Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Tuesday, September 30, 2008

Coretan Sehari Sebelum Raya

Seperti yang semua maklum (boleh dikatakan semua lah) aku cuti raya 25 sept - 12 okt. Ramai yang terkejut beruk. Mak pun sama. Siap kena marah lagi aku ni. Mak, anakmu ini tension bekerja. Sekali sekala nak juga cuti lama-lama ngempeng bawah ketiak mak, tak boleh ke? Huhuhu..

So, got back on wednesday nite. Lewat juga lah. Ambil flight malam dari KK. Sampai rumah around 12am. Besoknya, takde buat apa2. Bangun pun, sedar-sedar matahari dah tegak. Haha.. Anak dara apa macam ni. Hari pertama balik, kira ok lagi lah. Mak tak kisah. Jangan la hari seterusnya aku buat lagi. Maunya satu taman ni dengar mak aku menjerit. Tak payah pakai mikropon.

Kenapa lah aku balik raya awal ye? Sebenarnya aku nak kejarkan param (pasar ramadhan) kat tempat aku ni. Suka oii. Aku kan sedih tengok bazar kat IP sana. Jadi, sebelum datangnya raya ni, dapat la aku cuci mata dan beli makanan-makanan feberet aku. Ngences siot!


Iwak Lele @ Param UTM

Friday morning aku, mak & ika ke pasar lambak Kota Tinggi. Pagi-pagi pukul 7 kami dah jalan. Lebih kurang sejam, sampai la kami kat sana. Aku ni bukannya apa. Jalan-jalan cuci mata. Mana lah tau kan, ada baju yang berkenan ke, tudung ke. Boleh la beli untuk raya ni. Pusing punya pusing, aku sendiri jadi pusing. Orang ramai, ya ampun. Sesak nafas aku. Dah la panas berdeting. Apa lah agaknya yang dicari orang-orang ni ye. Kalau diikutkan sama je gerai-gerai ni semua. Aku lepas dapat tudung sehelai, terus give up. Malas nak ronda-ronda lagi.


Macam-macam ada @ lambak Kota


Menara Jam Kota Tinggi. Masa banjir besar 2006, air naik sampai paras jam. Dahsyat..

Dah puas berjalan tu, kami singgah kejap ke rumah mak nyai. My maternal grandmother lah. Dah alang-alang kan. Another 30 minutes sampailah kami. Rumah mak nyai kat felda. Mak nyai tinggal berdua je dengan bapak yayi. Sekali-sekala, mak usu yang duduk kat bandar Kota Tinggi balik juga menjenguk. Aku punyalah syok bantai tidur kat rumah mak nyai. Nak bergerak balik selepas zuhur, aku ni pulak pantang betul drive waktu-waktu macam tu. Mengantuk kemain. Sebelum terjadi apa-apa baik aku titon dulu. Hehe..

The following day, aku, both my parents and ika meronggeng ke KL. Abah ada kelas SPACE kat KL nun. Nak naik bas, tiket habis la pulak. Nak tak nak, kena lah ada orang escort dia ke KL. Aku ni suka aja kalau jalan-jalan. Abah pulak, suka aje kalau aku ikut. Boleh jadi driver. Bluweehhh.. Sementara abah ada kelas untuk dua hari ni, aku n the gals pegi ronda-ronda. Sempatlah juga masuk Sogo. MasyaAllah. Macam sardin. Nak bergerak pun susah. Nak kata barang murah tak la murah. Pening kepala aku. Dalam pening pening tu, sempat juga aku rembat handbag baru BUM. Azam baru lah katakan. Aku ni nak jadi feminin sikit. Almaklumlah, aku pergi kerja tak pakai handbag. Semua sumbat dalam beg notebook. Balik ni, adalah rupa wanita berkejaya sikit. Chewah.. Maunya tak terkejut colleague aku semua. Hehe.


Sardin @ Sogo

Balik dari KL baru lah aku terkocoh-kocoh buat biskut raya. Mak tak suka kuih tunjuk. Tak sedap, katanya. Nak tak nak, kena buat. Dan yang tukang buat, aku lah. Siapa lagi. Tahun ni mak malas nak buat tart nenas. Aku macam suspen pun ada juga. What? Salah dengar ke aku ni? Bagi aku, tart nenas tu wajib dish raya-raya macam ni. Kalau tak buat, raya takde ertinya. Huhu.. Biskut raya pun buat berapa jenis je. Lebihnya nanti makan kerepek je lah. Tau lah orang-orang johor ni kalau beraya. Mangkuk kerepek yang licin dulu. Hehe..

So, back tu malam raya ni. Tadi aku meneman si Ika pi buat rambut raya. Mentel betul minah tu. Habis duit aku kena pow. Boleh dia kata tolak aje dari duit raya dia nanti. Banyak cantik muka dia. Dia ingat aku nak bagi duit raya ribu raban kat dia, nak main tolak-tolak segala. Mengada sungguh. Sesampainya kat rumah, semua orang tengah busy. Buat preparation untuk masak besok paginya. Lauk pagi raya, macam biasalah, aku ni dah namanya keturunan jawa, makanan pagi raya pun makanan jawa versi Johor ler. Lontong, lodeh, sambal goreng, rendang, ayam masak kicap (malas nak buat ayam masak merah) dan sambal kacang. Perghh.. Ngences, ngences.

Aku stop sini dulu lah. Nak sambung masak-masak. Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali aku, seandainya ada terkasar bahasa, terkurang sopan, termulut lazer dan yang sewaktu dengannya. Semoga Aidilfitri ini membawa rahmat kepada semua. Amin..

Monday, September 29, 2008

Iklan Raya 2008

Tiap-tiap tahun aku mesti tunggu iklan raya. Tahun ni, iklan petronas tak berapa menjadi sangat. Biasanya iklan-iklan keluaran petronas ni memang mengancam. Tapi kali ni macam tak best. Mesej yang nak disampaikan pun tak berapa clear. Tak macam tahun-tahun lepas. Iklan yang paling aku suka - iklan lembu janda tujuh beranak. Lagi satu iklan pontianak Proton. Mengekek-ngekek aku gelak. Mesej yang disampaikan tu memang kena betul.

Tahun ni, mungkin iklan yang paling best sekali iklan dari TV3. Kisah perompak jadi kucing. Memang kelakar la. Sampai tersampuk semua orang dengan iklan ni. Rumah aku pun dari takde kucing, semakin menjadi-jadi banyaknya. Dengan bapak kucingnya, mak kucingnya, kucing miang, kucing kembong. Sikit-sikit, maauuu, mauuu... Tak kurang jugak dengan tak maaauuu..

Iklan Perompak Kucing TV3 @ Youtube
Tahun depan iklan apa pulak ye? Tak sabar aku nak tunggu.

Thursday, September 25, 2008

"4 Tahun Tak Boleh Mintak Apa-Apa Taaaauuu"

Tu jawapan abah. Ditujukan khas pada mak. Di kala aku terbuntang mata memandang TV Plasma besar di ruang tamu ketika memijak masuk ke rumah setibanya aku di JB malam tadi. Mak jeling je. Mana taknya. Abah dah mula dah baca dialog Hj Bakhil. Aku tau abah main-main je. Susah nak nampak abah serius. Abah cuma serius bila dia marah je. Other than that, dia banyak merepek dan menyengalkan diri. Paham-paham je la ye dari mana aku mewarisi sifat sengalku ini. Like father like daughter. Hehehe..

Abah memang suka tiru dialog dari cerita-cerita P Ramlee. Kadang-kadang tu boleh jadi lebih lawak dari P Ramlee. Pernah Ika Kembong merajuk, menangis sampai keluar air mata, abah datang duduk depan Ika dan diagah-agahnya Ika sambil tepuk tangan sama macam anak jin mengagah Ahmad Albab. "Ding dige ding ge ding ding ding.. bluweeehhhh.." Ika terus meraung sekuat hari. Tapi dalam meraung tu, nampak juga Ika ketawa. Abah terus dilepuk-lepuknya. Abah lari ke pintu. Sambil pandang Ika, abah ketuk-ketuk pintu. "Pintu? Pintu? Ahmad Pintu?" Aku yang tengok rasa nak pecah perut gelak. Ada aja modal abah nak menyakat orang.

Tiap-tiap kali berkumpul satu keluarga, memang kecoh. Masing-masing ada potensi jadi raja lawak. Tu yang kadang-kadang membuatkan aku rasa sayu je berada di perantauan. Huhu..

Tag lagi..

Aku kena tag lagi. Dari Emmy pulak kali ni. Nasib baik tak panjang tagnya. Hehe..

1) What were you doing 5 years ago?

  • Graduated my BSc & registered my MSc.

2) What were the 5 things on your to do list today?

  • Kemas Rumah
  • Meroyan @ Cari
  • Pergi bank tukar duit raya
  • Pergi Param (Pasar Ramadhan) Taman U
  • Buat kuih raya

3) What are 5 snacks that you enjoy?

  • Cadbury stuffs
  • Kuaci Matahari Chacheer
  • Kerepek ubi pedas basah
  • Biskut kacang
  • Keropok lekor

4) What are 5 jobs you've had?

  • student
  • grape planter
  • research assistant
  • human resource payroll assistant
  • lecturer

5) 5 People i want to tag?

Monday, September 22, 2008

Aku dan Distributed System

Aku mengajar subjek Distributed System untuk PLUMS semester ni. Seingat aku, subjek ni lah subjek yang paling aku benci during my undergrad days selain daripada Operating System. Tak cukup dengan tu, subjek ni memang baik punya ngap CGPA aku di penghujung tahun. Memang hampeh tahap dewa.

Ditakdirkan, kami tak cukup tangan. Dalam keadaan konpius dan terpaksa, dan kadang-kadangnya rasa rela juga, aku pun terima subjek ni. Mula-mula rasa confident. Tapi takut pun ada juga. Student PLUMS ni bukan calang-calang orang. Semuanya working people. Dalam erti kata lain, semuanya tua-tua bangka. Hehehe.. Yang dah ada banyak experience on hands on. Kalau silap sikit mesti aku kena belasah punya. Huhuhu..

Nak dijadikan cerita, setelah beberapa minggu aku ajar subjek ni, aku mula jatuh chenta. Aku jadi suka. No more benci-benci. Kenapa ekk? Sebab, silibusnya meng'cover' silibus Infosys hari tu. Yey! Punya sedap aku goreng. Semua pasal database server, callable & prepared statement, stored procedure, servlets, applets, javascript, html, concurrency, transaction, client-server, etc, etc. Best betul lah.

Thank God, Syukur Alhamdulillah aku terpilih pergi ke Infosys. Kalau tidak, menangis la aku nak mengajar Distributed System ni. Hehe..

Sunday, September 21, 2008

Bila Dah Sengal..

Aku telah melamar (katanyalah..) seseorang. Aku ajak dia kahwin..
Jeng.. Jeng.. Jeng...



Iskk.. Bila difikir-fikir, buat malu kaum je.
Sengalnya aku ni kan? Hikhik..

Friday, September 19, 2008

Hujan..

Sejak dua menjak ni hujan je. Langit gelap. Mendung. Mood aku pun ikut mendung sekali.


Pulau Gaya yang besar gedabak tu pun tak boleh dilihat dengan mata kasar. Hehe..


Kepayan area..

Petangnya pula time balik kerja. Dari 10 minit perjalanan boleh sampai 40 minit kalau jem macam ni.




Banjir rupanya. Huhuhu..

Bila mood mendung, nak kerja pun rasa liat. Alah.. dari awal hari tu memang takde mood pun! Ditambah-tambah nak cuti raya ni. Kepala dah melayang-layang kat JB yang terchenta nun. Nantikan kepulanganku! Hikhik..

Thursday, September 18, 2008

Kisah Aku Dan Dia

Ini kisah aku dan dia
Bukan kisah tipu tapi semua benar belaka
Bukan nak kata apa, cuma nak kongsi aja
Peristiwa yang menyiat-nyiat aku punya jiwa raga

Kisah bermula dengan perkenalan aku dan dia
Mula-mula jumpa aku rasa pelik juga
Aku tahan je.. cuba tak cakap apa-apa
Tapi lama-lama tu aku jadi tak bermaya
Bila tiap-tiap hari mesti nak jumpa aku punya
Curahkan semua isi hati dia
Dari hal remeh kepada yang besar-besar semuanya
Walaupon kekadang aku rasa tak selesa
Nak tak nak dah kerja aku, terpaksalah tadah telinga

Bila dia bercakap aku jadik penat
Kenapa?? cara dia cakap tu sangat2 laa lambat
Satu-satu perkataan dia susun nak buat ayat
Buat kan aku hilang sabar, jadi kurang berminat
so, siapa dia ni? yang buat aku hilang semangat?
aku namakan dia Mat je laa nama panjang tak ingat

Mat ni client aku
Aku ni guru, secara otomatik dia adalah studentku
Bila disuruh buat kerja, mulalah buat muka sebu
Dengan kepala, kepala sekali dia garu
Alasan yang dibagi pulak boleh penuh satu buku

Dia bagitau dia takde kawan
Aku tengok perangai dia tak semenggah, camne nak ada kawan
Mula la dia buat muka kesian

Disuruh buat assignment, dia nak buat sorang-sorang
Aku kata "kan ada grup lain yang kosong, nape tak join diorang?"
Dia kata "buat sorang-sorang lebih senang
Takde orang yang mengarah sewenang-wenang"
Suka hati ko laa Mat, tak kuasa aku nak larang
Jangan pulak nanti ko banyak bunyi, tak pasal-pasal aku bagi pelempang

Satu hari aku kata "next week kita ada quiz ye!"
At the end of the class, aku repeat lagi bagi semua clear
Aku tengok si Mat pun angguk-angguk kepala dia
Ntah apa dalam fikiran dia, tak dapek aku nak teka

Seperti yang dijanjikan hari quiz pun tiba
Si Mat ala-ala terkejut, terpinga-pinga.
Dia pun datang ke depan dengan muka selamba
"Miss, kenapa saya tak tau ada quiz?" katanya tiba-tiba
Aku pun mulalah buat muka toya
"Minggu lepas, awak tak dengar ke apa yang saya kata?
Awak dok terangguk-angguk tu apa kebende?"
Mat terdiam tak tau nak kata apa
Tak lama tu dia pun bersuara
"Miss, kalau macam tu boleh saya balik ke?
saya tak studi apa2, confirm saya tak boleh jawab punye
daripada tak buat apa2, baik saya balik aje"
"APA???????????" Aku mula menyinga
Bertambah-tambah laa aku punya temper
"Awak ingat hari ni saya nak buat quiz aje??
Buat quiz sampai sejam dua?
Banyak lagi chapter yang saya nak cover!
Kalau habis semua chapter cepat, tak perlu buat kelas lagi, awak juga yang suka!"

Tak nak kalah, dia pun nak cakap jugak
"Tapi miss.. buku saya tak bawak
sebatang pen pun saya tak bawak
tadi saya ke bandar, ada urusan penting sangat-sangat yang tak dapat dielak"
perut aku tiba-tiba senak
"BANYAKLAA AWAK!!
Habis tu apa yang awak bawak?
BIAWAK??"
Yang lain-lain dah mula gelak
Tapi cepat-cepat berhenti bila tengok aku panas bergelegak
"Awak ni nak belajar ke tidak?
seribu daya ada kalau nak!"
Mat nak jawab tapi teragak-agak
Agaknye dia tak paham dengan aku punye lawak
Last-last dia pun duduk jugak

Berselang minggu lepas tu, raya pun hampir tiba
Aku pun pesan kat student-student aku semua
Mana-mana assignment perlu dihantar ke pejabat utama
sebab aku dah mula cuti raya
awal pulak tu, tak hengat dunia
Kalau cari aku kat bilik, memang aku tak ada

Alkisahnya dua minggu selepas cuti raya
Mat call aku, cakap pun ntah pape
Assignment saya belum dihantar, katanya
"Saya nak hantar ke bilik tapi miss tak ada"
Aku dah start sakit kepala
dah tak larat nak cakap apa-apa

Hujung sem, exam pun dijalankan
si Mat tak reti duduk diam, pandang kiri kanan
dah puas memandang dia pon termenung sakan
bila masa dah tamat, kertas pun dikutip pengawas peperiksaan
Mat tiba-tiba macam tersedar dari pengsan
Semua orang berjalan keluar dari dewan
tapi Mat pulak berjalan ke depan
"Miss.. saya ada banyak lagi tak jawab, boleh saya siapkan?"
HUK ALOH!! APA YANG KO MEREPEK NI SETAAAAAAAAANNN??
Dengan selamba badaknya dengan perangai tak makan saman,
Dia terus cari dia punya kertas jawapan
Astaghfirullah al azim.. cuba laa korang bayangkan
Aku cepat-cepat lesing dia, dan beria-ia kertas jawapan semua aku pertahankan
"EH!! AWAK NI KENAPA HA? BUAT BENDA YANG BUKAN2?
Masa menjawab kan dah habis, tak kan tu pon saya nak ingatkan?"
Aku mula laa rasa nak meroyan
Tapi dia boleh pulak buat muka takde perasaan
Last-last aku buat bolayan.. si Mat aku tak hiraukan
Paham-paham sendiri, dia pun pergi tinggalkan dewan

Orang macam ni tak patut dilayan
nanti semakin parah, aku jugak yang kena tekanan perasaan
harap-harap aku tak jumpa lagi dia sem depan
bila berselisih, tak nak aku bagi apa-apa senyuman
kalau dia cari, tak nak aku pergi berdepan
karang tak pasal-pasal, darah menyirap, ada yang kena tangan
untuk fyp pon aku tak nak supervise kan
kau cari laa orang lain yang sanggup tahan
dengan perangai ko yang amat-amat menyusahkan
sebab aku dah meluat, cukup-cukup tak berkenan
Biarlah orang nak kata apa, tak kan aku hiraukan
lepas mengharungi semua ni, wajarlah aku bersikap macam tu kan?




*Tengah aku mengemas dan mencuci notebook aku ni, aku terjumpa satu file notepad yang membuat aku terkenang zaman mula-mula aku start mengajar 2 tahun lepas. Satu karya yang dihasilkan di kala aku mengalami tekanan maha hebat sehingga aku rasa nak belasah je objek dalam karya aku tu. Bila fikir-fikir balik nak ketawa pun ada. Ye lah. Baru je start mengajar, aku dah tunjuk kehebatan aku mengamuk dalam kelas. Si Mat pun dah grad agaknya. Malas nak ambil tau. Lantak dia lah. Hahaha..

Wednesday, September 17, 2008

Aktiviti Hujung Tahun. Any Ideas?

Ceritanya, my backpackers gang sudah sebulat suara, sehati sejiwa berpakat untuk menjelajah Siam dan Indonesia pertengahan tahun depan. Aku kalau bab-bab berjalan, tengok tempat orang, menghabiskan duit, memang aku suka. Tapi bila pikir-pikir balik, nak tunggu tahun depan tu rasa macam lambat sangat lah.

Jadinya, aku macam nak pergi meroyan kat mana-mana hujung tahun ni. Sebelum 2008 berlabuh, kalau dapat travel memang seronok. Cadangnya nak pergi dengan geng menyengal dari Labuan. Disebabkan aku sorang-sorang kat KK ni, aku dilantik dengan secara tidak rasminya untuk survey tempat-tempat menarik yang boleh kami pergi. Kalau dalam negeri, aku rasa macam nak buat roadtrip pusing satu Sabah. Dari KK pusing ke Kudat, Ranau, Sandakan, Semporna, Tawau. Pergi Pulau Sipadan. Pastu pusing bahagian selatan dan pedalaman pulak macam Beaufort, Sipitang, Tambunan, Keningau, Tenom. Fuhh.. Mesti best kan? Tak pun roadtrip dari KK ke Kuching. Keluar masuk Malaysia-Brunei. Besh.. Beshhhh..

Kalau luar negara, dalam kepala otak aku ni dah pikir Korea. Beshhhnya.. Nak-nak hujung tahun ni winter. Boleh la aku berwinter sonata main snow sambil mengimbau kembali zaman kanak-kanak waktu kat UK dulu. Tapi, ada juga geng Labuan ku cadangkan pergi India. Adehh.. Harus muntah hijau aku nanti..

So, siapa-siapa ada idea tempat-tempat yang menarik yang harus dilawati, marilah kongsi kat sini. Banyak la pilihan aku nak pilih nanti. ^__^

Friday, September 12, 2008

Tak Ada Kat Skudai!

Selalunya la kan, aku mengeluh duduk kat Sabah ni banyak kekurangan. Kekurangan dari segi mendapatkan bahan aku melantak dan lain-lain lagi. Walaupun di JB aku tinggal di pekan koboi, aku boleh dapat macam-macam benda. Dari segi makan, keperluan harian, hiburan, mudah sangat nak cari. Segala-galanya boleh dikatakan ada.

Lima enam hari lepas aku ke bazar ramadhan IP. Sindrom malas memasak aku melanda dengan hebat sekali sampai tak boleh ditepis-tepis lagi. Di bazar tu, aku lihat orang lagi banyak dari makanan. Walaupun sesak dan ramai orang, aku berjaya juga mentapau benda nak dimakan waktu berbuka puasa nanti. Sesuatu yang aku belum jumpa lagi di pekan koboiku..


ABC Ribena


Penjaram


Sayap Madu

Thursday, September 11, 2008

What is Autism?

Autism is a brain development disorder that impairs social interaction and communication and causes restricted and repetitive behavior, all starting before a child is three years old. This set of signs distinguishes autism from milder autism spectrum disorders (ASD) such as Asperger syndrome.
Autism has a strong genetic basis, although the genetics of autism are complex and it is unclear whether ASD is explained more by multigene interactions or by rare mutations. In rare cases, autism is strongly associated with agents that cause birth defects. Other proposed causes, such as childhood vaccines, are controversial; the vaccine hypotheses lack convincing scientific evidence. Most recent reviews estimate a prevalence of one to two cases per 1,000 people for autism, and about six per 1,000 for ASD, with ASD averaging a 4.3:1 male-to-female ratio. The number of people known to have autism has increased dramatically since the 1980s, at least partly as a result of changes in diagnostic practice; the question of whether actual prevalence has increased is unresolved.
Autism affects many parts of the brain; how this occurs is poorly understood. Parents usually notice signs in the first two years of their child's life. Early behavioral or cognitive intervention can help children gain self-care, social, and communication skills. There is no known cure. Few children with autism live independently after reaching adulthood, but some become successful, and an autistic culture has developed, with some seeking a cure and others believing that autism is a condition rather than a disorder.
source : WIKIPEDIA
-------------------------------------------------------------------
One of my students is an autism sufferer. In class, he sits quietly in the front row. Alone. With no one besides him. Usually, he never look at people in the eye when talking. Not even when talking to me. He stammers whenever he talks, but there are strong points in his speeches. He usually raised his hand whenever I ask questions. When he starts talking, other students start laughing. Some even mocked him. Kurang ajar betul! Maybe they don't know, or understand what an autism sufferer go through. Even though he's lacking, he managed to adapt his life very well. He even had a diploma before entering UMS. Impressive huh? Totally changed my understanding about autism!

Monday, September 8, 2008

Cerita Hari Isnin

Nothing much. Bilik opis ku ini sudah dikemas. :-p Dah pandai menyelongkar, menyepah, kena la pandai kemas ye.



Last week, one of my foreign students from China got me a gift. Dia kata, sebagai tanda terima kasih aku telah mengajar dia. Terharunya aku sampai tak terkata apa. It's a chopstick set. Walaupun aku gerun tengok muka (I assume dewa-dewa Cina) yang ada kat chopstick tu, aku tetap menghargainya. Thank you Wang FengNan..



Aku tengah ada lab session ni. Student sibuk buat programming, aku pulak sibuk merepek kat sini. Hehe..

Sunday, September 7, 2008

Terima Kasih!

Aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada:-
  1. Mak Usu, yang sering mengingatkan aku jangan tidur siang.
  2. Ika Kembong, yang selalu mengejek, aku takkan ada boyfriend forever.
  3. Yati Ganu, yang membakar semangat aku setiap kali kita YM.
  4. Mariam May, yang selalu membebel setiap kali aku datang berjumpa dengannya.
  5. Mek Salam Pantai Timur, yang menjadi sumber inspirasi.
  6. Kerajaan Malaysia, yang menghantar aku ke Infosys, India sehingga aku sakit-sakit.
Kalau tidak kerana anda semua, takkan ku hilang 11kg dalam tempoh setahun ni! Bangganya aku. Hehe..

Saturday, September 6, 2008

Babyku Sakit!

Pagi tadi babyku meragam. Tak menangis langsung. Aku check2 mati dah dia. Huhuhu.. Baby, jangan la buat mommy macam ni. Mommy dah la ada kelas pagi2 buta ni. Ku belai-belai. Ku tepuk-tepuk. Tapi baby aku dah mati kan. Takde respons langsung.

Aku ajak Murni, one of my housemate pegi cari doktor. Pusing2 kat IP ni takde satu pun klinik yang bukak. Terpaksa ke Kingfisher. Nasib baik ada klinik yang dah buka. Aku suruh doktor ikut kami balik. Di rumah doktor berjaya buat electric shock pada babyku. Syukur! Babyku hidup balik.

Doktor nasihatkan aku bawak babyku ni ke klinik. Belum sempat sampai traffic light IP, nafas babyku terhenti. Ni bukan sedih lagi ni, mommy jadi marah! Doktor lagi sekali bagi electric shock. Babyku pandai bernafas balik. Main-main la baby ni!

Then, lepas je dari traffic light IP, babyku diam semula. Mommy jadi tension. Dibagi electric shock semula, babyku hidup balik. Sampai je kat depan 1 Borneo, babyku buat hal balik. Kali ni doktor bagi electric shock banyak mana pun, babyku tak hidup balik. Huhuhu.. Mommy dah hilang akal dah. Apa la mommy nak buat dengan baby ni.

Doktor kata no choice. Kena buat pemindahan organ. Pegi klinik dulu, bawak organ baru then buat operation kat depan 1 Borneo tu. Aku pun ikut je la apa yang terbaik buat babyku ini. Lepas operation, baby sihat seperti sediakala. Baby, baby.. Habis duit Mommy melayang RM250. Dah la nak raya ni. Nanti time raya nanti sape nak belai-belai baby sementara Mommy balik kampung 2 minggu? Jangan baby mati terus sudah ye..


Babyku di'electric shock' depan 1 Borneo..

Friday, September 5, 2008

Hasil Capaian di Infosys

Inilah hasilnya. Buat stok pantry dalam bilik opisku ni. Hehe..


Teh Taj Mahal.. dengan straw Coffee Day skali aku rembat..


Kopi BRU & Coffee Day's Brown Sugar


EveryDay Dairy Creamer. Kat Malaysia ni aku tak jumpa lagi..



Dengan gula-gula skali aku sebat. Susah nak cari gula yang ada tulis "Powered By Intellect, Driven By Values". Hahaha..

Thursday, September 4, 2008

Bila Dah Bosan..

Apa nak jadi dengan aku semester ni? Sejak balik dari India hari tu, malas kemain. Buat kerja malas. Nak baca report budak-budak, malas. Nak marking kuiz, test, malas. Nak mengajar pun malas. Apatah lagi disuruh buat paper. Lagi lah malas tahap dewa. Kenapa ye? Aku kena sampuk ke kat India hari tu? Hehe.. No lah. Mungkin sebabnya aku dah seronok jadi student 2 bulan dan tak payah pikir pasal kerja. Sekali balik, ha engkau. Banyak kerja nak dibuat. Tu yang jadi malas. Bila dah malas, keadaan jadi BOSAN..

2 hari lepas tahap kebosanan aku dah semakin memuncak. Puncaknya lagi tinggi dari Gunung Kinabalu. Tu gambaran je tu, nak tunjuk betapa aku kebosanan yang sangat-sangat. Jadi, aku selongkar bilik ofis aku ni. Selongkar, selongkar-longkarnya. (Ada ke perkataan longkar?). Dah jadi macam sarang tikus. Fail, kertas, buku sini sana. Macam baru kena pecah masuk pun ada. Students yang datang, tengok, macam-macam reaksi yang ditunjukkan. "Cari apa Miss?" Entahlah. Aku pun tak tau. Sekurang-kurangnya ada kerja lain yang aku boleh buat selain mengadap buku dan report dan kuiz dan test dan yang sewaktu dengannya - kerja mengemas bilik.

Disebabkan bosan jugak, pagi tadi, sebelum habis kelas aku buat spotcheck. Dah macam zaman-zaman sekolah pulak. Selamat lah siapa yang pakai jeans tu, aku dengan seronok, girang tak terkatanya tolak 1% daripada overall markah penilaian. Merayu-rayu budak-budak tu mintak simpati. Kejam ke aku? Aku rasa tak pun. Dah pesan awal-awal kelas dulu. Kalau nak masuk kelas aku, kena pakai formal. Must be smart. Yang lelaki kena pakai tie. Kad matrik pun wajib dipakai. Ketika tu, terdengar lah jugak suara-suara berkata, "Miss, this is not India!". India, tak India. Apa korang ingat aku kena sampuk dengan budaya Infosys, sampai terbawa-bawa ke sini? Ermm.. Mungkin ada la sedikit sebanyak. Kalau aku tak mula, siapa lagi?

Apa lagi ye yang boleh dibuat untuk menghilangkan bosan ni? Kawan-kawan yang ada idea tu boleh la kongsi kat sini..

Wednesday, September 3, 2008

Co-Founder INTEL Rupanya

Last time aku ada mention tentang Robert Norton Noyce kan. Semalam aku google, rupanya2 dia co-founder of Intel. Loh. Bengapnya aku tak tau. Boleh aku kata dia yang cipta Norton Anti-Virus. Hehehe.. AMPUN!!

Tuesday, September 2, 2008

Trip to North Sumatera

Dah lama aku tak sambung kisah perjalanan aku ke SUMUT. Ramai yang dok tanya2. Well guys, aku siapkan semuanya skali sepanjang cuti merdeka ni. Hope you enjoy yourselves!
  1. Day 1: KL - Medan - Danau Toba
  2. Day 2: Danau Toba & Samosir Island
  3. Day 3: Danau Toba - Berastagi
  4. Day 4: Berastagi & Mount Sibayak
  5. Day 5: Berastagi - Medan
  6. Day 6: Medan - KL - JB
  7. Kesimpulannya..