Sunday, January 11, 2009

Our Newsletter

Sudah terbit rupanya buletin kami yang pertama ni. Aku tak pasti la pula sama ada yang pertama untuk tahun ni atau yang pertama dalam seumur hidup SKTM ni. Yang pastinya, ini kali pertama aku nampak buletin seumpama ni sepanjang aku kerja di sini.



Aku jadi excited juga lah kiranya, sebab aku ada menyumbang artikel dalam buletin ni. Vivien, our Science Officer telah berkali-kali ingatkan aku suruh hantar ASAP. Aku ni kalau merepek yang bukan-bukan, buat karangan sengal, memang laju. Tapi kalau disuruh mencurahkan isi-isi untuk sesuatu yang formal dengan ayat yang betul dan yang penting sekali dalam English amat lah lemau sekali. Setelah berhempas pulas, aku berjaya. Walaubagaimanapun, sungguh aku tak yakin dengan hasilnya. Aku terpaksa meminta bantuan Dr Rayner untuk membetulkan grammar aku yang tunggang langgang dan serabut itu. Setelah selesai baru lah aku email kepada Vivien.

Setelah diselak-selak newsletter ini untuk ke berapa kali, aku hampa. Artikel ku yang 'hebat' itu tak nampak batang hidung langsung. Penat sungguh aku mengarang panjang-panjang. Yang ada cuma gambar sahaja, diselitkan bersama-sama gambar aktiviti-aktiviti pelajar yang lain. Frust betul aku!


Gambar Aktiviti Pelajar Sepanjang 2008

Gambar apa ye tu? Gambar kat bawah ni lah. Gambar kami 3 umat UMS. Antara 100 orang umat Malaysia yang berjaya menamatkan pertapaan di Infosys Mysore Campus, Mysore, India. Gambar pun gambar lah. At least ada juga daripada tak ada langsung.



Overall, aku nampak penerbitan newsletter ni ada potential untuk hidup lama. Jangan hangat-hangat tahi ayam di awal tahun sudah lah. Dan yang paling penting ia adalah SEIT Newsletter ye. Bukannya apa. SEIT Postgraduate Newsletter yang diterbitkan sebelum ni layak dipanggil Chemical Engineering Postgraduate Newsletter. Tak seronok lah macam tu kan? Hehehe..

12 comments :

Anonymous said...

al-maklum la..incik dekan punya kerja la tu. dia tu memang fanatik ngan chem ni. sikit-sikit chem. sikit-sikit chem. macam laa sktm tu ada kos chem. je.

faizul hadi said...

pasni, buatla paper pasal chem plak...
confirm front page punya.....

CikSengal said...

r0xz,
Hehe.. Kemain dia ye. Siapakah gerangannye tuan hamba nih? :p

CikSengal said...

faizul,
Hurmm.. chem apa? chem-ek? chem-ping? chem-ah? chem-pus? chem-tentera diraja malaysia? Haha..

Anonymous said...

hamba ini "hamba" kepada tuan hamba.kui..kui..kui..
saya pun ada pengalaman ngan incik dekan kita ni. time mintak budget, memacam dia puji chem ni, mcm laa orang lain tak mampu nak buat..haha..last2, satu "shen" pun dia tak bagi. nasib laa HEP sanggup tolong.. :P

ps:jaga2, nanti cik sengal kena *senarai hitam*..hihi..

CikSengal said...

r0xz,
E'eh, macam citer P Ramlee pulak. Jaga-jaga cik salmah.. Kan cik salmah dah jatuh beskal. Hahaha.. Eleh, nak sembunyi-sembunyi la pulak. Menci betul. Anyways, kita cuma meng'express' apa yang kita rasa. Tak salah kan? Kalau tak, sampai bila keadaan nak berubah? Stagnant la sampai bila-bila. Tak gitu? :p

Misako said...

jom kita buat Comp Science Newsletter laks.. mesti gempak ngan pelbagai bahan yg hangat2 hehehe..

CikSengal said...

Misako,
Harus HANGAAATTT!! Kalau masih dianak tirikan juga tatau laa nak cakap apa dah. Tapi rasanya forever kita akan jadi anak tiri. Kenalah kita cari mak bapak yang baru. Hahaha..

Anonymous said...

k.yatt, suoh penerbit byr royalti kpd sy cpt! sbb gne grup foto yg sy amik. hehehehe sy tade lam gmba :P
rindu zmn kt infy tibe2.. minus time cb lah :)

CikSengal said...

emmy,
Kekeke.. Ya meh takde? Shian. Paling banyak-banyak gambo, gambo ni yang paling cun. Itu sebab terpilih. Kekeke.. Amik hati tuan yang amik gambo. :p

Anonymous said...

betul2..mmmg dekan tu sengal sngt..baca newsletter postgrad tu amat la menjengkelkan..sakit jantung tgk isi kandungan nyer..huhu..

CikSengal said...

wah.. marah nampak zikrulmaut. :p