Salam 1 Malaysia. Kekeke.. Hari ni makcik muncul lagi dengan entri jalan-jalan. Kali ni makcik ke Sandakan. Sakan tau makcik jalan-jalan. Dua weekend berturut-turut makcik tak lekat kat rumah. Pantang ada cuti panjang sikit, panjang jugaklah kaki makcik ni melangkah.
Saturday, 30th April 2011
Pukul 6 pagi dah tercongok kat airport. Ambik flight awal pagi lah kan. Mata pun ala-ala tak boleh bukak. Jalan-jalan punya pasal, terpaksa besarkan jugak mata ni.
Lebih kurang pukul 8 pagi, sampailah kami di Sandakan. Blur. Biasalah. Tak ada itinerary kan. Dah lepak-lepak seminit dua kat airport, kami decide untuk pergi terus ke hotel by taxi. Masih awal lagi. Nak check in pun belum tentu boleh. Jadinya, kami plan untuk tinggalkan beg kat lobi dan pergi merewang ke mana-mana yang boleh direwang. Kami stay di Hotel Central. Rate bilik satu malam untuk 3 orang cuma RM98 sahaja. Without breakfast lah. Kira ok lah jugak harga tu. Lebih kurang Tawau hari tu.
Sesampainya kami di hotel, kami dibenarkan untuk check in. Bagus betul. Tengah sibuk-sibuk check in tu, baru aku perasan harta aku yang satu tu tak kelihatan. My camera! Arghh.. Manalah pulak kamera aku nan satu itu. Gabra bukan main dah. Dah bongkar sebongkar-bongkarnya. Serius tak ada!
Then, baru aku teringat aku tertinggal kamera aku tu dalam teksi. Ah sudah! Mana nak cari teksi tadi. Nombor teksi pun tak ingat. Nak tak nak we have to go all the way back to the airport. Cari tau siapa driver teksi tadi and hopefully dapatlah balik kamera aku tu. Seorang pakcik teksi ni - Hj Sudirman sanggup tolong kami. Tanya-tanya kawan-kawan teksi dia. Cari contact sana sini. And Alhamdulillah! An hour later, the taxi driver datang ke hotel and pulangkan kamera aku tu! Huhuhu.. Sangat-sangat terharu. Nak nangis pun ada. Walaupun kamera cap ayam je, banyak dah dia berjasa kat aku.
Dah settle semua tu, kami pergi melantak. Kelaparan dowh! Dari pagi tak makan. Ni pulak dah dekat pukul 11. Terus lunch lah ni jawabnya.
Lepas makan, tengahari buta dekat pukul 12 kami memulakan aktiviti pertama kami di Sandakan ni. Apa dia? Kami pergi ikut Sandakan Heritage Trail aka Jejak Warisan Sandakan. Jalan kaki hokkay!! Tengah-tengah panas buta macam ni. Gasak! Kita kena fully utilizekan masa kita kat Sandakan ni. Ngehngehngeh..
Kalau nak tau lebih lanjut pasal Sandakan Heritage Trail ni, tanya je pakcik Google. Peta trail pun boleh download dari internet. Tak susah mana. Our first stop is Masjid Jamek Sandakan. Tak jauh dari hotel kami tinggal. Masjid ni terletak kat lereng bukit jugak lah. It's kinda old already. Sekali pandang macam nak roboh je. Tapi takdelah roboh ke apa. Hehehe.. Kami tak naik masuk ke dalam masjid. Sekadar skodeng dari luar saja.
Masjid Jamek
Jalan masuk ke English Tea House ni jugak merupakan jalan masuk ke Rumah Agnes Keith. Agnes Keith ni penulis from America. Dia tulis kisah hidup dia sebelum, semasa dan selepas perang dunia ke-2 kat North Borneo ni. Macam mana dia kena jadi tahanan Jepun etc. etc. etc. Menarik jugak. Aku macam nak carilah buku autobiografi dia ni.
Dah memboyot penuh dengan makanan kami pun bergerak balik. Konon-konon nak tahan teksi. Jalan ke depan, ke depan. Tapi sudahnya, kami berjalan dari Sim Sim tu balik ke hotel! Hebat tak hebat? Hehehe.. Jalan je lah melewati kampung-kampung air yang ada. Lalu tepi masjid. Lalu jeti. Sampailah ke bandar. It took us 45 minutes untuk jalan kaki dari Sim Sim ke bandar Sandakan. Sampai kat bandar, perut pun lapar balik. Hahahaha..
Dah tu kami jalan lah lagi. Naik bukit depan Hotel Sandakan. Kat depan Hotel Sandakan ni ada peta versi besar punya. Boleh lah belek-belek ke arah mana nak pergi.
Dah kat atas tu, kami tiba kat Majlis Perbandaran Sandakan. Ada satu square kat situ. Dataran MPS katanya. Tapi macam tak terbela tempat ni. Kusam je aku tengok.
Kami try ke Tourism Information Centre yang ada kat area situ. Tapi tutup!! Hampeh betul. Then, kami masuk ke Wisma Warisan. Mula-mula skodeng-skodeng je. Tapi lekat jugak lah setengah jam dalam sini. Apa yang ada kat situ? Ada exhibition show tentang Martin & Osa Johnson. Siapakah iteww? Sila tanya pakcik google. Hehehe.. Mereka dua orang ni husband and wife. Adventurer gitu. Boleh baca pasal diorang kat sini --> Martin & Osa Johnson. Exhibition ni masuk free. Tak payah bayar.
Opposite of Wisma Warisan, letaknya another heritage - Tangga Seribu. Macam scary je. Dah lah sunyi. Masuk ke dalam hutan pulak tu. Ada rasa was-was jugak nak lalu ke tak. Kot-kot ada yang nyorok balik pokok and terjah kami. Manalah tau kan. Kita kena take precautions jugak. Siap pikir, tak apa, kami bertiga. Kalau setakat nak bagi flying kick pada siapa-siapa yang kacau kami, boleh aje. Hahahaha..
Tangga Seribu. Terus terfikir mesti ada seribu anak tangga kan kan kan? Ok. Nanti kita kira. Tapi baru half way through...
Kehkehkeh.. Aku rasa tangga-tangga ni dah collapsed kot. Sebabnya ada kesan-kesan landslide kat sini. Masa kami lalu pun, ada pekerja-pekerja tengah buat kerja-kerja menyimen. Kat balik nun sana, ada tanah runtuh lagi. Huihh.. Bahaya ni. Lagi bahaya apa tau? Ada kapel-kapel bertenet kat sini. Ooooohhh.. Jadi tempat dating ekk Tangga Seribu ni. Pandai korang cari port kat tempat-tempat sunyi macam ni. Heiii.. Mencemar pemandangan betul.
Dah habis berjalan di atas laluan bersimen, kami sampai ke final sets of steps. Kiranya penghabisan lah ni. Penghujung jalan dah. Naik lah ke atas. The surrounding agak menarik jugak kat atas tangga tu. Sebab kawasan redup. Kalau silap pandang, dah ala-ala macam kat obersee dah. Macam UK punya countryside. Hahaha.. Macam terlebih exaggerate je ni. Tapi tu lah yang aku rasa.
To the right ada cemetery tentera jepun dari WW2 dulu. Ke kiri pulak, laluan heritage yang kami nak tuju. Aku teringin jugak nak pergi tengok kubur jepun ni. Tapi bila pikir-pikir balik tak nak lah. Karang tersampuk ke apa susah jugak. Dah lah kawasan hutan ni. Huhuhu.. Jadinya kami pun bergerak lah ke kiri, jalan sampailah jumpa English Tea House.
Jalan masuk ke English Tea House..
Jalan masuk ke English Tea House ni jugak merupakan jalan masuk ke Rumah Agnes Keith. Agnes Keith ni penulis from America. Dia tulis kisah hidup dia sebelum, semasa dan selepas perang dunia ke-2 kat North Borneo ni. Macam mana dia kena jadi tahanan Jepun etc. etc. etc. Menarik jugak. Aku macam nak carilah buku autobiografi dia ni.
Selamat datang!!
Bayaran masuk ke Rumah Agnes Keith ni RM2 kalau tak silap aku. Rumah ni di bawah seliaan/jagaan Muzium Sabah. Terbela jugaklah rumah makcik ni. Hehehe..
Kami pun masuk ke dalam. Kawasan rumah tu agak scary lah. Nasib baik ada seorang mamat ni duduk kat situ untuk check tiket. Kalau tak ada orang, belum tentu aku nak masuk. Hahaha.. Rumah lama kan. Nak-nak rumah zaman sebelum perang. Mesti ada macam-macam. Hisyyy.. Simpang Malaikat 44. Mintak dijauhkan lah. Kami tiga orang saja yang masuk. Kat dalam tu tak ada siapa-siapa. Lepas kami masuk, mamat tiket tadi terus tutup pintu. Whoahhh!! Kenapa aku tiba-tiba rasa semacam?
Interior kat dalam rumah sangat-sangat cantik. Dari perabot ke perhiasan, semuanya zaman sebelum perang punya. Sekali rasa macam terawang-awang dalam cerita-cerita P. Ramlee. Klasik gitu kan. Kat dalam ni tak boleh ambik gambar. So ikutkan sajalah. The living room dengan dapur kecik je. Tapi selesa lah. Mula lah aku berangan nak buat rumah macam ni. Hehehe.. Kat tingkat atas ada family hall, bilik tidur, toilet and some kind of study room and bilik kerja Agnes & hubby. Setiap ruangan yang ada kat dalam ni, disertakan beberapa penerangan. Kat hall atas misalnya, ada diletakkan kronologi hidup Agnes Keith dari awal dia lahir sampai lah ke akhir hayatnya.
Punyalah terkejut beruk mak yeh aku bila nampak potrait Agnes yang sangat besar kat tangga. Huhuhu.. SCARY!! Potrait Agnes masa tua ok. Macam nenek kebayan pun ada aku tengok. Matanya serious je. Bukan potrait dia je yang ada. Potrait husband and anak dia pun ada sekali. Yang dua ni tak berapa sangat scarynya. Potrait Agnes tu. Seriously, sepanjang aku naik tangga tu aku tak berani nak tengok potrait-potrait ni. Ada rasa seram dowh!!
Kami masuk ke dalam bilik tidur. Simple and nice tapi luas. Aku nak bilik tidur macam ni! Huhuhu.. Kat satu sudut, cik Dila tengah membelek-belek artikel. "Korangg.. Meh la baca ni.." Panggilnya. Aku pun pergilah dekat. Berderau jantung aku bila tengok semua artikel tu adalah pasal this haunted house!!! OMAAAAKKK~~!! Ramai yang pernah nampak entiti lain kat rumah ni. Bukan setakat in the present. Zaman sekarang ni. Agnes Keith pun pernah nampak benda yang bukan-bukan kat dalam rumah ni. Especially tepi toilet. GULP!! Aku tengah berdiri tepi toilet ni!! Nangis~~!! Jangan lah pengsan. Jangan lah pengsan.. Wehh.. Naik meremang bulu roma aku time menaip ni. Scaryy!!
Dah baca artikel-artikel tu aku macam tak boleh duduk lama dalam rumah tu. Aku ni jenis pantang sikit. Bila dah terasa something aku takkan duduk lama-lama lagi. Cepat-cepat aku turun ke bawah. Entah macam mana aku terjeling potrait Agnes Keith yang aku tak nak tengok tu. Macam semakin scary pulak. Huwaaaa!! Nak keluar! Nak keluar!! Cepat-cepat aku keluar. Hahahahaha..
Masa turun ke bawah, ada ramai pengunjung yang datang. Jadi perasaan seram tu dah kurang sikit lah. Kalau tidak ada yang nangis nanti. Aku lah tu. Hahahaha..
Kami bergerak menuju ke English Tea House. Panas-panas macam ni pekena teh ais sedap gak ni. Err.. Englishmen minum teh ais ke? Hahaha.. Manalah tau kan. Kita tengok je dulu.
English Tea House..
Harga tak masuk akal! Ni harga tourist orang putih. Sedap-sedap diorang pow ye. Tapi kira oklah kot sebab minum kat terrace. Ala-ala orang putih gitu. Mengadap laut some more. Dah puas minum boleh main croquet lagi. Tapi panas-panas buta macam ni nak main croquet apa. Terbakar ohh. Everything is English styled. Cuma cuaca je lah Malaysian style. Hehehe..
Then kami ke observatory point. Layan blues tengok bandar Sandakan dari atas....
Dah puas layan blues, kami bergerak turun. Nasib baik ada banyak pokok-pokok besar. Terlindung jugaklah dari matahari. Sampai-sampai je kat bawah kami bertemu dengan clock tower kat tengah-tengah roundabout.
Kami cepat-cepat bergerak. Dah pukul 1 lebih. Matahari sangat-sangat terik. Memang cari pasal lah kami ni. Kami jalan-jalan melepasi rumah-rumah orang dan seterusnya sekolah. Kat satu simpang ada laluan ke remains of old staircase. Curious jugak aku ni. Adakah in the old days, staircase ni bersambung dengan tangga seribu tadi? Kalau ye, kagum jugak lah aku sebab jauh. Patutlah seribu. Hehehe.. Tapi kami tak pergi pun ke tempat ni sebab nak ke sana macam agak scary laluannya. Kena masuk hutan some more. Tak jadi lah.
Kami terus berjalan. The rest of the journey kami lalu temple-temple dan church. Yang church tu maybe the oldest church in Sandakan lah kan. Tapi kami tak pergi sebab nak kena naik tangga bagai. Panas-panas macam ni memang tak larat. Hahaha.. Alasan je tu kan.
At last. Kami tiba di padang. Padang apa? Entah apa nama padang ni. Tapi dah sampai lah bandar Sandakan. Woww.. Almost 2pm. Jauh juga kami berjalan. Walaupun panas dan penat, accomplished jugaklah aktiviti kami yang pertama ni. Yey!!
Dah tu, kami balik ke hotel. Tidur-tidur and freshened up mana-mana yang patut. Relaks-relaks dulu sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya. Tak ada aktiviti grand pun lepas tu sebenarnya. Setakat pi makan malam je. Sebelum tu sempatlah jumpa dengan ex-housemate aku si Nadia. Dia dah pindah kerja kat Sandakan. Dia pun tak tau tempat best nak bawak kami jalan-jalan. Hahaha.. Standard lah tu. Sudahnya kami rewang-rewang sekitar bandar Sandakan je lah.
Pasar Umum Sandakan..
Kami makan kat kedai-kedai biasa je kat tepi laut ni. Tepi laut lah kan since aku tak nampak pantai tak boleh nak kata tepi pantai. Hehehe.. Sambil makan sambil ambik udara malam. Fuhh.. Sangat best. Dah habis makan, kami singgah sekejap kat satu supermarket ni untuk beli air mineral, jajan and stuff. Dah sampai hotel baru perasan the cashier tab in the wrong price. Air mineral 55 sen dia pi tab 70 sen. Kalau 7 botol dah berapa dah? Lepas tu tertab extra pulak tu. Tak apalah. Rezeki dia. Besok takmo pergi lagi dah supermarket tu.
Finished day 1...
-----------------------------------------------------------------------
Sunday, 1st May 2011
Hari kedua di Sandakan. Hari ni pagi-pagi dah ada Tamu kat luar hotel tu. Ramai jugak orang yang datang. Kami mengambil kesempatan untuk skodeng menatang apakah yang dijual di sini. The tamu tak jauh beza dengan tamu Gaya Street. Lebih kurang je.
Aku tak beli apa pun. Cik Dila sempatlah beli baju. Aku dan Cik Ita tukang tengok je. Dah tu, aku pergi belek-belek kuih yang pelik-pelik yang ada dijual kat situ. Satu kuih ni caught my eyes. Macam pulut panggang. Tapi mengikut kata ahjumma yang jual tu, namanya kuih kocong. Apa makcik? Pocong?? Hahaha.. Terkejut makcik tu. Bukan pocong lah nakk.. Kocong. Hahaha.. Kuih tradisional Sandakan. Wow. Must try.
Dalamnya pulut. Sama macam pulut panggang ni. Tapi instead of serunding, intinya sambal kacang. Sedap pun ye. Rugi beli tiga bijik je. Hahaha.. Sempat makan seketul. Lagi dua ketul simpan buat tapau. Kot-kot lapar masa jalan-jalan nanti.
We went for breakfast. Jalan-jalan kat tepi Swiss Inn sampailah ke restoran Sri Keniogan. Nama yang unik. Apalah agaknya maksud disebalik nama Keniogan ni kan? Nama orang ke? Or nama owner dia? Hehehe.. Kat sini aku makan Coto Makasar. Pernah makan? Aku baru nak try makan ni. Dah 6 tahun aku dok Sabah ni, baru terhegeh-hegeh nak try. Aparaaa.. Orang kata nak makan coto makasar yang sedap kena datang Sandakan. Kat KK ada jugak tapi tak sesedap made in Sandakan. Ye ke? Kenalah try kan? Coto Makasar ni basically aku tengok macam Soto Johor jugak ni. Pakai nasi impit segala. Tapi dia letak daging. Babat pun ada jugak. Then kuahnya ada campur kacang yang diblend. Rasanya? SEDAAAAAPPP!!!
Lepas breakfast, kami bercadang untuk ke Sepilok. Nak tengok orang utan!! Kahkahkah.. Macam tak ada benda dah ko nak tengok kan? Kena pergi jugak. Nanti orang tanya. Hehehe.. Orang kata tempatnya jauh. Hj Sudirman teksi semalam kata pun jauh dari bandar. Hurmm.. Try pergi ke bus station. Berangan nak naik bas lah ni kononnya. Kawan-kawan aku yang dua orang tu kalau boleh nak naik bas ada aircond. Hahahaha.. Sabor jelah. Ni kalau ikut aku jalan-jalan backpacking ni tak lepas ni. Dah sampai stesen bas, memang to my expection lah. Bas biasa-biasa je. Bas yang tak ada aircond, yang terbuka tingkap semedang. Jadinya, TAK JADI lah!! Terus cari Hj. Sudirman minta dia hantar ke Sepilok. Kehkehkeh..
Hj. Sudirman bawak macam pelesit. Katanya takut terlepas feeding time orang utan which is setiap pukul 10 pagi. Kalau nak tengok makhluk-makhluk ni, kena datang masa feeding time. Masa tu adalah dalam lima enam ekor datang. Kalau tak, nasiblah. Seekor pun belum tentu nak muncul. Around 40 minutes later sampai lah kami di Sepilok. The taxi ride costs RM40.
Pintu masuk ke Sepilok Rehabilitation Center
Entrance fee untuk masuk ke dalam ni RM5. Kalau bawak kamera tambah lagi RM10. Dah tu semua beg kena letak dalam loker. Tak boleh bawak masuk dalam. Sebab orang utan ni suka nak rembat barang-barang yang dia rasa pelik. Sebelum kena rembat macam aku kena rembat dengan monyet jahat kat Bali dulu, aku simpan barang-barang dalam loker. Hehee..
Kami sampai ngam-ngam pukul 10. Masa tu memang dah banyak orang utan kat satu pelantar ni sibuk makan. Seluruh keluarga kot ni. Banyak jugak lah. Aku macam biasalah. Tengok gitu-gitu je. Yang orang putih tourist semua tu bukan setakat tengok. Tapi bersungguh-sungguh mengkagumi orang utan ni. Sepctacular lah. Interesting lah. Wonderful lah. Hahaha..
Tak lama tu hujan pun turun. Aigoo.. Terpaksalah kami berteduh dulu kat Sepilok ni sebelum balik ke Sandakan. Around pukul 11 kami keluar untuk tunggu bas. Naik bas je lah balik ni. Nak naik teksi mahal sangat. Ye. Bas bodol-bodol tak ada ekon tu. Hahaha.. Gasak!!
Ada B&B jugak kat sini..
Satu jam menunggu baru nampak batang hidung bas ni. Punyalah lama. Dah macam-macam aksi dah aku duduk kat bus stop tu. Kuih kocong dua ketul tadi pun dah selamat dibaham. Kelaparan kekdahnya. Huhuhu.. Next destination is Taman Buaya. Ehehehe.. Dah tengok orang utan, tengok buaya pulak ye? Tambang bas dari Sepilok ke Taman Buaya RM3. Nasib baik satu jalan je. Tak payah nak tukar-tukar bas.
Taman Buaya..
Admission fee is RM7..
Taman buaya ni besar jugaklan kekdahnya. Bukan setakat buaya je. Banyak lagi menatang-menatang lain yang ada kat sini. Kura-kura lah, memerang lah, landak lah, burung merak lah, kambing lah, rusa lah, ostrich lah. Dah macam zoo aku tengok. Kalau budak-budak suka lah ni.
Dah habis meround tengok buaya yang macam-macam saiz dan bentuk yang pelik-pelik, kami duduk sekejap tengok persembahan buaya. Scary.. Hehehe.. Buaya tu punya lah besar. Tapi relaks je. Macam pemalas pun ada. Isyy..
Then? Balik!! Naik bas ke Sandakan. Tambang RM1.80. Boleh lah. Asal sampai kan. Dah sampai Sandakan tu, kami balik ke hotel untuk relaks-relaks sebentar sebelum pergi makan. Ni lunch cum dinner ni. Kelaparan sudah.
Kami pergi makan ikan bakar di Sim Sim. Dari town naik teksi RM6. Kat Sim Sim ni ada banyak gerai ikan bakar. Yang menariknya, kita boleh makan nasi kat sini sampai pecah perut. Hahaha.. Nasi satu tub besar dia bagi. Boleh tambah sesuka hati tanpa perlu bayar extra charge. Perut masing-masing pun dah berbunyi, apa lagi. Bedal lahh!!!
Sim Sim Market..
Nasi putih satu tub, ikan putih, ikan sebelah, sayur, sotong bakar tiga piring, sup, minum-minum, semuanya berharga RM40. Boleh lah kan? Untuk makan 3 orang memang boleh sangat-sangat. Sedap pun ye!
Dah memboyot penuh dengan makanan kami pun bergerak balik. Konon-konon nak tahan teksi. Jalan ke depan, ke depan. Tapi sudahnya, kami berjalan dari Sim Sim tu balik ke hotel! Hebat tak hebat? Hehehe.. Jalan je lah melewati kampung-kampung air yang ada. Lalu tepi masjid. Lalu jeti. Sampailah ke bandar. It took us 45 minutes untuk jalan kaki dari Sim Sim ke bandar Sandakan. Sampai kat bandar, perut pun lapar balik. Hahahaha..
Sebelum sampai bandar kami naik ke jalan menuju ke atas bukit mengadap laut. Menghirup udara laut kekdahnya ni. Sambil-sambil tu skodeng-skodeng kot-kot ada abang marine yang hensem tengah lepak-lepak. Hahahaha..
Polis Marin punya HQ..
Dah tak ada buat apa dah lepas tu. Balik hotel and lepak-lepak saja..
Finished day 2...
-----------------------------------------------------------------------
Monday, 2nd May 2011
Day 3. Oleh kerana flight kami tengahari, kami tak ke mana-mana. Lepak-lepak kemas barang, pergi breakfast and seterusnya ke airport. Hujan lebat mengiringi kami pulang. Macam tak rela melepaskan kami gitu. Chewaaahh!! Hahahaha..
Kesimpulannya, aku seronok jalan-jalan kat Sandakan ni. Duit yang aku spend untuk 3 hari ni pun tak lebih RM180. Ni semua sekali lah. Makan, minum, tempat tidur, transport, entrance fees and so on. Kira murah jugak lah kan? Lain kali boleh datang lagi. ^^
Till next Jalan-jalan entry. Harap-harap entry on Winter Sonata Day 6!! Doa-doakan lah ye aku rajin menaip. Hehehe..
12 comments :
me gi KK jalan2 esok.. ekeke
selamat meronggeng!!
Mantap la, tahniah sebab berjaya sampai ke Sandakan. Bangga rasa sebagai warga Sandakan, ada juga orang luar Sandakan berminat dengan Sandakan Nature City ni, hehehe.
Datangla lagi dmaa akan datang. Kali ni jalan jauh sikit la,
Salam, sy baru terjumpa blog ni time dok tercari cari cerita pasal sndakan. Memang informatif..especially bila ada story psal kos kos yg kena coz sy pun nk ke sndakan tp ingt nk cari pakej. Then after bca ur entry rasa jalan2 sendri pun ok.jimat duit.
tak payah pakai pakej.. jalan sendiri je.. jimat.. ^____^
keniogan tu nama tempat.. cuba try tanya pak cik google :D
Hj. Sudirman is my uncle...syukur la jumpa balik kamera tu..
suka baca entry2 akak..pas nie nak baca entry winter sonata..hiihhiih
mana la tau kot2 esok lusa saya pulak yg sampai sana...(amin)
Ohh ye ke ekekekke.. InsyaAllah ada duit, ada masa, dapat jugak pegi tu..
ad contct number pkcik sudirman tu x?igt nk g sandakan gk..
Salam Sis Nurul, sy xda pulak no Pcik Hj Sudirman, tp klu naka dtg Sandakan, just let me know.
Nnt sy gtau pacik sy
Salam,
best kan sandakan? sy org sdkn yg merantau ke limbang, sarawak. jom la ke limbang pulak hehe...
best entry..sy pun blm habis round sdkan lg..btw,kuih bak chang/kou chong mkanan tradisi msykat cina..memang sedap :)
Post a Comment