Thursday, April 23, 2009

Meroyan Di Bangkok - Edisi Restoran Mak Yah

Lokasi: Depan Kedutaan Indonesia, Bangkok
Masa: Lebih kurang 7.30 malam.

4 dara pingitan sudah penat berjalan. Konon-kononnya bersemangat berjalan kaki dari Platinum Plaza ke Petchaburi Soi 7. Dalam peta nampak je dekat. Realitinya? Jauh banget! Sungguh, dah tak larat nak melangkah. So, ada apa di Petchaburi Soi 7? Mengikut senarai hikmat K Awa, disitulah terletaknya beberapa kedai makan muslim. Ye, untuk melantaklah. Dan, salah satunya, Restoran Mak Yah yang mendapat review yang baik di Internet. Teringin juga nak merasa. Perut dah lapar, jalan pun tak larat. Kesimpulannya? Tahan teksi la dol. Hehehe..

Bila dapat teksi, aku macam biasalah, duduk sebelah pemandu.

Aku: English?
Driver: (Geleng kepala sambil buat lambaian KOQ~!)
Aku: (toleh ngadap k awa kat belakang) Alahh.. Apa nak cakap ekk? Kita nak pegi mana ni?
K Awa: Cakap pi masjid lah. Kat area masjid mesti banyak tempat makan.
Aku: (pada driver..) Mosque!
Driver: .......................... (blur tahap gaban pakcik tu.. Ya ampun..)
Aku: Masjid? (hehehe.. Mosque pun dia tak tau. Lagi lah masjid!)
Driver: ..........................
Aku: Err.. Muslim Restaurant?
Driver: Muslim eat? (dengan aksi-aksi makan menggunakan tangan gaya KOQ~!) ok, OK! 

Nasib baik kau paham pakcik. Kalau tak, susah le. Kalau macam ni tiap-tiap hari, harus aku pakai bahasa isyarat je. Tak reti cakap omputih pun takpe. Teksi pun mula bergerak. Tak sampai 5 minit, pakcik memberhentikan teksi. Lah? Dah sampai ke? Sekejapnya. Wahahaha.. Dekat rupanya. Pakcik menunjukkan kedai di seberang jalan.

Aku ke ntah sape2 yang cakap: E'eh.. Farida Restaurant lahh..
Yang lain-lain: A'ahh lahhhh.. (sebijik macam orang jakun tak pernah nampak kedai makan gitu..)
Driver: (sambil tunjuk ke arah depan..) Moyohhh.. Moyohhh..
Aku: ................................
K Awa n Nott: Hah? Bonyok? Banyak? Ada banyak restoran ke kat depan sana?
Aku: (blurr..) Apa orang siam sebut banyak tu 'banyak' jugak ke? (lain-lain gelak dah..)
Driver: (masih tunjuk arah depan..) Moyohhh.. Moyohhh..
Aku: Ok.. Ok.. (saja berbasi-basa dengan pakcik tu.. sungguh aku tak paham!!) 

Selepas membayar tambang, kami pun melompat keluar dari teksi dan menyeberangi jalan untuk ke Farida Restaurant. Selintasnya kami, mata aku menjadi bulat apabila melihat sebuah kedai yang hanya beberapa pintu dari Farida Restaurant. Yes. MAK YAH RESTAURANT! Masing-masing dah ala terkinja-kinja gitu. Forget Farida Restaurant. Kita serbu tempat Mak Yah!

K Awa: (something like) Jumpa juga mak yah ni ye..
Aku: (tetiba rasa nak gelak..) Ehh, entah-entah pakcik tadi sebut kedai Mak Yah ni kot. Tapi dia tak sebut Mak Yah. Dia sebut Mok Yoh..
Lain-lain: Oooooooooooo... Mok Yoh ke??? Lorrr.. (hahahahahahaa...) 

Assumption je tu ek! Aku assume je moyohh yang pakcik tu cakap is equal tu mok yoh. Pandai-pandai aku je kan? Hehehe.. Gelak lagi. Asyik gelak je hari ni. Penat dah tulang rahang aku asyik gelak saja.

Retoran Mak Yah. Boleh tahan cantik juga lah interiornya. Kemas dan bersih. Bahagian dapur tak tau la pulak macam mana. Ketika kami masuk, tidak ramai pelanggan, kecuali satu meja tu. Dari segi dressing, yang perempuannya macam melayu-melayu kita. But still, don't judge the book by its cover. Nampak je macam orang Malaysia, tapi entah-entah orang Siam jugak.

Kami mengambil tempat. Pelayan pun datang membawa menu. Muka serius je. Bak kata K Awa, muka stoned habis. Ala-ala stim pun ada gak. Hahaha.. Statik berdiri di tepi menanti untuk mengambil order. Menu yang di bawa agak menarik. Setiap makanan dan minuman ditulis dalam bahasa siam, melayu dan english. Tu dia. Bahasa melayu pun macam bahasa melayu klasik. Ala-ala tahun 50an gitu. 'Sejuk' dieja 'Sejoek'. Melekek aku gelak kat situ. Setiap hidangan juga diletakkan nombor pengenalan. Kalau buat sistem tu ala-ala Dish ID lah tu. Hehehe.. Kalau tak reti nak sebut nama menu, sebut je respective numbers tu. Sonang! Sedang kami membelek...

K Awa: (antara dengar tak dengar.. bisik-bisik..) Eh, muka waiter ni macam Adam lah.. (Masing-masing ala-ala menjeling gitu nak tengok 'Adam'.. Adam AF lah.. mana lagi..)
Lain-lain: A'ahhh lahhh... Macam Adam.. (ok.. jakun lagi.. macam tak pernah nampak adam.. ye lah.. nampak kat tv je.. real life tak pernah nampak..) 

'Adam' buat muka dek je. Tak hirau sedikit pun apa yang kami borakkan.

K Awa: Eh, agak-agak dia kenal Adam tak?
Nott: Kenal lah kot.. (aku was like, Adam glamer sampai Siam ke? Hahahhaa.. )

'Adam' masih diam setia menanti order..

Nott: (tengah belek-belek menu..) Eh, tengok ni. (sambil tunjuk menu..) Roti tapi minuman.. 

Apa Nott rapikkan tu? Menu tu lah. Tulisan siamnya aku tak tau apa, tulisan englishnya ditulis 'ROTI', tapi tulisan melayu ditulis "MINUMAN". Tak ke something wrong tu?

Aku: Aku rasa diorang ni main copy paste je. Lepas tu lupa nak ubah. (hehehehe..)
Nott: Ye lah kot. Lain kali kalau kita nak order air, kena sebut roti ye!
Lain-lain: Hahahahhahahaaaaa.... 

'Adam' masih stoned melihat kami. Apalah minah-minah merepek ye?

Oly: (pada Adam) Err, enam kosong lima ye? (sambil tunjuk menu..)
Lain-lain: HUH? (muka toya ya amat..)
Oly: Ehhh.. Salah.. six zero five.. ONE! (sambil tunjuk satu jari.. hahahaha..)
Adam: Six Zero Five? OK..
Nott: Kita order kerabu betiklah. Sedaaapp..
Aku: Nak yang mana satu? Ada banyak kerabu betik tu. Ada with prawn lagi tu.
Nott: Ambik yang with prawn lah. Beza dua ringgit je ada prawn dengan takde prawn. (pada Adam dan sambil tunjuk menu..) This one ye.
Adam: OK. 

Relaks je Adam ambik order. Takde perasaan langsung.

K Awa: Eh, tomyam takde ke? Mana tomyam? (masing-masing membelek.. Takde dalam menu..)
Oly: (tanya Adam..) Where's Tomyam?
Adam: (Ala-ala blur.. tunjuk kat satu bahagian menu..)
Nott n K Awa: Laaaa... Sour soup ke? (miahahahhaaaaa.....) Apa ke pelik sour soup tu? Nak sour soup apa? Seafood lah ek? (tomyam seafood lah tu.. tak payah ragu-ragu lagi, terus bagitau Adam..)
K Awa: (sambil baca menu lagi..) Deep fried bass with sweet, sour, spicy flavour.. Eh, ni ikan tiga rasa ni! Ambik ni lah.. (pada Adam) This one, ONE!
Adam: (menjengah ke menu..) OK. 

Setelah order minuman, masing-masing mula senyap. Tapi tangan masih membelek menu lagi tu. Macam tak cukup je apa yang diorder tu.

Adam: Finish? 

Masing-masing pandang masing-masing. Ok lah tu kot. Dah takde apa nak diorder dah.

K Awa: Ok. Finish.

Dengan tak disangka-sangka..

Adam: OK, Sayo ule ye.....
Us: ............................. (O_o ................. WTH??) 

YA ALLAH YA TUHANKU!! OH MY GOD!! Adam can speak malay meh? Aku pandang K Awa. K Awa pandang Nott. Nott pandang Oly. Oly pandang aku. Adehh.. Masing-masing dah macam-macam pesen raut wajah..

Adam: Ike siakak masok tigo ghaso se...............
Oly: (tak tertahan-tahan..) WAAAHAHAHAHAHAHAAAAAAAAA..
Adam: (terus terbantut nak cakap dan ikut sengih..) 

Siot betul Oly! Tak boleh cover-cover dah. Apa lagi. Masing-masing dah gelak macam setan. Hai Adam. Boleh kau buat lawak ye? Tadi mula-mula ko tak paham apa yang kami cakap. Sekarang kau boleh pulak sebut ike siakak tu. Hampeh mung!

Adam menyebut satu persatu hidangan yang diorder. Dalam loghat kelantan hokkay! Aku tak tau nak macam mana lagi dah. Kalau boleh, nak saja aku sembunyi bawah meja. Muka dah tebal gila.

Adam: Ada lagi?
Aku: Dah.. Dah.. Tu je. (kontrol nak gelak..)
Adam: Ok.... (dan berjalan ke dapur..)
Us: (Setelah Adam pergi..) Miahahahahahaaa.. SIOT!! Malunye.. Woi.. Roti sama dengan Minuman? Copy paste? Ike siakak? wakakakakaka...

Seriously. Aku malu. Tapi dah terjadi. Tak kisah lah kan? Adam pun relaks je. Kami pun cuba-cuba lah merelakskan diri. Setelah makanan sampai. Kami makan tanpa banyak cakap. Nak pandang muka Adam pun dah tak mampu. Lagipun, hidangannya besh belaka! Sedap betul lah!


Sour Soup Seafood..


Kailan with Salty Fish..


Papaya Salad with '2 Ringgit' Prawn..


Ike Siakak masak Tigo Ghaso..

Siapa-siapa yang datang Bangkok, datang-datang lah menyinggah. Kalau jumpa Adam, korang jangan pulak ngada-ngada cakap english dengan dia ekk. Tak pasal-pasal je nanti korang malu sendiri. Macam kami ni! Hahaha..

14 comments :

yantie said...

hahahhaha...lawak2..

tu la korg main hentam jeee...sekali keluor ike siakak tigho ghaso sho...hahahhahahahha..

ilang demam aku pagi ni...adeiii sakit peruttt

sitinurulhawa said...

oly punya gelak tak de brek. eh.. nak gambor adam tak?

CikSengal said...

k yantie,
masa tu memang dah tak bley kaber dah lahh.. memang lawak sangat2..

k awa,
nanti kita cilok dari FB akak.. bley? hehehe..

azie said...

huhuhu.. penat aku gelak.. adam.. adam...

ernie said...

sedapnya makanan dorang sana.. mmg terliur...

CikSengal said...

azie,
sampai skarang aku gelak taw kalau ingat balik.. hihihi..

ernie,
sedap banget.. lapar pulak rasa.. huhu..

ciare (^_^)v said...

hahahaha....lawak laaa...kelakar sgt...best betol baca.i ngn opismate sampai kuar air mata bca entry u ni..huhuhu...:D (tegang urat perot :P)

anyway nak tanya, apa2 tempat2 best kat bangkok? bg la cdgn sket ye.tq :)

CikSengal said...

hehe.. nak pegi bangkok ke? tempat best tu sebenarnye depends on apa kita minat.. kalau macam saya, saya suka benda2 yang berkaitan dengan culture, architecture, sejarah dengan nature.. so kalau berjalan pun akan pegi ke tempat2 macam ni.. bangkok ni kaya dengan culture.. architecture pun.. sejarah pun.. hehehe.. so bagi saya bangkok best lah.. kalau bab shopping tu kurengg sket.. soping jugak cuma tak berapa penting lah.. kalau geng kaki soping, diorang mungkin kata bangkok tak best.. tepuk dada tanya selera.. :p

tengkuyu said...

he...he....asyik tergelak jer baca entry ni....informative entry.....berguna untuk den ke Bangkok next year...

noname said...

hahaha lawak laaa ko ni yattt..aku dulu g ngan family kat bangkok, tp guna jalan darat, ade tour guide, so makan2 sme ikut dia, siap makan bihun sup serati lagi kat kwsn mesjid kat bangkok area universiti chulalongkorn kot kalo xsilap..

hazreen hazari said...

Hihi klaka plak ... nk tanye kalo tak kberatan..utk semua mknn yg u order ni brape baht ye ?

CikSengal said...

tengkuyu,
thanks for dropping by.. :) dah 4 tahun baru reti nak reply.. hehehe..

CikSengal said...

noname,
hehe kalau ada guide senang ler.. ni memang main belasah je.. hambikk kawww..

CikSengal said...

hazreen,
masa ni kalau tak silap around 950 baht.. dalam rm95 jugak lah..