Lahhhhhh.. Ini yang dikejarnya. Adoilah emakku tersayang. Sobss...

Sale!!

Nak beli butter rupanya. Patutler! Ada sale Buttercup. Harga sangat murah kalau nak di compare dengan harga asal. Beli banyak-banyak untuk buat biskut raya nanti. Cik Ina rajin buat tart nanas. Tiap-tiap tahun tu kuih wajib time raya. Kalau terlebih rajin, dia ambik order. Tahun ni tak tau lah pulak ambik ke tak. Hurmmm.. Gigih tau stack up the trolley. +______+

Jongkong Emas..

Dari jauh dah macam jongkong emas dah aku tengok. Kalau betul jongkong emas memang dah kaya dah makcik. Ni pun nak kena ingatkan dia, peti ais tak muat. Kalau tak, maunya dia masukkan lagi dalam trolley. Huhuhuhuhu..

Ni kalau tak buat jugak kuih raya nanti, aku tak tau lah.. 

Related Posts:

  • Projek Raya 3 - Cornflakes Madu Hari ni aku meroyan sorang-sorang buat last minute punya shopping. Baru nak pergi shopping kekdahnya. Pergi Plaza Angsana tapi satu apa pun aku tak berkenan. Kenapa ye dah tak best? Kalau dulu kemain best nak shopping raya.… Read More
  • Makan Lagi Just after Isya' tadi, ada kenduri makan-makan kat rumah aku ni. The thing is Wak Daut akan balik ke Saudi Arabia hari khamis ni. Jadinya dia berhajat untuk menjemput orang-orang surau datang makan-makan di rumah. Puas hati … Read More
  • Open Universiti Dah hujung-hujung Syawal ni banyak betul sesi-sesi makan. Semalam dah la openoffice. Hari ni openuniversiti pulak. Hambik. Makan saja kan. Kisahnya, setiap jabatan kat sini akan membuka gerai masing-masing menghidangkan maca… Read More
  • Balik Raya!! Hari ni Cik Sengal balik kampung. Yey!! Pukul 5 dah bergerak ke airport. Jammed teruk pulak tu. Nasib baik flight pukul 8.30. Masih ada masa lagi. Cik Sengal baru nak menerai balik JB naik Kunang-Kunang ni. Entah best entah … Read More
  • Open Office Hari ni office aku buat openhouse!! Makan lagi. Gebuuuss lah aku macam ni hari-hari makan je. Makan free pulak tu. Adoilahh.. Konsep makan-makan kat office aku ni ialah konsep potluck. Setiap program diminta membawa maka… Read More

0 comments :