Ceritanya, my backpackers gang sudah sebulat suara, sehati sejiwa berpakat untuk menjelajah Siam dan Indonesia pertengahan tahun depan. Aku kalau bab-bab berjalan, tengok tempat orang, menghabiskan duit, memang aku suka. Tapi bila pikir-pikir balik, nak tunggu tahun depan tu rasa macam lambat sangat lah.
Jadinya, aku macam nak pergi meroyan kat mana-mana hujung tahun ni. Sebelum 2008 berlabuh, kalau dapat travel memang seronok. Cadangnya nak pergi dengan geng menyengal dari Labuan. Disebabkan aku sorang-sorang kat KK ni, aku dilantik dengan secara tidak rasminya untuk survey tempat-tempat menarik yang boleh kami pergi. Kalau dalam negeri, aku rasa macam nak buat roadtrip pusing satu Sabah. Dari KK pusing ke Kudat, Ranau, Sandakan, Semporna, Tawau. Pergi Pulau Sipadan. Pastu pusing bahagian selatan dan pedalaman pulak macam Beaufort, Sipitang, Tambunan, Keningau, Tenom. Fuhh.. Mesti best kan? Tak pun roadtrip dari KK ke Kuching. Keluar masuk Malaysia-Brunei. Besh.. Beshhhh..
Kalau luar negara, dalam kepala otak aku ni dah pikir Korea. Beshhhnya.. Nak-nak hujung tahun ni winter. Boleh la aku berwinter sonata main snow sambil mengimbau kembali zaman kanak-kanak waktu kat UK dulu. Tapi, ada juga geng Labuan ku cadangkan pergi India. Adehh.. Harus muntah hijau aku nanti..
So, siapa-siapa ada idea tempat-tempat yang menarik yang harus dilawati, marilah kongsi kat sini. Banyak la pilihan aku nak pilih nanti. ^__^
Wednesday, September 17, 2008
Home
»
Jalan-jalan Sabah
»
Aktiviti Hujung Tahun. Any Ideas?
2 comments :
yatt, hujung tahun ni akak nak ke endau, menghayati alam semulajadi... cheeewah!!
plan jelajahan sabah ko tu best la.. jelesnye, cam nak join je
next year, mmg dah bnyk plan,
jan - annual family holiday plan ke Cameroon Highland (nak gi kinabalu tak mampu lagi, rombongan ramai sangat haha)
mac - most probably company trip masa ni
april - bangkok.. harap2 dah aman
june - bali.. dah lama kuidamkan
wowweeee.. packed betul jadual berjalan tu. tak sabo nak backpacking april & jun nanti. aritu kat india sempat beli backpack beso tu.. hikhik..
Post a Comment