Thursday, July 19, 2012

QPR in Kota Kinabalu

Sigh... Sigh... Double Sigh.. QPR in Kota Kinabalu. Datang sempena jelajah Asia Tour katanya. Ada apa dengan QPR ni? Aku bukannya minat QPR pun. Tak kenal pun pemain-pemain QPR ni. Berita diorang nak datang KK ni pun dah lama dengar tapi buat-buat bodoh je. Tak berminat gitu. Tapi.... TAPI.. 

TAPI bila tiba-tiba mamat bermata sepet itu dikatakan join QPR ni aku jadi tak tentu arah. WHAT? WHY? Macam mana dia boleh join QPR? Waaaaaaaaaaaaaaaa... Park Ji Sung ssi. Wae? How come you join QPR? Kalau dah join tu, maknanya.. Maknanya.. MAKNANYA YOU'RE COMING TO KK TOO? Warrrrrggghhhhh~!! Terus berminat nak ambik tau pasal QPR in KK. Hahahahhahaa~!!

QPR Asia Tour..

Actually, aku ni bukan lah gila sangat tengok Park Ji Sung ni. Tapi, sejak dia muncul dalam Running Man Episod 96 dan 97, aku terus meroyan. Mana tak nya, sebelum ni serius je main bola. Sekali, dia tunjuk perangai sengal dia yang entah apa-apa tu terus jatuh chenta lah aku ni. Kahkahkah.. Adoi lah Park Ji Sung. Ko ni memang sengal ekk? Walaupun kau tak hensem, aku terpikat dengan perangai sengal kau tu. Kehkehkeh..

Now, now. Mula-mula malas nak ambik tau pasal kedatangan QPR ke KK. Tapi disebabkan Park Ji Sung, aku gigih mengorek maklumat. Yang membuatkan aku hangen kuskus rasa nak debik dan makan orang ialah, kedatangan mereka kat KK ni time aku takde! I'm not in KK at that time. Cisss~!! Bencilahhhh.. Aku ada kerja kat Pahang. Dan dalam masa yang sama aku meluangkan masa balik kampung, spend time dengan family sebelum puasa. Huwaaaaaaaaa.. Menangis melolong-lolong lah tak dapat jumpa PJS. Sobbsss...

Ye lah kan. Kita dah minat. Dia datang kat tempat kita. Peluang tu mesti lah tak nak lepaskan kan? Bila lagi nak jumpa macam ni? Takkan aku nak pergi London sana cari dia. Huhuhuh.. QPR dijadualkan berada di KK 14-18 Julai. Lepas tu mereka akan ke KL pulak sampai 23 Julai kalau tak silap. Aku pulak kerja & balik kampung 13-18 Julai. 15-16 Julai di Kuantan, dan selebihnya di JB. Memang sedih lah. Macam mana nak susun jadual ni. Mau balik KK kah? Mau cari dia di KL kah? Serabut betul. Memang dah berkira-kira nak balik terus ke KK lepas habis kerja di Kuantan. Tapi bila pikir-pikir, lebih baik aku balik kampung. Lagi pulak, pakcik aku baru je meninggal dunia 10 Julai yang lepas. It's much wiser to spend time with my family daripada melolong kejar PJS macam kejar retis. Jadinya, bye bye PJS. I won't be seeing you when you come to KK. T_____________T

Sedih-sedih tu, I kept myself updated lah jugak dengan perkembangan semasa QPR (PJS sebenarnya.. kekeke..). Mereka tiba di Terminal 2 KKIA pada 14 Julai, lebih kurang pukul 1 petang. Dari London, transit di Hong Kong sebelum tiba di KK. I thought they came from Bangkok. Sebab kalau tengok kat website, diorang ada match dengan kelab Siam. Tak jadi agaknya. Sampai-sampai KK je hujan. Kesian. Dah lah naik AA pulak tu kan. Terpaksalah kau berpayung segala masuk ke dalam terminal. Sambutan yang diberikan pulak meriah. Siap ada persembahan tarian tradisional Sabah lagi. 


Their arrival..

Sepanjang mereka ada kat KK ni, mereka berkampung kat Sutera Harbour Resort. Dah sampai hotel tu maunya masing-masing terbongkang kepenatan. Malam ni rehat-rehat lepak-lepak kat hotel je. Besok baru mula training.

15 Julai. Hari kedua mereka di KK. Nak terberak aku bila dapat tau tempat training mereka. Tu tempat kerja aku! Whattt?? Why? Homaigad... Masa ni rasa nak hantuk kepala kat dinding. PJS datang UMS time aku takde? Hohhhh.. Sakitnya jiwa. Kalau aku kat sana mesti aku dah skodeng. Aishhh.. Geramnya. Iskkk.. Ohh sakit jiwa.............. 

Ko tak nangis ke bila tau? Huwaaaa...

Training..

Oppa.. Sobss..

Oppa.. Wae naege malhaji anhae?? ㅠ____ㅠ

Oppa..

Nangis lah banyak mana pun. Takdenye aku dapat jumpa PJS ni. Sobss.. The whole day diorang training kat UMS ni. Then, tak silap aku ada buat sesi main-main dengan budak-budak sekolah sekitar KK kat padang UMS tu. Huhuhuhu.. Bertuah betul budak-budak ni.

16 Julai. Press Conference. Tak pasti press conference tu kat mana. Mungkin di Sutera Harbour jugak. Dengar-dengarnya lepas tu ada Fan Meeting Session. Wahh.. Best betul lah. Kalau lah aku ada kat sana jugak. Huhuhuhu..

Press Conference..

Latest addition..

Suka oppa ye..

Why pompuan-pompuan baju merah tu nyemak je??

Dalam masa yang sama, ada beberapa players pergi ke SMK Putatan. Buat friendly match and sesi beramah mesra dengan pelajar-pelajar kat sana. Lucky kids. ^____^

Onuoha?

Aku tak kenal..

Lucky kids..

More lucky kids..

Match..

Based on beberapa testimony pemain-pemain (aku skodeng twitter some of them), diorang kata PJS sangat glamour kat KK ni. Walawweii.. Mestilah. Abe aku. Kohkohkoh.. Katanya PJS is big like Beckham. Wahh.. Zaman Beckham dah lama berlalu. Ni zaman PJS pulak. Fans pun dok kejar PJS je ke mana PJS pergi. Even dalam hotel pun. ^_____^

17 Julai. Finally, it's the day! QPR bakal bertemu dengan Pilihan Sabah XI. Perlawanan dijadualkan bermula pukul 8.15 malam. Tapi aku rasa lambat jugak tu start. Hurmm.. Mesti best kan game ni. Senang-senang je QPR belasah PSXI 5-0. Kekekeke.. How I wished I could be there. Bertambah-tambah jeles bila dapat tau ada colleague pergi tengok match ni. Huwaaaa...

PJS lead the team..

Hoihhh..

Habis dah. Pagi 18 Julai mereka bergerak ke KL. Aku pulak masih tertonggeng-tonggeng kat JB. Nak berselisih kat awan pun tak sempat. Huhuhuhu...

Their Chartered Flight..

Kat dalam flight..

Dari gambar-gambar yang aku skodeng kat Twitter, nampak diorang happy. Seronok main bola kat sini. Harap-harap mereka tak serik lah datang sini lagi. 20 Julai, mereka akan mengadakan friendly match against Kelantan kat Stadium Shah Alam. Semoga diorang have fun kat KL pulak. Geng-geng karatzz kat KL semuanya dah bersemangat nak turun padang. Masing-masing bukannya peminat bola pun. Datang sebab nak tengok PJS je. Kekekeke..

Lepas ni, boleh lah bodek Uncle Tony bawak PJS datang sini especially Sabah. Boleh aku bawak pergi beli mutiara. Hehehehehe.. 


Info dan gambar diambil dari:-

0 comments :