Friday, June 7, 2013

Konnichiwa Japan! ~ Day 1: Kansai Airport to Kyoto

Perginya awal tahun, tapi baru hari ni nak hapdet. Belasah je lah kan? Intro can be found here --> Prologue

Saturday, 19th January 2013

Setelah puas tergolek-golek kat lantai LCCT, kami pun get ready lah untuk check in. Flight pukul 8 pagi, tapi pukul 5 dah gigih beratur nak check in luggage. Walaupun jalan bawak bagpack je, aku buat luggage check in jugak sebab backpack tu beratnya 10kg jugak tu. Tak larat nak pikul sebab banyak nau barang. Almaklumlah, dah berkampung kat KL selama 4 hari sebelum nak pergi Jepun ni. Macam-macam khazanah ada.

Excited lah ni! Sebab balik-balik berangan je, bila lah dapat pergi Jepun. Tak pernah terfikir pun dapat pergi Jepun ni sebenarnya. Alah, orang kata kalau nak, boleh aje. Cuma itulah. Banyak nau kekangan dari segi fulus. Dah laa tiket flight mahal kan. Nak belanja kat sana lagi. Memang berangan je lah. Tapi, terima kasih banyak-banyak lah kat Air Asia. Walaupun servismu kadang-kadang (bukan kadang-kadang, selalu jugak) hampeh, menaikkan darah orang tapi kamu berjaya merialisasikan impian orang sengkek macam saya ni untuk pergi jalan-jalan ke Jepun. Hahaha.. 

Ke Osaka kita!!


Yosh.. Duduk comfortably, dan belum apa-apa lagi kita tido lah dulu. Almaklumlah malam tadi tido-tido ayam je kan. Sedar-sedar je, nampak pramugari ke pramugara yang baik hati tu dah selitkan arrival card & custom clearance card kat seat pocket depan ni. Isilah apa-apa yang patut. Then tunggu masa untuk mendarat je. Dah tak sabar dah ni. Kaki dah penat. Badan dah sakit-sakit dah. Buat stretching banyak kali pun tak berkesan. 

Isi pass..

Dah nampak dah, dah nampak dah!!

Landed!

Alhamdulillah. Kami berjaya mendarat lebih kurang pukul 3.30 petang waktu Jepang. Dah tu terpaksa menunggu dan berlegar-legar sekejap sebab parking takde. Itu macam pun boleh kah? Gasaklah. Duduk je lah dalam flight tu. Tapi tak lama mana pun. Dalam 5 minit je. Lepas tu, keluar lah kami dari perut kapal terbang.

Keluar je pintu terus kena serbu dengan angin. Miahahahahaha.. Haiyoh.. 9 degrees oh! Tapi oklah ni dari first time landing kat Incheon -7 degrees. Hahaha tu memang nak menangis pun ada.

Welcome!!

See you later!!

Dah turun tu terus pergi ke aerotrain, whatever it is called untuk pergi ke main building. Go through immigration and custom pun kacang goreng je tak kena soal apa-apa pun. Mula-mula tu saspen lah jugak tapi buat-buat confident. Tak banyak songeh pun. Jalan je terus untuk claim baggage.

Naik train!

Hello! Hello!

Dah selesai ambil beg bagai, kami terus ke JR office untuk redeem JR Pass. Alkisahnya JR Pass ni kena beli siap-siap kat Malaysia. Dah sampai Jepun ni, kita just redeem je lah. Kami ambil 7-day Pass. Harga JPY28,300. Lebih kurang RM1000 jugak lah masa kami beli hari tu. Berbaloi-baloi beli JR Pass ni especially untuk travel jauh-jauh. Dah boleh jimat kalau nak naik bullet train. Kalau tak menganga je lah one way bullet train dalam RM400. Kalau return dah berapa? Huhuhuhu.. 

Untuk trip Jepun ni aku bawak ngam ngam ho JPY50,000 je. Rate masa tukar ialah RM36.70 for JPY1000. So JPY50,000 = RM1835. Huhuhuu.. Harap-harap cukup lah sepanjang kami 10 hari kat Jepun ni. Kalau tak cukup, kita cucuk je lah ye. Tak pun kita gores dan hutang je nanti kalau perlu. Sobsss..

So, JR Office ni letaknya kat bangunan bersebelahan bangunan terminal. Nak kena keluar lah dari arrival hall untuk ke JR Office ni. Tak jauh mana pun, jalan kaki dalam 5 minit je.

Masa beli JR Pass kat Malaysia, kita tak perlu nak specify kot tarikh bila kita nak pakai JR Pass ni. Just bagitau nak berapa hari je kot. Aku pun tak sure. Sebab si Nott yang tukang beli. Sebabnya, bila dah sampai kat kaunter JR ni, baru kita bagitau nak guna 7 hari tu start dari tarikh bila. Buat dua tiga hari ni, kami akan pusing-pusing Osaka, Kyoto, Kobe, Nara. Satu area je dalam Kansai Region ni. So, Kami aktifkan JR Pass pada tarikh kami nak gerak ke Tokyo nanti. Untuk pusing-pusing Kansai Region, kami beli Kansai Pass.

JR Pass.. Macam Pasport rupa dia..

Dah settle JR Pass, kami pergi cari Kansai Thru Pass pulak. Ada dijual kat kaunter tiket berhampiran dengan JR Office. Boleh beli kat mesin, tapi kami ni tak berapa nak pandai, so beli kat kaunter je. Ada macam-macam pass. Kami ambil 3-day Pass berharga JPY5000. Lebih lanjut boleh tengok kat sini --> Kansai Thru Pass.

Beli kat sini pun boleh..

Kansai Thru 3-Day Pass..

Stesen subway Kansai Airport..

Dah settle dua-dua pass ni baru lah aku paham, ada dua jenis (setakat ni yang aku tau) rail transportation kat Jepun ni. Satu subway, satu lagi JR. JR dengan subway tak sama. Kansai Pass yang kami beli ni ialah untuk naik subway je. Nak naik JR kena beli tiket lain, tak pun pakai JR Pass. Tapi JR Pass kami dah diactivatekan untuk pakai kemudian, so tak boleh lah nak guna pass tu untuk ke mana-mana naik JR. Kalau terpaksa jugak, kenalah beli tiket. Tapi, kebetulan jugak lah, kebanyakan tempat kami nak pergi sekitar Kansai ni mudah diakses dengan menggunakan subway, makanya kami guna Kansai Pass ni je lah. 

Dah tu, kami balik semula ke bangunan terminal untuk solat. Ada prayer room kat departure hall tu berdekatan dengan kaunter check in C. 

Dari jauh ada signboard ni..

Prayer room ni dikunci. Kalau nak guna, kita kena call dulu management menggunakan telefon yang ada disediakan kat sebelah pintu tu. Just bagitau kita dari mana, berapa orang, gender, dan berapa minit kita nak guna. Then, orang yang incharge tu akan auto-open kan pintu. Tempat wuduk takde disediakan dekat prayer room tu. Kena pergi toilet. Tak jauh mana pun dari situ.

Call dulu!

Dalam prayer room.. Salah tu dia bentang sejadah..

Buku pink-oren tu.. Hehehehe..

Dah settle semua, kami alas perut sekejap dengan jajan kat tempat duduk di luar prayer room tu. Nak jalan jauh ni. Kenalah makan apa-apa yang patut. Kami akan bergerak terus ke Kyoto. Akan stay kat sana selama dua malam sebelum bergerak ke tempat lain pulak. Makanya, kami study dulu lah macam mana nak ke sana dengan menggunakan subway. Kami gunakan peta subway ni --> Kansai Area. Sementara ada wifi kat airport ni kita gunakan sepenuhnya untuk cari cara ke Kiyomizu -Gojo Station, Kyoto. Hambik kau, jauh betul! Nak naik cab memang ler tak mampu. Sengsara jugak ni nak ke sana. 

Lebih kurang macam ni lah yang kami dapat! Hambik kau! (Sila abaikan tarikh & masa)..

Well, nak naik JR tak boleh, so option 1 & 2 memang cross out lah. Takmo lah keluarkan duit untuk JR, naik subway je lah. Nak pilih option 3 lama sangat, makanya kami ambik option 4. See? Dekat dua jam! Dah tu berapa kali nak kena transfer train? Huwaaaaaaaaaaaaa.. Then tengok price dia. JPY2,020 kooo.. Ni baru sehala. Memang bagus kan beli Kansai Pass? Huhuhuh..

Ni aku bagi tips lah. Selagi ada internet connection, pakai je google maps ni untuk cari arah tuju. Train timing, train fare dan sebagainya yang diberikan memang tepat dan jitu. Memang boleh percaya. Kami gunakan google maps ni je untuk pergi ke mana-mana. Tak mengecewakan langsung.

Dari Airport, naik Nankai Limited Express, transfer kat Tengachaya Station for Sakaisuji Line bound for Kitanseri, then transfer kat Kitahama Station for Keihan Main Line bound for Demachiyanagi, then transfer lagi kat Shichijo Station naik next train untuk ke stop seterusnya iaitu Kiyomizu-Gojo Station. Fuhhh!! Memang hazabedah sungguh. Wait. Kenapa nak kena transfer kat Shichijo Station? Padahal line yang sama jugak? Haaaaa.. Aku pun memula pening. Rupa-rupanya, untuk satu line tu ada berapa banyak jenis train daaaa.. Yang berhenti semua stop, yang berhenti certain stops, yang berhenti lompat-lompat dua stops sekali, yang non-stop, yang express, yang limited express. O_o Memang banyak! Atas track yang sama pulak tu! Memang tabik habis, respect sangat-sangat lah pada mereka-mereka yang design railroad kat Jepun ni. Punyalah compex!! Cuba bayangkan kalau satu train ada masalah, memang huru hara lah kan jadinya? Tapi diorang kan genius. Pandai-pandailah diorang handle.

Eh lupa pulak nak cerita, on the way nak ke subway station airport ni, kami ditahan oleh seorang Japanese lady ni lah. Dia tunjuk badge dia and cakap dia polis. MUKA MASING-MASING I TELL YOU CUAK GILA. Gabra habis. Kitorang ada buat salah ke? Rupa-rupanya dia nak tanya beberapa soalan je. Buat survey ke apa ni? Tanya kami dari mana, nak ke mana, duduk sini berapa hari, etc. etc. etc. Gitu je. Fuhh.. Lega lah jugak. Dia kata ni standard procedure. Mana-mana orang luar yang sampai, dia akan buat interview sikit. Hahaha.. Buat saspen je. Dah habis tu cepat-cepat kami gerak naik train. Takut nanti kena soal lagi. Hehehe..

Baru half way dohh!!

After almost 2 hours terpinga-pinga, sampailah kami kat Kiyomizu-Gojo Station. Nak ke Guesthouse Kinta, Kyoto. Mula lah merapik meraban tak tau nak keluar ikut exit mana. Kat website pun tak ada tulis kan. Makanya, google map lah penyelamat. Ikut instinct some more, jumpalah kami dengan Guesthouse Kinta tu.

Mana nak pergi?

Dah settle check in, kami pun merelaks-relakskan diri. Mandi-mandi, makan megi, perghh sangat best. Lantai hangat lagi gitu. Best lah. Sambil-sambil nak tidur tu, kira duit dulu. Segala perbelanjaan dicatat. Hari ni je jadi orang kaya. Besok lusa kayap dah! Huhuhu..


Saya orang kaya lahh!! Baki yang tinggal lepas tolak belanja hari ni dan ketepikan duit hostel sepanjang 10 hari.. Huhuhu..

Meh tepek sikit perjalanan hari ni kat dalam map. :)

Kansai Airport to Kyoto..

Done! Habis dah entry day-1. Menggagau nak buat entry day-2 pulak. Till next time!

Kos perbelanjaan hari ni:-
Kansai Pass = JPY5,000.00
Guesthouse Kinta (2 nights) = JPY4,000.00

Total = JPY9,000.00

11 comments :

Adyani Iman Al-aydrus said...

salam...waahhh besnyer dpt p jepun.....bole tau dpt bpe ringgit tiket?

CikSengal said...

masa pegi ni RM681 return...

Adyani Iman Al-aydrus said...

owwhh...murah la tiket tu..cmne ley dpt tiket murah ni?ade tip2 tak?hehe

CikSengal said...

Tips:
1. Beli tiket untuk laluan baru airasia.. Biasanya kalau airasia bukak laluan/route baru, memang murah.. Saya beli tix seoul masa mula2 bukak laluan RM295 return.. Beli tiket busan masa mula2 bukak laluan RM338 return.. Beli tiket christchurch masa mula2 bukak laluan RM600++ return.. Yang osaka ni pun beli time dia mula2 bukak laluan baru ke osaka..

2. Beli tiket jangan pikir tarikh sesuai ke tak.. Ada tiket murah terus rembat.. Kalau nak pilih ikut tarikh yang kita nak mesti tak dapat..

3. Rajin2 alertkan diri dengan iklan airasia.. Bukak website airasia tiap2 hari.. Hehehhee..

Adyani Iman Al-aydrus said...

waa mmg murah giler tiket tu..pndai la cri tiket..fuhh hrp2 dpt la tiket murah jgk nk pe nnti..hehe
tip y sgt mmbantu..hehe..^_^

pashminahijau said...

Awak, nk tnye, ape beza kansai through pass yg awk beli 3 ari tu ngn osaka unlimited pass?

CikSengal said...

pashminahijau,
ermm tak pasti lah pulak, tapi rasanya kalau osaka unlimited pass tu boleh guna kat osaka je tak? kalau kansai thru pass tu boleh guna kat semua bandar-bandar dalam kansai region termasuk osaka.

Miss said...

setat2 mengintai kat sini lak..hehe

CikSengal said...

chimei,
sila2.. hehe..

Melancong Ke Jepun said...

Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

Sila hubungi melalui :
Website : http://www.melancongkejepun.com/
Facebook : Melancong Ke Jepun
Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
Email : melancongkejepun@gmail.com

CikSengal said...

Melancong Ke Jepun,
W'salam. Nanti saya promote. :)