Thursday, September 25, 2008

"4 Tahun Tak Boleh Mintak Apa-Apa Taaaauuu"

Tu jawapan abah. Ditujukan khas pada mak. Di kala aku terbuntang mata memandang TV Plasma besar di ruang tamu ketika memijak masuk ke rumah setibanya aku di JB malam tadi. Mak jeling je. Mana taknya. Abah dah mula dah baca dialog Hj Bakhil. Aku tau abah main-main je. Susah nak nampak abah serius. Abah cuma serius bila dia marah je. Other than that, dia banyak merepek dan menyengalkan diri. Paham-paham je la ye dari mana aku mewarisi sifat sengalku ini. Like father like daughter. Hehehe..

Abah memang suka tiru dialog dari cerita-cerita P Ramlee. Kadang-kadang tu boleh jadi lebih lawak dari P Ramlee. Pernah Ika Kembong merajuk, menangis sampai keluar air mata, abah datang duduk depan Ika dan diagah-agahnya Ika sambil tepuk tangan sama macam anak jin mengagah Ahmad Albab. "Ding dige ding ge ding ding ding.. bluweeehhhh.." Ika terus meraung sekuat hari. Tapi dalam meraung tu, nampak juga Ika ketawa. Abah terus dilepuk-lepuknya. Abah lari ke pintu. Sambil pandang Ika, abah ketuk-ketuk pintu. "Pintu? Pintu? Ahmad Pintu?" Aku yang tengok rasa nak pecah perut gelak. Ada aja modal abah nak menyakat orang.

Tiap-tiap kali berkumpul satu keluarga, memang kecoh. Masing-masing ada potensi jadi raja lawak. Tu yang kadang-kadang membuatkan aku rasa sayu je berada di perantauan. Huhu..

2 comments :

ernie said...

jgn gitu yat... bunyi mcm dah nak balik JB je.... kesian sini.. makin kurang org nnt.. kekekekke

CikSengal said...

tinggal berapa tahun depan? 4? haha..