Monday, October 6, 2008

Ubat Lagi..

I'm on the meds again. Bosan gila. Kali ni demam anak labi-labi melanda. Tak lah seteruk demam anuar zengg dulu. Demam ni, gara-gara seketul bisul. Ya ampun. Macam merepek je kan? Tapi tu la kebenarannya. Dah tu, bisul tu bisa yang amat pulak tu!

Bisul bertuah ni tumbuh kat bahu aku. Asalnya cuma sebesar sebijik kacang hijau je. Aku ni at first mana la tau benda alah tu bisul. Punya lah syok aku gentel. Besoknya jadik besor dah. Macam fererro rocher dah saiznya. Huduh gila. Sakitnya jangan cakap la. Nak kata bernanah, tak pulak. Nak kata lebam kaler merah ke, takde warna laa pulak. Konpius aku.

Disebabkan kekonpiusan itu lah, maka aku mengadap doktor. Aku disound dengan bestnya oleh doktor tu. "GATAL LAGI PI GENTEL!!" Huhu.. Kena marah pulak dah. Doktor kata bisul tu bantat sebab aku pi gentel. Loh. Aku pernah dengar kek je yang bantat. Bisul pun bantat jugak ke? Apa-apa lah labu. Dah lepas kena lecture kaw-kaw aku pun diberi antibiotik and ubat sapu.

Dah dua malam ni. Takde tanda-tanda nak surut lagi. Jangan besok lusa kena korek sudah. Takutnya..

2 comments :

ernie said...

jadi yat.. camner? dah ok?

CikSengal said...

Ada lagi tu. Sejak balik KK ni asyik lupa nak sapu krim. Macam mana nak surut. Huhu..