Friday, April 3, 2009

Horror!

Apakah perkara yang paling mengerikan ketika menaiki kapal terbang? Cuaca buruk? Tettt! Salah. Perkara yang paling mengerikan ialah apabila terpaksa duduk selama 2 jam setengah di sebelah orang yang tak mandi. Tersangat-sangatlah HORROR!

Aku memang ada isu dengan orang yang tak mandi ni. Buatkan aku migrain tak bertempat. Belum lagi dia datang duduk di sebelah, dari jauh dia berjalan aku dah dapat bau. Betapa sensitifnya hidungku ini. Dari hidung membawa ke kepala. Boleh demam! Asal dia bergerak sikit, terbit bau-bauan yang tidak menyenangkan. Belum lagi dia mengangkat tangan. Menolehkan kepala. Tak kisahlah apa jua pergerakannya, kesemuanya membuatkan aku mual.

Orang yang mandi, tapi kuat berpeluh, baunya tak sama dengan orang yang tak mandi langsung. Ini tengik betul. Sepanjang perjalanan aku terpaksa menahan dan menyelubung diri aku dengan pashmina Baadsha ku itu. Dah macam pocong dah aku jadinya. Setelah mendarat, cepat-cepat aku keluar. Terasa nikmatnya dunia bila berada di luar kapal terbang. Dapat juga aku menghirup udara segar. Heaven!

Kenapa ye mereka ini tak mandi? Alergik air ke? Melampau sangat lah. Budak-budak aku pun masih ada yang tak makan saman. Masih lagi datang memunculkan diri dengan tak mandinya. Dah penat aku membebel. Masih lagi tak paham-paham. Harus campak ke lombong saja mereka ni..


Poster yang kutepek di depan pintu bilik. Kalaulah aku ditakdirkan menjadi pemilik syarikat penerbangan, aku akan pastikan poster ini ditampal di pintu kapal terbang. Hahaha..

Renung-renungkan, dan selamat beramal! (amalkan mandi selalu ye..)

7 comments :

Misako said...

aduh yatt, 2 jam ko kena bergelumang dgn haruman tu.. kalau ahkak.. sure muntah.. slmt bercuti!

yantie said...

Hahhahaha..nasib ko le yatt selalu didampingi org mcm tu...kekekkee

FADHIL said...

aku baca kisah ni pun dah rasa macam nak bunuh diri.

niezam sandakan said...

cuba petua ni:

Bawa minyak cap kapak, xpun vicks, xpun tiger balm xD

Homestay Kuala Terengganu said...

tapi aku rasa lagi rela duduk sebelah org tak mandi dari kapal terbang duk bergegar. wakakkaka..ngeri woo..

Anonymous said...

erk..kesian gler la..masih lagi dihantui bau2 "fresh" tu ker?
mmg tak pandai paham bahase...

sy pn tensen jgk miss oii..tensen dgn pmpuan yg tudung berbau bler kita dekat2 dgn dia..

tah berapa mggu lar tak cuci tudung tuh...

CikSengal said...

misako,
kalau duduk kat aisle dah keluar masuk toilet muntah.. apakan daya, ku duduk di tepi tingkap.. huhu..

yantie,
dah nasib ekk? harap2 lepas ni takde lah..

fadhil,
kalau ko kat situ agak2 ko bunuh diri terus tak?

niezam,
benda-benda tu pun tak jalan..

yati,
tu sebab ko belum duduk lagi sebelah orang tak mandi.. cuba sekali ko duduk.. hehehe..

zoux,
hehehe.. bau tudung tak basuh tak sama dengan bau orang tak mandi.. :p