Oleh kerana kami sampai awal sebelum bermulanya aktiviti-aktiviti sukarelawan bersama Our Touch, kami menginap di Arab Tower Hotel selama 3 hari 2 malam. Hotel ni agak murah harganya kalau nak compare dengan hotel-hotel yang lain dan mendapat review yang bagus di Booking.com. Cumanya, entrance hotel ni bukan lah letaknya betul-betul di tepi jalan besar. Kena masuk sedikit lorong dan naik tangga. Kalau yang bawak beg besar tu, agak mengah jugak lah. Tapi boleh je minta tolong abang-abang sado yang ada di kawasan sekitar untuk angkat beg kita ni. Mostly mereka ni gentlemen. Hehe..
 |
Naik tangga sikit.. |
 |
Taraaa.. Main entrance.. |
 |
Lobby.. |
 |
Kaunter Reception.. |
 |
Banyak awards.. |
Kami memilih untuk duduk di twin room. Tapi apa yang kami dapat ialah twin room within a room. Macam mana nak cakap ye. Bilik ni besar, tapi mempunyai beberapa sections. Satu section tu ada 2 katil, satu lagi ada satu katil, ceruk sana sikit ada 2 katil lagi. Macam apartment jugak lah, masuk ke dalam tu ada beberapa bahagian. Ada 3 bahagian kesemuanya, dan kesemua 3 bahagian ni masuk ikut pintu yang sama. Kami berkongsi dengan 3 lagi penghuni, cumanya bila dah masuk ke section bahagian kami, tak nampak diorang-diorang ni.
 |
Our room.. |
 |
Vanity.. |
 |
Toilet.. Yay ada paip cebuk! |
 |
Shower.. |
 |
Our View.. |
Agak spacious jugak lah bilik yang kami dapat ni. View pun ok. Breakfast pun ada disediakan. Harga seorang untuk 2 malam hanya RM47.50. Not bad lah kan? Cumanya the downside tu kena naik tangga dari main road menuju ke pintu hotel. Lain-lain, no problem. :-)
0 comments :
Post a Comment