Friday, March 4, 2011

Buang Karan di Ranau

Kenapa buang karan? Let me tell you..

Aku, Diana dan K Asnie ke Ranau terlibat dengan satu roadshow di Ranau. Pergi buat promosi lah ni kiranya. Nak tarik pelajar sekolah untuk join UMS. The program starts at 9am on 2nd March 2011. Tapi kami ni excited terlebih kekdahnya. Dah berkampung kat sana sehari sebelum lagi. Dengan tak ada briefing nak buat apa. Memang sempoi habis-habisan ni. Aku bajet, kami semua duduk di meja dan student-student ni datang tanya tentang program apa yang ditawarkan di UMS. Begitulah adanya yang aku dok bayangkan.

Kami sampai di tempat yang dimaksudkan ngam-ngam ho sebelum jam 9 pagi. Dewan lengang. Pelajar-pelajar sekolah ni dok berkeliaran kat luar dewan. Ada seorang dua cikgu kelihatan. Kami masuk ke dalam dewan. Where the hell are they?? they tu urusetia lah. Seorang pun tak nampak batang hidung. Bila call, jawapannya.. "Kami breakfast lagi ni". Oh my goodness. Dah pukul 9 lebih ni. Kata pukul 9 mula. Aku mula tak sedap hati. Then this one cikgu datang menghampiri. Bertanya bila nak mula. Sebab surat yang diterima mengatakan program bermula jam 8 pagi. HOKKK?? Aku, K Asnie and Diana terpinga-pinga. Cikgu tu dah berubah muka. "KAMU PUN TIDAK TAU??" tanyanya dengan muka ala-ala tak puas hati. Serius. Aku rasa mau cabut saja dari situ. Muka dah tebal sangat-sangat. Malu tak terkata.

Then mereka yang dimaksudkan tengah breakfast tadi datang melenggang kangkung ke dewan. Sabor je lah aku. Tersengih-sengih lagi. Dah la lambat!! Tak malu agaknya. Then terus mula. Kami ni terpacak kat satu sudut. Nak tercabut jantung aku bila ucapan pengacara majlis berbunyi "kita akan mendengar taklimat dari wakil-wakil yang ada di sini.." Kuuuusssss semangat! Taklimat apa ni weh? Mula la aku rasa nak lesing siapa-siapa yang ada kat depan ni. K Asnie buat skrip on the spot. Belasah je. Manalah tau nak jadi macam ni. No briefing whatsoever remember??

Lagi aku rasa nak lesing orang, bila pelajar-pelajar ni disuruh untuk berjumpa dengan kami face to face untuk maklumat lanjut. La hai.. Sadis betul lah. Kalau ye pun, sediakanlah kerusi ke, meja ke untuk kami discuss-discuss. Hishhh.. Tak pikir ke apa diorang ni. Bukan tu je, aku rasa nak lesing lagi bila dapat tau pelajar yang ada majoriti pelajar tingkatan 5. Yelllooooo mister. Ini tingkatan 5 lambat lagi la nak masuk U. Pelajar tingkatan 6 pulak ciput je. Tak ramai. DAN. Yang buat aku bertambah-tambah nak lesing orang tahap maksima rasa ni bila dapat tau pelajar tingkatan 6 yang datang tu rata-rata aliran sastera...

Baik tak payah datang macam ni kan? Buang karan betul...

0 comments :