Sunday, July 29, 2012

TPM lawat bazar Ramadan Indah Permai, Sepanggar

TPM lawat bazar Ramadan Indah Permai, Sepanggar


KOTA KINABALU 28 Julai - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat lawatan ramah mesra di Bazar Ramadan Indah Permai, Sepanggar dekat sini sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Muhyiddin, yang diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, tiba di bazar berkenaan kira-kira 4 petang dan melawat 176 gerai yang menjual pelbagai juadah untuk berbuka puasa.

Turut sama ialah isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, isteri Musa Datin Seri Faridah Tussin dan Pembantu Menteri Kemajuan Sumber dan Teknologi Maklumat Negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Karambunai.

Lebih 500 orang sibuk membeli juadah berbuka puasa di bazar itu ketika Muhyiddin melakukan lawatan.

Beliau akan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Jamek, Kampung Likas dan merasmikan Anjung Ilmu masjid berkenaan serta menyampaikan zakat kepada warga emas, ibu tunggal serta saudara baru. - BERNAMA

----------------------- -------------------------------------------------

Motip? Hahahahaha.. Bazaar Ramadhan taman rumah aku. Yang aku nyumpah-nyumpah tak berapa best tu. Yang aku tak minat nak pergi sebab tempat tu kecik, takde parking dan yang sewaktu dengannya. Banyak-banyak bazaar kenapa dia datang bazaar yang ni ye? Hurmmmm...

P/S: Aku rasa gerai kat situ tak sampai pun 76. Macam mana boleh jadi 176 ni. Confused....

0 comments :