Selamat Hari Raya Aidiladha!
Tak terlambat lagi kan? Ehehehhh..
Alkisahnya, tahun ini aku tak balik beraya. Rasa sayu je. Sedih betul beraya di perantauan. Jauh dari keluarga. Rindu kat mak, kat abah, kat Ika Kembong, kat semua keluarga besar Saleh Jonoh. Huwaaa..
Hak elah, sengal lah kau, Yatt! Macam lah kau balik beraya sebelum-sebelum ni. Dah tiga tahun kau beraya korban kat sini. Mengong ke hapa nak sentimentel macam ni? Buang karan je. Tihihihihi..
Jadinya, betul lah tu. Sejak aku menetap di KK ni, baru sekali je aku berkesempatan balik ke JB untuk aidiladha. Tahun lepas lah tu. Itu pun sebab nak pergi berjoli ke SUMUT with my beloved geng
backpackers (
kihkihkih..). Kalau tak, rasanya tak balik juga aku ke JB.
So, this year aku beraidiladha di Labuan.
Yeah. Of all places! I told my brother, kau rayalah sorang-sorang di KK ni, wa nak pi Labuan.
And he said, "Labuan? Why Labuan?" Seriously, the intonation tu menggelikan telinga aku. Macam tak percaya aku nak ke sana. Hei,
see the leg lah. Kalau aku dah
decide nak pergi, aku pergi jak. Jangan ditanya-tanya lagi.
Saturday morning, I hopped onto the Labuan Express Ferry. Last time punya cerita aku dah rasa serik dah nak naik feri lagi. Tapi
got no choice bah. (
Hey, got lah! Flight ada, bas ke Menumbok ada, naik speed boat or ferry besor lepas tu. Kalau tak, nak berenang pun boleh!). Tapi aku naik juga feri tu.
The most convenient transportation I must say. Belasah je lah.
This time, I made myself berabis
for the first class ticket. Bukannya beza banyak sangat pun. Setakat 4 hengget pun nak berkira! Hehehe.. Mereka-mereka kata, duduk di
first class tak berapa mabuk. Mereka katalah. Aku pun ikut aja.
Hopefully, everything's ok..
Perjalanan 3 jam ke Labuan aku rasa macam sekejap aja. Sebabnya, aku bantai tidur sepanjang perjalanan.
To prevent the sea sickness lah ni! Memang mujarab. Aku tak terasa mabuk pun! Hahaha..
Yup, once arrived, my two beloved friends, Abe Zul n K Leen came to pick me up. Hahaha.. Sengal pankreas aku nak ber abang kakak ni! Sepatutnya macam tu lah. Dah nyata aku ni lagi muda daripada mereka. Aku perlu panggil mereka dengan rasa hormat. Tapi.... Iskk, sungguh tak sesuai lah!
For the next 4 days, I'll be staying with them. Banyak aktiviti yang nak dibuat ni. Antaranya masak-masak sempena raya.
Well,
take note lah ya, yang masak tu bukan aku ya! Aku bab-bab merewang pandai lah. Kalau disuruh masak, boleh terbakar dapur tu. Huhu! Macam mana nak kawen ni? Kena ambik bibik lah macam ni kan? Haha..
Selain aktiviti masak, kami ada aktiviti melantak. Hari pertama ja dah pergi melantak ketam. Fuhhh.. Nikmat donia! Sedap bangat! Ni bukan melantak lagi dah. Ini namanya menketedarah! Seorang sekilo gitu. Boleh? Dahsyat betul. Sekilo buat masak
buttermilk, sekilo buat masak lemak cili padi (
which is not pedas at all! Sigh..) dan sekilo lagi buat masak
sweet and sour. Kenduri ketam malam tu. Ketamnya besar-besar malam tu. Memang puas hati. SAYA MESTI PILIH! Kekeke..
The next day, which is Sunday, we went shopping. Beli barang-barang buat masak. Berpusing cari daging lembu tapi ilekk. Kobau banyak lah. Ada lagendanya kenapa lembu tak ada kat Labuan ni. Dikatakan ada kena mengena dengan satu sumpahan dulu-dulu.. Kihkihkih.. Tipu ja tu. Hahaha.. Ya. Tipah dah kena tipu dengan pakcik Zul yang sengal tu. Berabis Tipah kena gelak sebab percaya bulat-bulat. Chett!
Raya tak dikatakan raya lah kalau tak ada kuih raya. Dengan semangatnya kami menguli tepung buat biskut suji. Ok la kan. Asal ada. Then baru lah bertungkus lumus merewang. Potong segala jenis bawang. Hmm.. Sekali tengok macam nak buat masak untuk 100 orang je. Hihihi..
Biskut suji hasil gentelan bersama.. Yang tembam-tembam tu hasil kerja aku lah. haha..
Petang-petang, lepak kat pantai. Ombak tengah kuat. Melambung-lambung aku dibuatnya. Seronok betul. Dah macam-macam aksi, aku tunggang terbalik kat sana. Dan, dah bergelen-gelen juga air laut ku telan. Tapi still maintain ayu. Ramai yang bertenggek kat situ. Kenalah jaga saham kan? :p
Labuan @ Sunset..
Dah malam baru kami start masak. Aku? Tukang kacau je. Tak reti weh! Bukan tak reti, reti sebenarnya. Cuma tak dipraktikkan. Kalau tiap-tiap hari aku masak, mesti terer dah. Aku ni nak masak malas. Tak ada orang nak makan, tu yang malas tu. Kalau ada yang sanggup perabiskan semua masakan aku, dengan rela hati tanpa dipaksa-paksa aku akan masak tiap-tiap hari. Kalau setakat aku sorang je, baik aku tapau kat Ziemal jak. Tak pun Jati Tomyam. Huhhh.. Tiba-tiba aku teringat Chung!
Nak makan Yati.. Apa Chung? You nak makan I? Haiyaaa.. Yati Tomyam lah.. Adeh! Chung, Chung..
We had some guests for raya. Eh, salah lah. Zul
had some guests datang rumah for raya. Hisyy, berangan pulak aku jadi tuan rumah ye.
I get to know some of the lecturers over here in Labuan. Boleh kembangkan
networking macam ni. Mengeratkan silaturahim. Tak gitu? Kak Rahida
came too.
So is Pei Yee. Macam
reunion pulak jadinya. Makan-makan, borak-borak. Sengal-sengal. Lepas tu? Turuuuuu... Hihihi..
UMSKAL yang sunyi sepi..
Sekejap ja dah hari Selasa.
Time to go back home. Awwwwhhh..
Go back home maknanya
go back to kerja lah! Bosannya.. Kan best kalau dapat lepak lama-lama. Tiba-tiba je aku terbayang-bayang, kalau lah aku jadi cikgu mesti seronok. Dapat cuti panjang-panjang.
Heaven! Eh..
Nope. Salah tu! Kalau lah aku berhenti kerja,
and jadi suri rumah yang berjaya, alangkah bestnya. Huhuhu..
Arrived in KK around 4pm. Bercadang nak balik rumah terus.
But my brother lah. Suruh aku tunggu kat jeti tu tengok orang main futsal. Karang dia abis kerja dia datang amik. Oklaa bos. Jimat duit aku nak naik teksi.
At Jesselton Point. Waiting and waiting. Bila laa mamat ni nak abis kerja. Huhu..
Selamat sudah perayaan Aidiladha ku untuk tahun 2008 ni. Tahun depan kita beraya di mana pulak ya?