Saturday, September 6, 2008

Babyku Sakit!

Pagi tadi babyku meragam. Tak menangis langsung. Aku check2 mati dah dia. Huhuhu.. Baby, jangan la buat mommy macam ni. Mommy dah la ada kelas pagi2 buta ni. Ku belai-belai. Ku tepuk-tepuk. Tapi baby aku dah mati kan. Takde respons langsung.

Aku ajak Murni, one of my housemate pegi cari doktor. Pusing2 kat IP ni takde satu pun klinik yang bukak. Terpaksa ke Kingfisher. Nasib baik ada klinik yang dah buka. Aku suruh doktor ikut kami balik. Di rumah doktor berjaya buat electric shock pada babyku. Syukur! Babyku hidup balik.

Doktor nasihatkan aku bawak babyku ni ke klinik. Belum sempat sampai traffic light IP, nafas babyku terhenti. Ni bukan sedih lagi ni, mommy jadi marah! Doktor lagi sekali bagi electric shock. Babyku pandai bernafas balik. Main-main la baby ni!

Then, lepas je dari traffic light IP, babyku diam semula. Mommy jadi tension. Dibagi electric shock semula, babyku hidup balik. Sampai je kat depan 1 Borneo, babyku buat hal balik. Kali ni doktor bagi electric shock banyak mana pun, babyku tak hidup balik. Huhuhu.. Mommy dah hilang akal dah. Apa la mommy nak buat dengan baby ni.

Doktor kata no choice. Kena buat pemindahan organ. Pegi klinik dulu, bawak organ baru then buat operation kat depan 1 Borneo tu. Aku pun ikut je la apa yang terbaik buat babyku ini. Lepas operation, baby sihat seperti sediakala. Baby, baby.. Habis duit Mommy melayang RM250. Dah la nak raya ni. Nanti time raya nanti sape nak belai-belai baby sementara Mommy balik kampung 2 minggu? Jangan baby mati terus sudah ye..


Babyku di'electric shock' depan 1 Borneo..

3 comments :

mohdnajwan said...

Ahha.. sebuah cerita yg menarik! =D

debu-papa said...

blank, aku rasa ko kene beli kamera baru arr..

CikSengal said...

Najwan,
Macey.. ^__^

Alpha,
Tu kamera henpon aku. Gambar memang huduh betul..