Wednesday, August 15, 2012

Kia Ora, Aotearoa! ~ Day 3: Lake Tekapo, Salmon Farm, Lake Pukaki, Mt. Cook, Moeraki Boulders & Oamaru

Saturday, 28th April 2012
Lake Tekapo --> Salmon Farm --> Lake Pukaki --> Mt. Cook --> Moerarki Boulders --> Oamaru

Nyaman. Selesa. Terawang-awang. SAYA TAK NAK BANGUN! Huhuhuhu.. Sedapnya duduk mengerekot di bawah comforter di bumbung campavan ni. Oh ya. Tiba giliran aku untuk tidur di tingkat atas pula. Sangat hazabedah terseksa bagai nak naik ke tingkat atas ni. Aksi memanjat sangat lah huduh dan menakutkan. Satu kaki di kepala kerusi van dan satu lagi di celah-celah tingkap van, tertonggek-tonggek dan merangkak naik kepala dulu. Dah tu kena mengiring pusing 180 darjah. Bergegar-gegar campavan. Mana taknya, anak gajah naik. Dah tu, kepala tak boleh angkat tinggi-tinggi. Kaki pulak tak boleh nak gerak sebarangan. Baru seorang naik. Lepas tu K Awa pulak naik. Hahahahahaha.. Terkial-kial macam apa dah bila dua orang cuba menyelesakan diri kat bumbung ni. Terasa macam tidur dalam hotel capsule kat Jepun tu pun ada. Macam lah pernah pergi Jepun kan boleh rasa macam tu? Kekekeke.. 

Hari ni, tak berapa terlajak sangat subuh. Sempat lah jugak solat sebelum terang. Suasana mulai sibuk dengan orang pergi ke tandas, gosok gigi, mandi-mandi dan sebagainya. Aku terlupa tandas di sini dikongsi bersama. Aku yang tengah mamai melayan blues merenung cermin tiba-tiba ala-ala terkena renjatan elektrik apabila seorang mamat datang gosok gigi di sinki sebelah aku. Dia buat donno, makanya aku pun buat-buat donno je lah. Selesai gosok gigi, cuci muka, aku pun keluar. Pagi ni tak mandi sebab malam tadi dah mandi. Heheheheh.. Jimat duit aku. Lagipun sejuk sangat lah nak mandi! Hurrrr...


Setelah selesai bersiap, kemas tempat tidur, kami pun menyediakan sarapan pagi. Maggi. Yay!! Hahahaha.. Mari kita habiskan stok yang ada dulu. Dah habis stok maggi boleh kita breakfast benda lain pulak. Bermasak-masak lah kami di dapur yang disediakan. Disebabkan ada dapur kat sini, takdenya lah kami nak masak kat dapur campavan. Jimat-jimat sikit gas yang ada. 

Dah selesai masak, kami cari port terbaik untuk breakfast. Kat tepi tasik lah jawabnya. Bersarapan dengan bertemankan pemandangan yang sangat mabeles di waktu pagi. Dah macam breakfast ala 5 bintang dah. Maggi kering yang terhidang tiba-tiba nampak macam spagetti bolognese. Suasana pulak sepoi-sepoi bahasa dan agak mendung. Matahari masih shy shy cat tak nak muncul lagi. Bila semua dah ready kami pun mula melantak. Terdiam masing-masing mengerjakan maggi sambil melayan keindahan alam sekitar.

Maggi yang sedap..


Lake Tekapo..



Owh.. Our condo key.. :P

Menurut K Awa, kalau tengok Lake Tekapo ni betul-betul, dari jauh nampak cantik warna biru kain baju sekolah menengah. Tapi mungkin disebabkan masih awal pagi dan cuaca mendung, warna biru tu tak berapa nampak sangat. Nak kena tunggu tengahari sikit ni. Dah siap breakfast tu kami jalan-jalan di sekitar holiday park ni sebelum kena check out pukul 10 pagi.

Bahaya kalau nak mandi!

Tadaaa~!!

Pepohon kehijauan..

Pokok pine?

Signboard ke sana sini..

Menuju ke tempat parking kami..

One of the cabins..

Err.. Ni hasil pokok pine kan?

Dah puas berjalan-jalan sekitar holiday park, kami pun mula kemas-kemas. Sebelum berangkat kami kosongkan waste tank dan isi air. Nak mengisi air punya lah sengsara sebab kepala pipe tak matching dengan getah pipe yang disediakan. Terkial-kial kami dibuatnya. Tengah terkial-kial tu lah ada sepasang atuk dan nenek memerhatikan kami dari jauh. Mereka datang menghampiri. "Can we help you, love?" Alahaii.. Baiknya orang-orang tua ni. Kami pun explain lah situasi kami. Atuk cepat-cepat pergi balik ke caravan dia dan bagi kami pinjam kepala getah pipe yang matching. Huwaaaa.. Terima kasih atuk!

Then off we go! Bergeraklah kami keluar dari holiday park ni. Sebelum ke destinasi seterusnya kami pusing-pusing disekitar Lake Tekapo Township ni. Aman damai je tempat ni. Rumah-rumah pun comel-comel. Dari jauh kelihatan beberapa bas pelancong. Satu bas tu macam kenal je pelancong dari negara mana kalau melihat dari gaya dan susuk tubuh. Ahjumma & ahjusshi Korea tu. Dengan topi sunshield masing-masing. Kekekeke..

Kami berhenti seketika di tepi jalan. Kat sini pemandangan sangat cantik. Masih lagi berlatarbelakangkan Lake Tekapo tapi dari sudut yang lain pulak lah. Kami melompat keluar dan mula mengsnap beberapa keping gambar.

Lake Tekapo..

Church of the Good Shepherd..

Kakak-kakak yang excited..

Batu oh batu!!

Kalau nampak langit mesti lagi cantik..

Seni kreatif?

Air tasik yang jernih..

Rabbit rabbit...

CikSengal melayan blues..

Some of the houses..

Collie Sheepdog..

Udah deh. Kita bergerak ke destinasi seterusnya. Jam sudah menunjukkan hampir 10.30 pagi. Kena segera bertolak sebab banyak lagi tempat nak kena pergi untuk hari ni.

Dari Lake Tekapo kami bergerak menuju ke Mt Cook melalui Tekapo-Twizel Road. Mt Cook ni merupakan gunung tertinggi di New Zealand ni. Tapi sebelum sampai ke Mt Cook kami nak lah singgah sekejap di Salmon Farm. Dengar macam excited je Salmon Farm ni. Bolehlah kalau nak beli dan makan ikan salmon yang segar dari ladang. Hihihihi..

Itinerary hari ini.. Bermula dari E: Lake Tekapo dan berakhir di I: Oamaru.. 383km..

Dari Tekapo-Twizel Road kami belok ke kanan dan masuk ke Tekapo Canal Road. Sebenarnya kami dah terlepas simpang jalan masuk ni. Makanya, U-turn haram dilakukan. Mentang-mentang tak ada kereta lalu lalang kan. Hehehe.. Sepanjang-panjang jalan tu aku tergamam. Waaahhh.. Wooo.. Pergghhh.. Macam-macam sound effect bergema dalam van. Cantiknya tempat ni! Di sebelah kanan ada terusan, sebelah kiri pulak tebing curam. Jalan pulak sempit. Nak kena berhati-hati ketika driving. Kalau ada angin lintang tu, haruslah kami kena tiup. Pilih je nak landing kat mana. Nak masuk gaung ke nak masuk terusan. Hehehehe..

Kiri curam, kanan canal..

Aku mencongak-congak. Macam mana lah agaknya ya diorang buat jalan ni? Di sebelah terusan sana ada tebing curam jugak. Cuma jalan dan terusan ni saja yang berada di tanah tinggi. Dahsyat betul orang-orang dulu buat jalan dan terusan ni. Sangat mengagumkan. Sambil-sambil mencongak tu, beberapa campavan Jucy berselisih dengan kami. Asal jumpa Jucy je mesti nak bagi lampu. Mesti nak angkat tangan. Dah tu diorang mesti membalas balik. Hehehe.. Entah siapa-siapa entah mereka tu. Sama-sama naik Jucy terasa macam family je. Macam dah lama kenal. Poyo nau kan..

Lebih kurang 20 minit perjalanan dari simpang masuk tadi, tibalah kami di Salmon Farm yang dimaksudkan. Wah. Cantik jugak tempat ni. Mereka-mereka ni menternak salmon kat dalam terusan rupanya. Banyak jugak sangkar yang ada. Boleh skodeng-skodeng sekejap lagi.

Tempat parking..

Setelah parking, kami turun. Seorang pakcik berketurunan Cina bersama familinya sedang berjalan ke arah kereta mereka. Matanya memandang kami. Dalam hati aku berbisik, pakcik ni mesti orang Malaysia.
Heheheh.. Suka-suki je kan main agak. Tiba-tiba kami ditegur oleh pakcik itu. "Malaysia?" Tanyanya. Hoh! Terkejut aku. Kan betul. Orang Malaysia. Hehehe.. Ya pakcik, kami orang Malaysia. Apa lagi. Terus excited pakcik tu menginterview kami. Hehehe.. Dari mana, hendak ke mana, jalan-jalan ke student ke, datang 4 orang ni je ke? Macam tak percaya je pakcik tu tengok kami empat orang yang kecik-kecik ni (kecuali Nott hehehe) bawak campavan ni.

Dah habis diinterview, kami interview dia pulak. Pakcik ni dari Penang. Datang sini jalan-jalan tengok anak dia. Anak dia student kat NZ ni tapi tak pasti lah pulak kat universiti mana. Sebelum dia bergerak pergi beria-ia dia pesan "Beli salmon banyak-banyak tau. Kat sini murah-murah! Kalau nak suruh dia masakkan pun boleh. Pergi kat dapur dia sana". Wahh.. Menarik je bunyinya. Tapi yang penting kena tengok harganya dulu. Murah pakcik tu murah macam mana. Adakah sama standard dengan murah kami? Hehehe..

Moh skodeng..


Kedai Salmon..

Awek Salmon.. Warna pun dah dekat sama..

Kami masuk ke dalam kedai dan seorang penjual yang boleh tahan cute datang dari bilik belakang untuk melayan kami. Sangat cute. Hehehehe.. Apa pun, sungguh meriah kedai ni. Macam-macam produk salmon ada dijual. Harga adalah bergantung kepada jenis produk dan berat salmon tu sendiri. Jeng jeng jeng.. Nak beli yang mana satu ni? Kebetulan pulak, kami saja yang berada dalam kedai tu. Sempat lagi berdiskusi dengan panjang lebar. Nak beli bentuk macam mana, nak beli untuk masak apa. Aku dah terbayang salmon goreng dah. Mesti sedap gila ni. Si penjual tu dok perhatikan je kami punya discussion. Gaya dan rupa dan discussion yang panjang lebar tu, macam nak beli banyak je minah-minah ni. Sekali beli sekeping je Salmon dan satu pek salmon segar buat makan-makan. Hehehe.. Nyam nyam nyam..

Voila~!!

Kicap Jepun dan red pepper paste Korea..


Kami di sini!!

Tersengih-sengih kegembiraan menjinjit beg plastik berisi salmon. Kebetulan ada meja dan kerusi kat luar ni, marilah kita berpiknik-piknik dulu. Pek salmon segar pun dibuka. Salmon dikuis-kuis menggunakan chopstick kayu yang dirembat dari dalam kedai. Ye lah salmon mentah kan. Macam menakutkan je nak makan. Tapi lantak, bedal je lah. The verdict? Huhuhuhu.. Sedap sangat!! Tak tau nak describe macam mana. Nak lagi nak lagi nak lagi dan nak lagi. Makan satu pek kongsi 4 orang ni memang tak cukup. Sobss.. Sampai ke hari ni aku terbayang-bayang kesedapan dia. Fly me to NZ!!


Satu pek berharga NZD10..

Super delicious bila dimakan begitu saja..

Salmon sebelah.. NZD17.50..

Dah habis tu terasa macam nak beli lagi. Kekeke.. Makanya, K Abid dan Nott masuk ke dalam. Tengah sibuk-sibuk nak beli tu, sekumpulan tourist yang aku tak pasti dari mana Hong Kong ke China ke Taiwan ke, menyergah masuk ke dalam kedai. Bisingnya ya ampun. Macam kedai tu abah dia yang punya. Terjerit-jerit, terpekik-pekik. Motip mereka ni? Jakun nau tak pernah nampak salmon ke? Agaknya dek kerana tak kuasa nak berada kat dalam kedai tu K Abid and Nott terus keluar. Tak jadi beli. Tak apalah. Dah dapat rasa tadi pun dah cukup. Mesti pening si penjual comel tadi melayan kerenah mereka-mereka ni kan. Layan kami relaks je. Tenang je.

Kedai ni kedai abah kau ekk??

Dah tu, kami jalan-jalan di sekitar 'ladang' ternakan ikan salmon. Tertinjau-tinjau mengskodeng ke dalam terusan. Kot-kot boleh nampak ikan yang dibela tu. Tapi tak nampak lah pulak. Mungkin sangkar yang ditinjau tu sememangnya kosong. Nak jalan lama-lama macam tak mampu pulak sebab cuaca sejuk. Suhu baru 16 darjah celsius, tapi angin yang bertiup tu. Perghhh.. Sejuk yang agak mantap! Agak-agak dah puas mengskodeng kami pun bergerak pergi.

Sila lihat kiri kanan.. Walaupun seciput je kenderaan yang lalu lalang..

Jambatan ke sangkar ternakan..


Kena mintak kebenaran untuk masuk..


Terusan dan sangkar.. Cantik kan warna air terusan ni?

Sebelum meninggalkan salmon farm, mari kita tinggal tanda dulu. Masuk jamban. Sementara ada kemudahan yang disediakan. Lepas ni tak tau kat mana lagi boleh berhenti membuang hajat. Bila masuk dalam toilet ni, terasa seperti kat Korea pulak. Motip lah kan? Kekeke.. Sebabnya semua notis kat dalam tu dalam bahasa Korea. Nak kata fully faham takde lah aku faham sangat. Tapi notis tu kata sila pakai toilet paper, buang semua sampah dalam tong sampah dan selamat bercuti. Hahahaha..

Ni lah notisnya..

Jam dah menunjukkan pukul 11.15 pagi. Bergerak lah kami keluar dari ladang salmon ni. Sebelum kami bergerak masing-masing ala-ala memalaskan diri dan berebut untuk duduk belakang. Lah.. Aku lah ni yang nak kena driving? Terus kecut perut. Memandangkan cuma aku saja yang belum pernah lagi duduk kat tempat pemandu, makanya aku tak boleh escape. Mengalah dan redha je lah. Hahaha.. Seram betul. Paling-paling pun aku geng dengan budak hitam je kat Malaysia. Paling grand pun kereta tua Wak Daut tu. Ni nak kena bawak van macam ni. Harus lah seram. Nasib baik lah kaki ni sampai untuk menekan apa-apa yang patut kat bawah tu. Hehehe.. Kelam kabut jugaklah nak menyesuaikan diri. Tapi bila dah lama tu OK lah jugak. Rasa best lah jugak. Balik Malaysia nanti boleh lah buat part time bawak van sekolah. Kekeke..

Kat salmon farm tu aku confident lah. Bila kat jalan, terus gabra. Bawak pun slow je. Nak-nak lalu kat jalan terusan ni. Heii.. Tak boleh nak cerita betapa seramnya aku masa ni. Asal berselisih dengan kereta je aku slow down. Takut kalau tersilap pusing stereng, kami terus masuk ke dalam terusan. Tak pasal-pasal kang jadi salmon gergasi yang cantik rupawan. Kekeke..

Betul. Kalau kita driving kat New Zealand ni, kita mudah distracted dengan pemandangan sekeliling yang cantik. Sebab aku suka tengok pemandangan macam ni. Kalau mereka-mereka yang tak minat benda-benda macam ni, tapi minat pergi shopping, feeling tu tak bermakna kot. Lain lah kalau kiri kanan shopping complex je. Dah tu banner besar-besar tulis SALE. Harus emergency break sentiasa.

Kami berpatah balik mengikuti jalan masuk tadi. Dan terus ke jalan besar. Lepas kami jumpa peta, rupanya kami boleh jalan terus je mengikut jalan terusan tadi tu. Tak perlu nak patah-patah balik. Memang akan bertemu jugak dengan jalan besar ni.

Steady je aku driving dengan K Awa kat sebelah setia memegang kamera. Mana-mana yang menarik, kamera akan diketik bertalu-talu. Biar menyesal ambik gambar banyak-banyak, jangan menyesal tak ambik langsung. Kalau tak cantik boleh delete. Kalau tak ada langsung, mana kau nak menggagau cari kan? Cuaca sangat tenang. Dari jauh, macam dah nampak dah Lake Pukaki. Van slow mendaki bukit. Apa yang ada kat depan memang kami tak nampak apa-apa. Nampak jalan menegak naik bukit je. Once kami menghampiri atas bukit tu, sedikit demi sedikit aku nampak Lake Pukaki and........ BANNNGGG~!! Totally awesome scenery yang membuatkan aku nak nangis. Tanpa segan silu aku terus menjerit. WAAAA CANTIKNYAAA~!! Nott dan K Abid kat belakang yang aku sure sangat tengah tidur, terkejut lalu terbangun. K Awa suruh aku bertendang. Kang melayang van ni terus masuk tasik. Hahahaha.. Seriously memang cantik pemandangan Lake Pukaki ni. Warna air tasik dia. Perghh..

Ada rest stop kat tepi tasik. Aku tak mintak pendapat sesiapa pun mau berhenti kat sini ke tak. Kaki dan tangan yang memegang stereng ni yang gatal terus membelok dan terus masuk ke tempat parking. Hahahahaha.. Pemandangan cantik. Mestilah nak kena abadikan dalam gambar kan? Cececececehhh.. Kami melompat keluar dan mula berposing.


Nice right??

The rest stop..

Kat rest stop Lake Pukaki ni ada i-site. Makanya boleh lah tau serba sedikit tentang Lake Pukaki ni. Mengikut informasi yang ada, tempat ni asalnya ais semata. Lagi tepat, kawasan ni adalah kawasan glacier. Besar jugak glacier ni zaman dulu-dulu. As time goes by, cuaca dah semakin panas, makanya glacier pun mula mencair. Hasilnya jadilah Lake Pukaki ni. Tak lupa jugak Lake Tekapo dan Lake Ohou datang dari glacier yang sama. Terusan tempat ternakan ikan salmon tadi tu pulak menjadi penghubung antara Lake Tekapo dengan Lake Pukaki. Sekian informasi. Hehehehe..

Lake Pukaki dulu dan kini..

Dah tu, kami pun meneruskan perjalanan. Best sungguh driving sepanjang jalan yang letaknya bersebelahan Lake Pukaki menuju ke Mt Cook ni. Memang pemandangan yang sangat mabeles lah. Susah nak explain. Kena datang dan tengok dengan mata kepala sendiri baru boleh tau experiencenya macam mana. Mata aku tak boleh duduk diam. Bukan 100% fokus kat jalan. Lebih kepada melilau melihat pemandangan sekeliling. Sekali sekala aku kena sound dengan K Awa yang duduk di sebelah. Kekekeke.. Maka dengan itu, aku telah menjadikan K Awa mangsa suruhan untuk mengambil gambar mana-mana yang patut.

Penghujung Lake Pukaki merupakan dataran yang luas. Ada lah jugak takungan air sana sini. Tapi tak banyak. Mungkin dulu-dulu air tasik sampai ke sini. Tapi sekarang dah kering. Jangan terkejut lah kalau satu hari nanti Lake Pukaki tinggal seciput je. Tak ada tempat dah nak tengok airnya cantik membiru tu!

Dataran yang luas..


Mt Cook dari jauh..

Setelah driving selama 45 minit, sampai lah kami ke Mt Cook National Park. Mt Cook ni gunung tertinggi kat NZ ni. Dah alang-alang sampai NZ ni kan, marilah menjejakkan kaki dan ambik gambar sekeping dua. Banyak jugak gambar yang disnap kat sini tapi yang cantik cuma sekeping dua je. Yang lain semua buruk sebab ada aku sekali dalam gambar tu. Dah lah perut besor. Huhuhuhu.. Sobss...


Mt Cook..

Ada hostel..

Resort kot?

Agaknya lah kan, orang Maori mesti marah kalau kita sebut Mt Cook ni Mt Cook je. Kalau boleh kena sebut penuh Aoraki / Mt Cook. Asal nama gunung ni Aoraki. Tapi gatal sungguh mat saleh yang datang menjelajah tu pergi tukar nama jadik Mt Cook. Sempena nama Captain Cook katanya. Captain Cook pun tak pernah sampai sini. Hul~!!!

Sekitar Mt Cook National Park..

Nice..

Jangan ngengada ye..

Lebih kurang pukul 1.45 kami pun bergerak. Our next destination is Moeraki Boulders. Jauh ni nak jalan. Kami mengambil laluan State Highway 83 untuk ke sana. Nampak macam route yang paling dekat dengan tempoh perjalanan yang paling pendek. Paling dekat dan pendek pun ada lah jugak dalam 240km dari Mt Cook ni. Gitu-gitu, mau makan masa 3 jam lebih jugak ni. Aku masih jadi pendrebar setia. Gigih menyusuri jalan NZ yang berliku-liku dan naik turun bukit ni. Tapi tak kisah lah. Janji pemandangan sepanjang perjalanan ni cantik-cantik. Boleh skodeng apa-apa yang patut.

Singgah di Twizel untuk mengisi minyak. Kat sini harga minyak mahal sikit. Dah alang-alang jumpa stesen minyak ni, isi siap-siap. Kita tak tau kat mana stesen minyak yang terdekat lepas ni. Kalau tangki penuh, sesat barat ke mana pun tak kisah.

The countryside..

Kereta Kancil woooo~!!

Kami singgah sebentar di pekan Duntroon selepas lebih kurang 2 jam berada di jalan. Tak ada specific reasons pun kenapa nak berhenti sini. Cumanya kami nampak ada public toilet di tepi jalan tu. Makanya kami berhenti lah. Kekekeke.. Lagi pulak kami belum solat Zohor. Aku berhentikan van dan parking ala kadar je kat tepi jalan tu. Sorang semi sorang masuk ke dalam toilet. Masuk menjerit, keluar pun menjerit. Terlompat-lompat some more. Mana taknya. Air sejuk macam ais. Hehehehe.. 

Berhenti tepi jalan..

Public toilet yang ada kat tepi-tepi jalan ni sebenarnya dibangunkan hasil usaha masyarakat setempat. Sama jugak di Lake Pukaki tadi. Dalam toilet ada tabung. Siapa yang bermurah hati boleh lah menderma semampu mana. Dapat lah masyarakat kat sini gunakan duit tu untuk maintenance toilet ni. Walaupun toilet ni kat countryside, cantik tau! Bersih lagi. Wangi pun ye. Tak macam toilet kat Malaysia. Kena bayar pun bau hancing. 

Kami berganti-ganti solat. Seorang solat di dalam van, dan sorang lagi di luar. Ambil tikar, bentang sejadah pakai telekung dan solat lah disitu. Dah siap solat, aku memerhatikan kawasan sekitar. Ada beberapa buah rumah je kat sini. Kedai pun ada lah jugak. Tapi macam tutup. Sunyi sepi je. Ada satu rumah tu, beberapa penghuninya ada kat luar rumah. Terasa kagum tiba-tiba sebab baru nampak orang. Selama ni nampak kambing je. Hahahaha.. Diorang dok perhatikan kami dari jauh. Mungkin diorang curious. Apalah budak-budak ni buat kat tepi toilet tu. Almaklumlah van kami ni yang berwarna hijau pepel. Sebatu jauh boleh nampak. Sangat-sangat attention seeker. Aku tiba-tiba macam tak sedap hati bila diorang pandang-pandang. Sebab makin ramai pulak yang keluar dari rumah tu dan memerhatikan kami. K Awa suruh Nott lambai diorang. Nott pun lambai, dan diorang lambai balik sambil tersenyum. Hah~!! Tak ada apa-apa lah sengal! Kekekeke.. Hilang terus rasa seram.

Dari Duntroon, Nott mengambil alih stereng. Nott kalau drive ala-ala merempit lepas tu emergency break. Seram sungguh aku dibuatnya. Hahahaha.. Makanya, for the next 1 hour ride aku tak berani nak pejamkan mata. Hehehe..

Lalu sini?

Untuk memendekkan tempoh perjalanan, kami mengambil jalan pintas untuk ke Moeraki Boulders. Jalan yang dilalui adalah jalan kampung yang sempit dan keadaan jalan tu tak berapa elok sangat. Kalau lalu jalan besar terpaksa melencong ke arah lain dan perlu melalui pekan Oamaru. Kalau boleh kami tak nak pergi ke Oamaru dulu. Itu adalah aktiviti untuk hari esok.

Dari Duntroon kami melalui pekan Maheno, Herbert dan Hampden. Tak lama tu sampai lah kami ke Moeraki Boulders. Masuk-masuk je dah salah jalan. Hehehe.. Sepatutnya kami harus menuju ke arah pantai, tapi kami dah ke arah restoran mahal. Terpaksalah patah balik kan.

Pekan Herbert..


Moeraki Boulders..

Apa yang ada kat Moeraki Boulders ni? Masa mula-mula dengar time buat itinerary dulu, aku ternganga je bila disebut-sebut pasal Moeraki Boulders ni. Tak tau apa! Boulders tu aku tau lah batu-batu. Tapi apa yang ada kat situ? Kita nak tengok batu kah? Ding dong deng!! Tepat sekali. Aku ni malas nak buat research sebenarnya. Apa-apa pun aku tanya K Awa je. Kalau K Awa tak boleh jawab aku tanya Nott. Kalau tak, K Abid pulak. K Awa kata kat sini ada pantai. Kat pantai tu ada banyak batu-batu berbentuk bulat. Banyak. BAAANNYYAAAKKK. Macam mana dia boleh jadi bulat? Haa.. Tu yang kita nak tengok. Ala-ala mystical place gitu. Vavavavavavava.. Menarik ni. Marilah kita tengok.


Mistik tak?? Vanish vanish gitu..

10 minit jalan kaki!

Lalu sini ye..

Kakak-kakak yang excited.. Pakai selipar jepun je.. Gagah perkasa sungguh!!

Dah petang sangat. Cuaca pun sendu. Matahari pun dah hilang. Angin sepoi-sepoi dah tak macam sepoi-sepoi dah. Mau taufan kejap lagi ni. Sejuknya bukan main. Tapi gatal jugak turun ke pantai berbekalkan selipar jepun. Sengaja cari nahas kan.

Laut di waktu senja..

Aku dan Nott mempercepatkan langkah. Kalau lambat ni, dah gelap. Bila dah gelap nak ambik gambar pun tak cantik. Kakak dua orang tu dah tertinggal ke belakang. Semakin lama semakin sayup. K Abid mesti tengah melayan blues tu. Orang suka pantai kan. Masa kat Bali dulu, punyalah excited. Kalau boleh nak terjun tiruk masuk ke dalam laut.

Dari jauh, aku dah nampak batu-batu tu. Cuma tak berapa nak clear lagi besar mana batu-batu tu. Setinggi aku kah? Rendang-rendang kah? Selagi tak datang dengan lebih dekat aku tak boleh nak agak. Dah jalan lebih 10 minit tu sampai lah jugak aku kat batu-batu ni. Yes. Amatlah unik sebab bulat-bulat comel-comel. Tapi...... Sikit je batu-batu ni. Tak seperti yang digembar gemburkan. Kononnya banyak sangat lah batu-batu ni bersepah-sepah kat sini. Alahai..

Batu bulat..

Bulat kecik bulat kecik bulat lah besar..

Ada beberapa orang berada kat batu-batu ni. Tak ketinggalan seorang pakcik dengan kamera gedabaknya yang dipasang ke tripod. Ambik gambar apa lah orang ni ye. Ada satu couple ni pulak, yang perempuannya tiba-tiba bukak baju yang dipakai. O_O Pakai ala-ala bikini dan posing di batu-batu. Yang lelakinya pulak mengsnap beberapa keping gambar. APAKAH? Gila tak sejuk ke? Hohh!!

Aku pandang kebelakang. Jauhnya kakak berdua tu ketinggalan. Bila dah datang dekat baru lah aku tau, ada yang excited sangat tadi sampai selipar jepun dihanyut ombak. Hahahaha.. Dah jadi satu kerja pulak nak ambik balik.

Dah tu, K Awa cepat-cepat suruh cari telur dinosaur. Hah? Telur dinosaur? K Awa kata ada satu batu antara batu-batu ni rupa dia macam bentuk telur dinosaur. Ada rekahan kat tengah-tengah. Banyak gambar-gambar kat internet dia dah tengok. Jumpalah jugak dengan batu tu. Sempat lah jugak jadi dinosaur kat situ.

Ni mak dinosaur..

Hari dah makin gelap. Kami cepat-cepat balik ke van. Dalam van K abid menghidupkan GPS untuk mencari destinasi seterusnya. Malam ini kami akan bermalam di Campbells Bay. Salah satu tempat perkhemahan DOC. Bersejuk beku lagi lah kami malam ni. DOC campsite kan. Mana ada power supply. Tak apa. Yang penting free.

Sementara K Abid mengsettingkan GPSnya, Nott mula menghalakan van ke jalan besar. Tak jauh tu ada sebuah supermarket. Macam jakun pun ada aku ni sebab baru hari ni aku nampak supermarket yang bsear macam ni. Hahhahaa.. Aku dan Nott masuk ke dalam untuk membeli apa-apa yang patut. Dah boring makan maggi kan. Kalau boleh tekak ni nak makan benda lain lah pulak. Dalam supermarket tu ada barang yang murah dan ada jugak yang harganya tak logik langsung. Jem yang macam-macam perisa tu harga dia NZD5++. Cheese slice yang 10 keping satu pack tu baru NZD3++. Tengok lagi, chips baru NZD1.99 sepaket. Adehh.. Pening tiba-tiba. Apa yang ada je lah. Roti, cheese, and chips. Malam tu kita dinner ala kadar je.

Keadaan menjadi agak tension apabila lokasi Campbells Bay tak ada dalam GPS. Ah sudah.. K Awa dah pening. Dia banyak baca kat internet bahawasanya ada tempat bermalam di Campbells Bay. Sudah lama kami bergerak. Campbells Bay tak jugak kelihatan. Dah lah jalan gelap. Lampu jalan memang tak ada. Kereta pun tak ada yang lalu lalang. Sepanjang jalan pakai lampu tinggi. Rumah orang pun sayup-sayup. Kiri kanan sunyi sesunyi sunyi sepinya. Nott driving mengikut instinct. Masuk ikut sini, masuk ikut sana tapi tak jumpa jugak. Aku pulak diam je. Tak boleh nak contribute apa-apa sebab aku memang tak tau Campbells Bay tu kat mana. Setelah hampir satu jam setengah merewang, aku mencadangkan untuk pergi ke Oamaru je. Kita cuba cari info kat sana.

Oamaru. Pekan yang besar sikit. TAPI DAH MATI. Senyap sunyi tak ada orang! Kalau tak ada lampu jalan ni memang gelap gelita lah Oamaru ni. La hai.. Nak pergi pejabat DOC, tutuplah pulak. Dah mati akal. Tak tau nak ke mana. Jalan punya jalan jumpa stesen minyak. Aku dan K Awa turun untuk bertanya arah.


Stesen Minyak..

K Awa bertanyakan dengan pakcik yang berada di stesen minyak tu macam mana nak ke Campbells Bay. Pakcik tu berkerut. Tercengang-cengang dia. Campbells Bay? Dah lebih 30 tahun dia duduk kat sini tapi tak pernah pun dengar nama Campbells Bay tu. Hah??!! Biar betul pakcik? Ahh Sudah.. Tempat apa Campbells Bay tu? Tempat jin bertendang kah? Seram aku tiba-tiba. Pakcik tu mencadangkan untuk kami bermalam kat Holiday Park je. Tak jauh dari stesen minyak tu.

Baru ingat nak berjimat. Terpaksa jugak keluarkan duit untuk bermalam kat Oamaru Holiday Park. Tak nak dah aku ambik risiko patah balik meredah jalan cari Campbells Bay semata-mata nak tidur kat tempat free. Karang sesat barat lagi kang. Payah pulak. Badan pun dah letih. Penat sangat. Kita stop je lah kat sini.

Kami memilih untuk stay kat non-powered site. Selagi boleh jimat, kita jimat! Satu malam dikenakan NZD18 per person. Agak mahal lah jugak. Ramai jugak orang yang berkhemah bercampavan kat sini. Oleh sebab kami duduk di tempat non-powered keadaan sekeliling agak gelap jugak lah. Seram jugak ni kalau nak jalan-jalan sorang-sorang kat area sini.

Dah selesai bersihkan diri apa-apa yang patut, solat semua, it's time to melantak. Bergerak lah kami ke dapur yang disediakan. Makan roti bakar dengan cheese, goreng chips and buat air panas. Cukuplah. Sekadar dapat mengalas perut. Lama jugak kami lepak dalam dapur ni sebab panas. Kat luar sejuk. Kat dalam van lagi lah sejuk. Hehehehe..

Dapur..

Ada peti ais boleh simpan makanan..

Our dinner..

Buat pertama kali, malam ni aku baru dapat akses internet. Selepas 3 hari tak ada hubungan dengan dunia luar. Hahahaha.. Aku ni kan mana boleh hidup tanpa internet. Tapi kat NZ ni boleh lah pulak. Mungkin sebab sepanjang hari ada saja aktiviti nak dibuat. Rindu terhadap internet tu tak terasa lah sangat. Seperti yang aku cakap dalam entri sebelum ni, kat sini tak ada wifi free. Kena beli prepaid card. Satu jam NZD5. Dua jam NZD8. Ambik 2 jam terus lah. Kongsi-kongsi dengan K Awa. Masing-masing update facebook, twitter dan apa-apa yang patut. Dari dapur, berpindah ke dalam van. Aku main internet sampai terlelap-lelap. Tak boleh jadi ni. Tidur terus lah jawabnya.............. 



Keseluruhan perbelanjaan hari ini (seorang):- 
Groceries + Salmon = NZD9.00
Minyak Petrol = NZD15.00
Oamaru Holiday Park Fee = NZD18.00
Internet = NZD4.00
Total: NZD46.00

3 comments :

Anonymous said...

cantiknye pemandangan kat NZ ni...huhuuuuuu bila la agaknya dpt ke situ

Anonymous said...

wah... bnyak tempat o kakak sda pigi... msti bnyak pngalaman ni.. mau tnya ni... mcm mna kakak blh dpt tkt murah r..? n.. blh bagi tips mcm mna mau siapkan diri pergi oversea....

CikSengal said...

anon 1,
yes cantik.. kumpul duit, kumpul cuti, insyaAllah satu hari nanti boleh pergi.. ^^

anon 2,
rajin2 belek website air asia.. kalau nak murah betul2, beli tiket ke destinasi yang baru bukak laluan AA.. confirm murah..