Wednesday, April 22, 2009

Siapa Sial?

I noticed an extra wording on my poster this morning..



Hurmm, kepada si penulis, aku ada berapa soalan lah nak tanya:-
  1. Dulu kau tak pergi sekolah ek? Mak bapak kau tak ajar ek? Tak baik menconteng di tempat awam. Lagi-lagi pada harta orang lain. Ko tak belajar ek? SPM kau tak pass ekk? Kesian kau kan? Tapi aku rasa benda-benda ni tak payah di ajar. Sendiri mau tau lah.
  2. Ke kau terasa sebab kau memang spesis tak mandi? Dah kena batang hidung, kau naik angin lepas tu kau lepaskan geram kat poster aku tu? Kalau kau terasa, apa kata kau balik rumah dan mandi. Apa susah? Ke kau ada keturunan kambing gitu? Mencicit lari kalau kena air? Or ada preskripsi doktor kata kau tak boleh kena air? Boleh mati kalau kena air?
  3. Apa kau suka kalau orang lain buat dajal kat harta kau? Mungkin kau kata aku melebih, pasal poster pun nak bising, tapi tu hak aku. Nak juga kau conteng kat situ. Whiteboard aku tu ada marker. Kenapa kau tak conteng kat situ? Satu whiteboard tu kalau kau nak conteng pun tak apa.
  4. Apa yang sial? Poster tu yang sial? Atau orang yang menampal poster tu sial? Ya, penampal poster ni terasa macam sial sebab masih ada makhluk-makhluk yang tak mandi, suka-suka hati masuk. Ya, penampal poster ni terasa macam sial sebab terpaksa menghidu bau-bauan yang menyakitkan hidung dan kepala sampai boleh migrain. Dan YA! Penampal poster ni terasa macam sial sebab sudah diberitahu, tapi makhluk-makhluk itu masih tak faham jugak! So?
Hei! Ini tempat belajar. Bagus sangat ke kalau kau tulis perkataan macam tu kat tempat awam, tempat orang lalu lalang? Pandai ye kau? Anak siapa lah kau ni. Lah, pandai ke kau? Bukan kau tak pergi sekolah dulu? Bla blaaaa blaaablabalabalaaaaaaaa...
Sorrylah hari ni aku agak angin sikit. Bila nampak poster kesayangan aku diconteng, semakin bertambah angin aku ni. Aku tak kisah kalau kau datang jumpa aku kata "Eh sial lah poster kau ni!". Yang kau pergi conteng tu buat apa? Kau pikir lah sendiri. Jangan sampai satu tahap aku sumpah hidup kau sial, sudah.

9 comments :

sitinurulhawa said...

yatt seram tul baca.. jgn sumpah dulu, ingat tak keta yg ko sumpah dulu tu, tros eksiden huhu seramm

errr.. kalo ko nak sumpah pon, ko sumpah la budak tu jadi wangi hehe

CikSengal said...

hahahhaaaa.. semoga yang busuk tu jadi wangi, dan semoga yang tak pergi sekolah tu dibukakan hatinya untuk masuk balik darjah 1..

yantie said...

marah benor nampak gaye eh...

igt koqq!!!

eklena said...

Jarang tinguk Yatt marah... Ni mimang tahap marah no. 1 la ni ... Cool Yatt, cool ....

Kita nak bagi cadangan ni. Why not Yatt laminate je poster Yatt tu. Gerenti tak ada yang dapat conteng. :)

Misako said...

sabar yatt..sabar.. ahkak pun seram.. takut jadi mcm kelisa putih aritu plak..

CikSengal said...

k yantie,
angin2 gak.. tapi masih maintain kesengalannye.. :p

elena,
haha.. dah macam belacan dah poster tu.. kena print balik n laminate cantik2..

misako,
hehehe.. peringatan pada di luar sana.. wahaha.. poyo gila.. KOQ~!

::Ku^cai Online:: said...

huish...saya sokong benda nie pasal ada satu member pun camni gak dah bepuluh lemon kali dah saya tegur tetap ngan bau hapak satu badan hahaha adios...

P/s: memang padan budak ni kena sumpah hahaha

zouxprince said...

betul3...[gaya i&u]..
sumpah je budak2 nih..dah la menyakitkan hidung,menyakitkan hati lagi..
laminate jer poster tuh..or hantar p kedai suh frame kan besar2..baru syokk...

CikSengal said...

Ku^cai,
diorang ni mungkin mandi.. tapi tak pakai sabun kot. haha.. tatau dah nak cakap apa..

zoux,
kalau nak letak frame tu, baik letak gambo saya.. :p