Seperti yang semua maklum (boleh dikatakan semua lah) aku cuti raya 25 sept - 12 okt. Ramai yang terkejut beruk. Mak pun sama. Siap kena marah lagi aku ni. Mak, anakmu ini tension bekerja. Sekali sekala nak juga cuti lama-lama ngempeng bawah ketiak mak, tak boleh ke? Huhuhu..
So, got back on wednesday nite. Lewat juga lah. Ambil flight malam dari KK. Sampai rumah around 12am. Besoknya, takde buat apa2. Bangun pun, sedar-sedar matahari dah tegak. Haha.. Anak dara apa macam ni. Hari pertama balik, kira ok lagi lah. Mak tak kisah. Jangan la hari seterusnya aku buat lagi. Maunya satu taman ni dengar mak aku menjerit. Tak payah pakai mikropon.
Kenapa lah aku balik raya awal ye? Sebenarnya aku nak kejarkan param (pasar ramadhan) kat tempat aku ni. Suka oii. Aku kan sedih tengok bazar kat IP sana. Jadi, sebelum datangnya raya ni, dapat la aku cuci mata dan beli makanan-makanan feberet aku. Ngences siot!
Iwak Lele @ Param UTM
Friday morning aku, mak & ika ke pasar lambak Kota Tinggi. Pagi-pagi pukul 7 kami dah jalan. Lebih kurang sejam, sampai la kami kat sana. Aku ni bukannya apa. Jalan-jalan cuci mata. Mana lah tau kan, ada baju yang berkenan ke, tudung ke. Boleh la beli untuk raya ni. Pusing punya pusing, aku sendiri jadi pusing. Orang ramai, ya ampun. Sesak nafas aku. Dah la panas berdeting. Apa lah agaknya yang dicari orang-orang ni ye. Kalau diikutkan sama je gerai-gerai ni semua. Aku lepas dapat tudung sehelai, terus give up. Malas nak ronda-ronda lagi.
Macam-macam ada @ lambak Kota
Menara Jam Kota Tinggi. Masa banjir besar 2006, air naik sampai paras jam. Dahsyat..
Dah puas berjalan tu, kami singgah kejap ke rumah mak nyai. My maternal grandmother lah. Dah alang-alang kan. Another 30 minutes sampailah kami. Rumah mak nyai kat felda. Mak nyai tinggal berdua je dengan bapak yayi. Sekali-sekala, mak usu yang duduk kat bandar Kota Tinggi balik juga menjenguk. Aku punyalah syok bantai tidur kat rumah mak nyai. Nak bergerak balik selepas zuhur, aku ni pulak pantang betul drive waktu-waktu macam tu. Mengantuk kemain. Sebelum terjadi apa-apa baik aku titon dulu. Hehe..
The following day, aku, both my parents and ika meronggeng ke KL. Abah ada kelas SPACE kat KL nun. Nak naik bas, tiket habis la pulak. Nak tak nak, kena lah ada orang escort dia ke KL. Aku ni suka aja kalau jalan-jalan. Abah pulak, suka aje kalau aku ikut. Boleh jadi driver. Bluweehhh.. Sementara abah ada kelas untuk dua hari ni, aku n the gals pegi ronda-ronda. Sempatlah juga masuk Sogo. MasyaAllah. Macam sardin. Nak bergerak pun susah. Nak kata barang murah tak la murah. Pening kepala aku. Dalam pening pening tu, sempat juga aku rembat handbag baru BUM. Azam baru lah katakan. Aku ni nak jadi feminin sikit. Almaklumlah, aku pergi kerja tak pakai handbag. Semua sumbat dalam beg notebook. Balik ni, adalah rupa wanita berkejaya sikit. Chewah.. Maunya tak terkejut colleague aku semua. Hehe.
Sardin @ Sogo
Balik dari KL baru lah aku terkocoh-kocoh buat biskut raya. Mak tak suka kuih tunjuk. Tak sedap, katanya. Nak tak nak, kena buat. Dan yang tukang buat, aku lah. Siapa lagi. Tahun ni mak malas nak buat tart nenas. Aku macam suspen pun ada juga. What? Salah dengar ke aku ni? Bagi aku, tart nenas tu wajib dish raya-raya macam ni. Kalau tak buat, raya takde ertinya. Huhu.. Biskut raya pun buat berapa jenis je. Lebihnya nanti makan kerepek je lah. Tau lah orang-orang johor ni kalau beraya. Mangkuk kerepek yang licin dulu. Hehe..
So, back tu malam raya ni. Tadi aku meneman si Ika pi buat rambut raya. Mentel betul minah tu. Habis duit aku kena pow. Boleh dia kata tolak aje dari duit raya dia nanti. Banyak cantik muka dia. Dia ingat aku nak bagi duit raya ribu raban kat dia, nak main tolak-tolak segala. Mengada sungguh. Sesampainya kat rumah, semua orang tengah busy. Buat preparation untuk masak besok paginya. Lauk pagi raya, macam biasalah, aku ni dah namanya keturunan jawa, makanan pagi raya pun makanan jawa versi Johor ler. Lontong, lodeh, sambal goreng, rendang, ayam masak kicap (malas nak buat ayam masak merah) dan sambal kacang. Perghh.. Ngences, ngences.
Aku stop sini dulu lah. Nak sambung masak-masak. Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali aku, seandainya ada terkasar bahasa, terkurang sopan, termulut lazer dan yang sewaktu dengannya. Semoga Aidilfitri ini membawa rahmat kepada semua. Amin..

2 comments :
weh yat..ini baru namanya cuti sakan...sebulan weh aku bantai cuti....selamat hari raya..meh dtg umahku di jb
Ko memang. Cuti raya tak hengat. InsyaAllah aku datang. Ko datang la jugak rumah aku..
Post a Comment